eBaki Semakan Baki Pinjaman MARA Online (Login). Cara semak balance Biasisiwa & Pinjaman Pelajaran/ Komputer & penyata tahun semasa.

eBaki Semakan Baki Pinjaman MARA Online

Semakan Baki Pinjaman MARA Online. Makluman kepada pelajar institusi pengajian tinggi dalam mahupun luar negara yang layak mendapat pinjaman daripada Majils Amanah Rakyat (MARA). Sebuah sistem atas talian atau Online telah dibangunkan bagi tujuan menyemak baki pinjaman biasiswa, pinjaman pelajaran, pinjaman komputer, Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA serta penyata bagi tahun semasa. Anda boleh mengakses sistem tersebut dengan melihat panduan log masuk eBaki MARA seperti di bawah.

MARA merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi membangunkan golongan bumiputera dalam negara. Salah satu inisiatif yang diusahakan adalah menyediakan kemudahan pinjaman pelajaran yang berbentuk pinjaman boleh ubah kepada pelajar bumiputera yang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi. Bermula daripada peringkat persediaan Ijazah Sarjana Muda sehingga ke peringkat pengajian Doktor Falsafah di institusi pengajian tinggi dalam negara ataupun luar negara tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh MARA.

semak baki pinjaman mara online ebaki

Cara Semak Baki Pinjaman MARA Secara Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan eBaki Semakan Baki Pinjaman MARA Online sebagai rujukan untuk semua.

Semakan Baki Pinjaman MARA eBaki

Pemohon boleh mengikuti langkah-langkah di bawah untuk menyemak baki pinjaman MARA anda serta kemudahan lain yang disediakan dalam sistem eBaki:

  • 2. Klik pada pautan “Pengguna Baru”
  • 3. Masukkan nombor Kad Pengenalan anda
  • 4. Setelah mendaftar, log masuk pada halaman utama Portal eBaki MARA menggunakan ID Pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan

Soalan Lazim eBaki

Anda boleh merujuk soalan lazim yang dikongsikan di bawah sekiranya terdapat sebarang pertanyaan yang berkaitan:

1. Soalan: saya sudah menerima elaun pertama saya, tapi ia hanya elauan untuk 6 bulan sahaja. Bilakah saya akan terima elaun bulan yang selebihnya?

Jawapan: Elaun pertama dijana memang ditetapkan pada kadar 6 bulan pertama tempoh tajaan. Elaun selebihnya sehingga tempoh semasa akan dijana pada hujung bulan berikutnya.

2. Soalan: Saya masih menerima elaun melalui cek. Saya ingin pembayaran terus ke akaun bank

Jawapan: Sila emelkan salinan buku bank/ online banking/ penyata bank yang mempunyai maklumat nama dan no. akaun bank kepada Bahagian Kewangan MARA: infobkw@mara.gov.my/ noraziah@mara.gov.my

3. Soalan: Bolehkah saya menggunakan akaun bank pihak ketiga bagi tujuan pembayaran elaun MARA saya?

Jawapan: Pelajar tidak dibenarkan menggunakan akaun bank pihak ketiga. Pelajar hendaklah menggunakan nombor akaun bank sendiri agar data bayaran tidak ditolak oleh Bank.

Buka pautan di bawah bagi mendapatkan soalan-soalan lazim yang disediakan oleh MARA:

eConversion Permohonan Pengurangan Pinjaman

Selain daripada menyemak baki pinjaman, sistem eBaki juga mempunyai pautan kepada sistem eConversion yang berperanan sebagai sistem permohonan pengurangan bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA.

Pemohon hanya layak membuat satu permohonan sahaja dan tiada tunggakan di akaun pinjaman pelajaran MARA. Selain itu, pemohon perlu membayar komitmen sebanyak RM300 semasa membuat permohonan. Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan eConversion, rujuk pautan di bawah:

Pemohon hanya perlu menggunakan akses eBaki iaitu ID pengguna dan kata laluan yang sama untuk log masuk sistem eConversion dan membuat permohonan pengurangan baki pinjaman MARA.

Maklumat Lanjut

Jika anda menghadapi masalah berkaitan eBaki Semakan Baki Pinjaman MARA Online, sila rujuk:

CARA HUBUNGI
1Portal Rasmi (Laman Web)
  1. MARA
2Nombor Telefon
  1. MARA call centre: 03-2613 2000 samb. 35082/ 35084/ 35085/ 35086
  2. Bahagian Penganjuran Pelajaran: 03-2613 2000 samb. 32060/ 32056/ 32063/ 32087/ 32071
  3. Bahagian Kawalan Kredit: 03-2613 2000 samb. 32286/ 32131/ 32288/ 32133/ 32178/ 32399/ 32397
  4. Bahagian Undang-Undang: 03-2613 2000 samb. 34102/ 34120/ 34104
  5. Bahagian Teknologi Maklumat: 03-2613 2000 samb. 32390/ 32391/ 32386/ 32389
3Emel
  1. informasi@mara.gov.my

Related : bayaran elaun sara hidup e baki ada transaksi baki ada transaksi bayaran pembayaran yuran baki saya ada transaksi transaksi bayaran elaun sara menyemak baki biasiswa, jadual bayaran balik e baki mara sistem e baki membuat bayaran balik pinjaman tajaan mara