Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat dahulunya Skim Perlindungan Nasional B40 mula diperkenalkan oleh Kerajaan pada pembentangan Bajet 2019. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Skim mySalam meliputi cara pendaftaran, syarat kelayakan, semakan kelayakan dan proses membuat tuntutan.
Perlindungan takaful Skim ini yang mulanya dikhaskan untuk kumpulan isi rumah golongan B40 telah diperluaskan kepada golongan M40. Ianya meliputi 45 jenis penyakit kritikal dan kemasukan hospital hingga 14 hari setahun termasuk pesakit novel coronavirus yang akan menerima manfaat hospital RM50 sehari bagi tempoh 14 hari.
Inisiatif Skim Takaful Perlindungan Kesihatan Masyarakat Percuma Oleh Kerajaan
Skim perlindungan ini merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat melalui Tabung Amanah my Salam.
Sebagai dana permulaan, tabung amanah telah dibuka dengan kemasukan dana sebanyak RM2 bilion diberikan oleh Great Eastern Holdings (GEH). Jumlah ini dijangka dapat memastikan kemampanan program ini untuk sekurang-kurangnya 5 tahun.
Kerajaan telah mengumumkan perlindungan untuk golongan B40 telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2019 yang lalu. Perluasan perlindungan skim ini berkuatkuasa 1 Januari 2020 menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Belanjawan 2020). Pada pembentangan Belanjawan 2021, Skim MySalam ditambah baik ke atas tuntutan kos perubatan seperti stent untuk jantung dan prostesis. Kini, dalam pembentangan Bajet 2022 kerajaan meluaskan manfaat tuntutan kos peranti perubatan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima MySalam yang layak.
Pada tahun 2023, kerajaan bersetuju untuk meneruskan skim MySalam sehingga tahun 2025 kerana mendapat sambutan baik daripada komuniti B40 di Malaysia.
Apa itu Skim Perlindungan Kesihatan Nasional?
Ianya merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia .
Ianya dapat membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang memerlukan bantuan dalam mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.
Kategori, Syarat Kelayakan Dan Manfaat
Mereka yang layak beserta manfaat adalah seperti kategori berikut :-
*BSH kini dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bermula tahun 2022. Sebelum ini, ia ditukar nama kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Kini ia dikenali sebagai STR, Sumbangan Tunai Rahmah.
i) Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Golongan B40
KELAYAKAN | MANFAAT |
1. Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan | 1. Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali (one off) apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal |
2. Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun; | 2. Pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari |
3. Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun |
ii) Bukan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Golongan M40
KELAYAKAN | MANFAAT |
1. Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan sehingga RM100,000 setahun | 1. Pembayaran tunai RM4,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari |
2. Pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari |
Cara Pendaftaran mySalam Online
Tiada pendaftaran diperlukan, anda hanya perlu menyemak kelayakan di laman web rasmi MySalam. Kerajaan menggunakan maklumat atau data yang diperoleh daripada LHDNM untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang berkelayakan.
Sebelum ini, mereka yang layak dalam skim ini akan dimaklumkan melalui SMS bermula daripada 1 Mac 2019. Jika anda layak tetapi tidak menerima SMS tersebut, anda boleh membuat tindakan berikut untuk mendapatkan bantuan selanjutnya:-
| |||
|
Bagi penerima bukan BSH, anda perlu membuat registration secara online mengikut ketetapan tarikh berikut :-
- > Sila klik pautan “Bukan Penerima BSH” di Portal my Salam
TARIKH BUKA | TARIKH TUTUP |
11 Februari 2020 | 31 Mac 2020 |
Semakan Kelayakan
Klik pautan berikut untuk semak kelayakan samada layak atau tidak :-
- Semak Kelayakan
- Isikan No kad pengenalan (MyKad) 12 digit tanpa sengkang
Anda juga boleh semak kelayakan di kiosk-kiosk my Salam yang terdekat seperti lokasi berikut :-
Senarai Kiosk
Perlis
- Hospital Tuanku Fauziah
Kedah
- Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar
- Hospital Kulim
Pulau Pinang
- Hospital Umum Pulau Pinang
- Hospital Seberang Jaya
- Hospital Bukit Mertajam
Perak
- Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
- Hospital Seri Manjung, Manjung
Selangor
- Hospital Selayang
- Hospital Kajang
- Hospital Serdang
- Hospital Sg. Buloh
- Hospital Kuala Kubu Bahru
- Hospital Banting
- Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
- Hospital Tanjung Karang
- Hospital Sabak Bernam
- Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Hospital Kuala Lumpur
- Hospital Ampang
- Hospital Putrajaya
- Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
- Institut Kanser Negara (IKN)
Kelantan
- Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu
- Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian
Terengganu
- Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
- Hospital Besut
Pahang
- Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
Johor
- Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
- Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
- Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
Sarawak
- Hospital Umum Kuching
- Hospital Sibu
- Hospital Bintulu
Sabah
- Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu
- Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas
- Hospital Duchess of Kent, Sandakan
Senarai 45 Jenis Penyakit Kritikal Yang Dilindungi
- 1. Penyakit Alzheimer / Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
- 2. Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
- 3. Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
- 4. Kepekakan / Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
- 5. Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
- 6. Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
- 7. Meningitis Bakteria
- 8. Tumor Otak Benigna
- 9. Buta / Hilang Penglihatan Sepenuhnya
- 10. Pembedahan Otak
- 11. Kanser
- 12. Kardiomiopati Teruk
- 13. Anemia Aplasia Kronik
- 14. Koma
- 15. Ensefalitis/ encephalitis
- 16. Kegagalan Hati Tahap Akhir
- 17. Penyakit Paru-Paru
- 18. AIDS Peringkat Teruk
- 19. Hepatitis Virus Fulminan
- 20. Serangan Jantung
- 21. Pembedahan Injap Jantung
- 22. HIV Akibat Transfusi Darah
- 23. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
- 24. Hilang Pertuturan
- 25. Trauma Kepala Utama
- 26. Pemindahan Organ Utama/ Sum
- 27. Penyakit Neuron Motor
- 28. Sklerosis Berbilang
- 29. Distrofi Otot
- 30. Kelumpuhan / Paraplegia
- 31. Penyakit Parkinson
- 32. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
- 33. Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
- 34. Strok
- 35. Pembedahan Aorta
- 36. Pelecuran Tahap Ketiga
- 37. Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)
- 38. Elefantiasis (Penyakit Untut)
- 39. Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
- 40. Skleroderma Progresif
- 41. Poliomielitis
- 42. Sindrom Apallic (Keadaan Vegetatif Berterusan)
- 43. Penyakit Sistik Medular
- 44. Penyakit Terminal (Membawa Maut)
- 45. Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan
Cara Buat Tuntutan mySalam Skim Perlindungan
Berikut dikongsikan panduan cara membuat tuntutan skim ini :-
| |||
| |||
|
Terdapat dua jenis tuntutan yang boleh dituntut iaitu tuntutan 45 penyakit kritikal dan tuntutan bayaran gantian harian :-
i) Tuntutan Bayaran 45 Penyakit Kritikal
- 1. Kunjungi Portal Rasmi menerusi pautan yang disediakan di bawah dan log masuk dengan mengisi nombor kad pengenalan serta kata laluan yang telah dihantar secara SMS (semasa makluman kelayakan my Salam)
Pautan : Tuntutan |
- 2. Klik pada butang pilihan Download Form dan muat turun borang Critical Illness – Doctor’s Statement form
- 3. Bawa borang berkenaan ke hospital yang anda dapatkan rawatan dan minta doktor untuk mengisikan borang tersebut dengan lengkap
- 4. Setelah borang diisi dengan lengkap, imbas (scan) borang tersebut untuk dimuatnaik ke dalam sistem
- 5. Kembali ke laman web rasmi dan pergi ke pilihan Claims > Claims Submission > CI Claims
- 6. Masukkan kesemua maklumat yang perlu diisikan serta muat naik dokumen berkenaan
- >Borang Pengesahan Doktor / Critical Illness – Doctor’s Statement form
- >Salinan Kad Pengenalan Penerima (depan dan belakang)
- 7. Setelah selesai mengisi semua mklumat yang diperlukan, sila klik butang Submit untuk hantar permohonan tuntutan
ii) Tuntutan Bayaran Elaun Wad Gantian Harian
- 1. Dapatkan Surat Keluar Wad / Discharge Note yang mempunyai maklumat seperti tarikh masuk dan keluar wad serta imbas (scan) borang tersebut untuk dimuatnaik ke dalam sistem
- 2. Kunjungi laman web rasmi menerusi pautan yang disediakan di atas dan log masuk dengan mengisi nombor kad pengenalan serta kata laluan yang telah dihantar secara SMS (semasa makluman kelayakan skim)
- 3. Pergi ke pilihan Claims > Claims Submission > Hospitalization
- 4. Masukkan kesemua maklumat yang perlu diisikan serta muat naik dokumen berkenaan:-
- >Surat Keluar Wad / Discharge Note
- >Salinan Kad Pengenalan Penerima (depan dan belakang)
- 5. Setelah selesai mengisi semua mklumat yang diperlukan, sila klik butang Submit untuk hantar permohonan tuntutan
iii) Info Tuntutan
- 1. Penerima yang berjaya mendapat tuntutan akan mendapat bantuan secara kredit wang terus ke akaun penerima yang didaftarkan untuk permohonan BSH
- 2. Bayaran akan mengambil masa lebih kurang 14 sehingga 21 hari untuk dikreditkan ke dalam akaun penerima skim my Salam
- 3. Tuntutan skim bagi kategori Sakit Kritikal akan mendapat sumbangan sebanyak RM8,000 untuk sekali bayaran sahaja sehingga jangkaan pada 31 Disember 2023 (bergantung kepada kemampanan polisi)
- 4. Tuntutan bagi kategori bayaran gantian harian pula adalah maksimum RM700 setiap tahun dan akan diperbaharui setiap tahun sehingga jangkaan 31 Disember 2023 (bergantung kepada kemampanan polisi)
- 5. Penerima skim ini hanya boleh menuntut bayaran sekiranya mendapatkan rawatan di hospital kerajaan sahaja
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat selanjutnya berkaitan Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat B40 dan M40, sila rujuk video berikut dan maklumat cara hubungi :-
- 1. Talian Khidmat Pelanggan : 1-300-88-8938 (24 Jam)
- 2. Soalan Lazim (FAQ)
- 3. Senarai Hospital di bawah skim pendaftaran
- 4. Laman Web Rasmi
INFOGRAFIK RASMI |
36 penyakit, untuk mendaftar, log masuk ke portal, email protected, skim perlindungan masyarakat mysalam,
Senarai Tajuk Kecil Artikel