Borang Permohonan Pendaftaran OKU Orang Kurang Upaya

Last Updated on

Cara Daftar OKU. Panduan buat semua rakyat Malaysia yang mempunyai ahli keluarga atau kenalan yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU). Berikut adalah panduan ringkas bagaimana cara mendaftar sebagai OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat? Anda boleh membuat pendaftaran orang kurang upaya dengan mengikuti langkah-langkah yang dikongsikan di bawah.

Sebagai makluman, Akta Orang Kurang Upaya 2008 mendefinisikan OKU sebagai golongan yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat. Oleh itu, dengan mendaftar sebagai OKU, individu tersebut akan mendapat pelbagai manfaat dan bantuan yang layak untuk diberikan kepada mereka.

pendaftaran oku

Cara Daftar Orang Kurang Upaya Pendaftaran OKU Melalui Borang JKM

Maklumat berikut menerangkan tentang cara membuat pendaftaran OKU menerusi Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Untuk makluman, Pendaftaran OKU adalah bertujuan untuk:

  • mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi maksud merancang program dan perkhidmatan berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi serta latihan
  • merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU
  • membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan berdasarkan tahap kefungsian/ketidakupayaan mereka.

Kemudahan Dan Keistimewaan Kepada OKU Berdaftar

Terkini 5 Jun 2020 : Bantuan bagi golongan OKU dan ibu tunggal melalui perutusan PM pada PENJANA :-

  • Lebih 300,000 OKU dan ibu tunggal yang tersenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat layak menerima bantuan one-off sebanyak RM300. Bayaran akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha

Terdapat banyak kemudahan serta keistimewaan jika anda berdaftar sebagai OKU menurut sumber JKM :-

1) Meningkatkan Peluang Pekerjaan OKU

  • Pekeliling Perkhidmatan Bil. 16/2010: Dasar 1% peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada Orang Kurang Upaya
  • Perkhidmatan pendaftaran pekerjaan secara online
  • Sila layari laman web : http://www.jtksm.gov.my untuk maklumat lanjut.

2) Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU (SBGPOKU)

  • Telah berniaga sekurang-kurangnya 3 bulan
  • Usia 18 tahun keatas
  • Individu dan berkelompok
  • Geran berbentuk one-off
  • Sila layari laman web : http://www.jtksm.gov.my untuk maklumat lanjut.

3) Pengecualian Duti Import Impot Alat Ganti Alat Tiruan/ Sokongan

  • * Sila layari laman web : http://www.treasury.gov.my untuk maklumat lanjut.

4) Pengecualian 100% Duti Eksais Kenderaan OKU

  • OKU Fizikal, pendengaran dan pertuturan
  • Ada lesen memandu
  • Kereta keluaran tempatan sahaja (Proton dan Perodua)
  • Tidak boleh pindah milik atau jual selama 5 tahun kecuali dengan kebenaran Kem. Kewangan
  • Sebuah kereta setiap 5 tahun
  • * Sila layari laman web : http://www.treasury.gov.my untuk maklumat lanjut.

5) Pencen Terbitan Seumur Hidup kepada Anak OKU

  • Diberikan kepada anak OKU kepada penjawat awam yang telah meninggal dunia
  • * Sila layari laman web : http://www.jpa.gov.my untuk maklumat lanjut.

6) Waktu Bekerja Anjal

  • Kemudahan kepada kakitangan awam untuk menguruskan kebajikan dan keperluan anak OKU
  • * Sila layari laman web : http://www.jpa.gov.my untuk maklumat lanjut.

7) Kemudahan Telekom Malaysia di Bawah Pakej Penyayang

  • Percuma untuk sewa bulanan perkhidmatan talian telefon kediaman sahaja
  • Percuma untuk panggilan ke Perkhidmatan Panduan Direktori Telefon (103)
  • Percuma untuk perkhidmatan telefon Kemudahan Tambahan samada Panggilan Menunggu atau Pemindahan Panggilan
  • * Sila layari laman web : http://www.tm.com.my untuk maklumat lanjut.

8) Bantuan Kewangan

  • Bantuan Am (bayaran bulanan berbeza mengikut negeri)
  • Elaun Pekerja Cacat (EPC)
  • Bantuan bagi OKU yang Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
  • Geran Pelancaran
  • Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan
  • * Sila layari laman web : http://www.jkm.gov.my untuk maklumat lanjut.

