Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil : Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran. Nota merangkumi sinopsis, watak dan perwatakan, plot, gaya bahasa.

Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil : Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran

cerpen cinta ahmad mutawakkil nota sinopsis tema persoalan

Patriotisme adalah satu nilai yang wajib untuk dimiliki oleh setiap warganegara. Hal ini kerana nilai tersebut yang akan menentukan nasib sesebuah negara sama ada mampu untuk berdiri dengan sendiri atau mudah untuk dijajah oleh kuasa asing. Oleh sebab itu, pelajar Tingkatan Lima ditugaskan untuk mengkaji Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil : Tema, Persoalan, Nilai, Watak & Pengajaran sebagai komponen sastera Bahasa Melayu.

Cerpen ini merupakan karya Zainal Rashid Ahmad, seorang penulis dan wartawan yang telah memenangi 7 hadiah kewartawanan dan 42 anugerah sastera. Beliau yang merupakan graduan Universiti Sains Malaysia dalam bidang penulisan kreatif telah menghasilkan lebih 150 cerpen dan pelbagai karaya sastera yang lain. Profil ini menjadikan cerpen ini menjadi salah satu cerpen yang digunakan dalam antologi teks KOMSAS.

Nota Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai, Watak & Pengajaran

Di bawah dikongsikan nota-nota berkenaan Cerpen di atas merangkumi Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai, Watak, Persoalan & Pengajaran untuk rujukan semua.

Tema

Tema yang diketengahkan dalam cerpen ini adalah kegigihan dan keberanian seorang pemuda yang berkorban nyawa untuk mendapatkan kemerdekaan tanah airnya. Ahmad Mutawakkil berjuang untuk memberi kesedaran dan semangat kepada masyarakatnya untuk menentang penjajah serta menuntut kemerdekaan.

Persoalan

1) Persoalan ketabahan untuk meneruskan hidup walaupun dalam kesusahan

  • Penduduk kampung tabah dan sabar ketika menghadapi kesusahan hidup semasa penjajahan Jepun dan keganasan Komunis

2) Persoalan semangat patriotisme yang tinggi dalam diri seseorang

  • Ahmad Mutawakkil kekal berjuang untuk menyedarkan masyarakatnya untuk mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah

3) Persoalan kezaliman dan kekejaman penjajah terhadap masyarakat yang dijajah

  • Serangan dan keganasan berlaku di banglo Tuan Boooth telah mengakibatkan lima penghuni banglo itu mati

4) Persoalan kasih sayang yang erat antara ahli keluarga

  • Apabila Jepun menjajah Tanah Melayu, Tuan Booth bertindak untuk membawa semua ahli keluarganya berpindah keluar.

5) Persoalan percintaan antara dua orang yang mendalam

  • Sandra yang mencintai Ahmad telah membuktikan cinta tersebut selepas kembali semula ke banglo bapanya setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan

6) Persoalan masyarakat yang bersatu padu demi keselamatan bersama

  • Penduduk kampung bersama-sama mencari Ahmad yang hilang

Sinopsis

Cerpen ini bermula apabila Ahmad Mutawakkil cedera parah ditembak dan telah memeranjatkan penduduk kampung seusai solat maghrib. Imam Ngah Deraman, Penghulu Ibrahim Sigap dan penduduk kampung terkejut dan berasa cemas akan kejadian tersebut. Penulis kemudian mengimbas kembali kisah perjuangan Ahmad Mutawakkil yang ingin membawa perubahan sosioekonomi kampungnya. Kehadiran Tuan Booth sebagai pengurus estet telah berjaya meningkatkan ekonomi penduduk kampung.

Malah Ahmad juga dapat menambah ilmu dengan bantuan anak Tuan Booth, Sandra untuk menguasai Bahasa Inggeris. Ahmad kemudian menjadi penyebar maklumat tentang hal ehwal semasa kepada masyarakat dikampungnya dan membaca serta menjawab surat-surat rahsia daripada Inggeris untuk kumpulan anti-Jepun. Khabar pengeboman Hiroshima dan Nagasaki turut disampaikan oleh Ahmad yang melegakan penduduk kampung.

Ahmad Mutawakkil dilihat sebagai seorang pemuda yang berjiwa pemimpin kerana dapat mempengaruhi penduduk kampung melalui pidatonya yang menaikkan semangat patriotisme. Pada masa yang sama, Ahmad mempunyai hubungan yang baik dengan Tuan Booth dan memanfaatkan hubungan tersebut untuk masyarakat kampung. Hubungan antara Ahmad dan Sandra menjadi tanda tanya penduduk kampung kerena keakraban mereka berdua.

