Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa : Sinopsis, Tema, Nilai & Pengajaran. Nota merangkumi watak perwatakan, gaya bahasa, latar, teknik plot.

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa : Sinopsis, Tema, Nilai & Pengajaran

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa Sinopsis Tema Nilai Pengajaran

Adakah anda pelajar Tingkatan empat (4) yang berada di kawasan Selangor, Negeri sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya? Sekiranya ya, berikut dikongsikan nota-nota Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa : Sinopsis, Tema, Nilai & Pengajaran. Anda boleh membuat ulang kaji dan merujuk nota yang disediakan sebelum menduduki sebarang ujian atau pentaksiran.

Novel ini merupakan karya penulisan Abdul Latip bin Talib yang mula menceburkan diri dalam bidang penulisan sastera pada tahun 1999. Karya lain beliau iaitu Randau Ruai dan Beraraklah Awan Pilu masing-masing telah memenangi tempat pertama dalam Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak dan Hadiah Sastera Utusan pada tahun 2005. Pengiktirafan ini jelas menunjukkan novelnya sesuai untuk dikaji oleh para pelajar di sekolah.

Nota Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa : Sinopsis, Tema, Persoalan, Gaya Bahasa, Nilai & Pengajaran

Di bawah adalah nota-nota berkaitan kajian komponen sastera bagi Novel di atas merangkumi Sinopsis, Tema, Nilai, Persoalan, Watak/ Perwatakan & Pengajaran. Turut disertakan soalan-soalan latihan yang berkenaan dengan novel.

Tema

Novel ini bertemakan keberanian seorang askar melayu dan keperwiraan mereka semasa mempertahankan tanah air daripada dijajah oleh kuasa asing.

Persoalan

1) Kasih sayang dalam keluarga

  • Pak Saidi sanggup menghantar anak-anaknya ke sekolah Inggeris di awal pagi walaupun tidak disukai oleh orang kampung tetapi demi masa depan anak-anaknya

2) Pengkhianatan anak bangsa yang memusnahkan negara

  • Adnan telah ditudih sebagai pengkhianat anak bangsa kerana keluarganya permah menjadi tali barut kepada British

3) Kebijaksanaan menggunakan taktik semasa peperangan

  • Leftenan Adnan telah menghidu helah tentera Jepun yang menyamar sebagai askar India ketika cuba menyerang askar Melayu

4) Pengorbanan seseorang dalam ahli keluarga

  • Sophia, isteri kepada Leftenan Adnan berkorban berpisah dengan suaminya yang bertugas di Singapura dan dia perlu menjaga keselamatan anak-anaknya

5) Semangat cinta akan negara

  • Leftenan Adnan yang berjuang mati-matian mempertahankan kubunya daripada jajahan askar Jepun demi mengelakkan kejatuhan kuasa negara kepada penjajah lain

6) Pendidikan merupakan jaminan masa hadapan yang lebih baik

  • Walaupun dikhuatiri oleh orang kampung, Pak Saidi tetap dengan pendiriannya untuk menghantar anak-anak ke sekolah Inggeris supaya mendapat ilmu pengetahuan yang lebih banyak.

Sinopsis

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa banyak berkisarkan tentang watak utama iaitu, Adnan. Pada awalnya, novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil. Beliau dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal, Selangor. Penduduk kampung di situ masih berada dalam kemiskinan. Kehidupan mereka bergantung pada sawah dan kebun getah yang luasnya sekadar cukup makan sahaja. Keadaan ini turut dirasai oleh Pak Saidi dan Mak Milah, ibu dan bapa Adnan. Adnan yang merupakan anak sulung mempunyai dua adik iaitu Ahmad dan Amarullah. Adnan merupakan anak yang rajin dan taat perintah orang tuanya. Pada usia sepuluh tahun beliau pergi ke kebun getak untuk membantu orang tuanya.

