Permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS) 2020 Online. Cara mohon skim pemeriksaan mammogram secara percuma kepada semua wanita Negeri Selangor.

Permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor 2020 Online (SKWS)

Cara Mohon Pemeriksaan Mammogram Percuma. Tahukah anda Kerajaan Negeri Selangor menyediakan khidmat pemeriksaan mammogram secara percuma kepada golongan wanita yang berkelayakan? Melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS) telah ditubuhkan. Berikut dikongsikan cara permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS) secara online untuk mendapatkan pemeriksaan mammogram percuma.

Kerajaan Negeri Selangor berpendapat bahawa wanita adalah aset penting dalam pembangunan negeri dan negara. Kebanyakan golongan wanita hari ini bekerja dan berusaha untuk menyara keluarga. Oleh itu, Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS) telah ditubuhkan bagi memastikan kesihatan wanita yang menetap dan lahir di negeri Selangor terjaga dengan baik.

permohonan skim kesihatan wanita selangor

Permohonan SKWS 2020 Online (Skim Kesihatan Wanita Selangor)

Di bawah adalah perkongsian berkenaan syarat-syarat, cara dan proses permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS) 2020 Online sebagai rujukan.

Untuk makluman semua, YAWAS juga menyediakan pelbagai insentif lain kepada mereka yang berkelayakan seperti Tabung Warisan Anak Selangor, Insentif Perkahwinan Belia, Skim Mesra Usia Emas, Skim Asuh Pintar dan Skim Bantuan Tadika Selangor.

Syarat Permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor

Berikut adalah syarat-syarat telah ditetapkan untuk membuat permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor:

  1. Wanita warganegara Malaysia yang berumur 50 tahun ke atas
  2. Pengundi Berdaftar di negeri Selangor
  3. Lahir dan sedang menetap di Selangor.
  4. Mereka yang bukan kelahiran Selangor mestilah telah menetap di Selangor sekurang-kurangnya selama 10 tahun.
    • Cop pengesahan taraf mastautin perlu didapatkan oleh pemohon daripada pengesah yang dibenarkan dan berdekatan dengan tempat tinggal sahaja
    • Jawatan pengesah yang dibenarkan untuk cop pengesahan adalah seperti berikut:-
    • a) Ahli Parlimen Selangor
      b) ADUN Selangor
      c) Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
      d) Penghulu/Ketua Kampung
      e) Pengerusi Taman Perumahan/Ketua Blok
      f) Ketua Komuniti/Nazir Masjid

Borang Permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor (Cara Mohon SKWS) 2020

Jika anda layak berdasarkan syarat-syarat yang dikongsikan di atas, anda boleh membuat permohonan dengan membuka pautan berikut:

  1. Skim Kesihatan Wanita YAWAS
  2. Klik Permohonan Online
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik Semak

Nota:

  • Semua pemohon yang layak akan menjalani pemeriksaan mammogram terlebih dahulu
  • Pemeriksaan ultrasound dan biopsi hanya akan dijalani apabila peserta mendapatkan rekomendasi oleh pihak doktor/pakar perubatan sahaja

Proses Permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor

Berikut adalah proses permohonan untuk mendapatkan pemeriksaan mammogram secara percuma.

  1. Daftar secara online di Portal SKWS
  2. Pemohon perlu menghantar dokumen ke pejabat YAWAS
  3. Semakan permohonan akan dilakukan
  4. Permohonan yang lulus akan dimaklumkan
  5. Pemohon hadir ke hospital atau klinik yang ditetapkan untuk membuat pemeriksaan mammogram

iklan pemeriksaan mammogram percuma selangor 2020

Semoga perkongsian berkenaan Permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS) 2020 Online memberi manfaat kepada anda. Diharapkan permohonan yang dibuat diterima dan skim ini dapat dimanfaatkan. Jika terdapat sebarang masalh atau pertanyaan lanjut, sila rujuk:-

1YAWASNo. Telefon: 03-5481 8839 / 03-5481 8835
Facebook Rasmi YAWAS
Portal rasmi YAWAS