Bantuan JKM : Borang Permohonan & Semak Status Online. Cara mohon bantuan jabatan kebajikan masyarakat dan check pendaftaran..

Bantuan JKM : Borang Permohonan & Semak Status Online

bantuan jkm permohonan dan semakan

Perhatian kepada semua rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dari segi kebajikan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menawarkan pelbagai jenis bantuan untuk membantu setiap golongan yang kurang bernasib baik di dalam negara. Ikuti perkongsian di bawah untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan permohonan bantuan JKM dan semakan status permohonan secara atas talian.

Jabatan Kebajikan Masyarakat berperanan menjadi peneraju utama kebajikan dalam pembangunan dan kesejahteraan masyarakat di Malaysia. Justeru, pihak JKM telah menetapkan beberapa kumpulan sasar yang memerlukannya bagi membantu kelangsungan hidup mereka. Bantuan yang diberikan adalah bagi melengkapi keperluan asas penerima serta membawa mereka ke arah berdikari dan seteruusnya mengurangkan kebergantungan terhadap bantuan.

Cadangan Usul Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Dinaikkan Ke RM1,000

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 30 Ogos 2020 telah mengusulkan agar bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang pada masa ini berjumlah antara RM200 dan RM300 dinaikkan ke RM1,000.

Perkara ini akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri untuk kelulusan.

Jika diluluskan, ianya adalah berita gembira kepada semua rakyat yang layak dan memerlukannya terutama golongan B40.

Menurut sumber dari makluman Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, JKM pada masa kini memperuntukkan sebanyak RM1.53 bilion setahun untuk penyaluran bantuan kepada lebih 500,000 penerima yang layak.

eBantuan JKM : Permohonan Dan Semakan Status

Berikut dikongsikan maklumat seperti jenis, cara mohon: borang permohonan dan semakan status untuk rujukan semua.

Mereka yang terdiri daripada kumpulan sasar JKM seperti Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan ibu tunggal boleh merujuk bantuan yang layak dimohon.

Jenis-Jenis Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Terdapat 11 jenis bantuan yang mempunyai kriteria serta kadar bantuan yang berlainan bersesuaian mengikut kumpulan sasar masing-masing seperti di bawah:

1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM450 seisi rumah melebihi 4 orang kanak- kanak

Tujuan : 1.Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/ kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

2.Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;

2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;

3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas; ATAU

4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

2. Elaun Pekerja Cacat (EPC)

RM400 sebulan seorang

Bagi menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

1. Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia

2. Berumur 16 tahun dan ke atas

3. Pemegang kad OKU JKM

4. Pendapatan bulanan RM1,200.00 dan ke bawah

5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

RM250 seorang sebulan

Membantu OKU yang tidak berupaya bekerja

Menggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS BTB

1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia

2. Berumur 16 tahun dan ke atas

3. Pemegang Kad OKU JKM

4. Tidak berupaya bekerja

5. Pemohon bukan penghuni atau pelatih institusi kendalian JKM, pusat jagaan harian/ kediaman/ kemudahan percuma atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

6. Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa (Sumber kewangan seperti pencen, perkeso, bantuan dan lain-lain

7. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

RM350 sebulan seorang

Meringankan bebanan keluarga/ penjaga

Menggalakkan keluarga/ penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS (BPT)

1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia

2. Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan

3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000

4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

5. Bantuan Orang Tua (BOT)

RM350 sebulan seorang

Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia

2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas

3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa

4. Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM, pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma

5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

6. Bantuan Am Persekutuan (BA)

RM350 sebulan sekeluarga

Bagi membantu menampung perbelanjaan harian klien atau keluarga

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

1. Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain

7. Bantuan Anak Pelihara (BAP)

RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak

Bantuan ini adalah untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/ yatim piatu, tiada saudara mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara

Meringankan tanggungan keluarga pelihara yangsanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

1. Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun

2. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa

3. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952

4. Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM, Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001

8. Bantuan Latihan Perantis (BLP)

RM 200 sebulan seorang

Membantu klien jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja

SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara dan bermastutin di Malaysia

2. Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan

Kes-kes seliaan akhlak

Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat

Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

9. Bantuan Geran Pelancaran (GP)

RM2.700 sekaligus

Bantuan untuk pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai potensi, kemahiran dan minat unutk menjana pendapatan

Bagi mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia

2. Kumpulan sasar JKM

3. Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa

4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

10. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)

Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan

Bagi membantu kumpulan sasar JKM yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk membeli anggota palsu atau alat sokongan seperti yang disyorkan oleh Pegawai atau Pengamal Perubatan (kerajaan/ swasta) atau Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan

Bagi membolehkan kumpulan sasar JKM meningkatkan keupayaan dan mobiliti bagi menjalani kehidupan

SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;

2. Kumpulan sasar JKM

3. Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa

4. Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta)/ Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan

5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

11. Tabung Bantuan Serangan Binatang Buas

RM20,000 untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan kekal

Untuk kes hilang upaya sebahagian, kadar bantuan ditentukan berdasarkan peratusan kategori kecederaan

Bantuan ini bagi meringankan beban mangsa atau keluarga mangsa serangan binatang buas

Borang Permohonan Bantuan JKM

Permohonan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh dibuat secara online. Langkah-langkah untuk memohon adalah seperti berikut:

1. Layari Sistem Pengurusan Bantuan Kebajikan bantuan jkm 1

2. Klik pada Daftar Permohonan Atas Talian

3. Seterusnya klik Daftar Permohonan

4. Pemohon perlu memilih negeri anda menetap dan isikan nombor Kad Pengenalan (MyKad) kemudian klik Daftar

5. Pastikan anda mengisi maklumat selanjutnya dengan lengkap sehingga selesai

6. Hadirkan diri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah yang telah dipohon dalam tempoh masa 14 hari daripada permohonan dibuat. Jika pemohon gagal ke Pejabat JKM dalam tempoh yang ditetapkan, sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Senarai Dokumen Sokongan

Berikut adalah senarai dokumen sokongan yang diperlukan dalam proses memohon untuk rujukan pemohon;

1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) Pemohon

2. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) ahli keluarga yang tinggal bersama

3. Jika pemohon daripada kategori OKU, salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU

4. Jika bekerja sendiri Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan

5. Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)

6. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

Cara Semak Status Bantuan JKM

Selepas membuat permohonan, anda boleh menyemak status permohonan dengan melayari pautan berikut:

Sistem Pengurusan Bantuan Kebajikan semakan status permohonan jkm

Klik pada pautan Semakan Status Permohonan Atas Talian

Kemudian, isikan nombor kad pengenalan (MyKad) dan klik butang Semak

Paparan hanya akan menunjukkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima oleh pemohon.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan, sila rujuk pautan berikut:

CARA HUBUNGI

1. Portal Rasmi (Laman Web) : Jabatan Kebajikan Masyarakat

2. Nombor Telefon : 03 8000 8000

3. Facebook Rasmi : JKMHQ

Senarai JKM Ibu Pejabat Dan Negeri

bilik gerakan jkm

Related : perdana menteri pejabat kebajikan masyarakat daerah bantuan kewangan tan sri muhyiddin yassin tahun ke atas pendapatan garis kemiskinan pgk mesyuarat jemaah menteri minggu kerajaan malaysia dinaikkan kepada rm1,000 penerima bantuan bantuan bulanan jabatan kebajikan masyarakat jkm, memohon bantuan berumur 60 tahun masyarakat daerah jajahan bahagian kebajikan masyarakat daerah jajahan, melebihi pendapatan garis kemiskinan kemiskinan pgk purata miskin garis kemiskinan pgk purata isi rumah tidak melebihi pgk purata miskin isi miskin isi rumah semasa warganegara dan bermastautin di malaysia purata miskin isi rumah, kelayakan bantuan kepada pemohon tested bagi mengesahkan kelayakan untuk penilaian means tested siasatan untuk penilaian means urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak dijalankan siasatan untuk penilaian mengesahkan kelayakan bantuan pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat pejabat kebajikan masyarakat daerah jajahan bahagian di seluruh negara means tested bagi mengesahkan, didaftarkan akan dijalankan siasatan, salinan penyata gaji, permohonan yang didaftarkan, log masuk, hakcipta terpelihara 2021 jabatan kebajikan masyarakat malaysia, semasa hadir ke pejabat, pelaksanaan bantuan kewangan dibuat di peringkat pejabat kebajikan masyarakat daerah jajahan bahagian di seluruh negara, sumber kewangan dibuat di peringkat pejabat kebajikan masyarakat daerah jajahan bahagian di seluruh negara, 4 warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti, 2 warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti, 4 warga emas berumur 60 tahun dan ke atas,