Pak Saidi yang berketurunan pahlawan sengaja merahsiakannya kerana khuatir diburu oleh pihak Inggeris. Jiwa dan semangat patriotik itu mengalir ke dalam diri Adnan. Pak Saidi sentiasa mementingkan sejarah tanah air, dan pentingnya orang Melayu mengubah kehidupan di negara sendiri. Penjajah telah mengambil kekayaan negara dan menjadikan kaum peribuminya miskin. Pak Saidi tidak mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaannya. Beliau berazam tinggi terhadap masa depan anak-anaknya.

Sejak kecil, Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawab memberikan didikan terbaik untuk anak-anaknya. Beliau sedar bahawa dengan ilmu pengetahuan sahaja negara akan dapat dibangunkan. Pihak penjajah sememangnya tidak suka orang-orang Melayu menjadi pandai. Atas dasar itu, Pak Saidi berhasrat mahu menghantar anak-anaknya mendapatkan ilmu pengetahuan di sekolah aliran Inggeris. Tindakan Pak Saidi itu mendapat tentangan orang kampung yang khuatir anak-anaknya akan diresapi pengaruh agama Kristian dan menjadi murtad.

Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran Inggeris dan terkenal sebagai seorang pelajar yang rajin dan pintar. Sikapnya disenangi oleh rakan-rakan dan juga guru sekolah. Adnan menyatakan dia bercita-cita untuk menjadi seorang askar. Setelah tamat persekolahan, dia diterima untuk menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Ramal. Namun begitu, bidang peguruan bukanlah minatnya. Adnan telah terpilih untuk menjadi askar dalam temu duga yang diadakan di Port Dickson. Adnan kemudian telah berkahwin dengan Sophia. Belaiu membawa isteri dan anak-anaknya ke Singapura. Adnan terpaksa menghantar anak-anak dan isterinya pulang setelah mendengar berita Jepun akan menyerang Singapura.

Satu persidangan berlangsung di Manila antara pegawai Tentera Laut Anerika Syarikat dan British pada 6 Disember 1941. Laporan risikan menyatakan bahawa angkatan laut Jepun telah belayar menuju ke Asia. Risikan juga mendapati sekurang-kurangnya 25 buah kapal pembinasa sedang emnuju ke Laut China Selatan. Perkara ini jelas merupakan isyarat bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang Dunia Kedua.

Batalion Kedua Askar Melayu telah ditempatkan di Kelantan bagi menentang pendaratan askar jepun dan berlaku pertempuran di Pantai Cahaya Bulan pada 8 Disember 1941. Hari pertama, askar Jepun mendarat, mereka telah ditentang hebat oleh askar melayu dan tentera india british. Pada hari kedua pula, kapal perang Jepun telah melepaskan tembakan di sepanjang pantai menyebabkan banyak askar terkorban. Askar Melayu yang lain terus bertahan sehingga menggagalkan pendaratan askar Jepun. Tetapi pada hari ketiga, askar melayu diarah berundur maka tenter jepun berjaya mendarat di Kelantan

Pada mulanya, British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk menangkis serangan askar Jepun. Sejurus mendapat berita tentera jepunakan mendarat di Kota Bharu, British telah menghantar askarnya berkubu sepanjang pantai. Mereka juga bertindak menghantar dua buah kapal perang, Prince of Wales dan Repulse untuk mempertahankan Tanah Melayu. Malangnya, kedua-dua buah kapal pernag tersebut berjaya ditenggelamkan oleh kapal terbang Jepun. Peristiwa itu mengejutkan pihak British dan melemahkan moral dan semangat askarnya.

