MyASNB Cara Daftar, Semakan ASB Online & Pengeluaran Duit. Cara daftar portal amanah saham nasional berhad dan check baki online.

MyASNB Cara Daftar, Semakan ASB Online & Pengeluaran Duit

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan atas talian/ online buat semua pemegang unit amanah ASNB (unit holders). Mereka yang ingin menggunakan aplikasi myASNB, mobile app perlu terlebih dahulu mendaftar menerusi Portal Rasmi untuk menetapkan Kata Pengguna dan Kata Laluan.

Kini anda boleh membuat penambahan pelaburan termasuk akaun unit amanah asnb serta melihat baki jumlah pelaburan dengan lebih mudah dan pantas tanpa perlu ke kaunter. Dan bermula 20 April 2020, perkhidmatan pengeluaran duit pelaburan secara online boleh juga dilakukan.

pengeluaran wang asb

Perbezaan ASB Dan ASNB

Pati ramai yang ingin tahu apakah perbezaan di antara Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)?

ASB ialah satu tabung unit amanah yang diuruskan oleh ASNB manakala ASNB ialah syarikat pengurusan unit amanah yang merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Apa Itu Portal MyASNB?

Dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Ia adalah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.

Nota: Buat masa ini tiada caj dikenakan untuk menggunakan platform ini. Walau bagaimanapun, yuran produk biasa seperti caj jualan dan GST adalah terpakai, jika ada

Ianya adalah mudah dan selamat untuk membuat pelaburan. Cuma pilih [Transaksi] yang sesuai untuk anda

Perkhidmatan yang tersedia untuk kemudahan pemegang unit diantaranya termasuklah:

  1. Pertanyaan butiran pegangan semasa
  2. Melihat rekod transaksi portal sehingga 90 hari
  3. Pelaburan tambahan
  4. Kemaskini maklumat peribadi

Portal boleh diakses dari mana-mana peranti yang bersesuaian dan menggunakan pelayar seperti berikut:

  1. Internet Explorer versi 10.0 dan ke atas
  2. Google Chrome versi 50.0 dan ke atas
  3. Mozilla Firefox

Cara Daftar MyASNB Untuk Semak Baki ASB Online, Tambah Dan Pengeluaran Pelaburan

Para pemegang unit amanah ASNB boleh melaksanakan pelaburan melalui saluran-saluran alternatif yang disediakan termasuk:-

  1. Secara atas talian melalui Portal Rasmi
  2. Melalui cawangan-cawangan ASNB di seluruh negara. Untuk mengetahui lokasi cawangan-cawangan ASNB, sila layari laman web ASNB
  3. Melalui cawangan-cawangan ejen ASNB yang terpilih iaitu Maybank, CIMB Bank, RHB Bank, Affin Bank, Bank Simpanan Nasional (BSN), Alliance Bank, Ambank dan POS Malaysia

Untuk saluran alternatif 1, Ikuti langkah mudah berikut untuk mula mendaftar akaun baru dan menggunakan perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh ASNB.

Pendaftaran Akaun Baharu (MyASNB Application)

Langkah 1

  1. Layari Laman Web seperti pautan di bawah:-
  2. My ASNB
  3. Klik “Daftar di sini” di bahagian atas menu
  4. Baca Terma & Syarat, tanda kotak dan klik “Setuju”

myasnb1

Langkah 2

  1. Maklumat Pemegang Unit
  2. Pilih jenis Kad Pengenalan dan isikan nombor Kad Pengenalan andaPilih salah satu produk ASNB yang anda miliki dan klik “Seterusnya”

Langkah 3

  1. Jika nombor telefon bimbit yang dipaparkan adalah betul, sila klik “Permintaan TAC”
  2. SMS yang mengandungi Nombor TAC akan dihantar ke no telefon anda
  3. Masukkan kod TAC yang diterima dan klik “Seterusnya”

Langkah 4

  1. Pendaftaran Akaun
  2. Cipta ID Pengguna dan Frasa Keselamatan Anda
  3. Isikan maklumat yang diperlukan dan klik “Tamat”

Langkah 5

  1. Sila simpan kata laluan sementara yang diberikan untuk log masuk kali pertama

myasnb5

Log Masuk Kali Pertama

Langkah 1

  1. Layari Laman Web Rasmi
  2. Klik “Log Masuk” di bahagian atas menu

semakmyasnb1

Langkah 2

  1. Maklumat ID Pengguna : Masuk ID pengguna
  2. Klik “Teruskan”

Langkah 3

  1. Pastikan frasa keselamatan yang tertera adalah sama dengan yang anda cipta sebelum memasukkan kata laluan sementara yang diberikan semasa anda mendaftar
  2. Klik “Teruskan”

Langkah 4

  1. Kemaskini dan tukar kata laluan anda untuk tujuan keselamatan
  2. Klik “Tukar Kata Laluan”
  3. Setelah penukaran kata laluan, sila log masuk menggunakan kata laluan yang baru

Langkah 5

  1. Halaman utama portal

semakmyasnb5
NOTA : Anda diingatkan supaya menyimpan maklumat penting seperti nama pengguna, kata laluan, frasa keselamatan dan jawapan untuk soalan keselamatan di tempat selamat untuk rujukan masa hadapan.

