Pembayaran Bantuan Khas Bonus Dan Kewangan Penjawat Awam Dan Pesara Tahun 2023. Berita baik buat penjawat awam. Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bonus dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke -18 berjumlah RM700 kepada kakitangan awam dan RM350 kepada pesara kerajaan. Tarikh pembayaran bonus adalah pada 23 Januari 2023.
Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pembentangan bajet 2023 telah mengumumkan pemberian Bantuan bonus raya tahun 2023. Bantuan akan diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana.
Pembayaran bantuan adalah melibatkan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM700.00 dan turut dipanjangkan kepada pesara akan menerima RM350.
Isi Kandungan
- Bantuan Khas Penjawat Awam Dan Pesara Tahun 2023 (Tarikh Bayaran Bonus)
- Tarikh Pembayaran Bantuan Khas 2023
- Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023
- Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam Dan Pesara Tahun 2023
- Siapa Yang Layak Dan Tidak Layak Terima Bantuan Khas Kewangan
- Tarikh Pembayaran Bantuan Khas 2022
- Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022
- Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Kewangan 2021
Bantuan Khas Penjawat Awam Dan Pesara Tahun 2023 (Tarikh Bayaran Bonus)
Tarikh Pembayaran Bantuan Khas 2023
|
Pekeliling Perkhidmatan
|
Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023
|
Kenyataan Media Bonus Raya Kakitangan Awam 2023
|
Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam Dan Pesara Tahun 2023
Pemberian Bantuan Khas Kewangan adalah bagi menghargai sumbangan Penjawat Awam dan pesara Kerajaan kepada negara. Kerajaan akan memberikan bantuan tunai sebanyak RM700 secara ‘one-off’ kepada lebih 1.5 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.
Pesara Kerajaan termasuk veteran tidak berpencen juga akan menikmati bantuan khas kewangan.
Siapa Yang Layak Dan Tidak Layak Terima Bantuan Khas Kewangan
- Melalui Surat Edaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023, mereka yang layak dan tidak layak diberi Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023 adalah seperti berikut:-
i) Pegawai Layak Terima Bantuan
- Pegawai lantikan tetap, sementara dan contract of service
- Pegawai yang bercuti salary penuh;
- Pegawai yang bercuti separuh salary;
- Pegawai yang bercuti tanpa salary; dan
- Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan Khas Kewangan ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai
Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023 juga dipanjangkan kepada:-
- Pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 17 Januari 2023 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut;
- Guru interim;
- Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
- Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman
ii) Pegawai Tidak Layak Terima Bantuan
Mereka yang tidak layak menerima Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023 adalah:-
- Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/ tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama/ Gred Khas;
- Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2022 hingga 17 Januari 2023;
- Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 17 Januari 2023; dan
- Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 17 Januari 2023.
- Pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai badan berkanun yang diasingkan saraan.
iii) Pegawai Yang Ditangguhkan Bantuan Khas Kewangan
Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib ditangguhkan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023 ini. Pegawai hanya layak diberi Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023 sekiranya Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati pegawai tersebut tidak bersalah.
iv) Pesara
Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023 akan diberikan kepada pesara Kerajaan yang memilih skim pencen dan penerima pencen terbitan pada atau sebelum 17 Januari 2023 di bawah undang-undang pencen akan dibayar sebanyak RM350.00 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
Pesara yang dilantik semula secara contract of service dan masih berkhidmat pada 17 Januari 2023 layak diberi Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023 sebanyak RM700.00. Pembayaran sebanyak RM350.00 akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan bakinya sebanyak RM350.00 akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat.
v) Pegawai Meninggal Dunia Dalam Perkhidmatan
Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang meninggal dunia pada 17 Januari 2023 layak diberi Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023 sebanyak RM700.00. Pembayaran kepada mana-mana penerima pencen terbitan yang layak di bawah undang-undang pencen sebanyak RM700.00 akan dibayar oleh jabatan terakhir pegawai berkhidmat.
Tarikh Pembayaran Bantuan Khas 2022
|
Pekeliling Perkhidmatan
|
Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2022 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada tahun 2022 sebanyak RM500.00 dan turut dipanjangkan kepada pesara Kerajaan sebanyak RM250.00
Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022
|
Kenyataan Media Bonus Raya Kakitangan Awam 2022
|
Kerajaan telah memutuskan supaya Bantuan Bayaran Khas Tahun 2022 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2022 sebanyak RM500.00 dan turut dipanjangkan kepada pesara Kerajaan sebanyak RM250.00
Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Kewangan 2021
|
Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 Tahun 2021
|