Permohonan i-Lestari Online KWSP Pengeluaran Wang Akaun 2. Cara mohon pengeluaran duit epf akaun 2 secara online dan pos kurier..

Permohonan i-Lestari Online KWSP Pengeluaran RM500

Permohonan Pengeluaran i-Lestari Online Daripada Akaun 2 KWSP. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa pencarum KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 masing-masing. Pengeluaran permohonan i-Lestari KWSP secara online dan manual adalah tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama setahun (12 bulan) bermula dari 1 April sehingga 31 Mac 2021.

Inisiatif i-Lestari diumumkan sebagai salah satu daripada langkah dalam menangani impak penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda Malaysia serta seluruh dunia pada masa ini. Dianggarkan seramai 12 juta pencarum bakal mendapat manfaat ini dengan jumlah pengeluaran dianggarkan bernilai RM40 billion.

pengeluaran i lestari

i-Lestari Online KWSP : Permohonan Pengeluaran Wang Akaun 2 EPF

i-Lestari, ialah kemudahan pengeluaran khas yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan mereka yang terjejas semasa tempoh yang mencabar ini.

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat permohonan pengeluaran wang daripada akaun 2 mereka bermula 1 April 2020 melalui aplikasi i-Akaun, emel dan serahan pos.

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan permohonan i-Lestari KWSP yang dikongsikan dari sumber Portal Rasmi KWSP meliputi tarikh permohonan, kaedah permohonan dan tarikh pembayaran.

TEMPOH PERMOHONAN I-LESTARI
Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh
TARIKH BUKATARIKH TUTUP
1 April 202031 Mac 2021

Syarat Kelayakan Permohonan i-Lestari

Kelayakan ahli untuk memohon Pengeluaran i-Lestari adalah seperti berikut :-

  1. Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia
  2. Berumur di bawah 55 tahun; dan
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2. Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021

Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan serta tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.

Jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.

Saluran Penghantaran Borang Permohonan i-Lestari KWSP

Terdapat 3 saluran penghantaran borang permohonan i-Lestari KWSP iaitu :-

CARA HANTAR BORANG i-LESTARI
1i-Akaun Ahli
2Melalui emel i-Lestari Online
3Serahan Pos/ Kurier

i) Panduan Penghantaran Permohonan Secara Dalam Talian/ Online Melalui i-Lestari Online

i-Lestari Online merupakan kaedah baharu permohonan yang diperkenalkan oleh KWSP. bagi memudahkan pencarum untuk membuat permohonan i lestari secara atas talian. 4 menu utama yang terdapat adalah :-

  1. Permohonan Baharu
  2. Check Status Pengeluaran
  3. Panduan Pengguna (Infografik)
  4. Soalan Lazim (FAQ)

Untuk membuat permohonan sila ikuti langkah berikut :-

  1. Klik i-Lestari Online
  2. Iskan maklumat-maklumat yang diperlukan seperti :-
    1. Nama Penuh
    2. No MyKad
    3. No Telefon Bimbit
    4. Alamat e-mel
    5. Alamat
    6. Amaun Dipohon Sebulan
    7. Maklumat Akaun Bank
    8. Tick Terma dan Syarat
    9. Tick Saya Bukan Robot
  3. Tekan Butang HANTAR

NOTA

  1. Sila pastikan Nombor MyKad dan nombor telefon bimbit adalah betul dan tepat
  2. Status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan dibuat
  3. Permohonan melalui emel/ pos akan mengambil masa bagi proses pengesahan.

ii) Permohonan Melalui e-Pengeluaran

Permohonan pengeluaran i-Lestari boleh dibuat secara dalam talian melalui i-Akaun (Ahli) sepertimana cara berikut:

  • Ahli perlu log masuk ke i-Akaun (Ahli) → Pilih Tab Pengeluaran → Klik e-Pengeluaran → Klik Permohonan Baru → Pilih Pengeluaran i-Lestari untuk memulakan transaksi

Ahli tidak perlu hadir di kaunter bagi tujuan menurunkan/ pengecaman cap ibu jari (CIJ) untuk permohonan melalui e-Pengeluaran.

