Semakan Keputusan GIATMARA 2024 Online (Tawaran)

Perhatian buat pelajar Bumiputera yang telah membuat application ke Pusat GIATMARA sesi ambilan 2024. Tarikh Semakan Keputusan GIATMARA setiap ambilan boleh dirujuk dengan melayari Portal Sistem Pengurusan Pelatih GIATMARA.

Mereka yang berminat dan berkelayakan boleh membuat application pada sesi pengambilan yang ditawarkan. Syaratnya, anda adalah seorang Bumiputera, sihat tubuh badan, boleh membaca, menulis dan minat (3M) serta berumur dari 15 tahun dan ke atas. Yang paling penting, anda hendaklah berminat untuk sambung pengajian teknikal dengan bidang yang dipohon.

Semakan Keputusan GIATMARA Online

Cara Semak Keputusan Tawaran GIATMARA 2024 Online

Penubuhan Pusat GIATMARA adalah bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar.

Untuk rujukan pemohon, berikut dikongsikan panduan cara membuat semakan keputusan GIATMARA 2024 yang memaparkan maklumat tarikh dan applikasi semakan.

Juga dikongsikan syarat kelayakan dan panduan application kepada pelajar yang berminat memasuki Pusat GIATMARA di seluruh Malaysia.

A. Tarikh Semakan Keputusan GIATMARA Januari 2024

Tarikh : Januari 2024

Applikasi Semakan : GSPel GIATMARA

Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran sambung belajar. Kepada mereka yang berkelayakan dan sihat tubuh badan.

Anda boleh memohon untuk mengikuti program latihan sepenuh dan separuh masa GIATMARA di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) di GIATMARA Malaysia. Sesi pengambilan tahun 2024 adalah pada sesi  Januari dan Julai 2024.

B. Syarat Kelayakan GIATMARA

Berikut adalah Syarat apply ke GIATMARA yang perlu dipatuhi oleh pemohon :-

1. Bumiputera.

2. Sihat tubuh badan.

3. Boleh membaca, menulis dan minat (3M).

4. Berumur dari 15 tahun dan tiada had umur.

5. Berminat dengan bidang yang dipohon.

6. Tamat Tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik & Penjaga Jentera Elektrik.

C. Cara Memohon GIATMARA

i) Apply GIATMARA Secara Online Dan Manual

Application GIATMARA boleh dibuat secara online untuk Kursus sepenuh masa. Untuk kursus separuh (separa) masa, pemohon boleh mengisi borang secara manual.

a. Program Sepenuh Masa (Secara Online)

Application program latihan secara SEPENUH MASA (FULL TIME) boleh di buat secara online dengan mengisi Borang secara atas talian Klik Portal Rasmi GIATMARA dan seterusnya (Klik Aplikasi Online)

1. Pemohon perlu mempunyai e-mel yang sah dan ingat kata laluan e-mel anda.

2. Sila buat semakan MANUAL PENGGUNA secara online GIATMARA

3. Pemohon hanya boleh menggunakan browser google chrome

4. Setelah mengisi ruangan dibawah, pastikan pemohon menyalin KATA LALUAN yang diberikan untuk meneruskan dengan proses intake.

b. Program Separuh Masa (Secara Manual)

Intake program latihan separuh masa boleh dibuat dengan mengisi borang manual dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda. Klik BORANG SEPARUH MASA

ii) Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di GIATMARA

Kursus pengajian yang ada ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia adalah seperti berikut :-

1. Kursus Kluster Komputer Dan Networking Technology

2. Kluster Elektrikal (KEL)

3. Kluster Elektronik Mekatronik

4. Kursus Kluster Fabrik

5. Kursus Kluster Hairdressing and Cosmetology

6. Kluster Hospitaliti

7. Kursus Kluster Kulinari

8. Kursus Kluster Mekanikal

9. Kluster Pembuatan

10. Kursus Kluster Pengangkutan

11. Kursus Kluster Percetakan

12. Kluster Senibina

Klik Kursus Lengkap untuk mendapatkan maklumat lanjut kursus yang ditawarkan

iii) Senarai Lokasi GIATMARA

Lokasi GIATMARA yang berhampiran dengan tempat tinggal anda boleh dirujuk di Lokasi GIATMARA seluruh Malaysia.

Maklumat Lanjut GIATMARA

Jika terdapat sebarang masalah, sila emel kepada gspel@giatmara.edu.my.

WISMA GIATMARA
No 39, Jalan Medan Tuanku,
50300 Kuala Lumpur.
Malaysia
Tel: 03-2691 2690
Fax: 03-2691 2820
Emel: webmaster@giatmara.edu.my

Selamat membuat Semakan Keputusan GIATMARA secara Online. Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Pusat GIATMARA di seluruh Malaysia untuk menambah ilmu di bidang kemahiran.