UPU Online : Permohonan UPU 2023-2024 & Semakan Keputusan

UPU Online Sesi 2023/ 2024 Online. Maklumat permohonan UPU bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh dirujuk di bawah ini. Untuk Semakan keputusan UPU  termasuk keputusan rayuan, ianya boleh disemak melalui kaedah atas talian/ online dan melalui Aplikasi UPUPocket 2.0.

Semakan tawaran kemasukan adalah untuk program pengajian asasi, sijil, diploma dan ijazah sarjana muda di mana calon telah mengemukakan permohonan melalui UPUonline yang di buka pada bulan Februari 2023.

UPU Online 2023-2024 : Permohonan Kemasukan Ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA Dan Semakan Tawaran

Berikut adalah perincian maklumat berkaitan UPU Online sesi 2023-2024 (permohonan & keputusan tawaran)  melibatkan dua kategori pemohon iaitu lepasan SPM/ setaraf dan lepasan STPM/ setaraf.

Ianya untuk kemasukan ke UA Politeknik Premier Konvensional Metro Kolej Komuniti ILKA TVET

Permohonan UPU

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengumumkan tarikh-tarikh penting berkaitan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA bagi sesi akademik 2023/2024. Berikut adalah perincian maklumat berkaitan:

i) 7 Februari 2023, 1200 pm: Tarikh buka permohonan

Permohonan boleh dibuat di Portal Rasmi UPU (upu.mohe.gov.my)

Bayaran proses No Unik ID bagi permohonan sesi akademik 2023/2024 akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan

ii) 28 Mac 2023, 500 pm: Tarikh tutup permohonan UPU bagi lepasan SPM, STPM dan setaraf

iklan permohonan upu mengikut kategori

Permohonan Fasa 2 UPU Lepasan SPM/STPM/ Setaraf

UPU telah mengumumkan fasa kedua permohonan baharu bagi lepasan SPM/STPM/ setaraf adalah pada:

i) Dibuka : 15 Mei 2023 (12.00 tengah hari)

ii) Ditutup : 9 Jun 2023 Dilanjutkan hingga 13 Jun 2023 (5.00 petang)

Untuk makluman, fasa permohonan baru dibuka kepada lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi dan STAM yang belum membuat permohonan. Fasa kemaskini akan dimaklumkan untuk pilihan program pengajian yang tidak memerlukan temuduga atau ujian. Manakala lepasan Diploma dan setaraf pula kemaskini dibuka untuk muat naik dokumen dan keputusan akademik sahaja. Permohonan baharu dibuka bagi lepasan STPM/Setaraf untuk program pengajian yang tiada temuduga atau ujian kelayakan. Lepasan Diploma/Setaraf diingatkan untuk muat naik dokumen sekiranya membuat permohonan baharu.

iklan lanjutan permohonan fasa upu

iklan permohonan fasa upu

Keperluan Saringan Ke Program Bertemuduga Dan Ujian

Maklumat yang dikongsikan meliputi tarikh semakan dan kaedah semakan UPU :-

i) Lepasan SPM/ Setaraf

Permohonan bagi Lepasan SPM yang layak diterima adalah terdiri daripada mereka yang layak dan melepasi syarat am serta syarat khas program pengajian.

a) Semakan Panggilan Temuduga UPU

Calon yang terlibat dengan semakan temuduga UPU adalah pemohon yang memilih program pengajian yang bertanda (#) dalam sistem pilihan program semasa membuat permohonan.

  • Tarikh : 8 Mei 2023, 1200 p.m

Sistem Aplikasi Semakan Panggilan Temuduga UA / Politeknik/ ILKA adalah seperti berikut :-

  1. UPSI
  2. UUM
  3. UiTM
  4. Politeknik
  5. UPNM
  6. ILJTM
  7. UNISZA

b) Keputusan Permohonan

  • Julai 2023, 1200 tengahari hingga Julai 2023, 5 petang : Hebahan Keputusan Permohonan Lepasan SPM/ Setaraf ke UA/ Politeknik Premier/ Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA

Calon boleh membuat semakan tawaran kemasukan menerusi saluran hebahan berikut :-

  1. http://jpt.ums.edu.my/
  2. https://jpt.unimas.my/
  3. http://jpt.utm.my/
  4. http://jpt.uum.edu.my/
  5. http://jpt.umt.edu.my/upu/

Ataupun melalui Aplikasi telefon mudah alih UPUPocket 2.0 yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store

Peringatan : Surat tawaran akan dikeluarkan oleh pihak UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA dan semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh ditetapkan.

Tawaran tempat adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran adalah tidak dibenarkan.

c) Permohonan Rayuan UPU

  • Tarikh : Julai 2023, 1200 tengahari hingga Julai 2023, 5 petang

Pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh mengemukakan rayuan.

Untuk permohonan ke UA, rayuan boleh dibuat melalui UPUOnline Rayuan di pautan http://upu.mohe.gov.my manakala untuk permohonan ke Politeknik Premier, Politeknik Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan ILKA, rayuan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan terus kepada agensi berkaitan.

d) Keputusan Rayuan UPU

Hebahan Pertama : Ogos 2023, 1200 tengahari

Tarikh tutup : Ogos 2023 , 500 petang

Tempoh setuju terima tawaran : –

Hebahan Kedua : – , 1200 tengahari

Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA selepas pendaftaran pelajar baharu.

e) Tarikh Pendaftaran Pelajar Baharu

Pendaftaran kemasukan ke 17 UA akan bermula pada tarikh yang akan dikemaskini

ii) Lepasan STPM/ Setaraf

Maklumat semakan UPU untuk kategori lepasan STPM/ setaraf :-

a) Semakan Panggilan Temuduga UPU

Semakan Ujian MEdSI Program Sarjana Muda Pendidikan dan Temuduga Pendidikan bagi Lepasan STPM / Setaraf

  • Tarikh : Mei 2023

Sistem Aplikasi Semakan Panggilan Temuduga Ijazah Sarjana Muda – STPM / Setaraf Mengikut UA :-

  1. Semakan Ujian Medsi
  2. UPSI : Temuduga Pendidikan
  3. UTHM
  4. UNISZA
  5. UiTM
  6. UMT
  7. UMS
  8. UKM
  9. UMK
  10. UM
  11. UPM
  12. USIM
  13. USM
  14. UTM
  15. UUM
  16. UNIMAS
  17. UIAM
  18. UPNM

b) Keputusan Permohonan

  • September 2023 (12pm) hingga Oktober 2023 (5pm) : Hebahan Keputusan Permohonan Lepasan STPM/ Setaraf ke UA :-

Calon boleh membuat semakan tawaran kemasukan menerusi saluran hebahan berikut :-

  1. http://jpt.ums.edu.my/
  2. https://jpt.unimas.my/
  3. http://jpt.utm.my/
  4. http://jpt.uum.edu.my/
  5. http://jpt.umt.edu.my/upu/

Ataupun melalui Aplikasi telefon mudah alih UPUPocket 2.0 yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store

c) Permohonan Rayuan UPU

  • Tarikh : September 2023 (12pm) hingga Oktober 2023 (5pm)

Pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke UA boleh mengemukakan rayuan di laman UPU.

d) Keputusan Rayuan UPU

  • Fasa 1 : Oktober 2023 (12pm) hingga Oktober 2023 (5pm)
  • Fasa 2 : Akan dikemaskini

e) Tarikh Pendaftaran Pelajar Baharu

  • Akan dikemaskini

Muat Turun UPUPocket 2.0

Pengguna telefon pintar boleh memuat turun/ download aplikasi UPUPocket 2.0 di :-

  1. Android (Google Play) atau
  2. Apple (AppStore)

Di antara maklumat dan panduan yang terdapat di aplikasi UPU Pocket termasuklah :-

i) Semakan Status UPU

Membolehkan pengguna untuk menyemak status permohonan, status kelayakan dan keputusan permohonan dan rayuan pemohon.

ii) e-Panduan

e-Guide menyediakan syarat kemasukan ke universiti awam, TVET dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

iii) Kalendar Akademik

Menyediakan butiran mengenai tarikh penting yang berkaitan dengan aktiviti permohonan UPUonline.

iv) Aduan

Maklumbalas berkaitan permohonan. Para pengguna boleh menghubungi staf pentadbiran UPU sekiranya mereka mempunyai sebarang aduan atau maklum balas mengenai status mereka melalui ciri ‘Aduan’ yang dibina di dalam aplikasi.

v) Alamat UA

Pertanyaan lanjut berkaitan program yang ditawarkan

Semakan SMS

taipkan upu jarak result jarak no kad pengenalan dan sms ke 15888

Sebab-Sebab Gagal Permohonan UPU

Menurut FB Rasmi UPU, penawaran kemasukan ke UA dibuat adalah berdasarkan kepada dasar markah merit iaitu 90% akademik dan 10% kokurikulum. Antara punca pemohon tidak berjaya adalah seperti berikut :-

