Contoh Surat Berhenti Kerja (Resignation Letter). Surat perletakan jawatan Notis 24 Jam & Sebulan dalam bahasa melayu/ english bm bi.

Contoh Surat Berhenti Kerja (Resignation Letter)

Koleksi Contoh Surat Berhenti Kerja Dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Makluman kepada sesiapa yang ingin berhenti kerja disebabkan perkara-perkara tertentu seperti masalah kesihatan atau mendapat peluang pekerjaan baharu. Anda perlu menyediakan surat berhenti kerja (surat perletakan jawatan) kepada pihak pengurusan anda sebagai dokumen yang menjelaskan sebab pemberhentian kerja anda serta permohonan untuk melepaskan jawatan masing-masing. Hal ini supaya, pihak pengurusan bersedia dan mendapat maklumat yang cukup untuk menguruskan permohonan berhenti kerja.

Untuk pengetahuan anda, surat untuk tujuan berhenti kerja seharusnya ditulis secara rasmi mengikut format tertentu seperti yang dikongsikan di bawah. Ia juga menggunakan format yang sama jika anda ingin berurusan melalui emel dengan pihak pengurusan atau bahagian sumber manusia syarikat anda.

Selain itu, anda digalakkan untuk menulis surat rasmi berhenti kerja dengan bahasa yang mudah dan ringkas serta lengkap dengan maklumat yang perlu dinyatakan.

contoh surat berhenti kerja

Contoh Surat Berhenti Kerja (Notis 24 Jam & Sebulan) Dalam BM & BI

Terdapat pelbagai alasan dan sebab untuk seseorang berhenti kerja (leaving your job) antaranya adalah mendapat tawaran kerja yang lebih baik atau ingin menlanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Contoh lain adalah berkenaan isu keluarga atau masalah kesihatan di mana keputusan berhenti kerja pastinya satu pengorbanan yang sukar tetapi tiada pilihan yang lebih baik.

Oleh itu, sila rujuk contoh-contoh di bawah untuk menulis surat atau resignation letter mengikut format yang dikehendaki mengikut kesesuaian seperti 24 jam, weeks notice, sebulan dan sebagainya.

Berikut dikongsikan Contoh Surat Rasmi Berhenti Kerja (Notis 24 Jam & Sebulan) Dalam BM & BI (write a resignation letter) untuk rujukan semua.

Anda boleh merujuk format-format surat di bawah mengikut kesesuaian masing-masing.

Notis Serta Merta (24 Hour) Dalam Bahasa Melayu

Unit B-8, Blok B,
Rumah Pangsa Seri Kelana,
Kelana Jaya, 47300,
Selangor Darul Ehsan.


Ripple Roller Sdn Bhd,
C-15, Menara Dagangan Jaya
Ara Damansara, 47100,
Selangor Darul Ehsan.

8 Julai 2018

Tuan/Puan,

NOTIS PERLETAKAN JAWATAN SERTA MERTA

Merujuk perkara di atas, adalah saya Nurul Ain Binti Zahid ingin memaklumkan kepada pihak tuan/puan bahawa saya ingin meletakkan jawatan saya daripada syarikat tuan berkuat kuasa serta merta pada hari ini 8 Julai 2018.

2. Sebagai makluman pihak tuan/puan, saya membuat keputusan tersebut berikutan keadaan kesihatan ibu saya yang tidak mengizinkan untuk saya bekerja kerana perlu mengawasi serta menjaga ibu saya yang berada dalam kondisi yang tidak baik kerana diserang penyakit angin ahmar.

3. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Ripple Roller Sdn Bhd serta seluruh raka sekerja kerana telah banyak memberi peluang untuk meneruskan karier pekerjaan saya di sini. Disamping itu, saya amat gembira selama saya berkhidmat di sini.

