Drama Tenang-Tenang Air Di Tasik : Tema, Sinopsis, Persoalan. Nota meliputi watak perwatakan, latar, nilai dan pengajaran.

Drama Tenang-Tenang Air Di Tasik : Tema, Sinopsis, Persoalan

Drama Tenang Tenang Di Air Tasik Tema Sinopsis Persoalan

Perhatian kepada pelajar Tingkatan 3 yang mencari nota rujukan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Sudahkah anda membuat nota untuk mengulangkaji topik-topik Komponen Sastera (KOMSAS)? Oleh itu, berikut dikongsikan nota-nota ringkas Drama Tenang-Tenang Air Di Tasik : Tema, Sinopsis, Watak Perwatakan, Latar, Nilai, Persoalan dan Pengajaran untuk rujukan semua.

Untuk pengetahuan semua, drama ini merupakan karya penulisan Norhashimah Hashim. Beliau merupakan seorang penulis yang juga menghasilkan novel seperti Masih Ada Sinar dan Lambaian Kinabalu. Pelajar yang mengkaji karya ini seharusnya mengambil iktibar dalam mendepani kehidupan terhadap golongan-golongan kelainan upaya terutamanya mereka yang cacat penglihatan.

Nota Drama Tenang-Tenang Air Di Tasik : Tema, Sinopsis, Watak Perwatakan, Latar, Nilai, Persoalan & Pengajaran

Di bawah dikongsikan nota-nota mengenai Drama di atas meliputi Tema, Sinopsis, Watak Perwatakan, Latar, Nilai, Persoalan dan Pengajaran. Turut disertakan nota binaan plot, teknik plot, dan soalan latihan yang berkaitan.

Tema

Drama ini bertemakan sikap segelintir individu yang prejudis terhadap orang kelainan upaya.

Persoalan

1) Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya

  • Ibu Muzafar risau akan keselamatan anaknya yang perlu menjaga pseserta cacat penglihatan dalam ekspedisi kayak

2) Berani melakukan sesuatu diluar keselesaan

  • Muzafar berani untuk menerima tanggungjawab membawa orang-orang kelainan upaya yang cacat penglihatan untuk berkayak di Tasik Permai

3) Kesabaran dalam mengajar

  • Muzafar dan Azizi banyak bersabar dan cuba memberikan yang terbaik dalam latihan kayak kepada peserta ekspedisi yang cacat penglihatan

4) Kerjasama yang kuat akan memudahkan sesuatu tugasan

  • Muzafar dan Azizi bekerjasama dan membantu peserta-peserta sepanjang ekspedisi kayak itu berlangsung.

Sinopsis

Muzamir berdiri di hadapan Tasik Permai untuk menikmati keindahan alam yang tenang dan damai. Jiwanya berasa tenteram apabila mendengar air tasik yang mengalir. Sungguhpun demikian, dia tertanya-tanya akan tenangkah hati mereka yang bertandang ke situ nanti? atau tenangkah orang yang akan menyambut kedatangan mereka nanti. Ibu Muzafar sangat terkejut apabila mendapat tahu bahawa Muzafar akan melatih dan mengiringi kumpulan orang cacat penglihatan berkayak merentasi Tasik Permai. Ibunya tidak memberikan keizinannya. Muzafar cuba meyakinkan ibunya kerana dengan pengalaman dan kepakaran yang dimilikinya sebagai jurulatih, dia pasti dapat menjalankan tanggungjawab itu dengan baik.

Namun, ibunya bertambah risau apabila mendapat tahu bahawa ekspedisi tersebut mengambil masa empat hari tiga malam apabila menimbangkan keadaan fizikal para peserta. Tetapi Muzafar berkata bot polis dan penyelamat akan mengiringi mereka sepanjang ekspedisi tersebut. Muzafar memberitahu Azizi tentang bantahan ibunya berhubung ekspedisi mereka pada kali itu menyebabkan Azizi berasa hairan. Azizi menasihati Muzafar bahawa ibunya mungkin hanya risau akan keselamatannya yang merupakan anak tunggal dalam keluarga Muzafar.

