Senarai MRSM Ulul Albab Dan SBP KBT TMUA. Senarai sekolah yang menawarkan program Ulul Albab iaitu MRSM dan SBP Tahfiz Model Ulul Albab.

Program Ulul Albab MRSM Dan SBP KBT TMUA

Senarai MRSM Ulul Albab Dan SBP Ulul Albab Di Malaysia. Pelaksanaan program pendidikan Ulul Albab merupakan satu transformasi pendidikan hasil cetusan idea Y.B. Dato’ Seri Idris bin Jusoh pada 31 Mei 1996 dalam menginovasikan sistem pendidikan di Malaysia. Al-quran dijadikan asas pegangan utama dalam melahirkan generasi ulul albab.

Semakin ramai ibu bapa yang peka perlunya keseimbangan dunia dan akhirat menghantar anak-anak mereka ke MRSM dan SBP yang berkaitan menjadikan program ini popular selain program popular lain iaitu Sains Tulen ataupun Program Premier. Jadi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) manakah yang ada menawarkan Program Ulul Albab?

ulul albab

Program Ulul Albab

Pendekatan model ulul albab menekankan 3 elemen penting iaitu qur’anik, ijtihadik dan ensiklopedik. Qur’anik merujuk kepada kemampuan menghafaz 30 juzuk ayat suci Al-quran serta menjadikan Al-quran sebagai satu budaya hidup seharian.

Ensiklopedik pula dilihat kepada kebolehan menjadi pakar rujuk dalam pelbagai bidang ilmu dan bahasa. Manakala ijtihad adalah keupayaan dapat menyumbang idea, membuat penyelesaian masalah, menginovasi dengan memaksimumkan hikmah akal fikiran yang dikurniakan Allah S.W.T dengan sebaik mungkin.

Konsep ijtihadik ini juga selari dengan salah satu aspirasi murid yang ditetapkan dalam pelan pembangunan pendidikan 2015-2025 iaitu kemahiran berfikir.

Sejarah Penubuhan Program Pendidikan Ulul Albab

Ianya mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan melalui penubuhan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu. Pada awalnya matlamat penubuhan Imtiaz ialah menjadikan Terengganu sebagai hab pendidikan Islam utama di Malaysia dengan pemodenan sekolah pondok.

Namun, melihat kepada keberkesanan pelaksanaan program ini, ianya telah menarik minat pelbagai agensi seperti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan MARA dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperluaskan program ini ke negeri-negeri lain.

Ianya ini telah dilaksanakan selama lebih kurang 20 tahun di Sekolah Menengah Imtiaz, MRSM selama 10 tahun dan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia selama 6 tahun.

Definasi Ulul Albab

Satu golongan yang mempunyai asas yang kukuh tentang Al Quran, Ilmu pengetahuan yang luas dan pelbagai, mampu berfikir dan memerhati kejadian Allah melalui mata hati dan akal yang tajam serta mengambil iktibar darinya.

Perkataan ”Ulul Albab” disebut oleh Allah SWT dalam al-Quran al-Karim sebanyak 16 kali.

i) Senarai MRSM Ulul Albab

Program SPMRSM Ulul Albab merupakan program pendidikan integrasi antara program sistem pendidikan MRSM sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran agama termasuk Tahfiz al-Quran.

Program SPMRSM Ulul Albab ini bermatlamatkan untuk melahirkan ahli profesional, teknokrat dan usahawan yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan al-Quran dan alSunnah sebagai generasi Ulul Albab.

Objektif MRSM Ulul Albab adalah :-

  • > Melahirkan generasi al Quran yang beriman, bertaqwa, berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab dan dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Melahirkan pelajar yang berlatarbelakangkan Sains dan Tahfiz al-Quran yang dapat memenuhi syarat untuk mengikuti pengajian dalam bidang profesional dan teknikal di mana-mana universiti yang tersohor diseluruh dunia seperti universiti al-Azhar, Mesir dan seumpama dengannya.
  • > Melahirkan pelajar yang dapat menghafaz al-Quran 30 Juzuk dalam tempoh 3 tahun pengajian di MRSM dan membina budaya Saintifik Al-Quran dengan pendekatan ICT sebagai pengupaya.
  • > Melahirkan generasi al-Quran yang menguasai pelbagai bahasa utama dunia seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Jepun dan Bahasa Mandarin.