  1. Tidak menekan butang sah dan hantar pada borang online
  2. Tidak memenuhi syarat yang ditetapkan
  3. Memohon program luar bidang aliran
  4. Tidak melepasi temuduga
  5. Markah merit rendah
  6. Tidak dipilih Universiti ekoran tempat yang terhad kerana pesaingan yang tinggi

Proses Pemilihan Pelajar Ke UPU

Proses pemilihan kemasukan lepasan SPM & STPM/ setaraf adalah seperti grafik berikut. Pemohon akan disusun berdasarkan kepada markah merit tertinggi hingga terendah.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada maklumat berikut :-

Selamat membuat permohonan dan semakan keputusan UPU 2022 online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UA/ IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA yang dihajakani.

Related : laman web senarai program unik id, tarikh penting permohonan ua politeknik ilka sesi 2020/2021 pelajar lepasan, ua politeknik kolej komuniti borang permohonan, no unik id permohonan upu online, universiti awam ua politeknik bank simpanan nasional bsn permohonan kemasukan ke universiti upu online 2021 pin unik id upu, mac 2021, keputusan peperiksaan, syarat kelayakan, online 2022, berdasarkan keputusan, kursus pengajian, institusi latihan kemahiran awam, program pengajian yang ditawarkan, temu duga, a level, secara online, untuk membuat permohonan, kategori permohonan, berikut dikongsikan, kemaskini pilihan program pengajian lepasan spm, sistem permohonan, selepas keputusan, program pengajian lepasan stpm setaraf, 5 hari selepas keputusan spm, senarai program pengajian lepasan stpm setaraf, perlu membeli nombor pin unik, dkm dlkm dvm diploma ipts diploma luar negara lain lain diploma, institusi latihan kemahiran awam ilka, ipta politeknik konvensional metro kolej komuniti ilka, 1 hingga 31 julai 2022 5, muat naik dokumen dan kemaskini keputusan akademik sahaja, kelayakan setaraf dan lepasan stpm setaraf, permohonan kemasukan pelajar jabatan pendidikan tinggi, bahagian pengurusan kemasukan pelajar jabatan pendidikan tinggi, tertakluk kepada dasar markah merit iaitu 90 akademik dan 10 kokurikulum, untuk lepasan spm setaraf dan lepasan stpm setaraf, ijazah sarjana muda di ua, terbuka kepada dasar markah merit iaitu 90 akademik dan 10 kokurikulum, berikut adalah tarikh tarikh penting, memohon program pengajian lepasan stpm setaraf, ilka berdasarkan kelayakan dan minat, kategori pemohon untuk lepasan stpm dan setaraf adalah seperti berikut, penawaran kemasukan pelajar jabatan pendidikan tinggi, selaras dengan hasrat kerajaan bagi meringankan beban rakyat dan meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi sukacita diumumkan bahawa kos sebanyak rm15 sebagai bayaran proses upuonline bagi mendapatkan unik id akan ditanggung sepenuhnya oleh kpt, pembelian pin unik id upu, asasi sijil pelajaran malaysia spm dan sijil tinggi persekolahan malaysia stpm, simpan slip permohonan sebagai bukti, kemaskini permohonan kemasukan pelajar jabatan pendidikan tinggi, inisiatif ini yang akan membawa, dijangkakan bahawa kos sebanyak rm15 sebagai bayaran proses upuonline bagi mendapatkan unik id akan ditanggung sepenuhnya oleh kpt, menduduki peperiksaan sijil pelajaran malaysia spm dan sijil tinggi persekolahan malaysia stpm, kelayakan setaraf dan sijil pelajaran malaysia spm dan sijil tinggi persekolahan malaysia stpm, nombor pin unik id upu, minggu ke ua politeknik kolej komuniti ilka, simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat, terbuka kepada pendidikan tinggi sukacita diumumkan bahawa kos sebanyak rm15 sebagai bayaran proses upuonline bagi mendapatkan unik id akan ditanggung sepenuhnya oleh kpt, lepasan sijil tinggi persekolahan malaysia stpm, kementerian pendidikan tinggi, kelayakan setaraf dan sijil tinggi persekolahan malaysia stpm,