Pihak British juga percaya bahawa kubu pertahanan mereka di Singapura kebal. Namun pada 15 Februari 1942, askar Jepun berjaya menakluki Singapura dan British menyerah kalah kepada Jepun. Dalam pertempuran di Kelantan dan Singapura, askar Melayu telah menunjukkan keberanian dan semanagt keperwiraan yang hebat. Sebanyak 152 orang askar melayu termasuk 7 orang pegawai Melayu yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai tersebut adalah Leftenan Adnan yang berjuang bersama 42 orang anggotanya mempertahankan Bukit Candu sehingga ke titisan darah yang terakhir

Binaan Plot

Permulaan

Pembaca diperkenalkan kepada watak utama, Adnan. Dia digambarkan sebagai seprang anak muda yang mempunyai ciri-ciri keistimewaaan dalam dirinya. Dia memiliki sifat keberanian yang jarang terdapat pada orang yang seusia dengannya.

Perkembangan

Seterusnya, cerita ditumpukan pada suasana kehidupan penduduk Kampung Sungai Ramal, Kajang yang hidup dalam serba kemiskinan. Keadaan itu telah memberi kesedaran kepada ayah Adnan, Pak Saidi untuk mengubah nasib bangsanya. Dia berpendapat bahawa anak -anak perlu diberikan didikan yang sempurna sehingga mampu membawa perubahan kepada keluarga, bangsa dan negara. mereka tidak harus kekal menjadi petani yang miskin

Perumitan

Pak Saidi telah bertindak untuk menghantar anaknya belajar di sekolah Inggeris. Penduduk kampung khuatir anak Pak Said akan menjadi murtad. Penduduk Kampung Sungai Ramal berasa kurang senang dan ingin menghalau Pak Saidi sekeluarga. Pak Saidi teguh dnegan pendiriannya dan menghiraukan penduduk kampungnya.

Klimaks

Berlaku satu pertempuran yang sangat sengit antara tentera British yang dibantu oleh askar melayu menentang askar Jepun. Kejatuhan satu per satu negeri-negeri di Tanah Melayu ke tangan Jepun telah menyebabkan British terpaksa mempertahankan Singapura sebagai kubu terakhir mereka. Leftenan Adnan yang merupakan pegawai tentera yang diamanahkan untuk mempertahankan kubu di Pasir Panjang dan Bukit Candu. beberapa siri pertempuran berlaku antara askar Melayu dna tentera Jepun. Pertahanan Askar Melayu di Bukit Candu semakin meruncing akibat diasak tanpa henti oleh tentera Jepun. Leftenan Adnan terus memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak buahnya.

Peleraian

Jepun telah berjaya menawan Bukit Candu. semua anggota askar Melayu telah terkorban kecuali Leftenan Adnan dan Koperal Yaakob. Leftenan Adnan telah ditangkap dan diseksa oleh Leftenan Renya Mutuguchi. Leftenan Adnan telah digantung pada pokok ceri. Leftenan Renya Mutuguchi telah mengambil bayonet lalu menikam perut Leftenan Adnan dan digilir oleh seorang demi seorang tentera Jepun yang lain. Jeneral A.E Pervical akur akan kekalahan tenteranya kepada pihak Jepun

Teknik Plot

  • Dialog : Perbualan antara Pak Saidi dengan Mak Milah. Pak Saidi melahirkan rasa terkilannya kerana orang-orang melayu miskin di tanah air sendiri
  • Imbas kembali : Leftenan Adnan teringat suasana meriah menyambut hari raya ketika zaman kanak-kanaknya
  • Pemerian : Pengarang memerihalkan angkatan tentera British di Singapura sebanyak 85,000 orang dan mampu menyekat kemaraan tentera Jepun yang cuma berjumlah 30,000 orang
  • Saspens : Pembaca tertanya-tanya tentang tindakan selanjutnya dari Leftenan Adnan semasa beliau dan pasukannya mengepung tempat persembunyian musuh
  • Kejutan : Deris terkejut apabila mendapati lelaki di sebalik topeng itu sebenarnya ialah Samad