Panduan Video Cara Daftar (Permohonan Pengeluaran ASB)

Untuk penerangan yang lebih jelas, sila rujuk kepada video cara pendaftaran berikut :-

Cara Membuat Permohonan Pengeluaran ASB/ Lain-Lain Secara Online

Bermula dari 20 April 2020, pelabur ASNB kini boleh membuat pengeluaran pelaburan mereka secara atas talian dan percuma melalui Portal My ASNB. Untuk pengguna aplikasi mudah alih, anda boleh berbuat demikian bermula 27 April 2020.

  1. Pemegang unit boleh mengeluarkan pelaburan mereka secara dalam talian dari mana-mana unit amanah ASNB termasuk pelaburan dalam ASB (Akaun ASB online) kecuali ASN Equity 5 dan ASN Sara 2
  2. Had pengeluaran adalah RM500 sebulan dengan had jumlah minimum untuk sekali pengeluaran adalah RM100
  3. Jumlah transaksi yang dibenarkan adalah sebanyak 3 transaksi sebulan
  4. Wang akan dipindahkan ke akaun bank pelabur
  5. Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja.

Kemudahan pengeluaran dalam talian ini ditawarkan selaras dengan saranan kerajaan agar institusi kewangan mengaplikasikan kemudahan urus niaga digital serta untuk memenuhi permintaan pemegang unit yang inginkan fleksibiliti dalam pengurusan pelaburan mereka.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat pengeluaran unit pelaburan :-

  1. Log Masuk ke akaun seperti pautan yang diberikan di atas
  2. Klik Portfolio, seterusnya klik Transaksi pada unit amanah yang dikehendaki serta pilih Jualan Balik
  3. Pastikan maklumat bank anda betul dan klik Seterusnya
  4. Baca, tandakan kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya
  5. Masukkan jumlah amaun, tandakan kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya
  6. Semak semula butiran bank di notifikasi dan klik Teruskan
  7. Klik Permintaan TAC, isikan dan klik Seterusnya
  8. Proses selesai dan transaksi berjaya

Semakan Baki ASB Dan Cara Tambah Pelaburan

Login ke akaun anda, dan anda boleh membuat transaksi berikut :-

  1. Semak Jumlah pelaburan terkini termasuk Amanah Saham Bumiputera ASB
  2. Senarai portfolio pelaburan serta baki terkini
  3. Jenis pelaburan (Tunai, KWSP & Pinjaman)
  4. Penambahan pelaburan
  5. Menyemak urusniaga terkini’
  6. Kemaskini maklumat peribadi

Aplikasi Telefon Mudah Alih ASB

Pelabur ASNB juga mempunyai pilihan dalam membuat transaksi menerusi Aplikasi telefon mudah alih (Mobile app). Pemegang unit boleh :

  1. Menambah pelaburan dalam unit amanah ASNB secara percuma
  2. Menyemak urusniaga terkini
  3. Membuat pengeluaran pelaburan bermula 27 April 2020

Sebelum anda boleh menggunakan aplikasi mudah alih, anda perlu mendaftar sebagai pengguna Portal terlebih dahulu di portal rasmi. Sekiranya anda sudah mendaftar, anda boleh terus log masuk dengan menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan sedia ada anda.

Aplikasi telefon mudah alih/ pintar ini boleh dimuat turun/ download melalui pautan berikut:

Google Play : Android

App Store : Apple iOS

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut termasuk waktu operasi dan laman web, cawangan atau ejen ASNB, sila rujuk kepada maklumat berikut :-

  1. Soalan Lazim/ Waktu Urusniaga
    • Kemudahan Pengeluaran dalam talian
    • e-mel : tnbcareline@tnb.com.my
    • Waktu urus niaga
      • Unit Amanah Harga Tetap: 7:00 pagi-6:00 petang, Isnin – Ahad*
      • Unit Amanah Harga Berubah: 7:00 pagi-4:00 petang, Isnin- hingga Ahad* (*kecuali cuti umum)
  2. Cawangan ASNB Seluruh Negara
  3. Menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian
    • 03-7730 8899
    • Waktu Operasi Isnin – Ahad : 8.00 pagi – 10.00 malam (kecuali pada cuti umum kebangsaan dan cuti umum Wilayah Persekutuan)
    • emel : asnbcare@pnb.com.my

Related : bank account online withdrawal asnb unit trust account withdrawal facility unit trust funds amount of rm100, nombor telefon yang dipaparkan, membuat pendaftaran, dinasihatkan untuk, cawangan asnb atau ejen, mengemaskini nombor telefon bimbit, kemaskini dan jawapan untuk soalan keselamatan di tempat selamat untuk rujukan masa hadapan,