9) Produk Perlindungan Takaful – Agro Nurani

  • Ditawarkan kepada OKU yang berumur 16 hingga 45 tahun
  • Manfaat yang ditawarkan seperti perlindungan kematian, kematian akibat kemalangan, kematian akibat penyakit biasa dan elaun tunai wad (akibat kemalangan)
  • Manfaat perbelanjaan pengkebumian
  • * Sila layari laman web : http://www.agrobank.com.my untuk maklumat lanjut.

10) Pelan Insurans Hayat

  • Ditawarkan kepada OKU yang berumur 16 hingga 70 tahun
  • Kadar premium bermula daripada RM50.00 bagi jumlah diinsuranskan RM25,000.00
  • Sila layari laman web : http://www.allianz.com.my untuk maklumat lanjut.

11) Khidmat Nasihat dan Kaunseling

  • * Sila layari laman web : http://www.jkm.gov.my untuk maklumat lanjut.

12) Hadiah Sukan Negara bagi Atlit Paralimpik

  • * Sila layari laman web : http://www.nsc.gov.my untuk maklumat lanjut.

13) Pengecualian Bayaran Masuk ke Zoo Negara

  • * Sila layari laman web : http://www.zoonegaramalaysia.my untuk maklumat lanjut.

14) Diskaun 40% Bayaran Masuk ke Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT)

  • * Sila layari laman web : http://www.pskt.com.my untuk maklumat lanjut

Kategori OKU

Berikut merupakan senarai kategori OKU untuk panduan semua sebelum membuat pendaftaran:

KATEGORI OKU (KOD)
1. Kurang Upaya Pendengaran (DE)i. Bilateral hearing loss

Kurang upaya Pendengaran diambil kira sekiranya:

  • a) Tahap pendengaran ≥40dBHL (dewasa) di telinga yang lebih baik berdasarkan purata 4 frequensi: (500Hz, 1KHz, 2KHz, 4KHz)
  • b) Tahap pendengaran ≥ 30dBHL (kanak-kanak) di telinga yang lebih baik berdasarkan purata 4 frequensi: 500Hz, 1KHz, 2KHz, 4KHz)

ii. Single sided deafness (SSD) / Profound unilateral hearing loss

  • Tahap pendengaran sangat teruk melebihi ≥ 91dBHL di sebelah telinga berdasarkan purata 4 frequensi: (500Hz, 1KHz, 2KHz, 4KHz)

iii. Kecacatan telinga kekal / sindrom berkaitan telinga /sindrom berkaitan pendengaran contoh: microtia, atresia, anotia, Treacher Collins, Goldenhar syndrome etc.

iv. Lain-lain

2. Kurang Upaya Penglihatan (BL)i. Terhad di kedua-dua belah mata

  • penglihatan lebih teruk daripada 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang dari 20 darjah dari fixation

ii. Buta di kedua-dua belah mata

  • penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari fixation di kedua-dua belah mata

iii. Buta di sebelah mata

  • penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari fixation di sebelah mata iv. Lain-lain gangguan penglihatan kekal
    Contoh : albanism
3. Kurang Upaya Pertuturan (SD)i. Kecelaruan Pertuturan dan Bahasa/ Kecelaruan komunikasi kompleks (Complex Communication Disorders)

  • Contoh : -Kanak kanak : pediatric speech and language disorders -Dewasa : Aphasia Berlaku apabila individu sukar untuk menghantar, menerima, memproses dan memahami konsep sesuatu sistem simbol secara lisan, bukan lisan atau maklumat grafik. (Termasuk berkaitan masalah Kelewatan Perkembangan (GDD), pendengaran, masalah berkaitan sindrom, Autisme, ADHD, Stroke , Kecederaan Otak dan lain-lain berkaitan).

ii. Kecelaruan motor pertuturan (Motor Speech Disorder)

  • Contoh : Apraxia, Dysarthria Kelemahan dan ketidakfungsian struktur dan otot yang menghasilkan bunyi pertutur

iii. Kecelaruan Suara (Voice Disorders) 

  • Contoh : Dysphonia/ Aphonia
    Kualiti, kelangsingan dan kekuatan suara seseorang individu berbeza dari individu-individu lain yang mempunyai usia,jantina,budaya dan kedudukan geografi yang sama dengan individu tersebut.

iv. Kecelaruan kelancaran Pertuturan/Kegagapan (Fluency disorders)