Pada 16 Jun 1948, darurat telah diisytiharkan kerana Parti Komunis Malaya mula mengganas. Ahmad Mutawakkil tetap berjuang untuk mengingatkan orang kampung supaya menentang fahaman komunis tanpa menghiraukan keselamatan dirinya. Tuan Booth telahpun diberi amaran oleh pihak Komunis untuk tidak menghasut orang kampung supaya membenci komunis.

Pada suatu malam, Ahmad Mutawakkil berjaya meniupkan semangat perjuangan yang begitu mendalam dalam jiwa penduduk kampung melalaui pidatonya yang dikenali sebagai Citra Merdeka. Turut disampaikan oleh Ahmad adalah kritikan terhadap bangsa Melayu yang sanggup diperalat oleh Parti Komunis Malaya. Selepas majlis ceramah tersebut, Ahmad Mutawakkil bertemu dengan seorang budak kecil dan hilang pada malam itu.

Sehinggalah pada keesokan harinya, Ahmad tiba di surau kampungnya dalam keadaan berlumuran darah. Beliau mati selepas kejadian tersebut tetapi semangat perjuangannya terus membara dalam masyarakat kampung. Pada malam 31 Ogos 1957, penduduk kampung telah mengadakan majlis doa kesyukuran sebagai tanda meraikan kemerdekaan dan juga bacaan tahlil untuk mengenang jasa Ahmad. Selepas seminggu merdeka, Tuan Booth sekeluarga kembali ke England tetapi setahun kemudian Sandra pulang ke banglo tersebut untuk mengajar anak-anak kampung membaca dan menulis atas dasar cintanya kepada Ahmad Mutawakkil

Watak Dan Perwatakan

1) Ahmad Mutawakkil

  • Watak utama yang merupakan anak tunggal Wak Sadir dan menjadi yatim piatu apabila bapanya meninggal dunia
  • Seorang yang bijak kerana boleh membaca dan menulis bahasa Inggeris yang diajar oleh Imam Ngah Deraman
  • Seorang yang berani apabila bersuara kepada masyarakat untuk menentang penjajahan dan berkorban nyawa demi negara
  • Sorang yang berpengaruh dan dihormati kerana telah terpilih untuk menjadi pemimpin parti nombor dua

2) Tuan Booth

  • Pengurus ladang dan majikan kepada buruh di ladang getahnya
  • Seorang yang mesra kerana mudah tersenyum dan merapati penduduk kampung
  • Seorang yang baik hati kerana telah menjemput sepasang pengantin di kampung untuk datang ke banglonya utuk diraikan

3) Sandra

  • Anak kepada Tuan Booth dan fasih berbahada Inggeris
  • Seorang yang baik hati kerana telah mengajar Ahmad menulis dan membaca Bahasa Inggeris
  • Seorang yang penyayang kerana telah menangis apabila Ahmad dilaporkan hilang
  • Seorang yang setia apabila pulang ke banglo bapanya selepas merdeka untuk mengajar anak-anak kampung atas cintanya kepada Ahmad

4) Imam Ngah Deraman

  • Imam surau di kampung
  • Seorang yang bertanggungjawab, bertindak rasional dan berprasangka baik
  • Seorang yang prihatin kerana sentiasa mengambil tahu pergerakan Ahmad Mutawakkil

Binaan Plot

1) Permulaan

Watak utama Ahmad Mutawakkil diperkenalkan dalam keadaan cedera setibanya di surau kampung. Penduduk kampung yang baru sahaja selesai menunaikan solat Maghrib terkejut dan cemas melihat keadaan Ahmad berlumuran darah.

2) Perkembangan

Penulis mengimbas kembali kisah kampung diteroka oleh poyang sejak tiga generasi yang lalu. Pada pertengahan tahun 1930, Tuan Booth dan keluarganya datang ke kampung tersebut dan mengupah beratus orang buruh untuk menanam pokok getah. Selepas itu, lima belas buah keluarga buruh berketurunan India dibawa masuk untuk bekerja di estet milik Tuan Booth. Ahmad Mutawakkil menjadi seorang yatim piatu setelah bapanya meninggal dunia dan menumpang hidup dengan Tuan Booth selama tiga tahun.

3) Perumitan

Askar Jepun telah berjaya mendarat di Tanah Melayu pada tahun 1941. Tuan Booth dan keluarganya berpindah untuk keselamatan diri mereka. Ahmad Mutawakkil yang hidup terbiar telah dijadikan anak angkat oleh Imam Ngah Deraman atas dasar prihatin dan tanggungjawab. Tuan Booth kembali ke banglonya selepas Jepun menyerah kalah. Sandra, anak perempuan kepada Tuan Booth menyimpan perasaan kepada Ahmad. Lima orang pengganas komunis telah menyerbu banglo Tuan Booth dan mendesaknya untuk menasihati Ahmad Mutawakkil berhenti menghasut rakyat membenci ideoloogi Komunis.

