Permohonan BSN Micro-i Kredit Prihatin Untuk PKS. Pembiayaan Bank Simpanan Nasional untuk bantu perusahaan kecil dan sederhana .

Permohonan Pembiayaan BSN Micro-i Kredit Prihatin

Cara Mohon Pembiayaan BSN Micro/ i Kredit Prihatin. Berita baik buat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan mikro yang terjejas oleh wabak COVID-19. Bank Simpanan Nasional (BSN) akan memansuhkan kadar faedah dua peratus kepada sifar bagi BSN Micro/ i Kredit Prihatin.

Langkah yang dibuat oleh BSN ini adalah untuk menyokong inisiatif dan keprihatinan kerajaan yang telah menyediakan pakej prihatin PKS tambahan sebanyak RM10 bilion. Disamping itu ianya diharap dapat terus membantu meringankan beban kewangan PKS dalam menghadapi cabaran ekonomi yang melanda waktu ini.

BSN-Micro-i-Kredit-Prihatin-PKS

Pembiayaan BSN Micro/ i Kredit Prihatin (PKS & Usahawan Mikro)

Menerusi skim pembiayaan ini, sebanyak RM75,000 amaun pembiayaan maksimum disediakan untuk semua usahawan mikro dalam pelbagai segmen dengan tempoh pinjaman atau pembiayaan di antara satu (1) hingga lima setengah (5.5) tahun.

  • Keistimewaan BSN Micro/i Kredit Prihatin adalah moratorium 6 bulan ke atas pembayaran ansuran bulanan. Kadar keuntungan / faedah adalah 0% (sebelum ini 2%)

Syarat Kelayakan

Beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan untuk memohon BSN Micro/i Kredit Prihatin iaitu seperti berikut :-

  1. Usahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19
  2. Perusahaan Mikro (milikan tunggal, Perkongsian atau Syarikat Sdn. Bhd)
  3. Perusahaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia dan terbuka kepada semua sektor perniagaan
  4. Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa
  5. Perniagaan telah beroperasi tidak kurang daripada enam bulan

Cara Membuat Permohonan BSN Micro-i Kredit Prihatin

PKS yang ingin memohon perlu melayari laman Facebook BSN untuk menyemak senarai maklumat Pegawai BSN yang berhampiran untuk dihubungi serta dokumen yang diperlukan.

  1. Tempoh yang diambil untuk kelulusan permohonan adalah 6 hari bekerja selepas borang permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap diterima.
  2. Tarikh akhir permohonan BSN Micro/i Kredit Prihatin adalah sehingga 31 Disember 2020

Senarai Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah : –

  1. Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
  2. Salinan Kad Pengenalan semua Pengarah / Pemilik Tunggal / Rakan Kongsi /
    Penyata Akaun Bank Syarikat untuk 3 bulan terkini
  3. Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai BSN Micro/i Kredit Prihatin, sila rujuk maklumat berikut :-

CARA HUBUNGI
1Hotline
  1. 1300-88-1900
2Laman Sosial
  1. Facebook Rasmi BSN Malaysia
3Portal Rasmi
  1. BSN Micro-i Kredit Prihatin (Islamik)
  2. BSN Micro Kredit Prihatin (Konvensional)