  • Contoh : Stuttering, Cluttering, Gangguan pada aliran pertuturan yang dicirikan oleh pengulangan, pemanjangan, sekatan dan hentian bunyi, perkataan dan ayat termasuk Spasmodic dysphonias dan Laryngeal tremor

v. Kecelaruan Resonan (Resonance Disorder)

  • Contoh : Hypernasality Hyponasality
    Masalah kesengauan pertuturan disebabkan oleh gangguan pada mekanisma pengaliran udara berpunca dari keabnormalan struktur pertuturan saperti sumbing lelangit (Cleft Palate), sekatan, masalah neurologi kegagalan fungsi velofaringeal dan Oromandibular dystonia
4. Kurang Upaya Fizikal (PH)i. Limb Defect (Acquired / Congenital)

  • Keadaan di mana berlaku kehilangan separa atau sepenuhnya mana-mana bahagian anggota badan termasuk kehilangan: Tangan, Kaki, Jari tangan / jari kaki
    – kehilangan mana-mana ibu jari atau kehilangan keseluruhan mana-mana dua (2) jari
    – kehilangan mana-mana jari yang melibatkan tulang metacarpal/metatarsal.

ii. Spinal Cord Injury

  • Kecederaan saraf tunjang akibat trauma atau bukan trauma yang menjejaskan fungsi otot, deria serta autonomik di bahagian bawah aras kecederaan.

iii. Strok

  • Keadaan di mana berlaku kekurangan atau kehilangan fungsi secara tiba-tiba melibatkan pertuturan, otot, deria, kognitif atau lain-lain sebahagian tubuh badan akibat kekurangan oksigen atau pendarahan di dalam otak.

iv. Kerdil (Achon-droplasia)

  • Keadaan di mana ketinggian bagi seseorang adalah kurang daripada 142cm bagi lelaki dan kurang daripada 138cm bagi wanita.

v. Traumatic Brain Injury

  • Keadaan di mana berlaku kekurangan atau kehilangan fungsi secara tiba-tiba melibatkan pertuturan, otot, deria, kognitif atau lain-lain melibatkan sebahagian tubuh badan akibat kecederaan otak.

vi. Cerebral Palsy

  • Keadaan kekal di mana berlaku masalah pergerakan dan postur yang menghadkan aktiviti akibat gangguan bukan progresif di bahagian otak . Terbahagi kepada tiga (3) jenis seperti berikut: Hemiplegia, Diplegia, Quadriplegia, Lain-lain

vii. Lain-lain

  • Contoh Duchenne Muscular Dystrophy dan penyakit kronik yang menyebabkan kurang upaya fizikal.
5. Kurang Upaya Pembelajaran (LD)Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut: Ringan, Sederhana, Teruk

i. Global Developmental Delay (GDD)

  • Keadaan di mana berlaku perkembangan lewat sekurang-kurangnya dua (2) standard deviation dalam sekurang-kurangnya dua (2) domain samada gross motor/fine motor, speech/language, cognition, social/personal atau activities of daily living bagi pemohon berumur kurang dari lima (5) tahun.

ii. Sindrom Down

  • Berpunca dari kecelaruan kromosom yang terlebih iaitu pada kromosom 21.

iii. Attention Defisit Hyperactivity Disorder (ADHD)

  • Kesulitan sepanjang hayat yang melibatkan tahap tumpuan serta kawalan impuls.

iv. Autisme (Autism Spectrum Disorder)

  • Autisme merupakan gangguan neurologi yang memberikan impak negatif kepada kanak-kanak dari segi kemahiran interaksi sosial dan imaginasi.

v. Intelektual

  • Kurang upaya intelektual merupakan kekurangan dari segi fungsi intelek (terencat akal / mental retardation) bagi kanak-kanak berumur lima (5) tahun ke atas.

vi. Specific Learning Disability (Specific LD)

  • Dyslexia : Perbezaan cara otak berfikir dalam menghubungkan simbol visual dan bunyi seterusnya mengalami kesukaran membaca, menulis, memahami, mengeja dan mengira.
    Dyscalculia: Keadaan yang mempengaruh keupayaan pemohon meguasai/memperoleh kemahiran arimetik.
    Dysgraphia: Keadaan yang mempengaruh keupayaan skil motor halus pemohon seterusnya mendatangkan kesulitan membentuk huruf, menulis dan lain-lain.
6. Kurang Upaya Mental (ME)i. Organic Mental Disorder yang serius dan kronik
ii. Schizophrenia, Schizotypal and Delusional Disorders
iii. Mood Disorder: Bipolar affective disorder, Recurrent depressive disorder, Persistent mood disorders
iv. Severe Anxiety Disorder, Phobic Anxiety disorders (Fobia), Panic disorder, Generalized anxiety disorder, Mixed anxiety and depressive disorder, Obsessive Compulsive Disorder (OCD)
7. Kurang Upaya Pelbagai (MD)Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities) bermaksud mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan.