Muzafar dan Azizi telah menyambut ketibaan pasukan ekspedisi yang diketuai oleh Muzamir, seorang pemuda buta. Daripada 36 orang peserta, enam orang mempunyai penglihatan normal termasuk Haris dan Nurul. Salah seorang peserta yang rabun, Lidia memberi keyakinan bahawa dia boleh menjadi jurumudi tetapi perlu sentiasa diawasi. Muzafar menasihati mereka agar berehat seketika sebelum memulakan latihan berkayak. Apabila semua pesert atelah memakai pakaian dan peralatan yang lengkap, Muzafar dan Azizi mula memberikan taklimat. mereka menegaskan tentang pentingnya menjaga keselamatan setiap peserta. Azizi pula mengatakan bahawa dia tidak mahu melihat mereka melakukan kesilapan.

Muzafar telah menegur Naza dan Shamsul yang keberatan membenarkan pasangan mereka mendayung kerana lebih suka mengendalikan kayak sendirian. Nurul melaporkan bahawa Suri hampir menangis kerana tidak dapat mendayung. Lidia juga memberitahu perihal Aidil dan Shamsul yang asyik bertekak. Muzafar mengingatkan semua peserta harus diberi peluang mendayung. Sebelum memulakan latihan, Azizi  menasihati semua peserta untuk menerima teguran dengan positif demi kebaikan semua.

Muzafar cuba menanam semangat berekspedisi dan setiakawan dalam kalangan semua peserta. Selepas itu, Muzafar dan Azizi mengajar mereka rafting, cara menyelamatkan diri serta orang lain jika berlaku kayak terbalik. Semua peserta akan diberi peranan sebagai penyelamat serta orang yang diselamatkan. Pada waktu malam, Azizi menegur Muzamir yang duduk berseorangan di beranda chalet sedangkan semua peserta lain sudah tidur. Muzamir berkata dia tidak boleh tidur kerana gembiran dengan pencapaian pasukannya. Muzamir juga meluahkan penghargaan atas layanan serta tunjuk ajar daripada Azizi.

Ketika berbual dengan Azizi, Nurul meluahkan rasa kasihan kepada Azizi yang penat melatih mereka. Azizi mengatakana bahawa itu adalah tugasnya dan dia juga mengakui kehadiran pasuakn tersebut banyak memberi pengajaran kepada mereka berhubung cara yang betul untuk memimpin orang cacat penglihatan. Nurul dan kawan-kawannya juga dapat mengajar Azizi dan Muzafar cara melayan makan dan minum golongan tersebut. Secara tidak langsung, erti kesabaran lebih didalami. Nurul mengakui bahawa penerangan Azizi dan Muzafar agak membingungkan kerana mereka yang rabun dan buta tidak dapat melihat aksi yang ditunjukkan Azizi dan Muzafar.

Ketika berbual dengan Haris dan Nurul, Muzafar bertanyakan asal usul Muzamir. Nurul memberitahu bahawa Muzamir berasal dari sebuah keluarga ternama dan berada di Kelantan. Muzamir yang cacat penglihatan telah diserahkan kepada keluarga angkat di Johor demi menjaga kedudukan mereka. Pada ketika itu, Nurul bertanya kepada Haris sama ada dia perasan akan muka Muzafar dan Muzamir seiras. Haris bersetuju dan menyatakan nama mereka juga hampir sama.

Azizi menegur Muzafar yang sedang merenung dirinya di cermin. Muzafar menceritakan perbualannya dengan Nurul dan Haris tentang muka dan perwatakannya yang serupa dengan Muzamir. Azizi mengiyakan kata-kata Muzafar dan mengatakan bahawa semua itu ialaha kuasa Tuhan. Kepulangan Muzafar telah disambut oleh ibunya di rumah. Dia menegur Muzafar kerana tidak menghubunginya sehingga menyebabkan dia berasa risau akan keselamatan anaknya. Muzafar meminta maaf dan memberitahu bahawa dia sibuk dan terkadang leka berbual dengan peserta ekspedisi tersebut yang berjaya berjalan dengan lancar.

