Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Online (BKIT) Mengikut Negeri

Last Updated on

Cara Daftar Ibu Tunggal Secara Online Untuk Terima Bantuan RM300. Panduan buat para ibu-ibu tunggal di seluruh Malaysia. Sudahkah anda membuat pendaftaran sebagai ibu tunggal bagi mendapat pelbagai manfaat/ skim bantuan yang disediakan? Sekiranya belum, berikut dikongsikan panduan untuk membuat panduan membuat permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal atau ringkasnya BKIT melalui borang online yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Jabatan Pembangunan Wanita di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menetapkan golongan ibu tunggal sebagai kumpulan sasar utama. Selain itu, Dasar Wanita Negara telah diperkenalkan bagi menjamin pembangunan dan pengupayaan wanita dengan mengarusperdanakan kepentingan wanita untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya dalam perancangan dan pembangunan negara untuk mencapai kesamaan gender.

pendaftaran ibu tunggal

Cara Mendaftar Permohonan Bantuan Ibu Tunggal Untuk Terima Bantuan RM300

Baru-baru ini kerajaan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) akan memberikan bantuan RM300 secara ‘one-off’ atau sekali sahaja kepada lebih 300,000 ibu tunggal dan golongan OKU (orang kurang upaya) yang tersenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Penerimaan Bantuan ini membuktikan kerajaan sentiasa mengambil kira keperluan golongan OKU dan ibu tunggal yang terkesan dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik COVID-19.

Di bawah adalah perkongsian maklumat berkaitan cara mendaftar sebagai Ibu Tunggal secara Online (Mengikut Negeri) untuk rujukan semua yang ingin memohon bantuan. Ibu tunggal yang layak untuk terima bantuan digalakkan untuk mendaftar bagi mendapatkan pelbagai bantuan, bimbingan dan pelbagai manfaat yang disediakan oleh Jabatan Pembangunan Wanita di peringkat kebangsaan dan juga negeri.

Definisi Ibu Tunggal

Berdasarkan Buku Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), KPWKM mengambil kira ibu tunggal berdasarkan definisi berikut:

Perempuan (warganegara Malaysia) yang menjadi Ketua Isi Rumah bagi kategori:

  1. Taraf perkahwinan balu atau bercerai/ berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama; atau
  2. Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama; atau
  3. Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)

Syarat Kelayakan

Kategori yang layak menerima BKIT adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
  2. Pemohon adalah wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran Definisi Ibu Tunggal
  3. Pendapatan Isi Rumah adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) RM960 atau perkapita RM244.

i) Borang Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) 2020 RM300

Menerusi makluman di Portal Rasmi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 boleh dengan mengisi borang mengikut negeri pemohon. Tempoh permohonan akan dibuka sehingga 31 Oktober 2020 dan pembayaran akan dibuat bermula pada Julai hingga November 2020.

Pemohon perlu log masuk ke akaun google untuk mengisi borang permohonan. Difahamkan, pengisian borang hanya untuk mereka yang belum berdaftar dengan JKM. Status kelayakan permohonan akan dimaklumkan melalui perkhidmatan SMS.

  1. Perlis
  2. Selangor
  3. Kedah
  4. Negeri Sembilan
  5. Pulau Pinang
  6. Melaka
  7. Perak
  8. Johor
  9. WP Kuala Lumpur / Putrajaya / Labuan
  10. Pahang
  11. Sarawak
  12. Terengganu
  13. Sabah
  14. Kelantan

Dokumen Sokongan

Pemohon perlu memuat naik dokumen sokongan seperti berikut semasa membuat permohonan BKIT:

  1. Salinan MyKad
  2. Salinan Sijil Kahwin/ Sijil Cerai/ Sijil Kematian
  3. Salinan Penyata Akaun tahun Semasa
  4. Salinan Sijil Kelahiran Anak yang Belum Berkahwin/ MyKid/ MyKad/
  5. Sijil Pengangkatan daripada JPN
  6. Slip Gaji terkini (jika berkenaan)
  7. Pengesahan Pendapatan atau lain-lain dokumen sokongan (Contoh: Surat Pengesahan daripada Majikan)
  8. Surat Akuan Sumpah (sekiranya masih dalam proses penceraian)
  9. Surat Akuan Doktor (jika berkenaan)

Untuk bantuan selain Bantuan BKIT, pemohon boleh membuat pendaftaran seperti berikut :-

ii) Pendaftaran Ibu Tunggal Secara Online Melalui Sistem iWanita

Untuk membuat pendaftaran, ianya boleh di buat secara atas talian melalui pautan laman web berikut:

