Daftar Penjana Kerjaya Online Di Portal MYFutureJobs PERKESO. Cara daftar Program Insentif Pengambilan Pekerja untuk pencari kerja dan majikan.

Cara Daftar Penjana Kerjaya Di Portal MYFutureJobs (Program Insentif Pengambilan Pekerja)

Berita baik buat individu yang masih menganggur termasuk graduan dan lepasan sekolah. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menggesa mereka yang berkenaan untuk mendaftar secara online di portal MyFutureJobs PERKESO. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Program Insentif Pengambilan Pekerja, Program Penjana Kerjaya, di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dan akan bermula pada hari Isnin ini, 15 Jun 2020. Ianya termasuk cara daftar PenjanaKerjaya melalui Portal MYFutureJobs buat pekerja dan majikan.

Program ini dilaksanakan oleh PERKESO di bawah Kementerian Sumber Manusia dan bertujuan untuk merangsang pewujudan pekerjaan dan meningkatkan peluang pekerjaan. Memandangkan PenjanaKerjaya akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan, PERKESO menggesa individu yang masih menganggur terutama lepasan sekolah untuk mendaftar di portal MyFutureJobs (www.myfuturejobs.gov.my) PERKESO. Pencari kerja yang memerlukan bantuan boleh menghubungi PERKESO atau hadir ke pejabat agensi ini di seluruh negara bagi mendapatkan bantuan kaunselor kerjaya.

penjanakerjaya myfuturejobs

Apakah itu Penjana Kerjaya?

PenjanaKerjaya di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) adalah bertujuan merangsang permintaan pekerjaan di kalangan majikan dan meningkatkan peluang pekerjaan serta kebolehpekerjaan di kalangan pencari kerja tempatan.

Kementerian Sumber Manusia telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program ini melalui National Employment Services, PERKESO

Bantuan Pengambilan Pekerja Dan Kursus Latihan Di Bawah PenjanaKerjaya (MyFuture Jobs)

Berikut dikongsikan ringkasan Kenyataan Media Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkaitan Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Kursus Latihan di bawah Penjana Kerjaya.

Majikan yang mempunyai kekosongan jawatan di syarikat masing-masing, boleh mendaftarkan profil mereka di penjanakerjaya.perkeso.gov.my mulai 15 Jun 2020. Apabila majikan telah mengambil pekerja melalui program ini, mereka mesti mendaftarkan pekerja-pekerja ini dengan PERKESO untuk caruman wajib.

Mulai 1 Julai 2020, majikan boleh memilih nama pekerja yang diambil di bawah program ini melalui penjanakerjaya.perkeso.gov.my untuk kelulusan bayaran insentif. Insentif pengambilan pekerja akan dibayar pada bulan berikutnya setelah caruman PERKESO dibayar, bersama dengan elaun mobiliti untuk pekerja yang layak, yang dibayar kepada pekerja melalui majikan mereka. Majikan hanya perlu memohon insentif untuk setiap pekerja yang diambil bekerja sekali sahaja dan pembayaran insentif pada bulan berikutnya (selama 6 bulan) akan dilakukan secara automatik.

Mulai 1 Julai 2020, jika perlu, majikan boleh memilih daripada senarai kursus yang diluluskan di penjanakerjaya.perkeso.gov.my bagi latihan kemahiran dan peningkatan kemahiran untuk pekerja mereka yang diambil melalui program ini. Program latihan ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

Melangkah ke hadapan, PERKESO kini sedang meneliti peluang berkolaborasi dengan pelbagai Agensi Perkhidmatan Pekerjaan Swasta untuk meningkatkan prospek pekerjaan untuk pencari kerja dan penganggur.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Soalan Lazim di laman web rasmi PERKESO. Anda juga boleh hubungi nombor hotline di 03-8091 5300 (Isnin hingga Ahad) atau emel penjanakerjaya@perkeso.gov.my

