Semakan i-Lestari Online (Status Pengeluaran Wang KWSP). Cara semak status permohonan mengeluarkan duit epf akaun 2 i lestari kwsp secara online.

Semakan i-Lestari Online (Status Pengeluaran Wang KWSP Akaun 2)

Semakan Status Pengeluaran Wang KWSP Secara Online. Berita baik buat para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/ EPF) yang ada membuat permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP melalui Akaun 2 mereka. Untuk memudahkan orang ramai membuat permohonan dan semakan i-Lestari, pihak KWSP telah membuat penambahbaikan ke atas cara atau kaedah yang lebih pantas dengan memperkenalkan i-Lestari online.

Pemohon kini boleh membuat permohonan dan semakan secara 100% talian tanpa borang dan tidak perlu ke cawangan KWSP. Sebelum ini, kaedah yang digunakan adalah melalui e-pengeluaran melalui i-akaun, melalui e-mel dan secara pos.

ilestari-kwsp-online

Semakan Status Pengeluaran Melalui i-Lestari Online KWSP

i-Lestari Online adalah saluran mesra pengguna yang membolehkan Ahli untuk :-

  1. Mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari secara dalam talian berdasarkan terma-terma yang ditetapkan
  2. Memohon tanpa perlu mendaftar untuk i-Akaun (Ahli)
  3. Menyemak makluman status pengeluaran secara dalam talian
  4. Menghantar permohonan Pengeluaran i-Lestari menggunakan pelbagai peranti seperti komputer peribadi, komputer riba, tablet, telefon pintar dan sebagainya; dan
  5. Membuat permohonan secara mudah, cepat dan tepat serta tidak mengambil masa

Cara Membuat Semakan i-Lestari Online

Ahli boleh menyemak status permohonan pengeluaran (semakan status i-Lestari) melalui i-Lestari Online sekiranya permohonan telah diterima dan didaftarkan.

Untuk menyemak status permohonan, sila pastikan Nombor MyKad dan nombor telefon bimbit adalah betul dan tepat  Untuk makluman, semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan dibuat

Sila ikuti langkah-langkah berikut :-

  • 1. Layari sistem untuk membuka menu di i-Lestari KWSP
  • 2. Klik Semak Permohonan
  • 3. Isikan No MyKad dan No Telefon Bimbit
  • 4. Klik pada kotak ‘Saya bukan robot’ (reCAPTCHA) dan klik pada butang SEMAK
  • 5. Status Permohonan akan dipaparkan

NOTA : Ahli KWSP bukan warganegara Malaysia tidak boleh menggunakan i-Lestari Online. Mereka hanya boleh menghantar permohonan melalui pos sahaja.

Soalan Lazim

Berikut adalah sedikit ringkasan berkaitan dengan i-Lestari KWSP :-

  1. Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga tempoh kuatkuasa pengeluaran i lestari tamat pada 31 Mac 2021
  2. Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran pengeluaran i-lestari bulan pertama akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020 (Mulai 4 Mei 2020 sehingga 18 Mei 2020)
  3. Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula dari tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.
  4. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
  5. Permohonan untuk bayaran bulan kebelakang (backdated) tidak dibenarkan
  6. Adakah Ahli yang beragama Islam diwajibkan mengeluarkan zakat ke atas Pengeluaran i-Lestari?
    1. Tujuan kemudahan Pengeluaran i-Lestari diwujudkan adalah untuk membantu meringankan beban kewangan Ahli yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Justeru, Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) berpandangan bahawa Ahli beragama Islam yang membuat pengeluaran tersebut bagi tujuan kelangsungan hidup diri sendiri dan tanggungannya dalam menampung keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan (hajah asliyah) tidak diwajibkan mengeluarkan zakat ke atas pengeluaran tersebut.
    2. Manakala Ahli beragama Islam yang membuat Pengeluaran i-Lestari bukan bagi tujuan menampung keperluan asas diri sendiri dan tanggungannya (bukan hajah asliyah), diwajibkan mengeluarkan zakat pada kadar 2.5% ke atas jumlah amaun pengeluaran sekiranya mencapai nisab tanpa perlu menunggu haul.
    3. Ahli beragama Islam dinasihatkan untuk merujuk pihak berkuasa zakat negeri masing-masing berhubung zakat pengeluaran KWSP.
    4. Glosari:
      1. 1. Hajah asliyah : Keperluan asas seperti makanan, kesihatan, pendidikan, pakaian dan tempat tinggal.
      2. 2. Nisab: Paras minimum sesuatu harta yang tertakluk kepada zakat yang bersamaan dengan nilai semasa 85 gram emas.
      3. 3. Haul: Tempoh satu tahun (berdasarkan taqwim Hijrah) sesuatu harta yang tertakluk kepada zakat dimiliki.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai semakan termasuk permohonan, sila rujuk kepada maklumat berikut :-

CARA HUBUNGI
1Soalan Lazim (FAQ)
  1. Soalan & Jawapan
2Laman Sosial
  1. Facebook Rasmi KWSP Malaysia
3Portal Rasmi (Laman Web)
  1. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Related : Akaun bank