Permohonan KV 2024 Kolej Vokasional Dan SMT Online. Borang permohonan kemasukan ke kolej vokasional dan sekolah menengah teknik.

Permohonan KV Kolej Vokasional Dan SMT Sekolah Teknik 2024 Online

mohon kolej vokasional dan sekolah menengah teknik

Permohonan KV & SMT 2024. Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik merupakan sekolah menengah atas yang mengutamakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Pelajar-pelajar lepasan Tingkatan 3 yang telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik. Kerajaan juga menggalakkan pelajar menyertai bidang TVET kerana ia mampu menjamin pekerjaan selepas tamat pembelajaran kelak.

Dalam mendepani Revolusi Industri 4.0, pihak kerajaan mewar-warkan bahawa golongan TVET akan mendapat manfaat besar dalam peluang pekerjaan dan menjamin masa depan yang baik. Maka, pelajar-pelajar atau ibu bapa yang berminat menyambung pengajian di sekolah ini boleh merujuk maklumat yang akan dikongsikan di bawah.

Permohonan Kolej Vokasional (KV) Dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) 2024 Online

Sebelum memohon, pelajar boleh merujuk kepada Senarai KV dan Kursus yang ditawarkan serta Senarai SMT dan Kursus yang ditawarkan sebagai panduan dan maklumat tambahan. Rujuk di aplikasi permohonan.

Berikut dikongsikan maklumat dan tarikh penting berkenaan kemasukan ke Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik 2024 Online.

Terkini: Satu kaedah pentaksiran baharu bagi permohonan kemasukan ke sekolah terpilih KPM telah diperkenalkan. Sekolah tersebut terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh, Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Pemohon juga akan menduduki Pentaksiran Kemasukan (PKSK) secara berpusat pada tarikh yang ditetapkan.

Tarikh Permohonan KV Dan SMT 2024 Online

Tarikh penting permohonan ambilan Tahun 2024 adalah seperti berikut:

  • Tarikh buka: 1 Ogos 2023
  • Tarikh tutup: 17 September 2023

Selepas membuat permohonan, pemohon dikehendaki menyemak status bagi menduduki PKSK pada:

  • Semakan Pusat Pentaksiran PKSK: 25 September 2023 – 13 Oktober 2023
  • Pelaksanaan PKSK: 2 – 13 Oktober 2023

Untuk makluman pelajar, PKSK terdiri daripada tiga bahagian iaitu Kecerdasan Insaniah (20%) dan Kecerdasan Intelektual (70%) secara dalam talian serta Artikulasi Penulisan (10%) secara bertulis.

Pelajar dikehendaki mematuhi SOP dan memakai pakaian seragam sekolah ketika menghadiri PKSK. Bagi pusat pentaksiran yang berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dimaklumkan kelak.

Syarat Permohonan KV Dan SMT 2024 Online

Berikut adalah syarat umum tahun 2024 bagi pelajar Tingkatan 3 yang ingin memohon kemasukan ke KV atau SMT:

  • Pelajar adalah Warganegara Malaysia
  • Pelajar mestilah murid Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan Tiga (3) Tahun 2023 atau bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Menengah Kerajaan di bawah kelolaan KPM
  • Pelajar mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid
  • Pelajar menduduki PKSK
  • Pelajar telah mengambil Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2023.
  • Pelajar sihat tubuh badan
  • Pelajar berminat dengan program dipohon
  • Pelajar menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira)
  • Pelajar mestilah tidak rabun warna/buta warna

Pautan Borang Permohonan

Bahagian Pendidikan Dan Latihan Vokasional telah menyediakan aplikasi khas dalam talian sebagai pemudah cara permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik. Pelajar boleh memohon dengan menekan pautan aplikasi seperti berikut:

Permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik hendaklah dilakukan berdasarkan aliran pemohon.

Pelajar Lepasan Pentaksiran Asas Vokasional PAV-Aliran PAV

Pemohon boleh menggunakan aplikasi yang telah dikongsikan di atas untuk memohon. Sebagai panduan mengisi borang supaya maklumat yang diberikan betul dan tepat, pemohon boleh merujuk Panduan Permohonan PAV. Pemohon juga boleh merujuk Info Kursus PAV untuk mengetahui tentang senarai kursus yang ditawarkan di KV dan SMT.

Pelajar Lepasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS-Aliran Perdana/Akademik/Agama

Bagi pelajar yang menduduki PBS yang merangkumi 4 komponen iaitu Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Psikometri (PPsi) dan Pentaksiran Jasmani Sukan dan Kokurikulum. Pemohon boleh merujuk Panduan Permohonan PBS untuk mengisi maklumat dalam borang permohonan kemasukan ke KV dan SMT.  Pemohon boleh merujuk Info Kursus PBS sebagai rujukan kursus-kursus yang ditawarkan di KV dan SMT.