Selain itu, anda juga boleh mendaftar secara atas talian melalui saluran yang disediakan oleh kerajaan negeri masing-masing seperti di bawah:

  • Pulau Pinang
  • Sabah
    • Panduan permohonan ibu tunggal bagi negeri Sabah adalah seperti berikut:
      1. Buka laman rasmi Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah
      2. Klik Daftar, isi No. Kad Pengenalan, Nama Penuh dan Emel (sila pastikan ejaan emel anda betul dan masih digunakan)
      3. Buka emel yang didaftarkan dan tunggu emel dari sistem (sistem akan bagi Kata Laluan Sementara)
      4. Klik Log Masuk, isi No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan Sementara
      5. Tukar Kata Laluan Baru. Pastikan paparan mesej *berjaya tukar kata laluan baru* tertera.
      6. Log Masuk semula, isi No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan Baru
      7. Klik Profil dan lengkapkan Maklumat Asas dan Maklumat Ibu Tunggal
      8. Kemudian Klik Dokumen Sokongan, Klik “Choose File” untuk memuat naik dokumen sokongan seperti Kad Pengenalan pemohon dan anak (umur 21 Tahun ke bawah), Dokumen Cerai / Sijil Mati Suami dan Sijil Nikah / Surat Akuan Ibu Tunggal dari Majistret/Ketua Kampung/MPKK bagi wanita yang ditinggalkan suami tanpa nafkah /Dokumen pengesahan hospital suami sakit kronik dan sijil Nikah / dokumen Anak angkat bagi wanita yang tidak berkahwin dan mempunyai anak angkat.
      9. Klik Borang semula dan Klik Hantar

Pendaftaran bagi negeri-negeri lain akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

iii) Pendaftaran Ibu Tunggal Melalui JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat)

Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Untuk mendapatkan maklumat berkaitan bantuan ibu tunggal atau single mother di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sila layari MyGovernment.

Melalui carian, kami mendapati tidak ada pautan khas untuk pendaftaran secara online di Portal Rasmi JKM. Kami hanya mendapati borang permohonan bantuan ibu tunggal yang boleh dipohon di Borang JKM18.

Kami akan kemaskini sekiranya terdapat cara mendaftar sebagai ibu tunggal secara online di Portal JKM.

Pemohon adalah disarankan untuk pergi menghadirkan diri ke mana-mana Pejabat JKM Negeri untuk maklumat lanjut termasuk bantuan lain seperti bantuan orang tua, bantuan am, Bantuan Geran Pelancaran (GP) kepada kumpulan sasar JKM untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan dan sebagainya.

iv) Pendaftaran Ibu Tunggal Secara Manual

Bagi permohonan secara manual, pendaftaran boleh dilakukan di Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) yang terdekat, Biro Wanita Sarawak (BWS) dan Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah.

Berikut dikongsikan pautan borang pendaftaran mengikut negeri masing-masing:

  • Selangor

Pendaftaran secara manual bagi negeri-negeri lain akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Senarai Pejabat Pembangunan Wanita Seluruh Negeri

Di bawah adalah senarai pejabat pembangunan wanita di seluruh negeri beserta alamat serta cara untuk menghubungi Jabatan Pembangunan Wanita negeri masing-masing:

1. Wilayah Persekutuan

  • Alamat Kuala Lumpur:
    • Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
      UTC Pudu
      Kuala Lumpur, 50151, Malaysia
  • Cara Hubungi:
  • Alamat Labuan:
    • Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan Labuan,
      No.U1402, Jalan OKK Abdullah
      Peti Surat 81124,
      87021 Wilayah Persekutuan Labuan
  • Cara Hubungi:
    • No.Telefon : 087-426418
    • No.Fax : 087-426419

2. Selangor

  • Alamat:
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Selangor
      Tingkat 7, Plaza Perangsang
      Persiaran Perbandaran
      40000, Shah Alam, Selangor
  • Cara Hubungi:
    • No. Tel : 03 – 5511 8891
    • No Faks : 03 – 5511 8706
    • Emel : ppwnselangor@jpw.gov.my
    • Facebook: JPW Selangor

3. Terengganu

  • Alamat:
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Terengganu
      L4-UTC-11, UTC Terengganu
      Tingkat 4, Paya Bunga Square
      Jalan Masjid Abidin
      20100 Kuala Terengganu
      Terengganu Darul Iman
  • Cara Hubungi:
    • Tel: 09-6203341
    • Faks: 09-6203342
    • E-mel: ppwnterengganu@jpw.gov.my
    • Facebook: JPW Terengganu

