Novel Jejak Monpus : Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak, Pengajaran. Nota meliputi latar, nilai, plot dan contoh soalan.

Novel Jejak Monpus : Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak, Pengajaran

novel jejak monpus sinopsis tema persoalan nilai pengajaran

Perhatian kepada pelajar Tingkatan 2 di Melaka, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Adakah anda mencari nota untuk mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya dalam topik komponen sastera? Berikut dikongsikan nota-nota berkenaan Novel Jejak Monpus : Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak, Pengajaran sebagai rujukan untuk pelajar dan juga guru.

Pengarang novel ini Zulaiha Paikon yang berasal dari Batu Pahat, Johor merupakan seorang guru yang bertugas di sekolah menengah di negeri Johor. Selain Novel Jejak Monpus, beliau juga telah mengarang novel Kala Untuk Perling dan Kasih Yang Berdebu. Hasil kesusasteraannya telah diiktiraf dan mendapat anugerah Tokoh Penulis Johor oleh Persatuan Penulis Johor pada tahun 2013 dan sagu hati dalam sayembara penulisan esei anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2009.

Novel Jejak Monpus : Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak, Pengajaran

Di bawah dikongsikan nota-nota Novel Jejak Monpus : Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak, Pengajaran untuk rujukan semua. Turut disertakan adalah contoh soalan dan jawapan untuk panduan pelajar.

Sinopsis

Novel ini menceritakan tentang Zahar seorang penuntut jurusan Biologi di Fakulti Sains Hayat, Universiti Teknologi Malaysia. Zahar obses terhadap dunia serangga sejak kecil dan mendapat galakan oleh ibunya, Qistina sehingga membina sebuah makmal di rumah mereka. Zahar juga merupakan seorang penuntut yang berdedikasi sehingga menerima banyak anugerah atas peneylidikan dan inovasi bersama pihak universiti. Pelbagai spesies ulat bulu yangtelah Zahar kumpulkan di dalam makmalnya tetapi satu spesies yang paling disayanginya bernama Pus Pus. Keadaan fizikal Pus Pus lemah telah membuatkan Zahar untuk ke Pulau Pisang bagi mencari spesies baharu untuk diklonkan dengan Pus Pus. Zahar bernasib baik kerana telah menjumpai seekor ulat bulu yang cantik dan dinamakan Morgan. Namun, sesuatu aneh berlaku apabila Morgan mengalami perubahan fizikal

Selepas itu, beribu ulat bulu telah menyerang kampung Maju Jaya sehinggakan penduduk kampung dijangkiti penyakit. Ripin dan beberapa orang penduduk kampung telah menuduh Zahar di atas perbuatannya. Ibu Zahar, Qistina telah memanggil Jbaatn Kesihatan untuk menyiasat kejadian tersebut. Pihak polis dan pegawai kesihatan tiba dua hari selepas kejadian telah menggeledah makmal Zahar tetapi tidak menjumpai apa-apa selain ulat bulu dan rama-rama. Warung Kopi Pak Mail kecoh tentang serangan ulat bulu di Kampung Maju Jaya yang tersiar di dalam surat khabar. Ripin dan beberapa rakannya menaikkan nama Zahar yang menyebabkan kejadian ini berlaku. Zahar dan ibunya tiba di warung tersebut dan Ripin telah bertengkar dengan Zahar dan pergaduhan mereka bertukar tragedi apabila Ripin melibaskan pisau ke arah Zahar dan mencederakan bahunya. Zahar dirawat di Hospital Pontian

Zahar berusaha untuk mencari jalan penyelesaian kepada insiden ini dan mengajak Fikri ke Pulau Pisang kerana dia yakin bahawa Morgan adalah spesies yang akan memberikan penawar kepada seranagn ulat bulu di Kampung Maju Jaya. Zahar telah mengorbankan Morgan untuk melakukan kajian dan keesokannya setelah pulan daripada kuliah dia mendapati bahan uji kajinya, botol beracun dan buku formulanya hilang.Selepas menyiasat, Zahar mendapati Ripin merupakan orang disebalik kehilangan kajiannya dan telah membuat laporan polis. Seminggu kemudian, Ripin ditahan oleh pihak polis kerana melakukan sindiket penjualan benih sawit secara haram dan menjumpai bahan kajian Zahar di stor milik Ripin.

