Daftar SPA9 Login : Permohonan Pendaftaran Pekerjaan Kerajaan Online & Semakan

Cara Mohon Pendaftaran Pekerjaan Kerajaan Melalui SPA9 Online dan Semakan Status. Kerjaya dalam sektor kerajaan/ awam (Penjawat awam) sememangnya menjadi impian anak muda yang baru sahaja menamatkan pelajaran terutama lepasan SPM. Ini kerana, selain sektor swasta, bekerja di sektor kerajaan mampu memberikan jaminan masa hadapan yang lebih cerah atas beberapa faktor tertentu seperti tangga gaji yang menarik selain mempunyai skim pencen. Mereka yang ingin bekerja di sektor kerajaan termasuk latihan separa perubatan perlu membuat permohonan pendaftaran pekerjaan kerajaan secara online iaitu melalui sistem Borang SPA9 pendaftaran pekerjaan dalam perkhidmatan awam (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA).

Permohonan SPA9 jawatan kosong kerajaan boleh dibuat oleh mana-mana individu yang berkelayakan pada bila-bila masa atau setelah iklan kekosongan jawatan dikeluarkan. Tempoh sah laku pendaftaran calon pula adalah selama satu (1) tahun sahaja. Ini bermaksud pemohon perlu mengesahkan permohonan semula setelah tempoh sah laku pendaftaran tamat.

SPA9 : Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Berikut adalah makluman penting terkini berkaitan SPA9 termasuk maklumat pendaftaran dari sumber Portal Rasmi SPA :-

Penutupan Borang SPA8i Bagi Kerja-Kerja Menaik Taraf ke Sistem Baharu – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9)

Dimaklumkan bahawa penutupan Borang SPA8i bagi kerja-kerja menaik taraf ke sistem baharu iaitu Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) akan dilaksanakan pada ketentuan berikut :

  • Tarikh/Masa Mula : 23 September 2020 (Rabu) / 10.00 pagi
  • Tarikh/Masa Tamat : 28 September 2020 (Isnin) / 10.00 pagi

Untuk makluman, SPA berada pada fasa terakhir bagi menaik taraf sistem sedia ada untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik. Sehubungan dengan itu, penutupan Borang SPA8i dibuat bagi melancarkan proses peralihan tersebut.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Hotline SPA di talian 03-8091 9000 atau melalui Sistem ePertanyaan SPA di pautan https://aduan.spa.gov.my .

SPA9 Login Masuk : Pendaftaran & Semakan Status Permohonan Kerja Kerajaan Online

Untuk makluman, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan bahawa :-

  1. Tempoh sah laku pendaftaran calon perkhidmatan awam spa8i adalah satu (1) tahun
  2. Permohonan jawatan adalah sebanyak lima belas (15) jawatan sahaja tidak termasuk jawatan PDRM;
  3. Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:
    1. Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
    2. Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM./Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik sahaja.
    3. Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik, SPM/SVM SPM dan Latihan Separa Perubatan.

Ikuti langkah mudah berikut untuk memohon atau membuat pendaftaran/ cara daftar SPA9 jawatan termasuk kemaskini jawatan iaitu pendaftaran pekerjaan kerajaan secara online :

Langkah 1

Pendaftaran MYID

  1. Layari Laman Web seperti pautan di bawah:-
  2. Portal SPA Pendaftaran Pekerjaan Kerajaan
  3. Klik “Pendaftaran Pengguna”
  4. Skrin Daftar Akaun Baru akan dipaparkan seperti di bawah
  5. Pastikan semua maklumat yang diperlukan diisi di borang permohonan
  6. Setelah selesai klik butang “Daftar”

  • Nombor kad pengenalan dan nama penuh mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan
  • Alamat emel dan nombor telefon yang dimasukkan juga mestilah yang masih aktif kerana semua penghantaran notis dan surat panggilan akan dibuat melalui telefon dan emel
  • Sila pastikan soalan keselamatan diingat kerana akan digunakan bagi tujuan reset kata laluan jika lupa kata laluan

Langkah 2

Login SPA9 (Log Masuk)

  1. Layari semula skrin Daftar Masuk dan skrin seperti di bawah akan dipaparkan
  2. Masukkan no Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang betul dan tepat bagi mengelakkan kegagalan login
  3. Klik Log Masuk

Langkah 3 : Maklumat Pemohon

  1. Klik pada pautan “Maklumat Peribadi” dan skrin berikut akan dipaparkan dengan maklumat-maklumat tertentu yang telah dimasukkan secara automatik mengikut maklumat yang dimasukkan semasa pemohon melakukan proses “Daftar Akaun Baru”
  2. Isikan maklumat yang ditandakan dengan bintang berwarna merah
  3. Klik butang “Simpan” setelah semua maklumat diisi lengkap

Langkah 4 : Maklumat Akademik

  1. Klik pada pautan “Maklumat Kelayakan Akademik” dan skrin seperti berikut adan dipaparkan:
  2. Setelah lengkap isi semua maklumat klik butang “Simpan”

Langkah 5 : Jawatan Dipohon

  1. Klik pada menu “Jawatan Dimohon”, sub-menu mengikut kelayakan akademik seperti “SPM/SPVM/SPMV/SVM/SKM” dan “Ijazah” seperti di bawah akan dipaparkan
  2. Pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan “+ Tambah” bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang Jawatan Yang Dipohon
  3. Pilih Pusat Temuduga / Ujian Khas yang dipilih daripada senarai yang diberikan
  4. Klik butang “Simpan”

  • Calon hanya boleh memohon maksimum 15 jawatan SPA.
  • Jawatan yang boleh dimohon bergantung kepada Maklumat Akademik pemohon.

