Permohonan BMT 2023 Bantuan Musim Tengkujuh RISDA. Cara mohon borang atau hadir ke pejabat risda seluruh negeri untuk bantuan kewangan.

Permohonan BMT 2023 Bantuan Musim Tengkujuh RISDA

permohonan bantuan musim tengkujuh risda

Bantuan Buat Pekebun Kecil Dan Penoreh Getah RISDA Tahun 2023. Makluman kepada pekebun dan penoreh getah yang terjejas daripada melakukan sebarang aktiviti pertanian sepanjang musim tengkujuh. Kerajaan Malaysia melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah atau dikenali sebagai RISDA akan membuka permohonan Bantuan Musim Tengkujuh bagi memastikan kebajikan para pekebun kecil terpelihara.

Dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan, seorang sahaja pekebun kecil atau penoreh yang layak menerima BMT sekali sahaja. Pemohon yang layak akan menerima wang melalui kaedah Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank masing-masing. Justeru, pemohon hendaklah memastikan borang dan maklumat diisi serta dikemaskini dengan tepat agar tiada masalah.

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2023 : Bantuan Kewangan Buat Pekebun Dan Penoreh Getah

Di bawah adalah maklumat berkaitan tarikh, cara mohon dan semakan BMT 2023 RISDA untuk rujukan semua. Pada tahun 2022, BMT RISDA telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM190 Juta kepada pemohon yang layak.

Tarikh Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh

Berikut adalah tempoh kemaskini maklumat oleh penerima sedia ada dan juga permohonan baharu yang telah ditetapkan oleh RISDA untuk tahun 2023:

  • Tarikh Buka : 15 Jun 2023
  • Tarikh Tutup : 15 September 2023

Sebarang perubahan tarikh adalah tertakluk kepada pindaan RISDA dan pihak yang berkenaan. Permohonan yang gagal boleh membuat rayuan pada tarikh yang akan dikemaskini

Syarat-Syarat Kelayakan BMT

Sebelum membuat permohonan, pemohon hendaklah meneliti syarat-syarat yang digariskan oleh RISDA sebagai kelayakan seperti di bawah:

  1. Pekebun Kecil RISDA
    • Warganegara Malaysia
    • Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA
    • Mempunyai tanah keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar secara agregat
    • Merupakan pemilik tanah yang sah
    • 1 lot hanya seorang penerima bantuan sahaja
  2. Penoreh Bukan Pemilik
    • Warganegara Malaysia
    • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
    • Menoreh di lot keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar
    • Mendapat pengesahan pemilik tanah yang sah bagi penoreh
    • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G)
    • 1 lot hanya seorang penerima bantuan sahaja

NOTA: Untuk pekebun kecildi bawah agensi lain, permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang BMT2023 01 (Agensi) dan sertakan surat pengesahan daripada Agensi untuk dihantar ke pejabat Agensi yang berkenaan:

  • Lembaga Getah Malaysia (LGM)
  • Jabatan Pertanian Sarawak (JPS)
  • Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
  • FELCRA
  • KESEDAR
  • KETENGAH
  • Dan lain-lain Agensi/Jabatan

Selain itu, terdapat syarat-syarat terperinci seperti berikut:

Berdaftar dengan RISDA

  1. Pekebun kecil yang tersenarai dalam sistem e-SPEK
  2. Bagi pekebun kecil atau penoreh bukan pemilik yang belum berdaftar dengan RISDA, pengisian borang BMT 2023 dikira sebagai berdaftar dengan RISDA
  3. Peserta yang menyertai program yang dilaksanakan secara bersepadu oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) merangkumi pembangunan ladang sejahtera, ladang komersial dan penempatan serta diuruskan oleh RISDA melalui syarikat milikan RISDA

Pemilik tanah yang sah

  1. Untuk makluman, pemilik tanah yang sah bermaksud tuan tanah atau pemegang Amanah seperti yang dinyatakan di dalam geran tanah atau pentadbir seperti dinamakan di Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh pejabat tanah atau mahkamah yang berkenaan
  2. Di negeri Sarawak, pemilik tanah yang sah adalah pemilik tanah berdaftar ke atas surat hak milik tanah yang dikeluarkan di bawah Seksyen 18 dan Seksyen 13 Kanun Tanah Negeri Sarawak
  3. Bagi pemilik yang telah meninggal dunia, pertukaran hak milik atau pemegang amanah seperti dinyatakan di dalam geran tanah atau pentadbir seperti yang dinamakan di dalam Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh pejabat tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (Mati) dari Risda iaitu Pengakuan Kematian dan Waris-Warisnya (TS20A(Pin.1/96)) dan Surat Sumpah oleh Pihak yang berkongsi/Waris-Waris/Pemegang Amanah (TS20B(Pin.1/09))
  4. Peserta yang menyertai program KPLB serta diuruskan oleh RISDA di tanah kerajaan negeri yang dirizabkan bagi tujuan pembangunan ladang sejahtera oleh RISDA sepanjang tempoh yang dipersetujui bersama KPLB, RISDA dan Kerajaan Negeri

Cara Mohon BMT 2023

Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat permohonan baharu secara online :

  1. Klik Portal Permohonan BMT
  2. Pemohon perlu mendaftar sebagai pengguna baharu
  3. Selepas mendaftar, log masuk dan Klik Mohon Bantuan BMT
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen yang diperlukan

kaedah permohonan bantuan musim tengkujuh bmt online

Semakan BMT & Borang Permohonan Atas Talian/ Online

Kepada pekebun yang telah menerima insentif daripada RISDA sebelum ini, anda boleh terus menyemak status BMT pada pautan berikut:

Mereka yang layak menerima bantuan akan mendapat pembayaran secara dua kali pada jumlah yang akan dikemaskini. Pembayaran menerusi akaun bank yang telah didaftarkan iaitu bayaran pertama pada November 2023, Disember 2023, Januari dan Februari 2024.

aliran permohonan bmt

Info Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan, sila rujuk:

1BMT 2023No. Telefon: 03-4256 4022
Portal rasmi Pekebun Kecil RISDA
Portal rasmi RISDA
Syarat-Syarat Lengkap BMT

Related : memohon bantuan pengisian borang bmt pemilik pemilik pengusaha atau penoreh menerima bantuan sekali sahaja pengenalan pekebun kecil sic tiada di dalam senarai, secara online, pekebun kecil getah, bantuan musim tengkujuh bmt, lembaga getah malaysia, 1 lot hanya seorang penerima sahaja pekebun kecil atau penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja, menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar, dikira sebagai berdaftar dengan risda iaitu
dinamakan di bawah jabatan kemajuan orang asli jakoa, 15 jun 2023 hingga 15 september 2023, syarat kelayakan penoreh bukan pemilik,