Permohonan Program Subsidi Upah 4.0 & Semakan PSU. Cara mohon dan Tuntut RM600 selama 4 bulan Untuk Pekerja Dalam program perkeso.

Permohonan Program Subsidi Upah & Semakan PSU 4.0

permohonan program subsidi upah dan semakan psu

Permohonan PSU 4.0 & Semakan Program Subsidi Upah. Berita baik kepada para majikan yang berkelayakan. Kerajaan Malaysia telah melanjutkan PSU bagi membantu rangsangan ekonomi negara yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19. Oleh itu, majikan yang terkesan boleh memohon Program Subsidi Upah (PSU) 4.0 PERKESO secara atas talian bagi meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan.

Menurut kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 28 JUn 2021, Program ini telah dilanjutkan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) selepas pakej PERMAI dan PRIHATIN dilaksanakan. Kerajaan akan memperuntukkan dana sebanyak RM3.8 bilion khusus untuk lanjutan program ini dan dijangka membantu lebih 2.5 juta pekerja.

Program Subsidi Upah 4.0 (PSU) : Permohonan & Semakan

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh, syarat-syarat dan juga cara permohonan dan semakan Program untuk rujukan semua.

Terkini: Program Subsidi Upah Bersasar

Melalui pembentangan bajet 2022, Menteri Kewangan telah mengumumkan Program Subsidi Upah Bersasar bagi industri pelancongan yang mengalami penurunan pendapatan sebanyak 30% atau lebih. Maklumat lanjut akan dikemaskin dan boleh merujuk kepada pengumuman daripada PERKESO.

Program Subsidi Upah 4.0

Melalui inisiatif ini, kerajaan akan menampung sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan yang layak dengan kadar:

  • RM600 setiap pekerja, dalam tempoh empat bulan
  • Dua bulan bagi semua sektor dalam fasa kedua Pelan Pemulihan Negara
  • Dua bulan seterusnya bagi sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga nanti.
  • Tiada syarat had gaji ditetapkan, pekerja yang bergaji lebih RM4,000 boleh domihon oleh majikan

Maklumat permohonan akan dikemaskini sebaik sahaja dikongsikan oleh PERKESO.

Tarikh Penting Permohonan Program Subsidi Upah 4.0

Berdasarkan kenyataan rasmi daripada PERKESO, berikut adalah tarikh rasmi permohonan:

  • 1 Ogos 2021 : Tarikh buka
  • 31 Oktober 2021 : Tarikh tutup

Syarat-Syarat Kelayakan PSU 3.0

Untuk makluman majikan, terdapat had bilangan pekerja yang boleh dituntut mengikut saiz organisasi atau perusahaan masing-masing. Had bilangan adalah seperti berikut:

  • 75 orang pekerja dan ke bawah : 75 orang sahaja layak
  • 76 hingga 200 orang pekerja  : 200 orang sahaja layak
  • 201 orang pekerja dan ke atas : 500 orang sahaja layak

Manakala kadar bayaran bagi majikan adalah seperti berikut:

  • RM600 dua bulan pertama untuk semua sektor ekonomi
  • RM600 khusus bagi sektor di dalam kategori senarai negatif untuk dua bulan seterusnya

Syarat-syarat lain bagi majikan untuk melayakkan diri membuat permohonan Program adalah seperti di bawah:

  1. Tiada had gaji pekerja ditetapkan
  2. Majikan disyaratkan untuk memasukkan maklumat subsidi ke dalam slip gaji pekerja.
  3. Mengalami kadar penurunan sebanyak 30 peratus atau lebih daripada jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020/ 2021 berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2019 selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
  4. Majikan dan pekerja berdaftar atau mencarum PERKESO sebelum 1 Januari 2021.
  5. Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2021.
  6. Pekerja bergaji RM4,000 dan ke bawah.
  7. Majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini disyaratkan untuk mengekalkan semua pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah. Majikan dibenarkan untuk mengurangkan waktu bekerja ataupun pengurangan gaji selepas berunding dengan pekerja.

Langkah-Langkah Permohonan PSU 4.0

Dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan, majikan boleh membuat permohonan dengan melayari pautan berikut:

Pastikan maklumat diisi dengan lengkap supaya permohonan diterima oleh majikan dan bantuan dapat diberikan tanpa sebarang masalah. Bagi membuat permohonan baharu, senarai dokumen yang diperlukan adalah:

  1. Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan).
  2. Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja).
  3. Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
  4. Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan
  5. Akuan Pengisytiharan PSU sebelum ini.

Semakan Program Subsidi Upah 4.0

Anda boleh menyemak status application dengan langkah mudah seperti berikut:

  1. Layari PSU PERKESO
  2. Masukkan nombor rujukan dan emel yang digunakan semasa permohonan
  3. Klik Cari

Mereka Yang Tidak Layak Memohon PSU 4.0

Maklumat permohonan yang gagal PSU 4.0 akan dikemaskini. Berikut adalah maklumat berkaitan PSU 3.0 untuk rujukan

  1. Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021;
  2. Majikan atau perusahaan yang mendaftar SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan dan beroperasi pada atau selepas 1 Januari 2021;
  3. Majikan yang tidak berdaftar bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri;
  4. Majikan yang bukan daripada sektor pelancongan dan runcit kecuali majikan yang beroperasi di negeri yang terlibat dengan PKP;
  5. Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000;
  6. Pekerja yang telah diberhentikan kerja;
  7. Pekerja yang telah digajikan di bawah program Penjana Kerjaya (Hiring Incentive);
  8. Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk freelancers;
  9. Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate); dan
  10. Majikan yang menarik diri dari permohonan PSU 3.0 selepas permohonan diluluskan oleh PERKESO.

Info Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkaitan bayaran subsidi upah PERKESO, sila rujuk:

Pautan
1PERKESO1. Kenyataan Media PSU 4.0,Soalan Lazim (akan dikemaskini)
2. Laman Web Rasmi
3. No. Telefon: 1 300 22 8000

Related : sistem insurans pekerjaan rm800 bagi setiap pekerja pekerja 76