Langkah 6 : Pengakuan Pemohon

  1. Klik pada pautan “Pengakuan Pemohon” dan skrin di bawah akan dipaparkan
  2. Setelah pastikan semua maklumat telah diisi dengan betul, klik petak Setuju dan tanda ✓ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan
  3. Setelah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi, klik butang “Hantar”
    PERINGATAN: Sekiranya tidak klik butang “Hantar”, permohonan tidak akan diproses

  • Status Permohonan seperti paparan di bawah akan ditunjukkan bagi memaklumkan bahawa pemohon telah berjaya mendaftar.
  • Pemohon boleh mencetak Slip Akuan Pendaftaran sebagai rujukan

Setelah selesai membuat permohonan, pemohon yang telah berdaftar boleh menyemak status permohonan dengan klik pada pautan “Semakan Permohonan”

Semakan SPA9 Online

  1. Log masuk ke Portal SPA untuk membuat semakan
  2. Klik pautan “Semakan Pemohonan Semasa” dan skrin seperti berikut akan dipaparkan

  • Skrin akan memaparkan senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan (1 tahun)
  • Jika paparan “Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan” bermaknan tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar
  • Sekiranya paparan “Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPA iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian bagi tujuan mengimbangi bilangan kekosongan jawatan dan bilangan calon yang layak memohon jawatan berkenaan.

Panduan Video Cara Pendaftaran Kerja Kerajaan

Berikut adalah video untuk borang pendaftaran SPA8i, bagi panduan sistem pendaftaran pekerja SPA9 akan dikemaskini sebaik sahaja dikeluarkan. Untuk penerangan yang lebih jelas, sila rujuk kepada video cara pendaftaran berikut :-

Kelebihan dan Keistimewaan Bekerja Di Sektor Kerajaan

Secara umumnya, terdapat beberapa kelebihan dan keistimewaan bekerja dalam sektor awam atau kerajaan. Antaranya adalah:

  1. Mendapat pelbagai jenis elaun seperti elaun perumahan, elaun sara hidup dan sebagainya
  2. Mendapat Bantuan Khas Kewangan Perkhidmatan Awam (Bonus / Imbuhan tahunan)
  3. Mendapat kenaikan gaji berkala (Setiap tahun / setiap gred jawatan berubah atau kenaikan pangkat)
  4. Mendapat kemudahan pinjaman seperti perumahan dan kenderaan
  5. Mendapat pelbagai jenis cuti seperti cuti bersalin dan sebagainya
  6. Mendapat pilihan simpanan hari tua menggunakan caruman KWSP atau pencen
  7. Kos perubatan ditanggung oleh kerajaan bagi pegawai serta keluarga pegawai tertakluk pada terma dan syarat

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Pendaftaran Pekerjaan Kerajaan Online dan Semakan Status, sila rujuk kepada maklumat berikut :-

1.Soalan Lazim

  1. Soalan Lazim (FAQ)

2. Manual Pengguna

  1. Manual Pengguna Pendaftaran (PDF)

3. Hubungi SPA

  1. Telefon: 03 8091 9000
  2. ePertanyaan SPA

Related : calon yang memiliki kelayakan tamat tempoh kelayakan ijazah sarjana muda permohonan pekerjaan memiliki kelayakan ijazah sarjana, peringkat ijazah sarjana muda sarjana muda dan diploma sijil politeknik hanya layak muda dan diploma stpm politeknik hanya layak memohon, a calon yang memiliki diploma stpm stam sijil matrikulasi sijil politeknik spm svm dan latihan separa perubatan jawatan sahaja termasuk latihan sahaja termasuk latihan separa tempoh sah laku pendaftaran pemohon adalah selama satu 1 tahun daripada tarikh pendaftaran muda hanya layak memohon ijazah sarjana muda sahaja, sistem spa9 sarjana muda hanya layak tertakluk kepada dasar one, spa9 portal rasmi spa untuk memastikan alamat emel, dikehendaki untuk memastikan alamat untuk menyemak dari semasa menjadi tanggungjawab pemohon untuk tanggungjawab pemohon untuk menyemak pemakluman terkini suruhanjaya perkhidmatan terkini suruhanjaya perkhidmatan awam, spa dan facebook rasmi awam malaysia melalui emel, semasa ke semasa semasa segala pemakluman terkini