Harga Minyak Terkini Oktober 2024 Petrol RON95 RON97 & Diesel. Harga petrol minggu ini & diesel di stesen pam minyak seluruh Malaysia.

Harga Minyak Terkini Oktober 2024 Petrol RON95 RON97 & Diesel

harga minyak terkini

Untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, Harga Jualan Runcit Petrol dan Diesel di Malaysia adalah ditetapkan secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Berikut adalah perincian harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel di stesen-stesen pam minyak seluruh Malaysia untuk minggu ini yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan dan Facebook KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna).

Penetapan Harga Petrol Dan Diesel Secara Mingguan

Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini pada Januari 2019 telah memutuskan penetapan harga runcit produk petroleum adalah di buat secara mingguan.

Penetapan secara mingguan ini antara lain membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan “oil price” baharu dengan lebih cepat selaras aliran penurunan di pasaran dunia.

Ini bermakna turun naik adalah bergantung kepada:-

  • i) Apabila harga petroleum di pasaran dunia turun, harga runcit produk petroleum juga akan diturunkan mengikut trend semasa dunia bagi membolehkan pengguna menikmati manfaat penurunan dengan segera
  • ii) Namun, apabila pasaran minyak dunia naik, harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi * RM2.20 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel melalui pemberian subsidi. Ianya demi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan yang ketara

Nota * : Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran sebenar.

Pengumuman harga runcit produk petroleum (sen seliter) akan dibuat pada hari Rabu Jumaat setiap minggu dan berkuat kuasa mulai Khamis sehingga Rabu Sabtu sehingga Jumaat. Ianya akan diselaraskan semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula APM.

Sejak 30 Mac 2017, harga jualan runcit petrol dan diesel ditetapkan secara mingguan dan dikuatkuasakan oleh KPDNHEP melalui warta di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Runcit Maksimum bagi Petrol dan Diesel).

Tujuan pewartaan adalah untuk menguatkuasakan kawalan jualan runcit petrol dan diesel oleh syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak agar tidak melebihi price yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

Walau bagaimanapun bermula 29 Februari 2020, KPDNHEP menukar mekanisme penguatkuasaan kawalan harga jualan runcit petrol dan diesel melalui Surat Arahan Pengawal Bekalan di bawah Peraturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Perubahan mekanisme itu bertujuan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan dan pemantauan di peringkat KPDNHEP sekiranya terdapat sebarang pelanggaran arahan di bawah akta yang berkuat kuasa.

Penyasaran Subsidi Diesel

Pada 10 Jun 2024, Kerajaan mula melaksanakan penyasaran subsidi diesel di seluruh Semenanjung Malaysia yang menetapkan harga runcit bahan api diesel mengikut harga pasaran. Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) masih dilaksanakan bagi sektor-sektor yang layak dan pemilik kenderaan diesel persendirian boleh memohon bantuan Budi Madani untuk bantuan tunai subsidi diesel.

Harga runcit bahan api diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter

Harga Minyak Terkini Minggu Ini (Bulan Oktober 2024)

Harga mingguan petrol dan diesel adalah dipengaruhi oleh “oil price” semasa minyak dunia dan nilai tukaran ringgit dalam pasaran dunia.

Berikut dikongsikan senarai harga runcit terkini mingguan Petrol RON95, RON97 dan Diesel buat rujukan semua:

Harga Runcit Rasmi (10 – 16 Okt 2024) : Petrol & Diesel

TARIKHRON 95RON 97DIESEL
3 – 9 OktRM2.05 seliter (RM0.00)RM3.19 seliter (RM0.00)RM2.95 seliter (RM0.00)
10 – 16 OktRM2.05 seliter (RM0.00)RM3.19 seliter (RM0.00)RM2.95 seliter (RM0.00)
17 – 23 OktRM? seliter (+/-RM?)RM? seliter (+/-RM?)RM? seliter (+/-RM?)
24 – 30 OktRM? seliter (+/-RM?)RM? seliter (+/-RM?)RM? seliter (+/-RM?)

NOTA Oil Price Naik Sebelum Ini : Kenaikan harga disebabkan peningkatan oil price yang diproses, meningkat selari dengan kenaikan oil price mentah dunia.

Harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula APM.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan oil price mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara”

Trend penurunan harga runcit produk petroleum masa kini adalah disebabkan “oil price” semasa minyak mentah dunia yang terus menurun ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik COVID-19.

Harga Minyak Dunia Jatuh Ke Paras Terendah Sejak Januari

Dipetik dari Berita Harian pada 8 September 2022 :-

Harga jatuh mendadak hari ini, mendapat tekanan daripada kebimbangan yang semakin memuncak bahawa kelembapan ekonomi dunia akan menjejaskan permintaan terhadap bahan api.

Minyak West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran Oktober susut AS$4.94, atau 5.7 peratus, untuk ditutup pada AS$81.94 serong di New York Mercantile Exchange.

Minyak mentah Brent bagi penghantaran November turun AS$4.83, atau 5.2 peratus, untuk berakhir pada AS$88 setong di London ICE Futures Exchange.

Kedua-dua penanda aras minyak Amerika Syarikat (AS) dan global itu ditutup pada paras paling rendah sejak Januari, menurut Dow Jones Market Data.

Penurunan itu berlaku ketika peniaga semakin bimbang bahawa dasar pengetatan agresif bank-bank pusat utama untuk membendung inflasi akan menyebabkan kemelesetan, sekali gus menjejaskan permintaan terhadap tenaga.

OPEC Sepakat Naikkan Semula Harga

Menurut BH Online pada 6 Oktober 2022, Harga melonjak selepas Pertubuhan Negara Pengeluar Petroleum (OPEC) dan pakatan yang diterajui Russia mengumumkan pemotongan besar-besaran output.

Di Vienna, menteri-menteri dari 13 negara pakatan OPEC dan kumpulan 10 pengeksport diterajui Russia bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak dua juta tong sehari bermula November.

Ia pemotongan terbesar sejak kemuncak pandemik COVID-19 pada 2020 dan keputusan diambil di sebalik kebimbangan ia boleh melonjakkan lagi inflasi dan menyebabkan bank-bank pusat menaikkan lebih banyak kadar faedah.

Harga merosot beberapa minggu kebelakangan ini ke paras sebelum perang di Ukraine berikutan kebimbangan kelembapan global, namun melonjak sejak beberapa hari lalu dengan jangkaan pengeluaran akan dikurangkan.

Kontrak minyak mentah antarabangsa utama, Brent, melonjak dua peratus susulan keputusan itu, sebelum berakhir pada AS$93.37 setong, meningkat 1.7 peratus.

“Niaga hadapan dijangka meneruskan rali dalam jangka terdekat dan sederhana, namun kebimbangan berterusan berhubung kemelesetan global dan kenaikan inflasi berkemungkinan mengehadkan kenaikan jangka panjang,” kata penganalisis firma pembrokeran antarabangsa ADSS, Srijan Katyal.

Penganalisis Swissquote, Ipek Ozkardeskaya, memberi amaran bahawa pemotongan besar-besaran boleh ‘memakan diri’ jika pelabur bimbang ia bakal melonjakkan lagi inflasi dan memaksa bank-bank pusat untuk menaikkan kadar faedah terlalu tinggi sehingga boleh mencetuskan kemelesetan.

“Lebih tinggi harga tenaga, lebih besar bank pusat perlu bertindak untuk menyekat permintaan bagi menurunkan harga,” katanya sebelum keputusan itu diumumkan.

Sementara itu, pasaran saham melonjak dicetuskan oleh harapan kempen Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) untuk menaikkan kadar faedah bagi membendung inflasi telah mulai reda.

Laporan ekonomi yang dikeluarkan di AS adalah kukuh, dengan pengambilan pekerja di sektor swasta bulan lalu mengatasi jangkaan, manakala aktiviti industri perkhidmatan berkembang sederhana, namun mantap.

Dalam dagangan mata wang, pound Britain sekali lagi terjejas apabila ucapan oleh Perdana Menteri, Liz Truss gagal meyakinkan pelabur terhadap rancangan fiskalnya yang kontroversi.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara

Related : harga minyak mingguan, bahan api, 1 januari 2019, harga runcit diesel, harga minyak petrol, disemak secara, harga runcit minyak, petrol ron95 dan diesel, 15 Disember 2022, 21 Disember 2022, harga minyak petrol ron95, berdasarkan penetapan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,