Syarat Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP). Maklumat terkini syarat layak dan semakan kelayakan terima bantuan subsidi minyak petrol buat penerima BSH

Syarat Dan Semak Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP)

Salah satu janji Kerajaan Pakatan Harapan (PH) iaitu Program Subsidi Petrol (PSP) akan dilancarkan di Semenanjung Malaysia bermula Januari 2020 dengan dua kategori kelayakan. PSP adalah merupakan inisiatif Kerajaan dalam membantu dalam meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol. Apakah syarat kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP)?

Kaedah sekarang di mana subsidi petrol RON95 secara pukal dinikmati oleh semua pengguna tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan akan diubah. Hanya golongan sasar yang layak sahaja iaitu warganegara Malaysia yang berkelayakan bakal menikmati subsidi petrol ini. Berikut dikongsikan syarat kelayakan untuk menerima Program Subsidi Petrol (PSP) buat rujukan pengguna.

program subsidi petrol 1

Syarat Kelayakan Terima Program Subsidi Petrol (PSP)

Program PSP diadakan berikutan pada masa ini, harga jualan runcit petrol RON95 yang dinikmati oleh orang ramai adalah dengan subsidi Kerajaan. Ini bermakna setiap liter petrol RON95 yang dibeli, Kerajaan membiayai subsidi agar harga yang dibayar adalah pada kadar yang rendah semasa iaitu pada kadar RM2.08 seliter.

Harga sebenar bagi petrol RON95 adalah lebih tinggi dan sentiasa berubah mengikut pasaran.
Subsidi pukal juga dinikmati oleh mereka yang tidak layak seperti warganegara asing, kumpulan berpendapatan tinggi dan syarikat-syarikat komersial.

Kerajaan ingin membetulkan keadaan yang tidak seimbang ini melalui pengagihan semula subsidi yang saksama dengan memperkenalkan PSP. Ini bermakna Harga Petrol RON95 akan diapungkan mulai tahun 2020 sejajar pelaksanaan program subsidi petrol bersasar.

Anda layak jika anda memenuhi kriteria status kelayakan berikut:-

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM SUBSIDI PETROL (PSP)

A. PSP PENERIMA BSH

1. Merupakan penerima BSH (Bantuan Kerajaan) beralamat di Semenanjung Malaysia sahaja
2. Memiliki kenderaan persendirian yang berdaftar dan mempunyai Lesen Kenderaan Motor yang masih sah
3. Had pemilikan kenderaan individu adalah 2 buah kereta dan 2 buah motosikal; dan
4. Kelayakan berdasarkan kepada salah satu kriteria kapasiti enjin kenderaan seperti berikut:-<

  • i. Kereta <= 1,600cc
  • ii. Kereta > 1,600cc dan berumur >= 10 tahun
  • iii.Motosikal <= 150cc
  • iv. Motosikal > 150cc dan berumur >= 7 tahun

B. PSP SELAIN PENERIMA BSH

Maklumat lanjut mengenai PSP selain Penerima BSH akan dimaklumkan kemudian

INFO BERKAITAN PSP

psp
1. Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol
2. Manual Pengguna
3. FAQ (Soalan Lazim PSP)

Pengecualian Terhadap Sabah, Sarawak Dan WP Labuan

  1. Rakyat di Sabah, Sarawak dan WP Labuan dikecualikan daripada pelaksanaan Program Subsidi Petrol dan pengapungan harga jualan runcit petrol RON95. Hal ini kerana kerajaan mengambil kira keperluan penduduk di Sabah, Sarawak dan WP Labuan yang memerlukan bantuan dan kebanyakannya memandu kenderaan dengan enjin berkapasiti besar yang menggunakan diesel
  2. Bagi rakyat yang menggunakan petrol untuk bot kecil dan genset di rumah panjang, mereka dapat menikmati subsidi petrol RON95 pada kadar RM2.08 seliter

Mekanisme Pelaksanaan PSP

i) Mengapa tidak jumlah subsidi dikreditkan ke MyKad kami untuk kegunaan langsung di stesen minyak?

Kajian* terkini menunjukkan bantuan tunai adalah kaedah terbaik bagi membantu golongan berpendapatan rendah dalam menangani pelaksanaan reformasi subsidi bahan api.

*“The Politics of Fossil Fuel Subsidies and Their Reform”, suntingan oleh Jakob Skovgaard dari Lunds Universitet, Sweden dan Harro van Asselt dari Stockholm Environment Institute yang diterbitkan oleh Cambridge Univerity Press, Ogos 2018.

ii) Apa yang berlaku jika harga petrol RON95 lebih rendah daripada RM2.08 seliter? Adakah saya masih mendapat subsidi saya?

Subsidi tidak akan diberikan sekiranya harga petrol RON95 berada di bawah RM2.08 seliter. Objektif subsidi adalah untuk membantu rakyat apabila harga petrol tinggi. Oleh itu, subsidi tidak diberikan apabila harga petrol berada pada kadar yang berpatutan.

Kadar bayaran yang akan diterima oleh penerima yang layak menerima subsidi PSP adalah seperti berikut :-

KADAR BAYARAN PROGRAM SUBSIDI PETROL

JENIS KENDERAANKAPASITI ENJINSUBSIDI
Kereta1, 600 cc dan ke bawah
RM30 sebulan (30 sen seliter terhad kepada 100 liter)
Melebihi 1, 600 cc dan berusia 10 tahun dan ke atas
Motosikal150 cc dan ke bawahRM12 sebulan (30 sen seliter terhad kepada 40 liter)
Melebihi 150 cc dan berusia 7 tahun dan ke atas
Subsidi akan diberi dalam bentuk pemindahan tunai dan akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima setiap empat bulan. Pembayaran pertama akan dibuat pada April 2020 bagi tempoh Januari hingga April 2020
Untuk semua pemandu lain yang layak dan bukan penerima BSH, mereka akan menerima Kad95 yang membolehkan mereka menikmati subsidi petrol 30 sen per liter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter sebulan bagi motosikal. Kad95 akan dilaksanakan secara berperingkat pada suku pertama 2020

Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus ke Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui hotline 1800886800, e-mel: psp@kpdnhep.gov.my atau melalui aplikasi WhatsApp di nombor 019-2786356

TERKINI : Disember 2019

Pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) yang sepatutnya bermula Januari 2020 akan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diumumkan nanti.

Ini untuk memberi ruang proses pendaftaran penerima kelompok M40 yang akan dikendalikan oleh Kementerian Kewangan.