4) Klimaks

Selepas menyampaikan pidatonya yang bertajuk Citra Merdeka, Ahmad Mutawakkil telah didatangi seorang budak lelaki. Pada malam iu, beliau hilang dan menimbulkan tanda tanya oleh penduduk kampung. Mereka bersama-sama mencari Ahmad yang hilang selepas menyampaikan ceramahnya.

5) Penutup

Ahmad Mutawakkil meninggal dunia di atas pangkuan Imam Ngah Deraman selepas terkena tiga das tembakan di bahunya. Selepas mendapat kemerdekaan, penduduk kampung mengadakan majlis doa kesyukuran dan bacaan tahlil untuk mengenang jasa Ahmad Mutawakkil. Setahun selepas itu, Sandra kembali ke banglo bapanya yang telah pulang ke England dan mengajar anak-anak kampung sebagai tanda cintanya kepada Ahmad Mutawakkil.

Teknik Plot

  1. Pemerian: penulis memerihalkan keadaan Ahmad Mutawakkil sewaktu dia muncul secara tiba-tiba di pintu surau kampungnya
  2. Imbas kembali: penulis mengimbas kembali peristiwa kedatangan sebuah keluarga Orang Putih ke kampungnya
  3. Imbas muka: Penulis membayangkan ketiadaan Sandra pada malam penyampaian pidato oleh Ahmad Mutawakkil di kampungnya berkemungkinan kerana kesihatan atau merajuk
  4. Dialog: dialog antara Ahmad Mutawakkil dengan Sandra di mana dia berasa terhutang budi atas kesudian Sandra mengajarnya menulis dan membaca
  5. Monolog dalaman: penulis melahirkan rasa kesyukuran dalam hatinya atas dua perkara walaupun ketika itu Jepun sedang menjajah negerinya.
  6. Saspens: peristiwa kemaraan askar Jepun yang menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941 yang menimbulkan tanda tanya tentang nasib penduduk kampung

Latar

Latar Tempat

  • Banglo: rumah kediaman Tuan Booth sekeluarga tinggal dan juga tempat Ahmad Mutawakkil menumpang nasib
  • Surau: tempat penduduk kampunng menunaikan solat berjemaah
  • England: negara asal keluarga Tuan Booth
  • Estet Ephil dna Estet Sungai Siput: tiga serangan berlaku dan mengorbankan tiga orang pengurus Inggeris

Latar Masa

  • Waktu tengah hari: Ahmad Mutawakkil tiba di kampung
  • Waktu malam: Imam Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap membincangkan berita yang disampaikan oleh Ahmad Mutawakkil
  • Zaman penjajahan: penjajahan Inggeris dan Jepun di Tanah Melayu
  • Zaman darura: Komunis bermaharaja lela di seluruh negara sehingga diisytiharkan perintah darurat
  • Zaman selepas merdeka: Sandra pulang ke kampung itu selepas setahun negara ini merdeka

Latar Masyarakat

  1. Masyarakat melayu yang tinggal di kawasan kampung dan estet – Orang kampung bekerja di kawasan estet di bawah seliaan orang Inggeris
  2. Masyarakat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi – Ahmad Mutawakkil menyampaikan pidato dan ceramah untuk menyedarkan masyarakat kampungnya
  3. Masyarakat yang taat akan perintah agama – Imam Ngah Deraman dan orang kampung menunaikan solat Maghrib secara berjemaah
  4. Masyarakat yang kejam dan zalim – Pihak Komunis menembak Ahmad Mutawakkil yang jelas menentang ideologi komunis
  5. Masyarakat yang bersatu padu bekerjasama demi keselamatan – Penduduk kampung mencari Ahmad Mutawakkil yang hilang dan membahagikan mereka kepada tiga kumpulan
  6. Masyarakat yang berbudi bahasa – Tuan Booth mesra menyapa penduduk kampung dan meraikan pasangan pengantin di kampungnya

Gaya Bahasa

  1. Diksi Bahasa Arab: Alhamdulillah, Solat Maghrib
  2. Metafora: sayap parti, garisan perang, wajah kampung
  3. Peribahasa: menjaga tepi kain orang, minta diri
  4. Personafikasi: diratah atau dirobek peluru, ketegangan merayap ke seluruh negara
  5. Paradoks: suaranya bersahaja, tetapai setiap patah perkataan yang disebutnya cukup untuk menyemarakkan hati sanubari kami
  6. Repitisi: Hati Melayu tak reti bermusuh, hati Melayu penuh dengan persahabatan
  7. Simile: Darah membuak-buak bagai mata air, laksana lautan emas kala musim menuai
  8. Sinkope: tapi saya tak sangka, saya tau awak bijak

