BSH Bujang 2020 Permohonan, Semakan Dan Bayaran Bantuan Sara Hidup

Last Updated on

Permohonan BSH Bujang 2020 Dan Semakan Status Kelayakan. Berita baik buat mereka yang berkelayakan. Bantuan Sara Hidup (BSH) yang diperkenalkan pada Belanjawan 2019 oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan diteruskan bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dilaksana era pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

Apa yang menarik, pemberian BSH tahun 2020 akan diperluaskan lagi kepada seramai 1.1 juta individu bujang berusia melebihi 40 tahun dengan pendapatan bulanan kurang daripada RM2,000. Sebagai tambahan, OKU – Orang Kurang Upaya dengan umur 18 tahun dan ke atas dengan pendapatan kurang RM2,000 sebulan turut layak menerima bayaran BSH Bujang.

TERKINI 27/03/2020: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin (Perdana Menteri) pada perutusan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), memaklumkan bahawa Individu Bujang berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan sebulan RM4,000 & ke bawah adalah layak menerima Bantuan Prihatin Nasional.

bsh bujang dan oku

BSH Bujang : Syarat Kelayakan, Permohonan, Semakan Status Dan Tarikh Pembayaran

Kerajaan Malaysia menerusi pembentangan Bajet 2020 (Belanjawan 2020) oleh Menteri Kewangan akan memperuntukkan sebanyak RM5 bilion bagi meneruskan program Skim Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan pembayaran Fasa Pertama, Kedua dan Ketiga.

Ianya bertujuan untuk membantu ekonomi rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah (B40) bagi meringankan kos kehidupan yang serba mencabar masa kini.

i) Syarat Kelayakan BSH Bujang

Berikut dikongsikan syarat kelayakan untuk memohon Bantuan Sara Hidup Bujang tahun 2020 (Penerima BSH samada isi rumah atau golongan bujang) :-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Jumlah pendapatan kasar sebulan sebanyak RM2,000 & ke bawah
  3. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak berumur 40 tahun hingga 59 tahun
  4. Orang Kurang Upaya (OKU) yang berumur 18 tahun dan ke atas

NOTA : Individu bujang berumur 40 tahun ke atas dan OKU layak menerima RM300, di samping automatik menjadi penerima Skim Takaful MySalam secara percuma

ii) Permohonan BSH Bujang Dan Kemaskini Borang

Mereka yang berkelayakan boleh membuat permohonan yang boleh dibuat secara online mengikut ketetapan tarikh berikut :-

TARIKH BUKATARIKH TUTUP
1 Februari 202015 Mac 2020
Pautan Permohonan https bsh.hasil.gov.my : Portal Rasmi BSH

Mereka Yang Perlu / Tidak Perlu Membuat Permohonan Baharu Dan Kemaskini BSH 2020

Sila pastikan anda membaca nota berikut sebelum membuat permohonan atau pengemaskinian BSH :-

Pemohon TIDAK perlu membuat permohonan baru atau kemaskini BSH 2020 sekiranya:-

  1. Permohonan BSH 2019 lulus serta tiada sebarang perubahan maklumat; dan
  2. Pemohon adalah OKU – Orang Kurang Upaya (OKU) yang ada dalam senarai penerima e-Bantuan JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat

NAMUN, pemohon PERLU melakukan permohonan baru atau kemaskini maklumat Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020 sehingga bulan Mac sekiranya:-

  1. Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH (Kategori Baharu);
  2. Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; dan
  3. Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai e-Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020

iii) Semakan Status Permohonan BSH Bujang

Untuk check status bayaran BSH Bujang, sila ikuti langkah berikut :-

  1. Layari Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup (BSH)
  2. Pilih Menu SEMAKAN STATUS BAYARAN
  3. Masukkan No Kad Pengenalan (MyKad)
  4. Klik Butang Carian
  5. Ruangan CAPTCHA akan dipaparkan
  6. Isi semula kod CAPTCHA seperti yang dipaparkan dan klik butang SEMAK
  7. Status Bayaran BSH 2020 akan dipaparkan

iv) Tarikh Pembayaran BSH Bujang

Sebelum ini pada Februari 2020, Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan akan menyalurkan bayaran tambahan berjumlah RM100 untuk setiap penerima BSH – Bantuan Sara Hidup yang akan dikreditkan ke akaun bank iaitu pada Mei Julai dan seterusnya RM50 bakal disalurkan melalui e-tunai. (Akan dikemaskini)

Langkah ini dibuat bagi merangsang permintaan domestik serta meningkatkan pendapatan rakyat dan mengurangkan kos sara hidup rakyat yang terjejas akibat wabak COVID-19.