Muzafar kemudiannya mengajak ibunya pergi ke tempat peranginan di mana dia bekerja untuk melihat video rakaman ekspedisinya itu. Ibunya yang kebetulan lapang masa pada keesokan harinya bersetuju untuk memenuhi permintaan Muzafar. Semasa menyaksikan tayangan video rakaman di studio itu, ibu Muzafar pun bertanya sebab Muzafar teraba-raba macam peserta lain. Dia terkejut sebenarnya manusia yang dilihat adalah Muzamir yang seiras dengan wajah anaknya. Azizi pula menunjukkan gambar Muzafar yang menjadi hero ketika membantu Mezamir yang terbalik kayaknya. Ibu Muzafar yang masih terkejut keluar dan tidak mahu lagi menonton video rakaman tersebut. Muzafar memberitahu Azizi bahawa dia sangat yakin ibunya tahu semua jawapan kepada persoalan yang timbul. Dia ingin tahu kaitan dirinya dengan Muzamir.

Watak Dan Perwatakan

1) Muzafar

  • Watak utama dan merupakan anak tunggal
  • Mempunyai wajah yang seiras Muzamir dan berperwatakan sama
  • Bekerja di sebuah tempat peranginan yang bernama Permai Resort
  • Bapanya telah meninggal dunia manakala ibunya seorang bekas pegawai
  • Seorang yang beramanah dan bertanggungjawab
  • Seorang yang rasional dan berpendirian tegas dalam membuat keputusan
  • Seorang yang gigih dalam melakukan sesuatu perkara lebih-lebih lagi mencari jawapan tentang persamaan dirinya dengan Muzamir

2) Ibu Muzafar

  • Ibu kepada Muzafar dan balu yang kematian suami
  • Bekas pegawai yang kini bergiat aktif dalam pertubuhan sukarela Jawatankuasa Kaum Ibu
  • Seorang pemimpin wanita yang unggul, berfikiran terbuka dan berpandangan jauh
  • Seorang yang penyayang terhadap anaknya dan risau akan keselamatan anaknya
  • Seorang yang pandai menyimpan rahsia dan mementingkan status dan maruah keluarga

3) Muzamir

  • Merupakan peserta ekspedisi kayak di Tasik Permai
  • Seorang yang cacat penglihatan
  • Berasal daripada sebuah keluarga yang mempunyai nama di Kelantan tetapi telah diserahkan kepada keluarga angkat di Johor kerana keadaannya yang cacat
  • Umur sebaya dengan Muzafar dan berperwatakan seiras dengannya
  • Seorang yang tabah menjalani kehidupan walaupun dilahirkan dalam keadaan yang kurang sempurna
  • Seorang yang gigih berlatih kayak sebelum menyertai ekspedisi merentasi Tasik Permai walaupun mempunyai kekurangan dari segi penglihatan

4) Azizi

  • Seorang pekerja di Permai Resort dan rakan kepada Muzafar
  • Seorang yang peramah dan bersikap baik hati terhadap semua orang
  • Seorang yang menghormati orang lain dan menerima pendapat orang lai

Binaan Plot

Permulaan

Drama ini bermula apabila Muzafar memberitahu ibunya tentang tugasnya untuk melatih sekumpulan peserta yang cacat penglihatan untuk berkayak. Latihan tersebut bagi mempersiapkan mereka menyertai ekspedisi merentasi Tasik Permai. Ibu Muzafar tidak setuju kerana risau akan keselamatan anaknya.

Perkembangan

Pekerja di Permai Resort menyambut kedatangan peserta-peserta ekspedisi Tasik Permai yang terdiri daripada 36 orang kesemuanya. Daripada jumlah tersebut, 6 daripadanya tidak mempunyai cacat penglihatan. Keesokannya, Azizi dan Muzafar mula memberikan taklimat dan tunjuk ajar mengenai cara berkayak dengan betul.

Perumitan

Muzamir meluahkan rasa kecewanya terhadap rakan-rakan sepejabatnya yang memandang rendah keupayaannya. Sebab itu, dia mengatur ekspedisi ini bagi membuktikan keupayaannya seperti orang normal dan bersyukur apabila pihak pusat peranginan ini menerima kehadiran dirinya dan rakan-rakan. Muzafar mendapat tahu cerita disebalik Muzamir dan ramai di kalangan mereka mengatakan persamaan Muzafar dan Muzamir

Peleraian

Muzafar telah membawa ibunya ke pusat peranginan di mana dia bekerja untuk melihat rakaman video ekspedisi kayak tempoh hari. Ibu Muzafar terkejut apabila melihat Muzamir yang terjatuh daripada kayak dan menyangka Muzamir adalah Muzafar. Ibunya keluar dan tidak mahu lagi melihat rakaman tersebut meninggalkan tanda tanya kepada Muzafar akan status dirinya dan Muzamir.