4. Segala kerjasama dan jasa baik dari pihak tuan amatlah saya hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Yang Benar,
______________ 

 

Notis 24 Jam Bahasa Melayu

Adam Bin Yusof,
No. 14, Jalan Indah 2/9,
Taman Permata Indah,
Shah Alam, 42000,
Selangor Darul Ehsan.


Go Asia Sdn Bhd,
Jalan SS14/3, SS14
47100, Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan.

25 November 2018

Tuan,

NOTIS BERHENTI KERJA 24 JAM DI GO ASIA SDN BHD

Berhubung perkara di atas, adalah saya Adam Bin Yusof yang bertugas sebagai pegawai pemasaran di Go Asia ingin memaklumkan kepada pihak tuan tentang perletakan jawatan saya bermula pada hari esok, 25 November 2018.

2. Hal ini disebabkan saya baru sahaja menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di Universiti of Adelaide, Australia yang akan bermula pada Januari 2019. Tempoh masa sebulan saya perlukan bagi mengurus hal ehwal diri sebelum bergerak ke sana.

3. Justeru itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan dan semua kakitangan di Go Asia Sdn Bhd kerana banyak memberikan tunjuk ajar dan kepercayaan serta memberikan saya peluang untuk berkhidmat dalam melaksanakan tugas dalam di syarikat ini. 

4. Segala kerjasama dan jasa baik dari pihak tuan amatlah saya hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Yang Benar,
______________
(Adam Bin Yusof)

 

Notis Sebulan Bahasa Melayu

(Nama pekerja)
(Alamat tempat tinggal pekerja)


Tarikh: (–/–/—-)

(Nama Syarikat)
(Alamat Syarikat)

PER: NOTIS BERHENTI KERJA SEBULAN DI (Nama Syarikat)  

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya (Nama pekerja), bekerja di (Nama syarikat) memegang jawatan (Nama jawatan) ingin memberitahu pihak tuan bahawa saya akan berhenti kerja mulai tarikh (Tarikh berhenti kerja) dengan otis selama sebulan.

3. Hal ini adalah kerana saya telah ditawarkan untuk bekerja sebagai (jawatan baharu) di (Nama syarikat) bermula pada (tarikh kerja baharu).

4. Sehubungan itu, saya memohon agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan perletakan jawatan saya. Sebelum mengundurkan diri, ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak tuan di atas peluang yang diberikan kepada saya sepanjang perkhidmatan saya di (nama syarikat)

Segala kerjasama dan jasa baik pihak tuan amatlah dihargai . Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
______________
(No. K/P penulis)

 

Notis Sebulan Bahasa Inggeris (Resignation Letter Template)

(Your name)
(Your Address)


(Company’s Name)
(Company’s Address)

23 March 2018

Dear Mr./Mdm.,

I am writing this letter to announce my resignation from (current company’s name) as the (current job title) effective 1 month from this date. This is due to recently that I have just received an offer to work at (new company’s name) starting on (date of new job starts).

The past five years have been very amazing and rewarding for me. I have enjoyed working with (current company’s name) enormously as the environment is very positive with supporting team members as well. I would like to extend my greatest attitude to the company and everyone who has been giving me support and guidance during my working period here.

It was not an easy decision to make. As per my contract, I am providing (current company) with 1 month notice from today. My last day of working will be on (last date of working)

Please accept this letter and I wish the company and all the team members continued success in the future. Thank you. 

Yours sincerely,
______________
(Your name)

Semoga perkongsian berkaitan Contoh Surat Berhenti Kerja terbaik (leave your job) yang mudah dan ringkas ini dapat membantu anda. Juga diharapkan urusan anda dipermudahkan.

Related : pihak syarikat, tempat kerja, jawatan kosong, company name, kerjasama dari pihak tuan, jasa baik dan kerjasama tuan, dapat mempertimbangkan notis berkhidmat, di sini amatlah dihargai, 2 minggu, berterima kasih, untuk meletakkan jawatan, tempoh notis, sambung belajar,