Senarai Insentif Di bawah Penjana Kerjaya

PenjanaKerjaya yang disediakan adalah seperti kategori berikut:-

  • i. #MyApprentice: Insentif Perantis bagi majikan yang mengambil pencari kerja tempatan secara perantis dalam kalangan lepasan sekolah dan graduan
  • ii. #HireMalaysia – Terdapat tiga kategori:-
    • a. Insentif Pengambilan Pekerja yang menggajikan pencari kerja tempatan di bawah umur 40 tahun;
    • b. Insentif Pengambilan Pekerja yang menggajikan pencari kerja tempatan berumur 40 tahun dan ke atas; dan
    • c. Insentif Pengambilan Pekerja yang menggajikan pencari kerja tempatan dalam kalangan golongan mudah terjejas termasuk golongan kurang upaya (OKU), dan peserta Program Return to Work PERKESO.
    • *Nota: Umur pencari kerja adalah berdasarkan pada tarikh lahir semasa permohonan
  • iii. Bantuan Mobiliti (Mobility Assistance): bayaran one-off kepada pekerja yang berpindah melebihi 100km (satu hala) dari lokasi tempat pemastautin pencari kerja;
  • iv. Program Latihan: menyediakan latihan semula (reskilling and upskilling) termasuk program place and train yang berdasarkan keperluan majikan dan pekerja yang diambil di bawah PenjanaKerjaya.

Siapakah Yang LAYAK Memohon PenjanaKerjaya?

Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM – Companies Commission of Malaysia) SSM / Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) / Pendaftaran Perniagaan (ROB) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau lain-lain pertubuhan sebelum 1 Jun 2020; dan

Majikan hendaklah berdaftar dengan PERKESO sebelum 1 Jun 2020

TIDAK LAYAK Memohon

Agensi Pekerjaan Swasta ataupun Syarikat Penyumberan Luar (Outsourcing / Contractor for Service) yang membekalkan tenaga kerja kepada perusahaan lain (principal) dan bukannya sebagai majikan langsung; dan

Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan)

Kategori Pekerja Yang TIDAK LAYAK Mendapat Insentif

Pekerja yang sedang menerima bantuan Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program) atau tersenarai dalam Program Subsidi Upah adalah tidak layak

Cara Daftar PenjanaKerjaya Melalui Portal MYFutureJobs Untuk Pekerja Dan Majikan

Untuk mendaftar di MYFutureJobs secara online, ikuti langkah-langkah berikut:-

i) Pencari Kerja

  1. Anda perlu mendaftar dengan menekan butang “Jobseeker sign in”
  2. Kemudian, sila klik “Register here” sebagai pengguna kali pertama
  3. Isikan emel dan nombor kad pengenalan anda serta kata laluan yang ingin digunakan
  4. Selesai mendaftar, anda boleh terus layari portal tersebut dengan mencari bidang kerjaya yang sesuai dan kawasan yang anda inginkan
  5. Klik pautan berikut untuk panduan pengguna: Pencari Kerja

ii) Majikan

  1. Wakil majikan perlu mendaftar dengan menekan butang “Employer sign in”
  2. Seterusnya, klik butang “Register here” sebagai pengguna kali pertama.
  3. Wakil majikan perlu mengisi butiran-buiran berkenaan syarikat dan seterusnya klik “Send for approval”
  4. Syarikat akan menerima maklumat berkaitan akaun syarikat setelah disahkan oleh MYFutureJobs.
  5. Klik pautan berikut untuk panduan pengguna: Majikan
  6. Semakan status permohonan boleh dilakukan oleh pihak majikan di Portal PenjanaKerjaya di penjanakerjaya.perkeso.gov.my .

Proses Permohonan Program Pengambilan Pekerja Dan Latihan

Tarikh akhir bagi permohonan di bawah PenjanaKerjaya adalah pada 31 Disember 2020.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk infografik berikut :-

penjana kerjaya

Untuk pertanyaan lanjut atau sebarang masalah berkaitan MYFuturejobs, Pusat Hotline PERKESO Putrajaya telah dijadikan sebagai talian khas Bilik Gerakan Penjana Kerjaya. Anda boleh hubungi talian hotline di:

  • 03-8091 5300 (Beroperasi dari Isnin ke Ahad, 8.30 pagi – 5.00 petang)
  • emel: penjanakerjaya@perkeso.gov.my
  • Portal Rasmi PERKESO