Zahar melengkapkan kajiannya dan sebuah formula berjaya dicipta. Formula Zahar dipatenkan dan dikomersialkan serat diberi nama MONPUS iatau gabungan nama ulat bulu Morgan dan Pus Pus. Racun serangga khusus telah dicipta untuk membunuh ulat bulu yang menyerang penduduk Kampung Maju Jaya. Atas kejayaan tersebut, Zahar menerima Anugerah Biasiswa Kerusi Canselor daripada Universiti Oxford, London yang disampaikan oleh ayahnya, Dr. Baharuddin. MONPUS bukan sahaja telah menyelamatkan nyawa tetapi menjalinkan semula hubungan yang putus apabila bapa Zahar elamar semula ibunya Qistina

Tema

Kegigihan seorang anak muda dalam menjalankan kajian saintifik demi menyelamatkan nyawa manusia yang diancam oleh serangan ulat bulu

Persoalan

1) Persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan : Zahar mengaplikasikan pengetahuannya dalam bidang sains biologi untuk mencipta penawar bagi menyelesaikan masalah yang melanda Kampung Maju Jaya

2) Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya : Qistina keberatan untuk melepaskan Zahar pergi ke Pulau Pisang untuk mencari spesis ulat bulu Pus Pus kerana bimbang akan keselamatan anaknya

3) Persoalan sifat dendam yang akan merugikan diri sendiri : Ripin yang berdendam terhadap Zahar telah ditangkap kerana menipu dalam kerjanya

4) Persoalan pencemaran alam sekitar yang meninggalkan kesan kepada masyarakat : Zahar risau apabila melihat banyak pencemaran berlaku di Hutan Paya Bakau Tanjung Piai.

5) Persoalan kepercayaan tahlul dalam kalangan masyarakat :

Watak dan perwatakan

1) Zahar

  • Watak utama
  • Anak tunggal dalam keluarga dan berumur 22 tahun
  • Seorang pelajar dalam jurusan Biologi di Fakulti Sains Hayat, Universiti Teknologi Malaysia
  • Seorang yang mempunyai minat yang mendalam terhadap serangga sejak kecil
  • Sorang yang gigih menjalankan penyelidikan sains berkaitan dengan kehidupan serangga.

2) Qistina

  • Ibu kepada Zahir
  • Merupakan guru Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Sri Yasin
  • Seorang guru yang berdedikasi terhadap kerjayanya

3) Professor Dr. Baharuddin

  • Ayah kepada Zahar dan bekas suami kepada Qistina
  • Bekerja sebagai seorang saintis di Universiti Oxford, London
  • Berhijrah ke luar dari Malaysia selepas berpisah dengan Qistina
  • Seorang yang tidak bertanggungjawab kerana telah meninggalkan anak dan isterinya tanpa sebarang cerita

4) Mawar

  • Rakan sekuliah dan sekampung kepada Zahar
  • Anak sulung daripada lima adik beradik
  • Seorang yang mengambil berat terhadap Zahar dan memberikan inspirasi kepada Zahar

5) Munirah 

  • Rakan sekuliah Zahar di universiti
  • Seorang yang cemburu melihat perhubungan baik antara Mawar dan Zahar
  • Seorang yang optimistik dan suka akan cabaran

Plot

Permulaan

Zahar dan Qistina telah diperkenalkan oleh pengarang. Zahar merupakan penuntut di dalam bidang Biologi di Fakulti Sains Hayat, Universiti Teknologi Malaysia. Dia juga mempunyai minat yang mendalam terhadap serangga khususnya spesies ulat bulu dan rama-rama

Perkembangan

Salah satu spesies ulat bulu yang dibela Zahar menjadi lemah dan beliau telah pergi ke Taman Paya Bakau Tanjung Piai untuk mencari pengganti tetapi tidak jumpa sehinggalah dia tiba di Pulau Pisang dimana Zahar dan Fikri menemui satu spesies ulat bulu yang boleh diklonkan bersama Pus Pus

Perumitan

Satu serangan daripada beribu ulat bulu telah menyerang Kampung Maju Jaya. Ripin dan rakan-rakanya menuduh Zahar yang menyebabkan serangan tersebut. Ibu Zahar telah bertindak untuk memanggil Jabatan Kesihatan bagi menyiasat kejadian yang berlaku.

Klimaks

Formula ciptaan Zahar hilang bersama bahan ujikajinya daripada makmal. Selepas membuat kaji selidik, Ripin merupakan individu yang bertanggungjawab di atas perkara tersebut dan Zahar telah membuat laporan polis

Peleraian

Zahar berjaya mencipta formula yang bernama MONPUS untuk menghapuskna ulat bulu yang menyerang Kampung Maju Jaya. Ripin telah ditangkap oleh polis kerana melakukan perniagaan anak benih sawi secara haram. Zahar mendapat pengiktirafan sehingga ke Universiti Oxford dimana bapanya yang menyampaikan anugerah tersebut dan kemudian melamar kembali ibunya Qistina.

