MRSM Premier (Program Maktab Rendah Sains MARA). Apa itu aliran MRSM Program Premier senarai MRSM yang menawarkannnya untuk kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM.

MRSM Program Premier (Maktab Rendah Sains MARA)

Terdapat enam (6) program yang berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang ada dilaksanakan di MRSM untuk kemasukan ke Tingkatan Satu (1). Manakala untuk kemasukan ke Tingkatan Empat (4), terdapat dua (2) program yang ditawarkan,

Program MRSM Premier merupakan salah satu program yang ditawarkan di MRSM dan sangat popular di kalangan pelajar yang memohon kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4. Lain-lain aliran atau program yang ditawarkan untuk kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM adalah Program Ulul Albab, Program SPMRSM Cambridge-IGCSE, Program SPMRSM lB-Middle Years Programme (MYP), MRSM Program SPMRSM Teknikal dan MRSM Program Khas Pendidikan (PKP). Aliran MRSM PKP (Program Khas Pendidikan) hanya ditawarkan untuk kemasukan ke Tingkatan 4.

mrsm premier

Apa Itu Program MRSM Premier?

MRSM Program Premier melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) yang mengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM. Ia merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.

Ini bermakna pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah, Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Syarat Umum Permohonan Program Premier MRSM

Berikut adalah syarat umum kemasukan ke Program Premier MRSM untuk permohonan kemasukan ke MRSM ambilan tahun 2024:-

  1. Calon warganegara Malaysia
  2. Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia
  3. Calon mestilah memohon secara online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
  4. Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
  5. Calon kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain
  6. Calon lahir pada 2 Jan 2011 hingga 1 Jan 2012 bagi calon Tingkatan 1 2024 atau lahir pada 2 Jan 2008 hingga 1 Jan 2009 bagi calon Tingkatan 4 2024
  7. Calon dari sekolah kebangsaan/ sekolah menengah kebangsaan sahaja
  8. Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA
  9. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

Syarat Khusus

  1. Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang
  2. Calon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum
  3. Keutamaan diberi kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah
  4. Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan merit

MRSM yang menawarkan program MRSM Premier ini adalah:-

SPMRSM Premier ada ditawarkan di lokasi MRSM berikut :-

NAMA MRSM TAWAR PROGRAM PREMIER

  1. Batu Pahat, Johor
  2. Mersing, Johor
  3. Muar, Johor
  4. Baling, Kedah
  5. Merbok, Kedah
  6. PDRM Kulim, Kedah
  7. Pendang, Kedah
  8. Jeli, Kelantan
  9. Kuala Krai, Kelantan
  10. Pasir Tumboh, Kelantan
  11. Terendak, Melaka
  12. Serting, Negeri Sembilan
  13. Muadzam Shah, Pahang
  14. Tun Ghazali Shafie, Pahang
  15. Arau, Perlis
  16. Gerik, Perak
  17. Lenggong, Perak
  18. Pasir Salak, Perak
  19. Pengkalan Hulu, Perak
  20. Sultan Azlan Shah, Perak
  21. Transkrian, Pulau Pinang
  22. Betong, Sarawak
  23. Kuching, Sarawak
  24. Mukah, Sarawak
  25. Kota Kinabalu, Sabah
  26. Tun Mustapha, Sabah
  27. Besut, Terengganu
  28. Kuala Berang, Terengganu
  29. Kuala Terengganu, Terengganu