Maklumat lanjut, klik Panduan Pengguna.

iii) Secara Manual (Pos)

Ahli boleh memuat turun borang permohonan Pengeluaran i-Lestari dari laman sesawang KWSP. di pautan berikut :-

  1. Untuk makluman, kini tandatangan diterima bagi tujuan pengesahan Pengeluaran i-Lestari dan penambahbaikan ini akan memudahkan urusan permohonan ahli.
  2. Borang Terkini i-Lestari (BARU)
  3. Jangan risau, sekiranya anda telah menghantar permohonan dengan menggunakan borang yang terdahulu, ianya tetap akan diproses
  • Ahli adalah disarankan membuat permohonan secara dalam talian melalui e-Pengeluaran untuk mengelakkan kelewatan pemprosesan permohonan

Ahli tidak perlu hadir di kaunter bagi tujuan menurunkan/ pengecaman cap ibu jari (CIJ) untuk permohonan secara manual.

a) Melalui e-mel

Ahli perlu mengimbas dan mengemukakan borang berserta dokumen sokongan seperti di bawah :-

  1. Borang permohonan yang lengkap diisi berserta cap ibu jari
  2. Salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
  3. Salinan pasport (untuk Ahli bukan warganegara Malaysia)
  4. Salinan buku bank/ penyata akaun bank (simpanan/ semasa) Ahli yang AKTIF
  • Borang yang telah diisi hendaklah dihantar melalui e-mel ke alamat ilestarimohon@epf.gov.my

b) Penghantaran Borang Melalui Pos/ Kurier

Ahli perlu menghantar permohonan pengeluaran dan dokumen sokongan seperti di bawah dan dihantar melalui pos/ pos berdaftar/ kurier :-

  1. Borang permohonan yang lengkap diisi berserta cap ibu jari
  2. Salinan kad pengenalan (depan dan belakang) yang jelas
  3. Salinan pasport (untuk Ahli bukan warganegara Malaysia)
  4. Salinan buku bank/ penyata akaun bank (simpanan/ semasa) Ahli yang AKTIF

Dokumen tersebut hendaklah dihantar ke alamat:-

  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
  • Beg Berkunci No 220, Jalan Sultan
    46720 Petaling Jaya
  • Nota: Sila catatkan (UP : i-Lestari) di hadapan sampul surat

Tarikh Pembayaran i-Lestari KWSP

Untuk permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020.

Manakala untuk permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

Permohonan untuk bayaran bulan kebelakang (backdated) tidak dibenarkan

Pembayaran Pengeluaran i-Lestari hanya akan dikreditkan melalui bank panel KWSP sahaja. Kaedah bayaran Pengeluaran i-Lestari kepada Ahli yang tiada akaun bank boleh dibuat secara Arahan Bayaran. Walau bagaimanapun, Ahli adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank di mana-mana panel bank KWSP bagi mempercepatkan proses bayaran secara pengkreditan terus.

Senarai Bank Panel KWSP

  1. Affin Bank Berhad
  2. Agrobank Berhad
  3. Alliance Bank Berhad
  4. Al-Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad
  5. AM Bank Berhad
  6. Bank Islam Berhad
  7. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
  8. Bank Muamalat Berhad
  9. Bank Simpanan Nasional
  10. CIMB Bank Berhad
  11. Citi Bank Berhad
  12. Hong Leong Bank Berhad
  13. HSBC Amanah Malaysia Berhad
  14. HSBC Bank Berhad
  15. Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad
  16. Maybank Berhad
  17. OCBC Bank Berhad
  18. Public Bank Berhad
  19. RHB Bank Berhad
  20. Standard Chartered Bank Berhad
  21. Standard Chartered Sadiq Berhad
  22. United Overseas Bank Berhad

Maklumat Lanjut i-Lestari

Untuk maklumat lanjut berkaitan i-Lestari KWSP, ahli boleh merujuk senarai soalan lazim (FAQ) yang telah dikemaskini di

Pencarum juga boleh mendapatkan maklumat di :-

  1. Facebook Rasmi KWSP
  2. Portal Rasmi KWSP

Selamat membuat permohonan i-Lestari KWSP, semoga permohonan anda berjaya.