Semakan i-Sinar KWSP : Syarat Pengeluaran Simpanan Akaun 1 & Permohonan

Permohonan & Semakan i-Sinar KWSP. Susulan pengumuman oleh Menteri Kewangan sewaktu pembentangan Belanjawan 2021, pencarum KWSP yang berkelayakan boleh mengeluarkan wang daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Oleh itu, bagi mereka yang terjejas dan memerlukan suntikan kewangan, boleh merujuk perkongsian berkenaan skim terbaharu ini yang merupakan lanjutan daripada pengeluaran Akaun 2 i-Lestari yang berakhir Mac 2021.

Pencarum yang berkelayakan dapat mengeluarkan amaun maksimum RM10,000 (bayaran bulan pertama maksimum RM5,000) daripada akaun 1 masing-masing bermula selama 12 bulan iaitu bermula dari bulan Januari 2021 sehingga Disember 2021. Bagi memudahkan urusan pencarum employees provident fund (EPF) akan melancarkan Program untuk urusan permohonan dan semakan pengeluaran secara Online. Permohonan akan dibuka bermula Disember 2020 dan amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli bermula Januari 2021.

Permohonan & Semakan i-Sinar KWSP : Cara Mohon Pengeluaran Wang Simpanan Akaun 1

Di bawah dikongsikan maklumat penting berkaitan untuk panduan semua yang berkelayakan untuk membuat pengeluaran.

Terkini Pengeluaran Khas KWSP: Perdana Menteri telah mengumumkan pengeluaran khas KWSP sehingga RM10,000 bagi ahli yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19. Ahli KWSP boleh membuat permohonan dari 1 April hingga 30 April 2022 dan pembayaran akan dibuat bermula 20 April 2022. Walaubagaimanapun pengeluaran tertakluk kepada baki Akaun 2 sebelum baki Akaun 1 dibenarkan untuk pengeluaran. Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Pengeluaran i-Sinar Tanpa Syarat: Menurut KWSP, bayaran i-Sinar sedia ada akan bermula pada 2 Mac 2021. Bagi permohonan baharu selepas pemansuhan kriteria pula akan bermula pada 8 Mac 2021.

Berdasarkan berita Astro Awani, Kementerian Kewangan telah mengesahkan KWSP akan memansuhkan syarat untuk pengeluaran i-Sinar. Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul berkata perincian proses akan dimaklumkan pada hari Isnin minggu hadapan. Berikut adalah maklumat yang dinyatakan berkaitan dengan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat:

  • Bagi ahli yang mempunyai simpanan RM100,000 dan ke bawah : Pengeluaran boleh dibuat sehingga RM10,000 dengan jumlah bayaran pertama maksimum sehingga RM5,000.
  • Bagi ahli yang mempunyai simpanan RM100,000 dan ke atas : Pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1. Jumlah pengeluaran maksimum hanya sebanyak RM60,000 dan jumlah bayaran pertama sehingga RM10,000.
  • Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan.

Segala maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh KWSP berkenaan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat

Pakej Bantuan PERMAI: Pada 18 Januari 2021, Perdana Menteri telah mengumumkan penambah baikan inisiatif i-Sinar bagi rakyat yang terjejas. KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan Kategori 2 dan pembayaran akan dibuat mulai 26 Januari 2021.

Berikut adalah infografik yang disediakan oleh KWSP:

KWSP telah mengambil langkah untuk memperluaskan inisiatif pengeluaran Akaun 1 ini kepada ahli yang telah kehilangan pekerjaan, terjejas pendapatan, pekerja sektor formal yang tidak mampu mencarum selama dua bulan berturut-turut atau pekerja yang diberi cuti tanpa gaji oleh majikan. atau tiada sumber pendapatan.

