Permohonan BPN 2.0 Online / Download Borang Bantuan Prihatin Nasional

Permohonan BPN Dan Cara Membuat Rayuan BPN. Terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang telah mengumumkan pemberian Bantuan Prihatin Nasional buat golongan B40 dan M40 yang terjejas sumber pendapatan akibat wabak COVID-19. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada perutusan khas 10 Mei 2020 ada menyentuh sedikit berkaitan permohonan rayuan BPN untuk pemohon yang gagal terima bantuan.

Terkini: Kerajaan menambahbaik bantuan sara hidup pada tahun 2021 dan menggantikannya dengan Bantuan Prihatin Rakyat (Kategori & Jumlah)

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Mac 2020 melalui Ucapan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRIHATIN) mengumumkan pakej berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada semua. Daripada jumlah ini, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara. Manakala sebanyak RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.

Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN) : Permohonan Baru Dan Rayuan Online

Terkini: Perdana Menteri telah mengumumkan BPN 2.0 melalui Kerangka Inisiatif Tambahan (KITA) PRIHATIN dengan peruntukan hampir RM 7 Billion untuk mereka yang berkelayakan (bantuan tambahan).

Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri pada 23 September 2020, kadar BPN 2.0 adalah mengikut kategori seperti berikut:

  • B40 Isi Rumah: RM1000
  • B40 Bujang: RM 500
  • M40 Isi Rumah: RM600
  • M40 Bujang RM300

Bayaran akan dimasukkan secara automatik ke akaun pemohon bermula 26 Oktober 2020 dan 21 Januari 2021 secara berperingkat. Bagi golongan B40. bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya bermula 21 Januari 2021 sebanyak RM300. Permohonan baharu akan menerima bayaran secara sekaligus pada 21 Januari 2021 secara berperingkat.

Bagi mereka yang layak menerima BPN 2.0 boleh check layak atau tidak mulai 15 Oktober 2020 di Portal rasmi BPN. Kerajaan juga akan membuka peluang untuk rayuan dan permohonan baharu bermula 15 Oktober 2020 hingga 15 November 2020 melalui Portal Rasmi BPN atau secara manual dengan menghantar borang ke cawangan LHDN/ UTC/ Pusat Khidmat Hasil. Borang permohonan baharu BPN 2.0 dan pembatalan permohonan BPN boleh dimuat turun melalui pautan di bawah:

Umum sedia maklum, sebahagian besar daripada warga Malaysia terjejas dari segi sumber pendapatan. Untuk meringankan beban mereka yang terkesan, kerajaan akan menyediakan Bantuan iaitu pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion.

Dan menariknya, buat pertama kalinya bantuan akan disalurkan juga kepada kumpulan M40. Mereka ini termasuk pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah.

Menerusi siaran media Kementerian Kewangan Malaysia, berikut adalah maklumat terkini berkaitan Permohonan Bantuan Prihatin Nasional beserta maklumat kriteria kelayakan, check status kelayakan dan tarikh pembayaran.

Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020, Kementerian Kewangan ingin menjelaskan mengenai pelaksanaan dan cara mengakses BPN yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan mereka yang layak.

Setakat ini pada 9 Mei 2020, jumlah penerima bantuan adalah seramai 10.6 juta orang, merangkumi bayaran bernilai RM11 bilion iaitu tambahan RM1 bilion berbanding peruntukan asal RM10 bilion

i) Permohonan BPN Online (Borang Permohonan Baru & Rayuan Bantuan Prihatin Nasional)

Orang ramai tidak perlu membuat permohonan mendapatkan Bantuan berikutan pemilihan dibuat berdasarkan perkara berikut :-

  1. Pemberian Bantuan bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup
  2. Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Namun, permohonan baru boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 setelah membuat status disemak pada 1 April 2020. Menerusi makluman LHDNM :-

  • > Golongan B40 yang telah menerima BSH dan golongan M40 yang telah mempunyai data cukai pendapatan dengan LHDNM tidak perlu membuat pendaftaran bagi permohonan BPN. Ini kerana penerima BSH yang layak akan menerima BPN secara automatik manakala golongan M40 yang mempunyai data cukai pendapatan dengan LHDNM pula akan dinilai berdasarkan kepada jumlah pendapatan dan kriteria lain yang telah ditetapkan oleh kerajaan
  • > Permohonan baru dan rayuan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 30 April 2020 dan setiap permohonan baru dan rayuan yang diterima akan mula diproses pada Mei rayuan dilanjutkan sehingga 31 Mei 2020Rayuan boleh dilakukan secara emel ke rayuanbpn@hasil.gov.my atau terus ke kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN

Klik

Berikut adalah petikan ucapan khas Perdana Menteri pada 10 Mei 2020 berikatan rayuan BPN :-

  1. Mengenai isu bayaran Bantuan, saya dengar ada rungutan daripada orang ramai yang gagal menerima bayaran ini atas pelbagai sebab. Antaranya kerana maklumat yang diisi tidak lengkap. Ada juga yang permohonannya ditolak kerana dalam rekod menunjukkan pendapatan melebihi syarat kelayakan. Tetapi mereka sebenarnya telah hilang pekerjaan dan hilang sumber pendapatan. Ada juga antara yang memohon adalah pelajar yang telah menerima bantuan BPN bagi kategori pelajar. Jadi permohonan mereka untuk mendapatkan bayaran BPN bagi kategori bujang ditolak.
  2. Ini antara sebab-sebab permohonan ditolak. Mengambil kira semua perkara ini, YB Menteri Kewangan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei 2020.
  3. Selain menghantar emel, para pemohon yang mana permohonan mereka tidak diluluskan boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter LHDN untuk membuat rayuan bermula hari Isnin 11 Mei 2020. Bagi negeri-negeri yang bercuti esok, bolehlah pergi ke kaunter LHDN pada hari Selasa 12 Mei 2020. Saya tak berjanji semua rayuan boleh diluluskan. Tetapi mana- mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, insyaAllah boleh diluluskan.
  4. Saya juga nak maklumkan, semalam kerajaan telah meluluskan 2.3 juta permohonan BPN, termasuk permohonan baharu dan rayuan, yang melibatkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM1.7 billion. Dengan kelulusan tersebut, jumlah penerima BPN setakat ini ialah 10.6 juta orang yang melibatkan bayaran berjumlah RM11 billion.

SUMBER : Perutusan Khas PM

   PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)

Check Status Penerimaan BPN
Klik  BPN Online
  • 1. Masukkan No. Kad Pengenalan (NO I/C) – hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja
  • 2. Masukkan Kod CAPTCHA yang dupaparkan dengan betul
    • > Keputusan akan dipaparkan
  • 3. Antara status yang dipaparkan adalah Lulus, Tidak Lulus, Tiada Rekod & Tidak Layak
  • 4. Sekiranya status adalah “TIADA REKOD”, orang ramai boleh membuat permohonan baharu dengan klik “Permohonan Baharu” bermula 1 April 2020 sehingga 31 Mei 2020
  • 5. Semua penerima Bantuan akan menerima SMS atau e-mel secara berperingkat mulai 1 April 2020 berkenaan pemakluman kelayakan menerima BPN. Sekiranya menerima SMS atau e-mel tersebut, pengesahan lanjut tidak perlu dibuat dengan LHDNM
  • 6. Sekiranya status adalah “TIDAK LULUS”, orang ramai boleh membuat permohonan rayuan bermula 3 April 2020

Portal Rasmi yang boleh diakses oleh orang ramai adalah seperti berikut :-

ii) Penerima BPN Yang Tidak Perlu Memohon Atau Mengemukakan Permohonan Baharu BPN

Mereka yang tidak perlu memohon adalah seperti senarai berikut :-

i) Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah

ii) Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000

    • Isi rumah pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM

iii) Bujang RM2,000 ke bawah

    • Individu bujang yang sebelum ini telah diluluskan bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH)

iv) Bujang RM2,001 hingga RM4,000

    • Individu bujang pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM

iii) Syarat Kelayakan BPN

Mereka yang dikategorikan layak terima bantuan adalah seperti berikut :-

a) Mereka Yang Layak Menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40

Kategori yang layak menerima BPN B40 adalah seperti berikut:-

1) Isi Rumah

  • a) Kahwin; atau
  • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang ada melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan
  • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah

2) Bujang

  • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan
  • b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas); dan
  • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.

