Semakan Penyata Gaji Online (e-Payslip JANM) Kakitangan Awam. Cara login, semak dan cetak penyata bulanan & pendapatan tahunan 2022.

Semakan Penyata Gaji Online (e-Payslip JANM) Kakitangan Awam

semakan slip penyata gaji online e penyata

Semakan Penyata Gaji Bulanan Secara Online. Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan (e-Payslip and Report System) adalah satu sistem yang disediakan bagi membolehkan penjawat awam kerajaan untuk membuat semakan slip penyata pengajian secara atas talian/ online. Ianya disediakan secara percuma kepada kakitangan awam oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Pengguna Sistem ini dan Laporan adalah terdiri daripada PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN iaitu seperti Jabatan Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Jabatan atau Kementerian seumpamanya. Namun ianya TIDAK TERMASUK kakitangan kerajaan negeri, badan berkanun, agensi berkanun dan tentera. Rujuk Jadual gaji 2020 bulanan kakitangan awam 2020.

Sistem ePenyata Gaji dan Laporan

Terdapat banyak kemudahan yang terdapat dalam sistem ini. Slip dan penyata pendapatan tahunan penjawat awam kini boleh disemak dan diakses melalui komputer dan peranti mudah alih seperti tablet dan telefon pintar (smartphone).

Sistem ini & Laporan hanya menyimpan maklumat Penyata Bulanan bagi tempoh 18 bulan, Penyata Pendapatan Tahunan bagi tempoh 7 tahun dan Laporan Gaji Pusat Pembayar bagi tempoh 4 bulan terkini sahaja.

Selepas daripada tempoh tersebut, maklumat akan dikeluarkan secara automatik daripada sistem.

Adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk memuat turun maklumat tersebut ke dalam hard disk atau pendrive untuk kegunaan anda pada masa hadapan seperti penghantaran borang cukai pendapatan.

JANM juga telah memperkenalkan fungsi baharu “Penyata untuk Pinjaman” bertujuan meningkatkan integriti maklumat penyata untuk pinjaman kewangan di sistem gaji online ini.

Semakan Slip Penyata Gaji Online Melalui Portal JANM Dan Aplikasi Telefon Mudah Alih

Untuk menyemak slip gaji dan penyata pendapatan tahunan, ikuti langkah berikut dengan menggunakan Portal Rasmi JANM ataupun Aplikasi Mobile ePayslip JANM:-

i) Portal JANM

Sila Layari Laman web Pautan Pintas Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia :-

  • > Klik Sistem ePenyata Gaji
a) Sila klik “Pertama Kali Mendaftar” di Sistem ePenyata Gaji & Laporan

Sebelum mendaftar, pastikan anda mempunyai maklumat seperti berikut:-

a. No. Kad Pengenalan (seperti tertera dalam kad pengenalan)

b. No. Gaji

c. Alamat emel yang sah dan betul (Mohon menggunakan emel jabatan bagi tujuan berurusan dengan unit ePayslip supaya maklumbalas daripada pihak ePayslip tidak disalahguna oleh pihak ketiga)

Bagi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang pertama kali mendaftar, sila gunakan No. Gaji baharu. Contoh seperti berikut:

Contoh No.Gaji BAHARU yang dimaksudkan:

1. No.Gaji PDRM : 00123456 (8 digit)

2. No.Gaji BARU : 80123456 (8 digit : Batalkan digit ‘0’ yang pertama daripada No.Gaji PDRM
dan diGANTIkan dengan digit ‘8’)

b) Pertama Kali Mendaftar

Untuk mendaftar masuk kali pertama ke sistem & Laporan,anda diminta mendaftar terlebih dahulu (daftar masuk) dengan klik pada pautan tulisan berwarna biru “Pertama Kali Mendaftar

Sila masukkan maklumat yang diminta di ruangan yang telah disediakan dan klik butang OK. Adalah diingatkan, medan yang bertanda ( * ) adalah wajib diisi. Pendaftaran yang berjaya bergantung kepada kemasukan maklumat No.Kad Pengenalan/ No.Pasport/ Kod Pengenalan Lain dan No.Gaji yang disahkan sahih oleh sistem.

c) Lupa Kata Laluan

Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya terlupa Kata Laluan atau menghadapi masalah No. Akaun tidak wujud?

Sila ikuti langkah-langkah berikut:

a. Pihak tuan/ puan dinasihatkan mencuba sekali lagi dengan menggunakan link Lupa Kata Laluan dan mengikuti arahan seterusnya dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Gaji;

b. Sila pilih Soalan Keselamatan dan masukkan jawapannya untuk mendapatkan Kata Laluan Asal. Jika anda lupa, sila klik Reset Kata Laluan. Kata Laluan Sementara akan dihantar melalui sms/emel yang telah didaftarkan.

Pastikan anda mendaftar masuk dengan Kata Laluan Sementara dalam tempoh tiga (3) hari, dan seterusnya menukar Kata Laluan Sementara dengan Kata Laluan Baharu.

ii) Aplikasi ePayslip JANM

ePayslip JANM mobile adalah Sistem dan Laporan (eSPGL) versi mobile. Ia menyediakan 4 fungsi ringkas kepada penjawat awam Persekutuan iaitu :-

1. Untuk memuat turun penyata bulanan serta penyata pendapatan tahunan

2. Untuk mengemaskini profil pengguna (emel dan no telefon sahaja)

3. Menyalurkan maklum balas kepada pihak JANM berkaitan sistem atau maklumat

4. Untuk menjana penyata bagi tujuan pinjaman kewangan

Pengguna perlu memasang perisian PDF Reader pada peranti mudah alih masing-masing bagi membolehkan proses muat turun dokumen.

Aplikasi sistem versi mobile boleh dimuat turun di App Store dan Play Store melalui carian “ePayslip JANM”.

Google Play : Android

App Store : Apple iOS

Maklumat Lanjut

Untuk aduan sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan sistem e online , sila rujuk kepada maklumat berikut :-

Panduan

Soalan Lazim

Tatacara Penggunaan Sistem

No Telefon : 03-8882 1000

emelkan masalah atau aduan berkaitan sistem e-penyata ke epayslip@anm.gov.my

Related : menggunakan sistem sahaja untuk, sistem online pengenalan no, e mel rasmi, pejabat perakaunan, turun penyata gaji bulanan, kad pengenalan no, slip gaji online, menyalurkan maklum balas kepada penjawat awam persekutuan iaitu, kata laluan baharu, penuh no.kp no.gaji no.kod, klik lupa kata, sistem epenyata gaji dan laporan espgl, https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx, cara membuat semakan penyata gaji, e penyata gaji online, klik pada submenu penyata gaji di bawah menu penyata, semakan e penyata gaji online, slip penyata pendapatan tahunan bagi tempoh 7 tahun terkini sahaja, no.gaji no.kod pejabat perakaunan no.kod jabatan dan no.kod pusat pembayar, anak dan permohonan bantuan kewangan, sms emel dan no telefon sahaja,