Pelajar Lepasan Sekolah Swasta Atau Luar Kawalan KPM

Kepada pelajar-pelajar sekolah swasta dan sekolah di luar kawalan KPM, anda juga berpeluang untuk memohon kemasukan ke KV dan SMT. Berikut dikongsikan carta alir cara permohonan serta borang permohonan kemasukan ke KV dan SMT: Kemasukan Swasta ke KV dan SMT

Soalan Lazim (FAQ)

Soalan lazim bagi tahun 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Di bawah merupakan soalan lazim bagi tahun 2023 sebagai rujukan.

1. Apakah jenis program yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia?

Berikut merupakan program yang ditawarkan :

  • i. Program Kolej Vokasional *
    ii. Aliran Teknikal – Sekolah Menengah Teknik
    iii. Program Kemahiran / Apprenticeship di Kolej Vokasional
  • *Rujuk kepada program yang ditawarkan di Kolej Vokasional

2. Apakah perbezaan bagi setiap program yang ditawarkan?

Perbezaan bagi setiap program dinyatakan dalam info kemasukan

3. Adakah calon yang bersekolah di bawah kelolaan Yayasan Negeri/Swasta boleh memohon?

Tidak, syarat umum kemasukan murid ialah calon mestilah murid Tingkatan 3 Tahun 2022 yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM.

4. Di manakah lokasi KV/SMT?

Lokasi boleh dirujuk dalam info kemasukan

5. Apakah bidang dan program/ kursus yang ditawarkan?

Bidang dan program/kursus yang ditawarkan boleh disemak dalam info kemasukan

6. Adakah calon lepasan Tingkatan 3 tahun 2021 boleh memohon untuk mengikuti pengajian di KV/SMT bagi sesi Ambilan 2023?

Tidak. Permohonan kemasukan ke KV/SMT bagi Ambilan Mac 2023 terbuka kepada murid Tingkatan 3 Tahun 2022 yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM dan menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

7. Bilakah tarikh dan waktu pendaftaran?

Calon boleh menyemak tarikh dan waktu pendaftaran kemasukan dalam laman sesawang KPM, di alamat http://www.moe.gov.my

  • Calon disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM bagi mendapatkan info terkini.
  • *tertakluk kepada perubahan semasa

8. Saya tidak memohon secara online, adakah saya boleh membuat rayuan ke manamana KV/SMT?

Tidak, hanya calon yang memohon secara online dan menduduki Ujian layak untuk dipertimbangkan kemasukan ke KV/SMT bagi ambilan 2023.

9. Adakah rayuan boleh dibuat sekiranya tidak berjaya ditawarkan?

Calon boleh menggunakan aplikasi e-rayuan sekiranya tidak berjaya ditawarkan kemasukan. Calon tidak perlu membuat rayuan terus ke KV/SMT

10. Bolehkah saya menukarkan KV/SMT pilihan lain / kursus lain/ program lain sepanjang tempoh permohonan online walaupun telah menghantar borang secara online?

Ya, calon boleh mengemaskini borang permohonan online pada bila-bila masa sehingga tarikh tutup permohonan. Data terakhir kemaskini semasa sistem ditutup akan diambil kira dan dipertimbangkan untuk sesi saringan kemasukan

Maklumat Lanjut

Sekiranya pelajar atau ibu bapa mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan, anda boleh merujuk pada:

  • Info Permohonan KV 2024
  • Info Permohonan SMT 2024
  • Laman web rasmi Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional: BPTV
  • Laman web rasmi KPM: KPM
  • Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 5&6, Blok E14, Parcel E,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62604 Putrajaya.

Telefon: 03-8884 5154
Faks: 03-8884 5033
Email: info.bptv@moe.gov.my

Related : berminat dan berkelayakan kementerian pendidikan malaysia kpm laman sesawang kpm mengikuti aliran cara untuk membuat permohonan calon sihat tubuh badan bantuan kerajaan di bawah, lepasan tingkatan tiga 3, murid lepasan tingkatan tiga, sukan dan kokurikulum pajsk, merangkumi pentaksiran berasaskan sekolah pbs tahun, untuk memohon mana mana program vokasional dan sekolah menengah teknik smt ambilan, makluman portal rasmi kementerian pendidikan malaysia kpm, mendaftar dalam bidang vokasional dan sekolah menengah teknik smt ambilan, permohonan kv dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali, 03-88845154 5088 5067 5089 5094, calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit penyakit yang mengehadkan membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali, a murid lepasan tingkatan tiga 3 tahun 2022, aplikasi pangkalan data murid apdm, pelajar tingkatan tiga 3 tahun 2022, kemaskini aplikasi pangkalan data murid apdm, 6 blok e14 kompleks e
membuat permohonan kv dan smt 2024 secara online, disediakan berdasarkan program dan institusi yang akan ditawarkan serta bergantung kepada kapasiti asrama, senarai smt dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
unit pengambilan pertukaran murid di talian, hadir terus atau penyakit penyakit yang mengehadkan membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali, calon berminat dengan program dipohon, umum permohonan kv dan smt 2024 secara online, pelajar tingkatan tiga 3 tahun 2023,