Umum sedia maklum yang Kerajaan akan terus meneruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi menjamin kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membantu golongan berpendapatan rendah (B40) meringankan kos sara hidup mereka.
Namun hanya mereka yang berkelayakan sahaja layak untuk memohon secara online atau melalui bprang manual. Apakah syarat kelayakan mohon BSH dan adakah anda tergolong dalam golongan yang layak menerima jumlah bantuan BSH tahun 2020?
Terdapat lima (5) kategori penerima BSH tahun 2020 iaitu isi rumah berpendapatan RM4,000 dan kebawah, bujang 40 tahun ke atas dan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan pendapatan kurang RM2,000 sebulan.
Isi Kandungan
Syarat Kelayakan Permohonan BSH 2020 (Individu Layak Dan Tidak Layak Memohon)
Berikut adalah kriteria kelayakan bagi bakal pemohon Bantuan Sara Hidup Rakyat untuk check. Maklumat syarat kelayakan memohon akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas permohonan baharu dan kemaskini permohonan BSH 2020 dibuka pada 1 Februari 2020 nanti dan diumumkan di Portal Rasmi BSH (https://bsh.hasil.gov.my/):-
KRITERIA SYARAT KELAYAKAN BSH | |||
A. BERKAHWIN | |||
PEMOHON | |||
1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja | |||
2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah | |||
PASANGAN | |||
1. Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau | |||
2. Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS) DAN mempunyai anak Warganegara Malaysia (MyKad / MyKid) | |||
ANAK (Jika Mempunyai Anak) | |||
1. Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan | |||
2. Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan | |||
3. Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan | |||
4. 17 tahun dan ke bawah; atau | |||
5. 18 tahun dan ke atas
|
Pemohon BSH yang berstatus Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak perlulah memenuhi kelayakan seperti berikut:-
B. IBU BAPA TUNGGAL/ BALU/ JANDA/ DUDA (Ada Anak) | |||
PEMOHON | |||
1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja | |||
2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah | |||
ANAK | |||
1. Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan | |||
2. Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan | |||
3. Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan | |||
4. 17 tahun dan ke bawah; atau | |||
5. 18 tahun dan ke atas
|
C. ISI RUMAH (BUJANG) | |||
1. Lelaki atau perempuan Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah | |||
2. Bujang (termasuk OKU) berumur 60 tahun dan ke atas |
Pemohon BSH yang berstatus Bujang( perlulah memenuhi kelayakan seperti berikut. Penerima yang layak menerima bayaran RM300 BSH Bujang.
D. SYARAT KELAYAKAN BSH BUJANG | |||
1. Bujang (ada atau tiada tanggungan) berumur sekurang-kurangnya 40 tahun hingga 59 tahun | |||
2. Jika bekerja, pendapatan kasar bulanan adalah RM2,000 dan ke bawah. |
Untuk penerima OKU pula, kriteria kelayakan adalah seperti berikut :-
E. OKU | |||
1. Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 18 tahun hingga 59 tahun | |||
2. Jika bekerja, pendapatan kasar bulanan adalah RM2,000 dan ke bawah. | |||
3. Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut:-
|
Mereka yang tidak layak memohon adalah seperti berikut :-
TIDAK LAYAK MEMOHON BSH | |||
1. Mempunyai pendapatan seisi rumah melebihi jumlah RM4,000 dan untuk bujang/ OKU, melebihi RM2,000 | |||
2. Sedang bekerja dan tinggal di luar negara Malaysia | |||
3. Bujang berusia 39 tahun ke bawah | |||
4. Mempunyai pemilikan kenderaan bagi tahun buatan / daftar mulai tahun 2016 dan ke atas berdasarkan kapasiti enjin kenderaan seperti berikut:-
| |||
5. Transaksi Pemilikan Hartanah melebihi RM500,000 |
Soalan Lazim (FAQ) Permohonan Baharu Dan Kemaskini BSH 2020
Dikongsikan dari https://bsh.hasil.gov.my/Download/Faq/BSH2020_FAQ_Permohonan_Baru_danKemasKini.pdf, berikut adalah soalan yang kerap ditanya beserta jawapan atas permasalahan tersebut :-
1. S: Bilakah pendaftaran BSH 2020?
- J: Pendaftaran BSH 2020 bermula pada 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020
2. S: Bagaimana cara untuk saya membuat Permohonan BSH 2020?
- J: Anda boleh membuat Permohonan BSH 2020 seperti berikut:-
i. Permohonan Secara Dalam Talian
Permohonan BSH 2020 boleh dibuat di:-
- a. Portal Rasmi BSH LHDNM, https://bsh.hasil.gov.my; atau
- b. Aplikasi telefon mudah alih dengan memuat turun di Play Store / App Store
ii. Permohonan Melalui Borang
Borang Permohonan BSH 2020 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
- a. Portal Rasmi BSH LHDNM; atau
- b. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
3. S: Di mana saya boleh menghantar Borang BSH 2020 yang telah lengkap diisi?
- J: Anda boleh menghantar Borang BSH 2020 di kaunter-kaunter berikut:-
- i. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
- ii. Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
- iii. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
- iv. Pejabat Daerah / Pejabat Residen
- https://bsh.hasil.gov.my/Download/JADUAL_PEMBUKAAN_KAUNTER_RAYUAN_BANTUAN_SARA_HIDUP_2020.pdf
Atau penghantaran secara Pos ke alamat seperti berikut:
- Peti Surat BSH
GPO Shah Alam
40800 Selangor
Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima, permohonan bantuan