Semakan Penyata KWSP Online Melalui i-Akaun (Semak Baki Terkini)

Last Updated on

Cara Semak Penyata KWSP/ EPF Secara Online Baki Terkini Dan Status Pengeluaran. Perkembangan teknologi yang pesat membolehkan orang ramai untuk memilih samada menggunakan perkhidmatan kaunter atau atas talian. KWSP telah mewujudkan sistem atas talian/ online bagi membolehkan ahli mereka untuk membuat semakan penyata KWSP secara online melalui i-Akaun dengan mudah dan pantas. Ianya termasuk membuat cetakan penyata dan juga jenis pengeluaran KWSP termasuk pengeluaran pinjaman perumahan melalui e-pengeluaran.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang ditubuhkan pada tahun 1951 merupakan antara tabung simpanan persaraan tertua dan yang terbesar di dunia. Menurut Portal Rasmi KWSP, terdapat 14.59 juta ahli yang berdaftar setakat Disember 2019 dengan 7.63 juta merupakan ahli yang aktif.

Semakan Penyata KWSP Secara Online Melalui i-Akaun

Ahli perlu membuat pendaftaran i-Akaun terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan kemudahan i-Akaun.

Cara Mendaftar i-Akaun KWSP Dan Pengaktifan Akaun

Pendaftaran boleh dilakukan di mana-mana Kaunter dan Kios KWSP serta e-Mel. Ahli dapat mengaktifkan i-Akaun dengan menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang diterima selepas pendaftaran.

Kelayakan untuk mendaftar i-Akaun :-

  1. Untuk ahli warganegara, mestilah mempunyai No.ID Ahli dan mempunyai nombor KWSP yang sah
  2. Untuk ahli bukan warganegara, mestilah mempunyai paspot yang sah atau mempunyai nombor KWSP yang sah

i) Cara Mendapatkan ID Pengguna & Kata Laluan

ID PENGGUNA & KATA LALUAN BOLEH DIDAPATI DI
1Kaunter KWSP
2Kios KWSP
3Melalui e-mel (Terkini : Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan – PKP)

ii) Cara Aktifkan i-Akaun (Ahli)

Cara untuk mengaktifkan i-Akaun adalah seperti langkah-langkah berikut :-

MENGAKTIFAN i-AKAUN (AHLI)
1Selepas pendaftaran, ahli akan menerima kod pengaktifan iaitu kata laluan melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun. Pengaktifan perlu dibuat dalam tempoh 30 hari selepas penerimaan ID Pengguna dan Kata Laluan
2Sila Layari Portal Rasmi KWSP
3Pilih Log Masuk di tab menu dan klik i-Akaun (Ahli)
4Isikan No Ahli yang diterima pada ruangan ID Pengguna dan klik Teruskan
5Isikan Kata Laluan yang diterima melalui SMS dan klik Log Masuk
6Sila baca terma dan syarat yang dipaparkan. Tanda pada kotak “checkbox” dan klik Seterusnya
7Sila cipta ID Pengguna yang baharu di ruangan ID Pengguna. ID Pengguna yang baharu adalah gabungan alphanumeric 8 – 16 digit

  • > (Contoh : azaman1234)

(Nota : ID Pengguna boleh dipinda sekali sahaja semasa proses pengaktifan dilakukan)

8Sila cipta kata laluan yang baharu dengan gabungan alphanumeric 8 – 20 digit dan masukkan semula kata laluan yang baharu untuk pengesahan

  • > (Contoh : AliAbu12345)
9Pilih Imej Online
10Sila isi Frasa Rahsia dengan panjang maksimum 10 aksara kemudian klik Seterusnya
11Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan. Ahli boleh terus login ke i-Akaun
Panduan ringkas bergambar boleh dirujuk di : Pengaktifan i-Akaun (Ahli)

Cara Semak Penyata KWSP Secara Online

Setelah lengkap proses pengaktifan akaun, ahli boleh membuat semakan baki terkini setelah berjaya log masuk.

Klik butang penyata semasa/ tahun sebelumnya. Penyata anda akan dipaparkan di skrin. Untuk buat cetakan sila tekan butang cetak

i) Kemudahan Yang Terdapat (Perkhidmatan i-Akaun KWSP)

Secara ringkasnya, di antara kemudahan yang disediakan dalam i-Akaun KWSP adalah seperti berikut :-

Ahli Boleh
1. Menggunakan perkhidmatan e-Pengeluaran6. Mengira anggaran amaun pengeluaran perumahan, simpanan dan pelaburan
2. Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya7. Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
3. Menyemak status permohonan pengeluaran8. Menyemak rekod transaksi caruman KWSP selama 2 tahun
4. Menyemak sejarah pengeluaran9. Menyemak log aktiviti i-Akaun
5. Menyemak status penamaan

ii) Aplikasi Telefon Pintar i-Akaun KWSP

Kini, ahli KWSP mempunyai pilihan yang lebih cepat dan pantas dengan memuat turun atau download aplikasi KWSP untuk telefon pintar anda.

ANDROIDAPPLE iOS
Google PlayApp Store

Maklumat Lanjut KWSP

Jika ada sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi :-

CARA HUBUNGI
1Senarai Pejabat & Kios KWSP
  1. Lokasi Seluruh Malaysia
2Laman Sosial
  1. Facebook Rasmi KWSP
  2. Twitter Rasmi KWSP
3No Telefon & Fax
  1. Telefon 03 – 8922 6000
  2. Faks 03 – 8922 6222
    1. Masa Operasi: Isnin – Jumaat 8.00 Pagi ke 6.00 Petang (Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)
4Portal Rasmi
  1. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja