MySPR SPPA : Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik

Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk memberikan kuasa kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas untuk mendaftar sebagai pemilih dalam Pilihan Raya yang akan datang. Bagi memudahkan proses tersebut, pendaftaran secara automatik akan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Oleh itu, seramai 5.8 juta rakyat yang berkelayakan untuk menjadi pemilih secara automatik boleh melakukan semakan di MySPR SPPA : Semakan Pra-pendaftaran Pemilih Automatik bermula 1 hingga 31 Oktober 2021.

Kini, pengundi yang berumur 18 tahun dan ke atas sudah layak untuk mengundi di kawasan masing-masing sekiranya terdapat pilihan raya kecil atau pilihan raya umum. Sebelum ini, had mendaftar untuk menjadi seorang pengundi adalah bagi mereka yang berumur 21 tahun dan ke atas. Langkah ini dapat membantu negara dalam melibatkan lebih ramai golongan muda untuk menentukan halatuju negara melalui proses demokrasi berparlimen yang diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan.

semak myspr sppa pra pendaftaran automatik pengundi

Undi 18 : Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (MySPR SPPA)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan MySPR SPPA : Semakan Pra-pendaftaran Pemilih Automatik sebagai panduan untuk anda melihat cara semakan dan informasi lain yang berkenaan.

Kenyataan Media SPR 29/9/2021

Menurut Facebook rasmi SPR, berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan berkenaan sistem semakan pra pendaftaran pemilih automatik:

kenyataan media pra pendaftaran pemilih automatik

kenyataan media pra pendafataran pemilih automatik

Tarikh Semakan SPPA

Sebagai warganegara Malaysia, sekiranya anda sudah berumur 18 tahun dan ke atas, anda boleh membuat semakan pra pendaftaran autonatik yang dilakukan oleh SPR pada tempoh:

  • Tarikh Buka Semakan: 1 Oktober 2021
  • Tarikh Tutup Semakan : 31 Oktober 2021

Cara Semakan SPPA

Untuk makluman, terdapat dua kaedah yang ditetapkan untuk anda menyemak sistem pra pendaftaran pemilih automatik seperti berikut:

A) Secara Online

  1. Sila layari Laman Rasmi
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa tanda sempang atau jarak
  3. Isi kod captcha yang diberikan
  4. Klik Semak
  5. Sekiranya anda menerima mesej seperti berikut:
    • Anda belum cukup 18 tahun dan tidak terlibat di dalam urusa pra pendaftaran automatik – Anda belum mencapai umur yang dibenarkan
    • Anda adalah pemilih berdaftar dan tidak terlibat dalam urusan pra pendaftaran automatik. SEMAK MAKLUMAT ANDA DI SINI – Anda telah mendaftar sebagai pemilih
    • Anda sudah memohon menjadi pemilih. maklumat anda sedang diproses dan tidak terlibat dalam urusan pra pendaftaran automatik. Anda telah memohon sebagai pemilih
    • Sila hubungi Pejabat Pilihan Raya Negeri — di talian — untuk membuat pengesahan rekod atau anda boleh membuat ADUAN – Sila hubungi Pejabat Pilihan Raya yang dipaparkan
    • No. kad pengenalan anda tidak dijumpai. Pastikan no. kad pengenalan yang dimasukkan adalah betul atau anda boleh membuat ADUAN – maklumat anda tiada dalam rekod SPR

Cara Membuat Pengesahan Maklumat 

Setelah semakan anda berjaya, klik SEMAK MAKLUMAT DI SINI, rekod maklumat anda akan dipaparkan. Ikuti langkah seterusnya iaitu:

  1. Skrol sehingga bahagian pengesahan maklumat
  2. Jawab soalan yang dipaparkan sama ada Ya atau Tidak
  3. Masukkan no. telefon yang sah serta emel jika ada. Jika tiada emel, ikuti langkah seterusnya
  4. Klik Hantar dan mesej pengesahan akan dipaparkan
  5. Klik butang OK, sistem akan paparkan maklumat Tarikh Pengesahan Terakhir, No. Telefon dan emel

Cara Membuat Aduan 

Sekiranya anda mendapat mesej yang memberikan arahan untuk membuat aduan, sila ikuti langkah di bawah:

  1. Skrin aduan pengesahan maklumat akan dipaparkan
  2. Sila lengkapkan maklumat seperti Nama penuh anda, Alamat seperti dalam MyKad, Negeri, Bandar, Poskod, Emel, No. Telefon dan Aduan anda
  3. Klik Hantar dan buat pengesahan
  4. No. Tiket aduan akan dipaparkan dan simpan untuk semakan status aduan
  5. Aduan boleh dicetak atau dikirim ke alamat emel yang telah anda daftarkan

B) Secara Manual

  1. Anda boleh hadirkan diri ke 604 tempat semakan SPPA di seluruh negara (dikongsikan di bawah)
  2. Imbas QR kod Bahagian Pilihan Raya Parlimen yang diletakkan
  3. Senarai lokasi SPPA adalah seperti berikut: senarai tempat semakan sppa myspr

Nota: Anda dikehendaki untuk menyemak dan mengesahkan maklumat masing-masing dan membuat aduan kepada SPR jika terdapat sebarang masalah. Jika alamat yang dipaparkan adalah alamat lama atau tidak lagi didiami, sila alamat kad pengenalan anda di Jabatan Pendaftaran Negara selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2021

Maklumat Lanjut

Diharapkan perkongsian di atas dapat membantu anda untuk melakukan tugas sebagai seorang warganegara Malaysia. Maklumat yang lebih lanjut berkaitan MySPR SPPA : Semakan Pra-pendaftaran Pemilih Automatik boleh di rujuk pada:

1Suruhanjaya Pilihan RayaNo. Telefon: 03-8892 7018
Facebook Rasmi SPR
Portal rasmi SPR (https://www.spr.gov.my/)
Manual Pengguna Sistem SPPA

Related : alamat yang dipaparkan bakal, pejabat pilihan raya negeri, didaftarkan sebagai pemilih secara, dipaparkan bakal pemilih dinasihatkan, sebarang pertanyaan, tinggal di alamat, peribadi dengan suruhanjaya pilihan, hubungi hotline spr, atas dan belum mendaftar, pilihan raya spr malaysia, mengesahkan maklumat peribadi,