Tarikh Pembayaran BSH Tarikh Bila Duit BSH 2020 Dapat Dan Masuk Akaun. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah digantikan dengan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH). Keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan melalui pengumuman Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pastinya mengembirakan penerima BSH 2019 sediada dan penerima baharu bantuan. Berikut dikongsikan tarikh pembayaran duit BSH Bantuan Sara Hidup Rakyat tahun 2020 dari Fasa 1, 2 hingga 3 termasuk maklumat pemberian BSH Bujang.
Jumlah bayaran bantuan akan dikekalkan tetapi syarat kelayakan BSH telah dikaji semula bagi membolehkan hanya golongan sasar sahaja yang layak menerima bantuan. Merujuk kepada pengumuman terkini pembayaran, bayaran BSH Fasa 2 yang sepatutnya dibuat pada Mei 2020 akan diawalkan ke bulan Mac 2020 iaitu untuk bayaran sebanyak RM200 kepada isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah. Tambahan RM100 akan dibayar pada Fasa 3 iaitu pada bulan Julai 2020 beserta dengan tambahan RM50 dalam bentuk etunai.
Baca : Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2020 Terkini
Isi Kandungan
Tarikh Pembayaran Duit Bantuan Sara Hidup Rakyat BSH Tahun 2020 Fasa 1, 2 & 3
Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting berkaitan pembayaran BSH tahun 2020 melibatkan pembayaran Fasa 1, 2 dan 3.
Pembayaran Fasa Pertama telah dibuat pada 20 Februari 2020 melibatkan pembayaran berjumlah RM300 bagi setiap isi rumah.
Jadual pembayaran Fasa 2 (Fasa Kedua) untuk kategori isi rumah adalah berdasarkan kepada Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri Interim, Tun Mahathir pada 27 Februari 2020 iaitu seperti berikut :-
- Awalkan bayaran ansuran Bantuan Sara Hidup bulan Mei sebanyak RM200 ke bulan Mac 2020
- Kerajaan akan memberikan bayaran tambahan sebanyak RM100 kepada setiap penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dikreditkan ke dalam akaun bank pada
MeiJulai dan seterusnya RM50 akan disalurkan secara e-tunai (Akan dikemaskini).
Menerusi makluman Portal Rasmi BSH dari pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah diumumkan pada 27 Februari 2020, pembayaran BSH 2020 Fasa 3 adalah seperti berikut:
- Kerajaan akan membayar kepada setiap penerima BSH tambahan RM100 dikreditkan ke dalam akaun bank bersama-sama dengan bayaran Fasa 3 BSH 2020 iaitu pada bulan Julai 2020
Terkini: Pembayaran Fasa 3 BSH 2020 akan bermula pada 24 Julai 2020 bersamaan hari Jumaat. Permohonan baharu BSH yang layak tetapi belum menerima bayaran Fasa 1 dan 2 akan menerima bayaran berkenaan pada Fasa 3 secara sekaligus.
Jadual Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat BSH 2020
FASA | TARIKH | JUMLAH |
KATEGORI INDIVIDU BUJANG & OKU (RM400) | ||
Individu Pendapatan RM2,000 Ke bawah | ||
FASA 2 | – | – |
FASA 3 | 24 JULAI 2020 | RM300 + TAMBAHAN RM100 |
KATEGORI ISI RUMAH (RM600) | ||
Isi Rumah Pendapatan RM3,001 Hingga RM4,000 | ||
FASA 1 | 20 FEBRUARI 2020 | RM300 |
FASA 2 | 16 MAC 2020 | RM200 |
FASA 3 | 24 JULAI 2020 | RM120/ anak + TAMBAHAN RM100 |
KATEGORI ISI RUMAH (RM850) | ||
Isi Rumah Pendapatan RM2,001 Hingga RM3,000 | ||
FASA 1 | 20 FEBRUARI 2020 | RM300 |
FASA 2 | 16 MAC 2020 | RM200 |
FASA 3 | 24 JULAI 2020 | BAKI RM250 + RM120/ anak + TAMBAHAN RM100 |
KATEGORI ISI RUMAH (RM1,100) | ||
Isi Rumah Pendapatan Di Bawah RM2,000 | ||
FASA 1 | 20 FEBRUARI 2020 | RM300 |
FASA 2 | 16 MAC 2020 | RM200 |
FASA 3 | 24 JULAI 2020 | BAKI RM500 + RM120/ anak + TAMBAHAN RM100 |
Pembayaran BSHR akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing. Tarikh pembayaran RM120/ anak dan maklumat pembayaran RM50 dalam bentuk eTunai akan dikemaskini | ||
Mereka yang tiada akaun bank, surat kelulusan akan diposkan ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran | ||
Pembayaran untuk mereka yang berjaya dalam rayuan akan dibuat bermula dari 23 November 2020 |
Maklumat Lanjut
Untuk makluman, permohonan baru dan kemaskini BSH dibuka dari 1 Februari 2020 sehingga 15 Mac 2020 menurut kenyataan Kementerian Kewangan Malaysia.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) di:
MAKLUMAT LANJUT | ||
1 | Hotline MOF | 03-8882 4565 / 03-8882 4566 (Waktu Operasi : 9.00 a.m hingga 5.00 p.m) |
2 | Hotline LHDNM | 1-800-88-2747 (Waktu Operasi : 9.00 a.m hingga 5.00 p.m) |
3 | Aplikasi Mobile BSH | Muat turun di Play Store & Google Play |
4 | Walk In | Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM |
4 | Portal Rasmi BSH | Bantuan Sara Hidup |