Nilai

  1. Berani: Ahmad Mutawakkil berani untuk menyampaikan maklumat yang benar dan menyedarkan masyarakat kampungnya tentang kemerdekaan
  2. Bijaksana: Ahmad Mutawakkil telah memanfaatkan masanya bersama Tuan Booth dan keluarga untuk mempelajari Bahasa Inggeris
  3. Tanggungjawab: Tuan Booth telah membawa keluarganya berpindah selepas Jepun mendarat di Tanah Melayu untuk keselamatan mereka
  4. Kerjasama: Penduduk kampung telah bekerjasama untuk mencari Ahmad Mutawakkil yang hilang selepas memberikan ceramah
  5. Hormat: Tuan Booth dan keluarganya menghormati masyarakat kampung yang berbangsa lain dan merupakan pekerjanya
  6. Kasih sayang: Sandra pulang ke banglo milik ayahnya untuk mengajar anak-anak kampung tanda sayangnya kepada Ahmad Mutawakkil yang telah meninggal dunia.

Pengajaran

  1. Kita hendaklah berani dalam menegakkan sesuatu yang benar dan baik demi kepentingan diri dan orang sekeliling
  2. Kita mestilah sentiasa memupuk semangat cinta akan negara supaya tidak diserang penjajah dan anasir-anasri asing yang merugikan
  3. Kita seharusnya bekerjsama dalam melakukan apa sahaja tugasan yang melibatkan ramai orang kerana ia akan memberikan hasil yang lebih baik
  4. Kita perlu tabah dalam menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan
  5. Kita hendaklah mengenang jasa mereka yang telah berkorban nyawa dan tenaga untuk bangsa, agama dan juga negara
  6. Kita mestilah mengeratkan kasih sayang antara ahli keluarga dan melindungi mereka daripada sebarang bahaya

Soalan Latihan

Berikut adalah soalan-soalan latihan yang berkaitan dengan cerpen di atas.

1) Berdasarkan Cerpen ini, nyatakan dua perwatakan watak utama.

Watak utama dalam cerpen ini adalah AHmad Mutawakkil. Beliau seorang yang berani kerana menyampaikan pidato dan ceramah kepada orang kampung supaya menolak penjajah dan komunis. Selain itu, Ahmad Mutawakkil juga seorang yang bijaksana kerana telah mempelajari Bahasa Inggeris semasa menetap bersama Tuan Booth.

2) Apakah latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen di atas?  

Terdapat banyak latar masyarakat dalam cerpen ini antaranya adalah masyarakat melayu yang tinggal di kawasan kampung yang terpencil. Selain itu, latar masyarakat yang menjadi mangsa keganasan pihak komunis juga ditunjukkan. Akhir sekali, latar masyarakat yang menaruh cinta tanpa sempadan bangsa dan adat resam seperti yang ditunjukkan oleh Sandra kepada Ahmad Mutawakkil.

3) Senaraikan dua persoalan yang anda peroleh daripada cerpen yang anda kaji?

Saya telah mengkaji cerpen ini dan terdapat banyak persoalan. antaranya adalah persoalan ketabahan seseorang anak muda dalam memperjuangkan kemerdekaan kampung dan negaranya daripada penjajah. Selain itu, persoalan masyarakat asing yang datang ke kawasan kampung dan menghormati penduduk kampung juga dipamerkan dalam cerpen tersebut.

4) Apakah langkah-langkah untuk memastikan anak muda hari ini mempunyai semangat patriotisme dalam diri masing-masing?

Antara langkah yang boleh dilakasanakan untuk memastikan anak muda hari ini mempunyai semangat patriotisme yang tinggi adalah dengan pendedahan melalui filem, drama mahupun iklan mengenai pentingnya cinta akan negara. Inisiatif lain seperti mewajibkan penyertaan ke atas khidmat masyarakat seperti Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) antara langkah drastik untuk memupuk semangat patriotisme.

Diharapkan perkongsian mengenai Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil : Tema, Persoalan, Nilai, Watak & Pengajaran membantu pelajar untuk membuat persediaan sebelum menduduki ujian.

Related : selepas itu bermula pertengahan tahun 30-an tuan booth sekeluarga telah datang ke kampung itu untuk meneroka belukar, parti komunis menyerbu banglo tuan booth, akibat tembakan tiga butir peluru yang menembusi belakang bahunya, dialog antara ahmad mutawakkil dengan sandra, penulis memerihalkan keadaan ahmad mutawakkil sewaktu dia muncul secara tiba tiba di pintu surau kampungnya sebaik, tinggal di atas riba imam ngah deraman
didatangi oleh seorang budak lelaki di surau, nasihat tuan booth dan penghulu, meninggal dunia di atas riba imam ngah deraman, beratus ratus orang buruh, tabah berdepan dengan pelbagai cabaran dalam perjuangannya menuntuk kemerdekaan negara, pulang ke kampung itu bermula pertengahan tahun 30-an tuan booth sekeluarga telah datang ke kampung itu untuk meneroka belukar, diteroka oleh seorang budak lelaki di surau,