Apakah Maksud B40, M40 dan T20 Pengkelasan Pendapatan? Jabatan Perangkaan Malaysia dibawah Jabatan Perdana Menteri telah memperkenalkan kumpulan pendapatan isi rumah. Perincian pengkelasan ini bagi memudahkan kaji selidik untuk pembentukan dasar perancangan pembangunan dan pentadbiran negara. Berdasarkan data dan statistik yang diperoleh, kerajaan dapat merancang inisiatif bagi membantu setiap golongan rakyat khususnya golongan B40 yang berpendapatan rendah serta merapatkan jurang pendapatan antara isi rumah.
Untuk makluman semua, kajian penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (PPIR & KA) dilaksanakan 2 kali setiap lima tahun oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin menyatakan bahawa pada tahun 2019, kumpulan pendapatan paling sedikit merangkumi kira-kira 2.91 juta isi rumah, M40 pula membabitkan 2.91 juta isi rumah dan kira-kira 1.46 juta isi rumah tergolong dalam kumpulan T20. Statistik ini adalah berdasarkan Survei Pendapatan Isi Rumah Dan Kemudahan Asas 2019 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
Isi Kandungan
Apa Itu Golongan B40 M40 & T20 Berdasarkan Jumlah Pendapatan Isi Rumah Di Malaysia
Dibawah dikongsikan apakah yang diertikan dengan Kumpulan Pendapatan Isi Rumah yang terbahagi kepada tiga iaitu miskin, pertengahan dan kaya untuk rujukan semua.
Sebelum itu, terdapat beberapa istilah yang digunakan dalam kajian seperti berikut:
- Isi Rumah: Seorang individu atau sekumpulan individu yang mempunyai kaitan atau tidak, duduk bersama di satu tempat tinggal dan membuat perbelanjaan untuk keperluan asas seperti makanan dan pakaian.
- Pendapatan Isi Rumah: Jumlah pendapatan yang diperoleh setiap isi rumah dan boleh dirujuk sebagai pendapatan kasar
- Median: Pertengahan sesuatu yang disusun dari rendah ke tinggi. Sebagai contoh, di Johor Bahru terdapat lima pendapatan isi rumah iaitu RM5,000, RM 10,000, RM15,000, RM20,000 dan RM25,000. maka median pendapatan sis rumah di Johor Bahru adalah RM15,000
- Purata Pendapatan Isi Rumah: Semua pendapatan isi rumah ditambah dan dibahagikan dengan bilangan isi rumah
MAKSUD B40, M40 & T20? | ||
B40 | M40 | T20 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengelasan Baharu Isi Rumah
Pengelasan kumpulan pendapatan isi rumah di bawah adalah berdasarkan siaran media oleh Jabatan Perangkaan Malaysia untuk tahun 2020. ia merangkumi median, purata dan had pendapatan yang diperoleh setiap kumpulan:
Jumlah Pendapatan B40 | |||
Kumpulan | Median | Purata | Had Pendapatan |
B1 | RM1,929 | RM 1,849 | Kurang daripada RM2,500 |
B2 | RM2,786 | RM2,803 | RM2,501 – RM3,170 |
B3 | RM3,556 | RM3,561 | RM3,171 – RM3,970 |
B4 | RM4,387 | RM4,395 | RM3,971 – RM4,850 |
Lazimnya, kumpulan ini akan menerima pelbagai inisiatif daripada kerajaan apabila pembentangan bajet dilaksanakan. Usaha untuk mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat di kawasan bandar terutamanya menjadi objektif kepada inisiatif-inisiatif seperti berikut:
- 1. Bantuan Sara Hidup (BSH) dimana bantuan dalam bentuk kewangan mengikut kategori yang ditetapkan.
- 2. Skim PeKa dan Skim MySalam yang memberi perlindungan kesihatan kepada mereka yang berkelayakan.
- 3. Kenaikan gaji minimum dari RM1,100 ke RM1,200 mengikut kawasan tertentu.
- 4. Elaun sara hidup nelayan dinaikkan menjadi RM250.
Jumlah Pendapatan M40 | |||
Kumpulan | Median | Purata | Had Pendapatan |
M1 | RM5,336 | RM5,346 | RM4,851 – RM5,880 |
M2 | RM6,421 | RM6,477 | RM5,881 – RM7,100 |
M3 | RM7,828 | RM7,841 | RM7,101 – RM8,700 |
M4 | RM9,695 | RM9,730 | RM8,701 – RM10,970 |
M40 merupakan kumpulan utama kepada perbelanjaan pengguna serta pelaburan di Malaysia.
Jumlah Pendapatan T20 | |||
Kumpulan | Median | Purata | Had Pendapatan |
T1 | RM12,586 | RM12,720 | RM10,971 – RM15,040 |
T2 | RM19,781 | RM24,293 | RM15,041 dan lebih |
Manakala T20 adalah kumpulan penggerak ekonomi negara dan merupakan majikan kepada kumpulan M40 dan Bawah 40.
Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas Malaysia 2019
Laporan telah dibentangkan Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin pada Julai 2020. Berikut adalah perkara penting yang rakyat Malaysia perlu tahu tentang laporan tersebut:-
- Kadar Kemiskinan Mutlak bertambah baik pada tahun 2019 iaitu 5.6 peratus berbanding 7.6 peratus pada 2016
- Pendapatan isi rumah penengah di negara ini menunjukkan pertumbuhan sederhana sebanyak 3.9 peratus setahun kepada RM 5,873 pada 2019
- Kadar kemiskinan tegar direkodkan sebanyak 0.4 peratus pada 2019 berbanding 0.6 peratus pada 2016
- Pendapatan purata meningkat 4.2 peratus setahun kepada RM7,901
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Selangor dan Johor mencatatkan nilai pendapatan purata lebih tinggi daripada paras nasional iaitu RM7,901
- Perbelanjaan purata isi rumah meningkat 3.9 peratus
- Komposisi perbelanjaan komponen perkhidmatan meningkat kepada 52.1 peratus
- Perbelanjaan komunikasi kekal 5.0 peratus dalam tempoh tiga tahun
- Perbelanjaan Kesihatan dan Pendidikan meningkat 0.2 peratus
- Perbelanjaan Rekreasi dan Kebudayaan meningkat masing-masing 0.3 dan 0.1 peratus
- Perbelanjaan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah meningkat 0.2 peratus.
Download : Laporan DOSM
Related : kerajaan untuk golongan t20 kumpulan isi rumah b40 berpendapatan tinggi kumpulan isi rumah berpendapatan isi rumah berpendapatan 40, julat pendapatan, 40 pertengahan pendapatan bagi setiap kumpulan, golongan m40 pendapatan b40 m40, pendapatan garis kemiskinan pgk, pendapatan rakyat malaysia, bantuan kerajaan