Senarai Bazar Ramadhan Online 2022 (RASMI) Seluruh Negeri. Senarai pautan inisiatif pembelian dalam talian (online) bagi menggantikan bazar Ramadan.

Senarai Bazar Ramadhan Online 2022 Seluruh Negeri

Bazar Ramadhan Online 2020 (BRO). Keputusan beberapa Kerajaan Negeri untuk membatalkan bazar Ramadan tahun 2020 susulan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah keputusan yang terbaik walaupun ada golongan yang terkesan akibat langkah ini. Penganjuran bazar Ramadan iaitu tempat tumpuan orang ramai adalah berisiko dalam menyumbang kepada penularan Covid-19 di Malaysia yang kini dilihat berada dalam keadaan yang terkawal.

Untuk mengatasi masalah ini, beberapa Kerajaan Negeri seperti Selangor, Johor dan beberapa negeri lain bakal melaksanakan inisiatif pembelian dalam talian (online) bagi menggantikan bazar Ramadan yang berkonsepkan fizikal dan terbuka. Peralihan ke perniagaan atas talian atau e-dagang dilihat sebagai jalan penyelesaian terbaik buat masa ini.

Senarai-Bazar-Ramadhan-Online-Seluruh-Negeri

Bazar Ramadhan Online 2022 

Selain Kerajaan Negeri, terdapat juga beberapa pihak lain seperti Persatuan Penjaja, Syarikat, Usahawan, Individu yang akan/ telah membangunkan platform e-bazar Ramadan online. Ianya termasuk melalui penjualan di laman sosial seperti di Facebook untuk memberi peluang orang ramai untuk berniaga secara dalam talian.

Berikut dikongsikan senarai kerajaan negeri yang bakal melaksanakan Konsep Bazar Ramadhan Digital. Senarai negeri dan pautan bazar akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas diumumkan secara rasmi. Senarai bagi tahun 2022 akan dikemaskini

1.e-Kitchen Platform Selangor (PLATS)

1. SELANGOR

PAUTAN
  1. Kerjasama bersama dengan syarikat penghantaran Grab Malaysia
  2. Pembelian dalam talian sahaja melalui aplikasi Grab selain mematuhi segala spesifikasi penyediaan makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  3. 15 lokasi telah dikenalpasti sebagai lokasi pelaksanaan untuk dijadikan dapur berpusat (central kitchen)
  4. Di peringkat Kerajaan Negeri, pelaksanaan akan diselaras oleh Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) dan HIJRAH
button pilihan menarik 1Buffet Ramadhan @ Home by Hanana delivery 

Negeri-negeri lain yang bakal melaksanakan Bazar Ramadhan secara Online 2020 adalah seperti berikut :-

2. Johor : Getmakan Dan eBAZARA (MuslimBrands)

2. JOHOR

PAUTAN
  1. Laman Web GetMakan
  2. eBazara : Muat turun Aplikasi Muslim Brands di
    1. Google Play
    2. App Store
  1. Kerajaan Negeri Johor telah melantik dua penyedia sistem, iaitu eBAZARA dan Getmakan untuk menguruskan sistem Bazar Ramadhan Online dikenali sebagai eBazar Makmur Johor. 
  2. Ianya adalah untuk membantu peniaga, pembeli dan penghantar makanan bagi menggantikan pelaksanaan bazar Ramadan konvensional
  3. GetMakan.com merupakan eBazar Ramadhan yang memudahkan pelanggan mencari makanan kesukaan di kawasan mereka dan tempahan terus dihubungkan ke whatsapp peniaga.
  4. eBAZARA, sebuah platform aplikasi ‘food ordering’ secara online untuk jualan dan belian juadah berbuka puasa bagi seluruh Negeri Johor melalui aplikasi MuslimBrands

3. S.M.A.R.T Iftar@Perak

3. PERAK

PAUTAN
  1. Kerajaan Negeri Perak melalui DigitalPerak memperkenalkan inisiatif ‘S.M.A.R.T Iftar@Perak’ iaitu sebuah platform pembelian secara digital dengan menggunakan khidmat penghantaran sebagai alternatif kepada penganjuran bazar Ramadan tradisi
  2. Paparan Menu Mengikut Daerah Akan Dipamerkan Bermula 1 Ramadhan 1441

