Cara Daftar Haji Melalui KWSP Tanpa Deposit Guna KWSP. Pendaftaran Haji percuma' tanpa perlu deposit RM1,300.yang ditetapkan.

Cara Daftar Haji Melalui KWSP Tanpa Deposit RM1300

Cara Daftar Haji Melalui KWSP Tanpa Deposit RM1300. Panduan kepada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang ingin pergi haji melalui Tabung Haji (TH). Bermula 3 Januari 2012, KWSP telah bekerjasama dengan TH bagi menawarkan perkhidmatan mendaftar haji menggunakan akaun KWSP mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Di bawah maklumat berkaitan pendaftaran haji melalui KWSP secara online dikongsikan sebagai rujukan kepada semua.

Menurut kenyataan daripada KWSP, kemudahan yang disediakan ini bagi membantu dan memberi peluang kepada ahli KWSP atau pendeposit KWSP yang berpendapatan rendah untuk menunaikan haji. Selain itu, ahli KWSP yang telah mendaftar haji melalui TH dan ingin menukarnya menggunakan caruman KWSP dibolehkan tanpa melibatkan penukaran tarikh giliran haji terdahulu.

daftar haji melalui kwsp tanpa deposit rm1300

Daftar Haji Tanpa Deposit Guna KWSP

Sebagai umat Islam, kita diwajibkan menunaikan haji sekurang-kurangnya sekali sepanjang kita hidup kerana ia merupakan rukun Islam yang kelima. Namun ia bergantung kepada kemampuan diri masing-masing.

Sebagai langkah selamat, kita digalakkan untuk mendaftar haji terlebih dahulu kerana giliran panggilan untuk menunaikan haji semakin bertambah dari tahun ke tahun. Bahkan ada yang terpaksa menunggu hampir 30 tahun tetapi ianya boleh dirayu jika ahli sudah mempunyai simpanan yang mencukupi di akaun tabung haji.

Oleh yang demikian, berikut dikongsikan syarat-syarat dan cara pendaftaran haji melalui KWSP tanpa deposit RM1300 kepada ahli-ahli penyata KWSP yang berniat untuk pergi menunaikan haji.

Syarat-Syarat Daftar Haji Melalui KWSP

Pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di bawah sebelum membuat pendaftaran skim pendaftaran haji KWSP:

  1. Merupakan warganegara Malaysia
  2. Beragama Islam
  3. Mempunyai simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM1300
  4. Berumur 14 hingga 55 tahun

Pendaftaran Haji Melalui KWSP 

Sila ikuti langkah mudah di bawah untuk mendaftar haji melalui KWSP:

  • 2. Log masuk ke i-Akaun anda
  • 3. Buka penyata terkini, muat turun dan kemudian cetak penyata KWSP masing-masing.
  • 4. Anda juga boleh hadir ke mana-mana kiosk atau cawangan KWSP dan cetak penyata kewangan semasa anda.
  • 5. Seterusnya, sila kunjungi pejabat cawangan Tabung Haji dengan membawa penyata KWSP anda bersama kad pengenalan.
  • 6. Tekan butang Daftar Haji ketika mengambil nombor sebelum berurusan dengan pegawai di kaunter.
  • 7. Anda akan mendaftar haji di kaunter dan menandatangan serta meninggalkan cap jari pada borang pendaftaran sebagai langkah pengesahan.

Selain pejabat cawangan Tabung Haji, pendaftaran haji juga boleh dilakukan melalui kaunter Mudah Alih TH, Rakan Strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic dan CIMB Islamic serta Laman Web THiJARI

Soalan Lazim

Berikut adalah soalan lazim bagi pendaftaran haji melalui KWSP untuk rujukan anda:

  1. Adakah ahli boleh mengeluarkan simpanan KWSP melalui kemudahan ini?
    • Tidak. Kemudahan ini hanya bertujuan mendapatkan giliran mengerjakan haji. Ia juga bukan bertujuan membiayai ibadah haji itu sendiri dan kekal sebagai simpanan KWSP ahli serta dividen akan diterima seperti biasa.
  2. Bolehkah ahli membuat pendaftaran haji bagi pasangan (suami, isteri) atau ibu bapa atau anak-anak di bawah kemudahan ini?
    • Tidak. Hanya pendaftaran individu ahli sahaja dibenarkan untuk kemudahan pendaftaran haji ini.
  3. Mengapa ahli yang berumur 55 tahun ke atas tidak layak menggunakan kemudahan ini?
    • Bermula umur 55 tahun, ahli boleh mengeluarkan kesemua simpanan KWSP pada bila-bila masa. Oleh itu, ahli boleh membuat pendaftaran sendiri dengan Tabung Haji.
  4. Bolehkah ahli yang telah mendaftar haji melalui Tabung Haji menukar kepada kemudahan Pendaftaran Haji Melalui KWSP tanpa melibatkan tarikh peruntukan giliran haji yang diberi sebelum ini?
    • Boleh. Tahun peruntukan giliran haji ahli kekal tanpa sebarang perubahan.
    • Wang pendaftaran haji RM1,300.00 sebelum ini akan dicairkan.
    • Pertukaran ini boleh dibuat di mana-mana cawangan Tabung Haji sahaja.
  5. Bolehkah ahli KWSP mengeluarkan simpanan KWSP bagi tujuan membiayai kos keseluruhan menunaikan ibadah haji?
    • Simpanan KWSP merupakan wang simpanan persaraan ahli. Tetapi, dengan syarat tertentu, sebahagian wang dalam akaun KWSP ahli boleh digunakan untuk membiayai kos haji anda. Sila rujuk pautan berikut: Pengeluaran KWSP bagi kos menunaikan haji.

Info Lanjut

Untuk menjawab pertanyaan lanjut atau masalah yang dihadapi anda mengenai cara & kemudahan pendaftaran haji oleh ahli KWSP, sila rujuk maklumat di bawah:

CARA HUBUNGI

1.Portal Rasmi (Laman Web)

  1. Tabung Haji
  2. KWSP

2. Nombor Telefon

  1. Telefon TH : +603 6207 1919 atau +603 26 900 90
  2. Telefon KWSP : 03 – 8922 6000

3. Emel

  1. TH-INFO@LTH.GOV.MY

Related : dah cukup, lembaga tabung haji lth peruntukan haji penyata ahli kwsp, rm1300 dalam akaun untuk mengerjakan haji menggunakan kwsp kiosk kwsp laman web kwsp