Kategori yang layak menerima BPN M40 pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM yang berstatus adalah seperti berikut:-

1) Isi Rumah

  • a) Kahwin; atau
  • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda berdasarkan data percukaian; dan
  • c) Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini.

2) Bujang

  • a) Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian; dan
  • b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas; dan
  • c) Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

3) Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.

iv) Jumlah, Tarikh Dan Kaedah Pembayaran

Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu Fasa Pertama pada bulan April dan pembayaran Fasa Kedua pada Mei 2020, mengikut kelayakan dalam jadual di bawah.

Manakala untuk permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional yang diluluskan, bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020 secara sekaligus. Untuk Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 bagi penerima Pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak, ianya akan dibuat secara sekaligus bersekali dengan bayaran Bantuan Sara Hidup 2020

Kaedah bayaran BPN B40 adalah seperti berikut:-

    • Pembayaran sekiranya:
      • 1) Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
      • 2) Jika status bayaran adalah gagal kredit (Akaun tidak aktif atau tutup) – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional.
      • 3) Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Kaedah bayaran BPN M40 adalah seperti berikut:-

    • 1) Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini yang telah dikemukakan
    • 2) Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah
    • 3) Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

Jika akaun bank yang didaftarkan adalah tidak aktif atau tutup?

    • a) Bagi B40:
      • Sekiranya status pengkreditan adalah Gagal Kredit, pembayaran akan dibuat secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional. Penerima boleh membuat penunaian di Kaunter BSN setelah Nombor Siri dipaparkan di Portal BPN. Penunaian boleh dilakukan setelah tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
    • b) Bagi M40:
      • Pemohon boleh mengemaskini maklumat akaun bank melalui aplikasi e-Kemaskini (https://ez.hasil.gov.my/ci/ > e-Kemaskini > Profil Diri) untuk memastikan maklumat akaun bank adalah terkini dan aktif. Pastikan akaun bank adalah atas nama penerima

Kaedah pembayaran Bantuan Prihatin Nasional bagi penerima pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan melalui pembukaan kaunter di kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak yang akan diselaraskan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Sarawak melalui Kementerian Kewangan Malaysia. Lokasi dan tarikh akan dimaklumkan kemudian

v) Kemaskini BPN

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh semak samada layak atau tidak mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:

  • 1) Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan
  • 2) Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan

Status kelulusan boleh disemak di Portal Rasmi berikut :-

Kemaskini BPN hanya boleh dilakukan oleh pemohon sahaja bagi kes yang belum berstatus lulus, permohonan baharu dan bagi kes yang ditolak

Semua maklumat boleh dikemaskini KECUALI profil diri iaitu nama, jantina dan umur

Maklumat yang boleh dikemaskini adalah maklumat pemohon, pasangan dan anak.

Semua maklumat boleh dikemaskini KECUALI profil diri iaitu nama, jantina dan umur

Maklumat yang boleh dikemaskini

  1. Maklumat pemohon
  2. Maklumat pasangan
  3. Maklumat anak

vi) Soalan Lazim Berkaitan Permohonan Baharu Dan Rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Berikut adalah soalan lazim beserta jawapan buat pemohon yang menghadapi persoalan atas permasalahan ini :-

1. Apakah yang dimaksudkan dengan status permohonan adalah “DALAM PROSES” atau “DALAM PROSES RAYUAN”?

  • Status “DALAM PROSES” atau “DALAM PROSES RAYUAN” adalah merujuk kepada permohonan baharu atau rayuan BPN yang telah diterima dan sedang dalam proses “checking: bagi menentukan kelayakan.

2. Bilakah kelulusan status permohonan baharu dan rayuan BPN akan dipaparkan?

  • Status kelulusan permohonan baharu dan rayuan BPN akan dipaparkan di Portal BPN, https://bpn.hasil.gov.my mulai 9 Mei 2020.

3. Bilakah tarikh pembayaran bagi permohonan baharu dan rayuan BPN yang telah lulus akan dibuat?

Pembayaran sekali gus akan dibuat seperti berikut:

  1. i. Kaedah pembayaran secara pengkreditan terus ke akaun bank penerima akan diproses secara berperingkat mulai 15 Mei 2020.
  2. ii. Sekiranya paparan di Portal BPN menunjukkan Tiada Akaun atau status pengkreditan adalah Gagal Kredit, pembayaran akan dilakukan secara penunaian di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja. Penunaian boleh dibuat dengan membawa MyKad dan Nombor Siri yang dipaparkan pada Maklumat Pembayaran di Portal BPN, https://bpn.hasil.gov.my.

