Harga PS5 Di Malaysia (Playstation 5 Versi Digital & Biasa). Harga rasmi ps5 baru di pasaran malaysia dan tarikh pelancaran bila boleh beli.

Harga PS5 Di Malaysia Dan Tarikh Pelancaran (Versi Digital & Biasa)

Harga dan tarikh pelancaran PS5 Di Malaysia. Ketibaan konsol permainan yang dinanti-nantikan oleh peminat semakin menghampiri. Setelah pelancarannya tertangguh kerana COVID-19, PlayStation akhirnya akan mengumumkan pengeluaran konsol permainan terbaru mereka iaitu Sony PlayStation 5. Kali ini didatangkan dengan dua versi iaitu versi digital (digital edition) dan versi biasa yang mempunyai slot cakera padat di samping rekabentuk yang menarik serta futuristik.

Permainan konsol yang menjadi hobi dan kegemaran orang ramai terutamanya golongan muda untuk meluangkan masa lapang di rumah telah berkembang dari pelbagai sudut. Kini, permainan maya secara berkumpulan dapat direalisasikan begitu juga dengan permainan realiti maya yang semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat. Dari tahun ke tahun, pengeluar konsol dan juga permainannya tidak berhenti memperbaiki kualiti dan ciri-ciri permainan bagi memberikan kepuasan berganda kepada pemain.Konsol PlayStation 5 (PS5) juga menyokong permainan video resolusi 4K

harga playstation 5 tarikh pelancaran versi digital versi biasa

Harga Rasmi PlayStation5 Di Malaysia

Di bawah adalah perkongsian maklumat berkenaan Harga Dan Tarikh Pelancaran PlayStation 5 (Versi Digital & Biasa) serta ciri-ciri terbaharu sebagai rujukan untuk semua.

“Official price” bagi keluaran di Malaysia akan diumumkan bersama tarikh pelancaran. Berikut adalah maklumat berdasarkan pelancaran global di Amerika Syarikat (Direct convert ke Ringgit Malaysia).

Untuk pasaran Malaysia akan dikemaskini dari masa kesemasa.

HARGA RUNCIT RASMI PS5 Di MALAYSIA

i) Versi Biasa (Konsol Ultra HD Blu-Ray)

  • RM2,229 RM2,499 (Harga Rasmi bermula 25 Ogos 2022)
  • Pratempah bermula 12 November 2020

ii) Versi PS5 Digital

  • RM1,869 RM2,069 (Harga Rasmi bermula 25 Ogos 2022)
  • Pratempah bermula 12 November 2020

harga rasmi ps5 Malaysia

Tarikh Pelancaran PlayStation 5 di Malaysia

Pihak Sony yang merupakan pengeluar konsol permainan PlayStation telah mengumumkan penawaran konsol terbaru mereka bermula November 2020. PlayStation 5 yang dihadiri dengan dua versi ini akan ditawarkan dibeberapa buah negara iaitu Amerika Syarikat, Jepun, Kanada, Australia, New Zealand dan Korea Selatan bermula 12 November 2020.

Penawaran atau pelancaran konsol PlayStation 5 di Malaysia adalah pada tanggal:

  • 11 Disember 2020 (Rasmi)

God Of War: Ragnarok yang bakal menjadi permainan untuk Play Station 5 dan xbox series x

Spesifikasi PlayStation 5

Spesifikasi lengkap konsol permainan PlayStation 5 akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Berikut adalah spesifikasi yang telah dikongsikan di mana masa muatan yang lebih pantas dan sokongan grafik yang lebih realistik:

  • CPU: 8x Zen 2 Teras dengan 3.5Ghz
  • GPU: 10.28 TFLOPS, 36 CU dengan 2.23Ghz
  • Memori: RAM 16GB GDDR6
  • Storan: 825GB SSD dengan kelajuan 5.5GB/s (tidak mampat), 8-9GB/s (mampat)
  • Pemacu Optik: 4K UHD Blu-ray drive

NOTA: Versi digital juga mempunyai spesifikasi yang sama tetapi tiada pembaca cakera padat.

Selain itu, terdapat beberapa aksesori konsol yang akan dijual bersama keluaran baharu ini iaitu alat kawalan DualSense, DualSense Charging Station, Kamera HD, Pulse 3D Wireless Headset dan Media Remote. Sony juga mengesahkan bahawa PlayStation 5 tidak menyokong keserasian Belakang untuk PS3, PS2 dan PS. Walau bagaimanapun, PS terkini menyokong 99% permainan PS4 dan ingin memastikan ia menggunakan kelebihan yang disertakan oleh SSD dan alat kawalan DualSense.

Maklumat lanjut

Bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan Sony PlayStation 5, sila rujuk pautan yang disediakan di bawah:-

1. PlayStation

2. Sony

Related : 17 september pre order untuk menjadi, digital edition, kadar inflasi,