Terdapat 5 buah MRSM yang melaksanakan program ini. Permohonan kemasukan ke MRSM untuk kemasukan ke Tingkatan 1 pada kelazimannya dibuka selepas tamatnya peperiksaan UPSR.

Permohonan perlu dibuat secara online dan mereka yang memilih Ulul Albab sebagai pilihan pertama perlu menduduki Ujian Khas yang telah ditetapkan.

SPMRSM Ulul Albab ada ditawarkan di lokasi MRSM berikut :-

NAMA MRSM TAWAR PROGRAM ULUL ALBAB

Gemenceh, Negeri SembilanKepala Batas, Pulau PinangKota Putra, Besut, Terengganu
Sungai Besar, Sabak Bernam, SelangorSemporna, SabahATM Bera, Pahang
Bagan Datuk, PerakFelda Trolak, Perak

Mata pelajaran yang ditawarkan termasuklah :-

  • > Hafazan al-Quran
  • > Kemahiran Asas Tingkatan Satu (KAT 1)
  • > ECS – English Communication skills
  • > KAM – Kemahiran Asas Matematik
  • > KMM – Kemahiran Mind Map
  • > PMI – Kemahiran Berfikir
  • > KAS – Kemahiran Asas Sains
  • > KAI – Kemahiran Amal Islami
  • > KBA – Kemahiran Bahasa Arab
  • > KSP – Kemahiran Speed Reading
  • > KPS – Kemahiran Public Speaking.
  • > Hafazan al-Quran
  • > Subjek Akademik
  • > Ko-Kurikulum

Selain daripada subjek-subjek asas seperti di lain-lain MRSM, SPMRSM Ulul Albab menawarkan subjek-subjek tambahan seperti berikut:-

  • Menengah Rendah (PT3)
    • > Pendidikan Islam
    • > Bahasa Arab Komunikasi
  • Menengah Atas
    • > Al-Quran Dan al-Sunnah
    • > Syariah Islamiah
    • > Bahasa Arab Tinggi

ii) Senarai SBP Ulul Albab

Terdapat 4 buah SBP yang menawarkan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (TMUA – Tahfiz Model Ulul Albab). Calon yang memenuhi syarat-syarat pemilihan ke Tingkatan Satu dan memperoleh Gred A bagi Quran dan Jawi layak dipertimbangkan.

Calon yang telah dikenalpasti ini akan dipanggil untuk ditemuduga selepas keputusan UPSR diumumkan. Permohonan kemasukan juga dibuat secara online dan dibuka selepas tamatnya peperiksaan UPSR untuk kemasukan ke Tingkatan 1.

SBP KBT TMUA ada ditawarkan di lokasi SBP berikut :-

NAMA SBP TAWAR PROGRAM TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (TMUA)

SBP Rawang, SelangorSBPI Selandar, MelakaSMAP Bentong, Pahang
SBPI Batu Rakit, Terengganu

Mata Pelajaran Yang Ditawarkan Kepada Murid Tingkatan 1 SBP KBT (TMUA)

  • > Bahasa Melayu
  • > Bahasa Inggeris
  • > Bahasa Arab
  • > Sejarah
  • > Pendidikan Islam
  • > Matematik
  • > Sains
  • > Geografi
  • > Asas Sains Komputer / Rekabentuk Teknologi
  • > Hifz Al-Quran
  • > Maharat Al-Quran
  • > Bahasa Antarabangsa:
    • > (*Pilihan: Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Cina Komunikasi / Bahasa Korea)

Tahfiz Sains (TMUA) Tingkatan 4

  • > Bahasa Melayu
  • > Bahasa Inggeris
  • > Sejarah
  • > Pendidikan Islam
  • > Bahasa Arab
  • > Matematik
  • > Matematik Tambahan
  • > Fizik
  • > Kimia
  • > Biologi
  • > Hifz Al-Quran
  • > Maharat Al-Quran

Sumber Rujukan

Dato’ Seri Idris bin Jusoh, beliau berkata :-

  • “Satu golongan yang mempunyai asas kukuh dalam Al Qur’an, ilmu pengetahuan yang luas dan pelbagai, mampu berfikir dan memerhati kejadian Tuhan melalui mata hati dan akal yang tajam serta mengambil iktibar darinya.”

Semoga perkongsian senarai MRSM Ulul Albab dan SBP Tahfiz Model Ulul Albab boleh dijadikan panduan buat ibu bapa atau pelajar yang berminat untuk mengikuti program pendidikan yang semakin popular ini.

Related : kemahiran insaniah, berteraskan stem, nilai tambah,