Teknik Plot

  1. Teknik imbas kembali : Zahar teringat akan saat perkenalannya dengan Mawar seminggu selepas mereka memulakan kuliah di Universiti Teknologi Malaysia
  2. Teknik dialog : Zahar yang berbual dengan Malcom tentang pokok bakau sewaktu mereka ke Taman Paya Bakau di Tanjung Piai
  3. Teknik saspens : Pembaca tertanya-tanya tentang keadaan Zahar selepas terkena pisau lipat yang dilibas oleh Ripin
  4. Teknik pemerian : Pengarang memerihalkan Zahar yang suka bermain dengan serangga sejak kecil lagi.

Latar

Latar masa

  1. Waktu Pagi : Qistina dihantar ke sekolah oleh anaknya Zahar kerana keretanya rosak
  2. Waktu Petang : Zahar telah ke balai polis untuk disoal siasat
  3. Waktu Malam : Semalaman Zahar menghadap baha eksperimennya tetapi tidak membuahkan hasil
  4. Waktu Subuh : Penduduk kampung begerak ke tempat kerja di ladang getah , kelapa sawit dan kebuh

Latar tempat

  1. Makmal Zahar : tempat dimana Zahar membuat ujikaji berkaitan spesies ulat bulu dan rama-rama
  2. Tanjung Piai : Zahar dan Fikri mencari spesies baharu ulat bulu untuk diklonkan bersama spesies Pus Pus
  3. Pulau Pisang : Zahar menemui satu spesies ulat bulu Monarch yang berpotensi untuk diklonkan
  4. Warung Kopi Pak Mail : Lokasi pergaduhan antara Ripin dan Zahar sehingga Zahar cedera dan dimasukkan ke hospital
  5. Universiti Teknologi Malaysia : Zahar menghadiri kuliah sebagai penuntut di Fakulti Sains Hayat

Latar masyarakat

  1. Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan : Dr. Baharuddin, Qistina dan Zahar terlibat dalam bidang akademik dan menjalankan tugas masing-masing untuk kepentingan masyarakat umum
  2. Masyarakat yang terdiri daripada penuntut universiti : Zahar, Mawar, Fikri dan Malcom merupakan penuntut dalam bidang Sains Hayat di Universiti Teknologi Malaysia
  3. Masyarakat yang mempunyai sifat dendam : Ripin yang berdendam dengan Zahar sentiasa membuat provokasi dan khianat kepada Zahar

Gaya Bahasa

  1. Peribahasa : Bagai ikan pulang ke lubuk, seperti mencurah air ke daun keladi
  2. Simile : Cinta seperti kerja, amat meletihkan. Tiba-tiba perasaan Fikri seperti dihenpap beban yang berat
  3. Inversi : Beberapa minit kemudian, mereka suda memasuki perkarangan sekolah
  4. Metafora : tiari kehidupan, lautan masa
  5. Personafikasi : Burung-burung berkicauan menyambut kedatangan pagi

Nilai

  1. Bijaksana : Zahar yang tekun mengkaji dan menambah ilmu pengtahuan dalam minatnya terhadap serangga
  2. Keberanian : Zahar dan rakan-rakanya berani untuk menjelajah beberapa kawasan untuk mencari spesies serangga demi kajian
  3. Kasih Sayang : Qistina bimbang terhadap keselamatan anaknya Zahar selepas Zahar dituduh orang kampung kerana menyebabkan serangan ulat bulu ke atas penduduk kampung
  4. Tanggungjawab : Zahar bersimpati terhadap nasib penduduk Kampung Maju Jaya dan berusaha mencari penawar kepada penyakit tersebut
  5. Setiakawan : Fikri sentiasa bersama Zahar dalam melakukan kajian dan menjelajah mencari spesies serangga di mana-mana

Pengajaran

  1. Kita hendaklah gigih dalam berusaha mencari kejayaan untuk menyelesaikan sesuatu masalah seperti Zahar yang berjaya mendapatkan formula untuk melawan serangan ulat bulu kepada orang awam
  2. Kita seharusnya menyayangi ibu dan bapa kita kerana mereka banyak berjasa kepada kita ibarat Zaahar yang menyayangi ibunya walaupun tanpa kehadiran bapanya setelah mereka bercerai
  3. Kita sewajarnya mengelak daripada melakukan pertuduhan melulu terhadap seseorang tanpa usul periksa dan bukti. Contohnya penduduk Kampung Maju Jaya yang mempercayai Ripin bahawa Zahar adalah punca serangan ulat bulu terhadap penduduk kampung

Koleksi Soalan dan Jawapan

1) Setiap novel mempunyai pengajaran yang boleh dicontohi oleh pembaca. Jelaskan satu pengajaran bagi setiap latar tempat yang diberikan beserta contoh peristiwa yang sesuai. 

Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu novel Jejak Monpus karya Zulaiha Paikon, banyak pengajaran yang diperoleh bagi setiap latar tempat. Salah satu di Rumah Zahar, kita hendaklah rajin berusaha untuk menyelesaikan sesuatu masalah di mana peristiwa Zahar rajin menjalankan kajian berkaitan spesies ulat bulu di rumahnya. Selain itu, di Pulau Pisang, kita mestilah gigih menjalankan kajian untuk mencari penawar di mana peristiwa Zahar gigih mencari penawar hingga ke Pulau Pisang bagi mengubati pus-pusnya semakin tenat. Akhir sekali, latar tempat yang terdapat dalam novel ini adalah Kem Kaizen dimana pengajarannya kita hendaklah berani menyahut cabaran. Zahar dan rakan-rakannya berani menyertai kembara ilmu sehingga Zahar cedera jatuh ke dalam jurang di Kem Kaizen.

2)  Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut

Saya telah mengkaji novel Jejak Monpus karya Zulaiha Paikon, pelbagai latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. Antaranya, masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan. Zahar yang sering menjalankan eksperimen untuk kepentingan masyarakat umum. Selain itu, masyarakat yang suka berdendam di mana Ripin berdendam dengan Zahar dan sentiasa mencari jalan untuk berbuat provokasi dan khianat terhadap Zahar. Akhir sekali, masyarakat yang berpendidikan tinggi. Zahar, Mawar, Fikri, Malcom belajar dalam bidang Sains hayat di Universiti Teknologi Malaysia.

3) Nyatakan tiga perwatakan watak utama yang anda kagumi dalam novel yang anda kaji

Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu novel Jejak Monpus karya Zulaiha Paikon, antara perwatakan watak utama yang saya kagumi adalah kegigihan Zahar. Beliau gigih menimba ilmu pengetahuan dan membuat kajian demi kemaslahatan masyarakat umum. Selain itu, perwatakan Zahar sebagai seorang pecinta alam semula jadi adalah mengkagumkan apabila dia berjaya membuat penemuan dan menghasilkan racun serangga yang diberi nama MONPUS untuk membunuh ulat bulu yang berbahaya yang menyarang penduduk kampung, tanaman dan binatang ternakan. Akhir sekali, perwatakan Zahar yang mematuhi suruhan agama dan tidak suka berfoya-foya juga wajar diconothi kerana Zahar menghabiskan masa terluangnya dengan bersukan atau ke perpustakaan untuk membaca buku.

4) Nyatakan tiga peristiwa yang dapat dikaitkan dengan nilai bertanggungjawab dalam sebuah novel yang telah anda pelajari

Novel Jejak Monpus karya Zulaiha Paikon merupakan novel yang telah saya pelajari. Antara peristiwa yang dapat dikaitkan nilai tanggungjawab adalah apabila Qistina mengajar anak-anak muridnya dengan penuh rasa tanggungjawab. Selain itu, peristiwa Zahar berusaha mencipta penawar untuk mengatasi masalah serangan ulat bulu adalah satu tanggungjawab sebagai penduduk kampung. Akhir sekali, peristiwa ketua kampung, Pak Naib yang bertanggungjawab terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung.

5) Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan tiga nilai murni yang terdapat dalam novel tersebut

Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu Novel Jejak Monpus karya Zulaiha Paikon, terdapat banyak nilai murni yang diperoleh. Antaranya, nilai keberanian yang ditunjukkan oleh Zahar dan rakan-rakannya kerana berani menjelajah pelbagai tempat untuk mencari spesies ulat bulu. Selain itu, nilai kesabaran juga yang ditunjukkan oleh Zahar ketika mencari formula untuk menyelamatkan penduduk kampungnya daripada serangan ulat bulu. Akhir sekali, nilai berhemah tinggi yang ditunjukkan oleh Qistina apabila tidak menyimpan dendam terhadap Baharuddin kerana menceraikannya.

Semoga perkongsian nota Novel Jejak Monpus : Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak, Pengajaran dapat membantu pelajar untuk mengulangkaji dan membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan.

Related : ulat bulu berintik hitam, bahasa melayu tingkatan 2,