Watak dan Perwatakan

1) Leftenan Adnan

  • Watak utama yang merupakan anak sulung Pak Saidi dan Mak Milah
  • Bersekolah di sekolah inggeris dan pernah berkhidmat sebagai guru sebelum menjadi askar
  • Berkahwin dengan Sophia dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mokhtar, Zainudin dan Fatimah
  • Mahir dalamilmu persilatan
  • Seorang yang bijak apabila telah mengesan pihak lawan menyusun strategi ketika berperang
  • Seorang yang mempunyai semangat conta akan negara yang tinggi
  • Seorang yang patuh kepada kedua orang tua

2) Pak Saidi

  • Bapa kepada Adnan, Ahmad dan Amarullah, suami kepada Mak Milah
  • Bekerja sebagai pekebun dan pesawah
  • Seorang yang berpandanagn jauh apabila menghantar anak-anaknya ke sekolah Inggeris
  • Seorang yang prihatin dan bertanggungjawab dalam menjaga dan mendidik anak-anaknya

3) Jeneral A.E. Percival

  • Seorang Pegawai Askar British
  • Bijak dalam mengatur strategi tetapi kurang cekap dalam mengurus pentadbiran
  • Seorang yang mudah berprasangka buruk terhadap musuh
  • Seorang yang tidak adil semasa melakukan pembahagian senjata

4) Jeneral Tomoyuki Yamashita

  • Merupakan Pegawai Pemerintah Tentera Jepun
  • Seorang yang bijak menyusun strategi
  • Seorang yang zalim dan tidak berperikemanusiaan
  • Seorang yang pendendam dan berpendirian tegas

Latar

Latar tempat

  • Kampung Sungai Ramal, Kajang
  • Pagar Ruyung
  • Kampung Sungai Merab
  • Sekolah Melayu Sungai Ramal
  • Port Dickson
  • Singapura
  • Pangkalan Tentera Pasir Panjang
  • Bukit Candu

Latar masa

  • 10 Disember 1941
  • 14 Disember 1941
  • Pagi 4 Disember 1941
  • Sekitar awal tahun 40-an
  • Waktu pagi, petang dan malam
  • Tengah malam 8 Disember 1941

Latar masyarakat

  • Masyarakat yang cinta akan negara
  • Masyarakat yang mementingkan pendidikan
  • Masyarakat yang memiliki keberanian dan jati diri yang teguh
  • Masyarakat yang bijak mengatur strategi dan mengenal pasti helah musuh
  • Masyarakat yang tidak berperikemanusiaan
  • Masyarakat yang menjadi pembelot dan pengkhianat bangsa

Gaya Bahasa

  • Peribahasa – Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. sediakan payung sebelum hujan
  • Personifikasi – Fikirannya melayang-layang mengenang kembali peristiwadua hari yang lalu
  • Hiperbola – Bahangnya terasa perit membakar kulit
  • Metafora – api kemarahan, menyentuh jiwa
  • Simile – Macam ayam berak kapur, Seumpama ombak besar menghempas pantai

Nilai

  • Keberanian : Leftenan Adnan berani berjuang menentang tentera Jepun walaupun tanpa senjata
  • Bijaksana : Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang
  • Tabah : Sophia tabah memelihara anak-anaknya selepas suaminya terkorban di medan perang
  • Tanggungjawab : Leftenan Adnan melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi untuk mempertahankan BUkit Candu daripada ditawan oleh pihak Jepun
  • Rasional : Pak Saidi yakin untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah aliran Inggeris
  • Cinta akan negara : Leftenan Adnan sanggup melepaskan jawatannya sebagai guru pelatih untuk memasuki bidang ketenteraan

Pengajaran

1. Kita hendaklah berpandangan jauh dalam kehidupan kerana bercita-cita tinggi adalah satu semangat untuk mengubah diri ke arah lebih baik

2. Kita seharusnya mempunyai sifat cinta akan negara dan berusaha untuk mengekalkan kedaulatannya daripada sebarang ancaman

3. Kita perlu menyayangi anggota keluarga kita dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab

4. Kita tidak sewajarnya menjadi seorang pengkhianat kepada sesiapa pun kerana perkara tersebut hanya akan merugikan pihak yang disabotaj