4. Pulau Pinang

  • Alamat:
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang,
      Aras 6, Bangunan Persekutuan,
      Jalan Anson,
      10450 Pulau Pinang.
      Malaysia.
  • Cara Hubungi:

5. Perak

  • Alamat:
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perak
      Lot LB24- LB27 (UTC 30)
      Urban Transformation Center Perak
      Off Jalan Dato’ Onn Jaafar
      30300 Ipoh
      Perak
  • Cara Hubungi:
    • Tel : 05-2531320
    • Fax : 05-2532320
    • E-mel : ppwnperak@jpw.gov.my

6. Negeri Sembilan

  • Alamat:
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan
      Tingkat 4, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan,
      Jalan Yam Tuan,
      70000 Seremban, Negeri Sembilan.
      Malaysia
  • Cara Hubungi:

7. Melaka

  • Alamat:
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka
      No.17, Rumah Nur,
      Bukit Peringgit,
      75400 Melaka,
      Malaysia.
  • Cara Hubungi:

8. Kelantan

  • Alamat:
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kelantan
      JKR 1030, Taman Kemumin
      Pengkalan Chepa
      16100 Kota Bharu
      Kelantan
  • Cara Hubungi:
    • No. Telefon : 09-7741005
    • No. Faks : 09-7737598
    • Emel : ppwn.kel@gmail.com
    • FB : PPWN Kelantan

9. Kedah 

  • Alamat:
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kedah
      Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
      5-4 UTC Tingkat 5, Bangunan UTC
      Kompleks MBAS, Jalan Kolam Air
      05675 Alor Setar, Kedah Darul Aman
  • Cara Hubungi:
    • No. Tel: 04-7360090
    • No. Fax: 04-7360095
    • Email: ppwnkedah@jpw.gov.my
    • Facebook : PPWN Kedah

10. Johor

  • Alamat:
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor
      Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
      Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor,
      P3-UTC-09, Menara Ansar,
      Jalan Trus,
      80000 Johor Bahru.
  • Cara Hubungi:
    • No. Tel : 07-2242299 / 07-2218179 / 07-2279745
    • No. Faks : 07-2234499
    • Email : ppwnjohor@jpw.gov.my
    • Facebook : JPW JOHOR

11. Sabah

  • Alamat:
    • Tingkat 3 & 4, Wisma Wanita,
      Kilometer 3.5 Jalan Tuaran,
      Kota Kinabalu, Sabah
  • Cara Hubungi:

12. Sarawak

13. Perlis

  • Alamat:
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perlis,
      Tingkat 3, Bangunan Tun Hj Abdul Razak,
      Jalan Tun Razak,
      01000 Kangar, Perlis
  • Cara Hubungi:

14. Pahang

  • Alamat:
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pahang,
      A 589, Jalan Teluk Sisek,
      25000, Kuantan, Pahang
  • Cara Hubungi:

Senarai Bantuan Kebajikan Ibu Tunggal

Dikongsikan dari Portal MyGovernment, berikut adalah diantara BANTUAN KEBAJIKAN IBU TUNGGAL :-

1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) adalah Skim bantuan JKM (kewangan) yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada golongan Ibu Tunggal yang layak

Minima : RM100 sebulan bagi seorang anak

Maksima : RM450 sebulan bagi keluarga yang melebihi 4 orang kanak–kanak

Maklumat lanjut layari Portal JKM – Bantuan Kanak-Kanak

2. Bantuan Orang Tua

Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Maklumat lanjut, layari Portal JKM – Bantuan Orang Tua

3. Bantuan KISS (Kasih Ibu Smart Selangor)

Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.

Maklumat lanjut, layari Portal Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)

4. Bantuan Sara Hidup

Ibu Tunggal warganegara malaysia yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM 4,000 dan ke bawah layak untuk mendapatkan Bantuan Sara Hidup.

Maklumat lanjut layari portal Bantuan Sara Hidup (BSH).

5. Bantuan Zakat

Ibu Tunggal yang cukup kriteria penerimaan zakat boleh memohon bantuan zakat menerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS) atau Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Maklumat Lanjut

PENAFIAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam Portal ini. – polisi privasi

Sekiranya anda menghadapi masalah atau pertanyaan lanjut berkaitan Pendaftaran Ibu Tunggal Online & Manual (Mengikut Negeri), sila rujuk:

1JPWNo. Telefon: 03 – 8323 1000
Facebook Rasmi JPW
Portal rasmi JPW