Perincian Permohonan Pengeluaran i Sinar kwsp

TERKINI :

  • Kerajaan mengumumkan program i-Sinar diperluaskan kepada semua pencarum yang terjejas berbanding hanya dua juta sebelum ini
  • Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sesi ucapan penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 peringkat dasar di Dewan Rakyat pada 26 November, mengumumkan seramai lapan juta pencarum layak mengeluarkan wang mereka dalam Akaun 1 berbanding dua juta ahli sebelum ini
  • Had pengeluaran i-Sinar juga dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000 membabitkan peruntukan RM70 bilion

KWSP menerusi siaran media yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP pada 2 Disember 2020 menyatakan perkara berikut.

Secara umumnya, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100. Berikut adalah syarat-syaratnya:

  1. Syarat pengeluaran adalah terbahagi kepada kategori simpanan Akaun 1 RM100,000 dan ke bawah serta kategori simpanan Akaun 1 melebihi RM100,000
  2. Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM10,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000. Pengeluaran bulanan seterusnya adalah pada tahap maksimum RM1,000 sebulan
  3. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 pula akan mempunyai akses 10%. Tetapi amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pengeluaran ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000. Pengeluaran bulanan seterusnya adalah pada tahap maksimum RM10,000 sebulan
  4. Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan ini perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan. Caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula. Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.
  5. Di bawah adalah infografik buat rujukan semua:

Kriteria Kategori 1

Kategori ini adalah ahli yang sudah lama tidak mencarum, suri rumah, bekerja sendiri, bekerja di sektor ekonomi gig, hilang pekerjaan, cuti tanpa gaji dan hilang sumber pendapatan. Kriteria yang diperlukan adalah:

  1. Ahli yang tiada caruman KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan
  2. Ahli yang mengalami Pengurangan Gji Pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020

Kategori ini boleh memohon bermula 21 Disember 2020 dan tidak memerlukan dokumen sokongan.

Kriteria Kategori 2 

Kategori ini adalah bagi ahli yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji pokok termasuk bayaran lain seperti elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020. Dokumen sokongan yang diperlukan:

  1. Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan
  2. Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa

Jika dokumen berkaitan tidak dapat dikemukana, dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan. Permohonan bagi kategori ini bermula 11 Januari 2021 beserta dokumen sokongan.

Peringatan: Ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) sebelum menentukan amaun pengeluaran yang diperlukan untuk memohon pengeluaran Akaun 1 melalui portal i sinar.

Cara Mohon Pengeluaran Wang Simpanan KWSP Akaun 1

  • Kaedah atau cara permohonan
    • EPF menjangkakan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon bermula 21 Disember 2020 (Kategori 1) dan 11 Januari 2021 (Kategori 2) dengan pembayaran pertama sebulan selepas permohonan diluluskan
    • Pemohon cuma perlu memohon dalam talian melalui: Portal Rasmi
      • https isinar.kwsp.gov.my
    • Permohonan dibuka selama 6 bulan bermula 21 Disember 2020 sehingga 30 Jun 2021.
    • Untuk memastikan kelancaran urusan permohonan i-Sinar, sila pastikan anda telah mendaftar i-Akaun, nombor telefon bimbit telah dikemaskini serta akaun bank milik anda aktif.

Cara Mohon bagi Kategori 1

  1. Pemohon dikehendaki melayari Portal Rasmi
  2. Isikan nombor MyKad dan nombor telefon bimbit anda yang berdaftar di i-Akaun
  3. Klik ‘Teruskan’
  4. Seterusnya anda perlu mengisi nombor OTP yang diterima melalui SMS dan klik ‘Sahkan OTP’ atau jawab Soalan Keselamatan untuk pengesahan
  5. Tetapkan amaun pilihan yang anda ingin keluarkan
  6. Tetapkan juga bayaran bulan pertama dan klik ‘Teruskan’
  7. Isi maklumat pemohon dan maklumat pembayaran dan klik ‘Teruskan’
  8. Pastikan maklumat pemohon dan maklumat pembayaran dan tandakan pada kotak sebelum klik ‘Hantar’
  9. Permohonan anda diterima dan akan diproses oleh KWSP

