Cuti Perayaan 2024-2025 KPM (Kumpulan A & B) Muat Turun. Senarai tarikh hari cuti perayaan kementerian pendidikan Malaysia tahun 2024-2025.

Cuti Perayaan 2024-2025 KPM (Kumpulan A & B) Muat Turun

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Takwim Persekolahan 2024 dan 2025 meliputi Penggal Persekolahan, Cuti sekolah dan Cuti Perayaan tahun 2024 dan 2025. Takwim yang dikeluarkan untuk sekolah-sekolah di Kumpulan A dan B boleh membantu ibu bapa dalam merancang percutian atau aktiviti bersama keluarga sepanjang tahun ini samada cuti awal tahun, pertengahan tahun atau akhir tahun. Mengikut takwim yang dikeluarkan KPM, senarai cuti sekolah yang melibatkan perayaan-perayaan telah diselaraskan dan ianya tidak perlu diganti.

Untuk makluman, KPM telah bersetuju bermula tahun 2019 di mana sekolah boleh memohon cuti peristiwa sempena sambutan perayaan selain daripada cuti raya yang telah ditakwimkan sebagai cuti umum dalam Kalendar tahunan Malaysia. Ianya dengan mematuhi perturan 7 dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Penggal Hari dan Cuti Sekolah) 1996. Iaitu guru besar atau pengetua dengan pertimbangan dan kelulusan Pendaftar boleh memilih hari tertentu sebagai cuti peristiwa yang hendaklah tidak melebihi empat (4) hari bagi mana-mana satu tahun dan cuti peristiwa itu tidak boleh diambil bagi melanjutkan cuti penggal sekolah.

cuti perayaan kpm

Cuti Perayaan KPM Tahun 2024 & 2025 (Kumpulan A & B)

KPM sentiasa mengambil berat hal ehwal guru dan murid di sekolah melalui pelaksanaan dasar-dasar yang menjurus kepada amalan perpaduan antara kaum dan kepercayaan agama bagi mewujudkan suasana kondusif dalam sistem pendidikan negara.

Langkah KPM adalah selaras dengan populasi negara Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk merangkumi pelbagai kaum, agama dan budaya yang menyambut pelbagai perayaan. Perayaan-perayaan utama mengikut kaum dan kepercayaan telah ditakwinkan sebagai cuti umum dalam kalendar tahunan Malaysia dan telah diselaraskan dengan cuti penggal persekolahan. diperuntukan.

Terdapat beberapa perayaan utama yang disambut oleh penduduk berbilang kaum di Malaysia diantaranya adalah :-

  1. Tahun Baru Cina (CNY)
  2. Hari Raya Aidilfitri
  3. Hari Kaamatan
  4. Hari Gawai Dayak
  5. Deepavali
  6. Hari Raya Aidiladha
  7. Hari Krismas

Maklumat kalendar cuti umum Malaysia tahun ini boleh dirujuk di Kalendar 2023.

Senarai Cuti Perayaan 2024 Yang Diperuntukan Oleh KPM

Berikut adalah perincian cuti yang dibahagikan kepada sekolah-sekolah yang berada dalam Negeri Kumpulan A dan B untuk sesi persekolahan tahun 2024.

KUMPULAN A
Sekolah-sekolah yang terletak di kumpulan A adalah sekolah yang terletak di negeri-negeri yang cuti hujung minggu mereka jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu iaitu
> Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
KUMPULAN B
Sekolah yang berada di Kumpulan B pula adalah sekolah yang terletak di negeri-negeri di mana cuti hujung minggu mereka jatuh pada hari Sabtu dan Ahad. Sekolah tersebut adalah sekolah di
> Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

Senarai Cuti Perayaan 2024

Berikut adalah perincian cuti yang dibahagikan kepada sekolah-sekolah yang berada dalam Negeri Kumpulan A dan B untuk sesi persekolahan tahun 2024 yang diperuntukkan oleh KPM.

cuti perayaan kpm 2024

Muat Turun/ Download

Moga perkongsian jadual ini dapat memudahkan anda untuk merancang pelbagai aktiviti bersama anak-anak atau keluarga tahun ini.