4. Bilakah tarikh akhir penunaian BPN di Kaunter BSN boleh dibuat?

  • Penerima perlu membuat penunaian di Kaunter BSN selewat-lewatnya pada 31 Disember 2020

5. Berdasarkan status permohonan baharu atau rayuan mendapati saya berstatus Tidak Lulus. Apakah yang perlu saya lakukan?

Keputusan yang dipaparkan adalah kekal dan muktamad. Status dikategorikan sebagai Tidak Lulus berdasarkan beberapa alasan berikut:

Alasan Tidak Lulus BPN

  1. Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan had umur memohon
  2. Rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM8,000
  3. Rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM4,000
  4. Mendapati pemohon merupakan pelajar
  5. Tidak layak kerana pemohon / pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi (SSM). Walau bagaimanapun, pemohon boleh memohon Geran Khas Prihatin (GKP) melalui https://gkp.hasil.gov.my jika berkelayakan.
  6. Status kahwin dengan maklumat yang sama

6. Adakah saya boleh mengemukakan rayuan sekiranya permohonan saya berstatus Tidak Lulus?

  • Tidak. Kelulusan yang dipaparkan di Portal BPN adalah kekal dan muktamad. Buat masa ini, rayuan ke atas permohonan BPN yang berstatus Tidak Lulus belum diputuskan oleh Kerajaan.

7. Saya tidak berjaya membuat permohonan baharu atau rayuan. Adakah saya masih berpeluang membuat permohonan?

  • Tarikh permohonan BPN telah berakhir pada 30 April 2020 dan tiada lanjutan tarikh permohonan. Kecuali permohonan rayuan yang dilanjutkan sehingga 31 Mei 2020

8. Saya telah lulus permohonan baharu, walau bagaimanapun akaun yang didaftarkan adalah tidak aktif. Bagaimanakah status bayaran BPN saya?

  • Bagi pemohon yang ada melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan baharu atau rayuan, tetapi proses pengkreditan berstatus Gagal Kredit ke akaun tersebut, tarikh penunaian bagi tuntutan bayaran BPN berkenaan akan dimaklumkan kelak.

Sumber : http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQ_BPN_PERMOHANAN_BAHARU_RAYUAN.pdf

Maklumat Lanjut

Cara mohon Bantuan, bagaimana bantuan diberikan meliputi kaedah permohonan serta kaedah pembayaran boleh dirujuk di Portal Rasmi BPN.

Download Teks Ucapan PRIHATIN

Untuk teks ucapan lengkap Perdana Menteri pada pengumuman pakej PRIHATIN boleh dirujuk di Pakej Rangsangan Ekonomi

Lain-lain bantuan yang diberikan kepada yang layak juga boleh dirujuk di teks ucapan ini termasuklah bantuan IPT RM200, bayaran baki BSH dan banyak lagi.

Related : bayaran bpn 2.0 fasa 2, juta isi rumah panduan pengguna, 10.6 juta penerima, tiada permohonan, rm7 bilion, penerima yang layak menerima bpn 2.0 boleh check status mulai 15 oktober 2020 di portal rasmi bpn, dibuka mulai 15 oktober perlu mengemukakan secara dalam talian, merujuk kepada soalan lazim soalan lazim faq dimuat naik di portal kawalan pergerakan bersyarat pkpb 2.0 secara dalam talian bpn 2.0 dibuka rasmi bpn di https oktober sehingga 15 november permohonan baru bpn 2.0 perintah kawalan pergerakan bersyarat naik di portal rasmi, bpn 2.0 secara, ibu atau bapa tunggal balu janda duda yang tidak mempunyai anak, penerima bpn sedia, permohonan boleh dibuat 15 oktober sehingga 15 november 2020, dokumen sokongan semasa permohonan memenuhi syarat kelayakan pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan semasa layak memohon perlu mengemukakan sebarang dokumen mengemukakan sebarang dokumen sokongan bpn 1.0, secara online, semakan status, semakan bpn 2.0, sila rujuk