PHASEDATEAMOUNT
 INDIVIDU BUJANG DAN OKU (RM300)
Individu Gaji RM2,000 Ke bawah
FASA DUA (2)16HB MAC 2020 RM200
FASA TIGA (3)24 JULAI 2020RM100 + TAMBAHAN RM100

NOTA : Menerusi makluman Portal Rasmi BSH :-

Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah diumumkan pada 27 Februari 2020 melibatkan pembayaran BSH 2020 seperti berikut:

  1. Pembayaran Fasa Kedua BSH 2020 sebanyak RM200 yang dijangka pada Mei 2020 akan diawalkan bayaran mulai Mac 2020
  2. Penerima BSH 2020 akan menerima tambahan RM100 yang akan dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan. Walau bagaimanapun, pembayaran ini akan dilakukan bersama dengan pembayaran Fasa 3 BSH 2020 yang dijadualkan semula pada bulan Julai 2020. Pembayaran RM50 dalam bentuk eTunai akan dikemaskini jika ada

Bantuan Prihatin Nasional BPN Bujang : Syarat Kelayakan, Permohonan, Check Status Dan Tarikh Pembayaran

Kerajaan pada 27 Mac 2020 telah mengumumkan pemberian tunai one-off sebanyak RM10 bilion kepada empat kumpulan penerima termasuk golongan M40 menerusi Pakej PRIHATIN.

Dan ini merupakan berita baik buat individu bujang berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan di bawah RM4,000. Mereka layak menerima bantuan Prihatin Nasional berjumlah RM500 hingga RM800 mengikut kategori.

i) Syarat Kelayakan BPN Bujang

Berikut dikongsikan syarat kelayakan untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional Bujang tahun 2020 :-

Kategori yang layak menerima BPN Bujang adalah seperti berikut:-

a) BPN Bujang B40 (Jumlah RM800)

  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan
  2. Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas); dan
  3. Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.

b) BPN Bujang M40 (Jumlah RM500)

  1. Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian; dan
  2. Had umur adalah 21 tahun dan ke atas; dan
  3. Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)

3) Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia

ii) Maklumat Permohonan BPN Bujang

Terdapat 2 jenis kategori iaitu penerima BPN yang tidak diperlukan untuk memohon atau mengemukakan Permohonan Baharu BPN dan satu lagi, mereka yang perlu mengemukakan permohonan baharu.

  • a) Mereka Yang Tidak Perlu Memohon

    1. Bujang RM2,000 ke bawah
      • Individu bujang yang sebelum ini telah diluluskan bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH)
    2. Bujang RM2,001 hingga RM4,000
      • Individu bujang pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM
  • b) Perlu Membuat Permohonan Baharu

    1. Mereka yang tidak tersenarai (tiada dalam list) sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 setelah membuat semakan status pada 1 April 2020 perlu membuat permohonan baharu

iii) Check Status Permohonan BPN Bujang

Ikuti langkah berikut untuk menyemak status penerimaan BPN :-

  1. Layari Portal Rasmi Semakan BPN
    1. Masukkan No. Kad Pengenalan (Nombor I/C) – hanya dengan menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja
    2. Keputusan akan dipaparkan
    3. Diantara status keputusan yang akan dipaparkan adalah Lulus atau Tidak Lulus, Tiada Rekod dan Tidak Layak
  2. Sekiranya status semakan adalah “TIADA REKOD”, anda boleh membuat permohonan baharu dengan klik “Permohonan Baharu” bermula 1 April 2020 sehingga 30 April 2020
  3. Sekiranya “TIDAK BERJAYA”, sila kemukakan rayuan bermula 3 April 2020
  4. Penerima Bantuan Prihatin Nasional akan terima/ menerima SMS dari nombor 62000 & 63833 atau e-mel secara berperingkat mulai 1 April 2020 berkenaan pemakluman kelayakan menerima BPN. Sekiranya menerima SMS ataupun e-mel tersebut, semakan lanjut tidak perlu dibuat dengan pihak LHDNM

iv) Tarikh Pembayaran BPN Bujang

Penerima BPN akan dibayar secara ansuran dua bulan iaitu pada hujung April dan Mei 2020. Sila rujuk jadual pembayaran di pautan berikut :-

Maklumat Lanjut BSH Bujang Dan BPN Bujang

Jika ada sebarang persoalan atau pertanyaan, orang ramai/ pemohon boleh menghubungi :-

CARA HUBUNGI
1Kementerian Kewangan03-8882 9089/ 03-8882 9087/ 03-8882 4565/ 03-8882 9191/ 03-8882 4566
(Waktu Beroperasi : 9.00 a.m sehingga 5.00 p.m bermula 20 Mac 2020)
e-mel : bsh@treasury.gov.my atau pre2020@treasury.gov.my
2Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia HDNM1-800 882 747 atau 03-8911 1000
(jam 9 pagi hingga 5 petang Ahad hingga Jumaat bermula dari 30 Mac 2020)