Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diadakan pada setiap hujung tahun penggal persekolahan. SPM adalah peperiksaan yang bakal menentukan ke manakah hala tuju pelajar pada masa akan datang samada menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi atau menceburi bidang pekerjaan.
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan peperiksaan utama kebangsaan yang ditadbirkan secara berpusat dan ditaksir pada penghujung pendidikan menengah. Peperiksaan ini merupakan peperiksaan pensijilan yang digunakan oleh murid untuk melanjutkan pelajaran, memohon biasiswa dan pekerjaan.
Isi Kandungan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Bermula tahun 2013, semua calon diwajibkan untuk lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah untuk layak dianugerahkan Sijil Pelajaran Malaysia. Pada tahun 2014 pula, soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah mula diperkenalkan dalam kertas peperiksaan SPM mengikut definisi operasi yang diguna pakai oleh Kementerian Pendidikan Malysia (KPM).
Perkara ini termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Soalan KBAT merupakan soalan yang menguji keupayaan calon mengaplikasi pengetahuan dalam situasi baharu, menganalisis, menilai dan mencipta untuk memberi jawapan.
Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2020 (Tarikh)
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia KPM telah mengeluarkan Takwim Pentaksiran dan Peperiksaan tahun 2020 yang termasuk peperiksaan SPM. Takwim Jadual SPM 2020 yang dikeluarkan hanya memaparkan jenis peperiksaan dan tarikh peperiksaan diadakan.
Maklumat jadual lengkap peperiksaan meliputi tarikh, mata pelajaran, kod subjek dan masa akan diumumkan secara berasingan oleh LP KPM dari masa kesemasa.
|
TERKINI : KPM telah mengumumkan pindaan peperiksaan SPM 2020 yang akan bermula pada 22 Februari 2021.
Maklumat lanjut, sila rujuk Teks Ucapan Menteri Pendidikan berkaitan Pelan Tindakan Persekolahan Pasca PKP pada 15 April 2020
TARIKH PENTING PEPERIKSAAN SPM 2020 | |||
JENIS | TARIKH | ||
1. UJIAN LISAN KHUSUS CALON PERSENDIRIAN (ULKCP) | |||
2. UJIAN BERTULIS SPM | Bermula 22 Februari 2021 |
INFO : Sebelum ini, berikutan perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjadualkan semula peperiksaan di bawah kendalian KPM. Penjadualan semula di buat setelah meneliti keadaan semasa dan memastikan semua kurikulum mata pelajaran tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Rujuk Facebook Rasmi KPM untuk maklumat lanjut penjadualan
Amaran Am
- Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan ujian lisan khusus calon persendirian akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM 2020
- Calon hendaklah menyemak butiran pada Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Akauntan Negara Malaysia menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos
- Calon hendaklah mengemukakan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan di pusat peperiksaan selain dari pusat peperiksaan asal calon. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah menyemak maklumat calon dan maklumat mata pelajaran sebelum membenarkan calon menumpang di pusat peperiksaan seliaannya
- Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM tahun 2020 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon
Amaran Peperiksaan/ Pentaksiran Kepada Calon
Calon yang menduduki peperiksaan di bilik / dewan peperiksaan dilarang:-
- 1. membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan serta telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
- 2. menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.
- 3. mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
- 4. memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
- 5. menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
- 6. menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.
- 7. menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
- 8. membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
- 9. membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.
Calon yang tidak mematuhi Amaran Peperiksaan/ Pentaksiran dianggap telah melakukan salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib.
Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan.
Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:-
- 1. keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan;
- 2. keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;
- 3. keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal
Download Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2020 Dalam PDF
Untuk memuat turun Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2020 yang lengkap beserta arahan peperiksaan dalam PDF, sila klik pautan berikut :-
PERKARA | PAUTAN | ||
1. JADUAL RASMI PEPERIKSAAN SPM 2020 | Jadual SPM 2020 (Pindaan Terkini November) | ||
2. TAKWIM PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN 2020 | Tarikh Peperiksaan Awam 2020 |
- Jadual Rasmi Peperiksaan SPM 2020
Selamat membuat ulangkaji pelajaran dari sekarang buat pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM hujung tahun ini. Diucapkan semoga berjaya untuk mendapat keputusan SPM yang cemerlang.