4. Aplikasi GanuShop

4. TERENGGANU

PAUTAN
  1. Kaedah memasarkan pelbagai juadah berbuka puasa secara dalam talian akan dipantau oleh Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU)
  2. Pusat Khidmat di 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dilantik sebagai pentadbir kepada bazar Ramadan dalam talian
  3. Peniaga yang berminat menyertai bazar Ramadan dalam talian boleh mendaftar untuk menggunakan kemudahan ini melalui sistem yang akan diwujudkan pada minggu kedua bulan April
  4. Bagi memudahkan peniaga dan pengguna, semua urus niaga dilakukan menerusi e-wallet

5. Portal PahangMart 

5. PAHANG

PAUTAN
  1. Platform pasar raya atas talian atau portal yang akan memaparkan senarai pasar raya yang beroperasi di negeri Pahang beserta barangan jualan mereka
  2. Senarai tapak bazar Ramadan turut dipaparkan serta gerai jualan dan pengguna boleh melihat gambar juadah yang disediakan lalu membuat tempahan menerusi PahangGo iaitu pihak yang bertangungjawab membina portal PahangMart, yang juga akan menyediakan platform penghantaran

6. JBO@MBPP (Delivereat)

6. PULAU PINANG

PAUTAN
  1. Platform jualan makanan secara dalam talian ‘JBO@MBPP’ yang telah dilancarkan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow
  2. Cara-Cara Memesan Makanan :-
  3. Klik pautan diatas
    1. Sila masukkan lokasi penghantaran yang anda inginkan
    2. Sila pilih menu anda dan tetapkan bilangan pesanan makanan anda. Seterusnya sila klik pada butang ‘Add to Carts & Checkout’.
    3. Sila lengkapkan butiran anda di ruangan A & B kemudian lakukan pembayaran.

7. KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

PAUTAN
  • (Akan dikemaskini)
  1. Kerjasama bersama dengan syarikat penghantaran Grab Malaysia
  2. Pembelian dalam talian sahaja melalui aplikasi Grab selain mematuhi segala spesifikasi penyediaan makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Maklumat lanjut berkaitan informasi Bazar Ramadhan secara Online tahun 2020 untuk platform rasmi kerajaan negeri yang lain akan menyusul.

Bazar Ramadhan Secara Atas Talian/ Online Melalui Website Dan Facebook

Pengguna juga mempunyai pilihan bazar Ramadan secara online yang disediakan oleh orang ramai di Group Facebook atau laman web seperti ringkasan berikut :-

A. WEBSITE

  1. Nakmakan : Kawasan Kuala Lumpur & Selangor
  2. Bazaar Cord by Mawar Rashid : eBazaar Ramadhan sekitar Lembah Kelang
  3. Santan, Anak Syarikat AirAsia Group Bhd : e-Bazar Ramadan
  4. Fashion Valet Kerjasama dengan Food Panda : FVBAZAAR https://www.fashionvalet.com/fvbazaar
  5. Dekatni : Lokasi seluruh Malaysia
  6. Laman Web Bazaar-Rakyat : lokasi sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Putrajaya, Perak, Melaka, Negeri Sembilan & Kedah
  7. e-Bazaar Ramadan #watsapkita : Kawasan sekitar Selangor dan Kuching, Sarawak

B. LAMAN FACEBOOK

Pengguna yang beminat memesan makanan melalui laman facebook boleh merujuk kepada maklumat berikut :-

Selangor

  1. Subang Jaya
  2. Kelana Jaya
  3. Sungai Buloh
  4. Ampang
  5. Shah Alam
  6. Puchong
  7. Bangi

Kuala Lumpur/ Putrajaya/ Cyberjaya

  1. Wangsa Maju
  2. Pantai Dalam
  3. Putrajaya

Johor

  1. Johor Bahru 1
  2. Johor Bahru 2
  3. Kulai
  4. Pasir Gudang
  5. Kluang
  6. Pontian

Melaka

  1. Melaka 1
  2. Melaka 2

Kedah

  1. Alor Setar/ Jitra/ Kuala Kedah
  2. Langkawi

Bazar Ramadan Online Sarawakku Sayang (BROSS)

  1. Kuching/ Samarahan
  2. Serian
  3. Sri Aman/ Betong
  4. Sibu
  5. Kapit
  6. Mukah/ Dalat
  7. Bintulu
  8. Miri

Senarai akan dikemaskini dari masa kesemasa