Cara Mohon Bagi Kategori 2

  1. Sila layari Portal Rasmi i-Sinar
  2. Klik ‘Permohonan Baharu’
  3. Pilih situasi anda (Kategori 2 lazimnya tidak)
  4. Isikan nombor MyKad serta nombor telefon bimbit anda dan Klik ‘Teruskan’
  5. Sahkan identiti anda melalui pengesahan nombor OTP atau Soalan Keselamatan
  6. Seterusnya pemohon perlu tetapkan amaun pilihan
  7. Kemudian tetapkan bayaran bulan pertama yang anda inginkan dan klik ‘Teruskan’
  8. Lengkapkan maklumat yang diperlukan serta muat naik dokumen sokongan yang berkaitan ke dalam sistem dan klik ‘Hantar’
  9. Permohonan anda akan diterima serta diproses oleh KWSP

Panduan Muat Naik Dokumen Sokongan 

Bagi pemohon kategori 2 yang perlu memuat naik dokumen sokongan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Di bahagian Maklumat Pengurangan Pendapatan:
  2. Masukkan nilai jumlah pendapatan sebelum pengurangan (tidak termasuk nilai bonus)
  3. Klik ‘Pilih Fail’ dan pilih dokumen ‘Slip Gaji’ nilai tertinggi sebelum pengurangan
  4. Klik ‘Tambah Fail’ untuk menambah kotak muat naik
  5. Seterusnya masukkan nilai jumlah pendapatan selepas pengurangan (tidak termasuk nilai bonus, jika ada)
  6. Klik ‘Pilih Fail’ dan pilih dokumen ‘Slip Gaji’ terkini selepas pengurangan
  7. Ulangi langkah yang sama untuk memuat naik dokumen sokongan sebagai pertimbangan oleh pihak KWSP.
  8. Kemudian klik ‘Teruskan’

Semakan i-Sinar KWSP

TERKINI : KWSP memaklumkan bahawa terdapat masalah teknikal pada paparan status i-Sinar online. Pemohon adalah disarankan untuk menyemak semula status mereka pada 8.00 pagi pada 8 Februari 2021

  • Semakan status permohonan boleh dibuat melalui Portal Rasmi i-Sinar
  • Klik Semakan Status i-Sinar
  • Masukkan nombor kad pengenalan anda serta nombor telefon bimbit yang sama dalam permohonan
  • Klik ‘Semak Status’
  • Status permohonan anda lulus, sedang diproses atau tiada dalam rekod akan ditunjukkan dipaparkan oleh sistem

Tarikh Pembayaran iSinar

  • Menurut kenyataan Menteri Kewangan pada Laporan LAKSANA ke-34 pada 23 Disember 2021, pembayaran akan bermula pada 11 Januari 2021.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan program ini, sila rujuk:

Peruntukan pengeluaran dijangka mencecah amaun sebanyak rm70 bilion untuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP yang terkesan dapat mengharungi cabaran semasa serta demi keperluan mereka dalam jangka pendek. Pihak berkepentingan berpendapat jumlah had pengeluaran adalah untuk memastikan kesejahteraan masa depan ahli KWSP dan caruman persaraan mereka.

Related :future contributions account 1 savings amount up to rm9,000 30 facility will be required to replace the full amount advanced pay leave eligible members active members who have lost their jobs source of income, pengeluaran akaun 1 kwsp gaji pokok sebanyak 30, hilang pekerjaan suri rumah pengurangan gaji dan elaun membuat permohonan kerja lebih masa selepas, notis cuti tanpa gaji diberi notis cuti pertengahan januari 2021 mencarum hilang pekerjaan suri bekerja tetapi telah mengalami mengalami pengurangan gaji pokok, dibuka secara rumah atau yang diberi, syarat kelayakan, membuat semakan permohonan i sinar kategori i sinar kategori 1 i sinar kategori 2, 4 januari 2021, mula dibuka 8 pagi