5. Kita mestilah tidak berputus asa dalam kehidupan walaupun pelabagi dugaan dan cabaran yang menimpa kita

6. Kita seharusnya menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh komited dan ikhlas

Soalan Latihan

1) Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut

Novel yang saya kaji ialah Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa. Antara latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah Kem Latihan Haig Lines Port Dickson dan Kampung Sungai Ramal, Kajang

2) Jelaskan dua konflik yang dihadapi oleh watak utama dalam novel yang telah anda pelajari

Leftenan Adnan yang merupakan watak utama dalam novel yang saya kaji iaitu Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa menghadapi beberapa konflik. Salah satunya adalah konflik penentangan daripada Budin yang bermula daripada perlawanan bola sepak dan tidak berpuas hati. Budin diatur untuk bertinju dengan Adnan tetapi akhirnya mereka bersepakat untuk tidak meneruskan perlawanan tinju tersebut. Konflik lain yang dihadapinya ialah apabila diperlekehkan oleh rakan-rakan terhadap cita-citanya. Adnan yang bercita-cita untuk menjadi seorang tentera diperlekehkan kerana keluraganya pernah menjadi tali barut kepada pihak Tentera British.

3) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

Berdasarkan novel yang saya kaji, Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib, terdapat persoalan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Pak Saidi. Pak Saidi yang merupakan bapa kepada Leftenan Adnan sanggup menghantar anaknya ke sekolah Inggeris bagi memastikan anak-anaknya mempunyai masa hadapan yang baik. Walaupun ditentang oleh penduduk kampung, Pak Saidi sanggup berbasikal pada awal pagi untuk menghantar Adnan ke sekolah.

4) Jelaskan dua peristiwa yang menjadi teladan kepada anda dalam novel yang telah anda kaji

Antara peristiwa yang telah menjadi teladan dalam novel yang saya kaji adalah apabila Leftenan Adnan bermati-matian mempertahankan Bukit Candu daripada ditawan oleh tentera Jepun. Sleian itu, peritiwa Pak Saidi yang sanggup menghantar anaknya ke Sekoalh Inggeris walaupun mendapat tentangan orang kampung.

5) Sila huraikan tema novel yang telah anda kaji

Berdasarkan novel yang saya kaji, tema novel ini adalah keberanian seseorang askar yang mempertahankan tanah air daripada dijajah oleh orang asing. Tema ini dibuktikan oleh watak utama, Leftenan Adnan yang telah berjuang bermati-matian mempertahankan Bukit Candu daripada ditakluki oleh tentera Jepun. Sebelum itu, beliau juga telah memberikan kata-kata semangat kepada askar-askar lain untuk mempertahankan kubu mereka daripada musuh.

Semoga perkongsian berkaitan Novel ini meliputi Sinopsis, Tema, Nilai & Pengajaran serta lain-lain bab penting dapat membantu semua.

Related : berhasrat mahu anak belajar di sekolah inggeris, novel leftenan adnan wira bangsa karya, mendapat pendidikan di sekolah inggeris, mak milah dan mempunyai tiga orang anak lelaki, king george vi di london, agama bangsa dan tanah air, berhasrat mahu anak ke titisan darah yang terakhir, sulung pak saidi tidak mahu anak anaknya mewarisi pekerjaannya, menghantar anak ke titisan darah yang terakhir, leftenan adnan bin saidi, anggota askar melayu termasuk, seramai 152 anggota askar, berhasrat mahu anak anaknya mewarisi pekerjaannya, pertahanan askar melayu termasuk 7 pegawai melayu dan 6 orang pegawai british yang dipinjamkan ke rejimen askar melayu terkorban, mak milah dan 6 orang pegawai british yang dipinjamkan ke rejimen askar melayu terkorban, menyertai upacara pertabalan king george vi di london, novel leftenan adnan wira bangsa karya abdul latip, kem latihan ketenteraan di port dickson,