Jenis Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU)

Sebelum mendaftar, sila pastikan jenis pendaftaran yang akan dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat .

i) Pendaftaran baharu

Permohonan pendaftaran OKU yang dibuat kali pertama. Permohonan pendaftaran memerlukan dokumen seperti berikut:

  • i. Borang Permohonan Pendaftaran OKU (BPOKU Pindaan 2/2019) yang lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC) sahaja atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register of Malaysia (NSR) sahaja samada dari hospital/klinik kerajaan atau hospital/ klinik swasta;
  • ii. Satu (1) salinan sijil kelahiran/ MyKid/ MyKad (Kad pengenalan).
  • iii. Satu (1) keping gambar berukuran pasport bagi pemegang Sijil Kelahiran/ MyKid.

ii) Pendaftaran Semula

Pendaftaran yang dibuat semula bagi pemegang Kad OKU lama yang berdaftar sebelum tahun 2011.

Pemohon perlu melengkapkan BPPOKU Pindaan 2019.

  • Pengesahan Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan/ Pakar Perubatan adalah diperlukan bagi kes-kes seperti berikut sahaja:
  • Semua kategori OKU yang tidak dinyatakan sub kategori di mana-mana laporan bertulis. Maklumat diperlukan bagi tujuan mengemaskini sub kategori dalam Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU): OKU fizikal yang mempunyai ketidakupayaan yang tidak jelas

iii) Perubahan Kategori Dan Sub Kategori OKU

Bagi perubahan kategori atau sub kategori OKU pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Pendaftaran OKU (BPPOKU Pindaan 2019) yang lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC) atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register (NSR) dari Hospital/Klinik Kerajaan atau Hospital/ Klinik Swasta.

iv) Penggantian Kad

Permohonan penggantian Kad OKU adalah untuk keadaan seperti berikut:

  • Kad OKU rosak/ hilang
  • Perubahan alamat di mana pemohon perlu menguruskan pertukaran alamat dalam Kad
  • Pengenalan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan pertukaran pada Kad OKU
  • Cetakan sub kategori pembelajaran pada Kad OKU bagi OKU pembelajaran yang telah dinyatakan sub kategori dalam SMOKU atau di mana-mana laporan bertulis

Penggantian Kad tidak memerlukan pengesahan Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan/ Pakar Perubatan.

v) Dokumen Pengenalan Sementara OKU

Dokumen Pengenalan Sementara OKU ialah dokumen yang dikeluarkan setelah permohonan pendaftaran OKU diluluskan. Dokumen ini dikeluarkan atas permintaan OKU/ waris yang memerlukan dan sah dalam tempoh tiga puluh (30) hari sementara Kad OKU dicetak.

vi) Rayuan Pendaftaran

Pemohon boleh membuat rayuan sekiranya permohonan pendaftaran OKU ditolak dengan mengemukakan surat permohonan kepada Ketua Pendaftar beserta laporan sosial pemohon untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Pendaftaran OKU di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MBOKU) bagi pihak Menteri untuk membuat keputusan.

vii) Pembatalan Pendaftaran OKU

  • i. Pendaftaran OKU terbatal apabila pemegang Kad OKU telah meninggal dunia atau terhenti menjadi OKU (telah pulih dan tidak lagi mengganggu kefungsian).
  • ii. Waris/ pemegang Kad OKU hendaklah mengembalikan Kad OKU di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan.

Muat Turun Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya 

Berikut adalah pautan kepada borang pendaftaran OKU. Anda perlu memuat turun borang berikut dan menghantar permohonan menggunakan borang secara manual di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/ Bahagian, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri yang berdekatan dengan kawasan masing-masing.

Borang Pendaftaran OKU 

Maklumat Lanjut

Jika anda menghadapi masalah atau pertanyaan berkaitan Pendaftaran Borang Permohonan Orang Kurang Upaya (OKU), sila rujuk maklumat di bawah:

1JKMNo. Telefon: 03 – 8000 8000
Garis Panduan Pendaftaran OKU
Portal rasmi JKM