Teknik Plot

  • Dialog : Nurul: Kesian abang. Azizi: Kesian apa pula, Nurul? Nurul: Kami menyusahkan abang.
  • Monolog : Muzamir  Aduhai tasik! Damai sungguh hati ini apabila merasa kedinginan airmu. Ah! Tenteramnya jiwa ini mendengar airmu mengalir tenang.
  • Pemerian : Muzafar dan Azizi berdiri di hadapan Tasik Permai. Bersama-sama mereka ialah Haris, Nurul, Lidia dan peserta ekspedisi yang cacat penglihatan.
  • Imbas Kembali : Malam tadi, Nurul dan Haris kata, muka dan perawakan saya macam muka dan parawakan Zam
  • Imbas Muka : Muzafar: (Mengeluh) Entahlah bang. Saya sendiri tidak faham apa makna semua ni. Yang pasti, sejak saya bertemu Zam banyak persoalan baru mula berlegar-legar dalam kepala saya.

Latar

Latar masa

  • Waktu Pagi : Muzafar dan Azizi menyambut kedatangan sekumpulan peserta ekspedisi yang terdiri daripada 36 orang
  • Waktu malam : Azizi dan Muzamir bersembang mengenai ekspedisi kayak yang bakal mereka lalui
  • Empat hari, tiga malam : Muzafar bersama kumpulan Muzamir berlatih kayak selama empat hari

Latar tempat

  • Rumah Muzafar : Ibu Muzafar menyatakan kerisauannya apabila Muzafar ingin melakukan ekspedisi dengan golongan kurang upaya
  • Permai Resort : Tempat Muzafar bekerja bersama-sama Azizi
  • Tasik Permai : Lokasi di mana ekspedisi kayak diadakan bersama peserta yang mempunyai cacat penglihatan
  • Studio, Permai Resort : Muzafar telah menunjukkan ibunya rakaman video ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai

Latar masyarakat

  • Masyarakat yang berani dalam melakukan aktiviti di luar keselesaan masing-masing
  • Masyarakat yang sayang kepada nak dan risau akan keselematan mereka
  • Masyarakat yang bekerjasama dan saling bantu-membantu
  • Masyarakat kurang upaya yang cacat penglihatan tetapi tabah dan mahu hidup seperti manusia biasa

Gaya Bahasa

  • Bahasa Arab : Assalamualaikum, Insya-Allah
  • Bahasa Inggeris : water confidence, rafting
  • Metafora : lautan mimpi
  • Peribahasa : Tak ada beban, batu digalas. mati akal. sampai hati
  • Sinkope : Habis tu, kenapa Zam tak dapat tidur?
  • Simile : macam wanita kolot pula
  • Repitisi : Tidak … tidak … tidak.

Nilai

  • Kasih Sayang : Ibu Muzafar risau akan keselamatan anaknya menyertai ekspedisi merentasi Tasik Permai bersama orang yang cacat penglihatan
  • Berani : Muzafar berani mencabar diri untuk menjayakan ekspedisi merentasi Tasik Permai walaupun pesertanya terdiri daripada golongan kurang upaya
  • Tegas : Muzafar dan Azizi bertegas ketika melatih peserta untuk berkayak dengan betul kerana ingin mengelakkan kesilapan daripada berlaku
  • Baik hati: Seramai enam orang sukarelawan yang mempunyai penglihatan normal menyertai ekspedisi tersebut untuk membantu menjayakan program tersebut.

Pengajaran

  1. Kita seharusnya tidak memilih kasih dalam kehidupan dan cuba untuk menyayangi serta menghormati setiap orang tanpa sebarang prejudis
  2. Kita perlu berani memikul tanggungjawab supaya pengalaman tersebut mengajar kita untuk menjadi seorang yang lebih baik
  3. Kita digalakkan untuk mengamalkan sikap kerjasama antara satu sama lain supaya tugasan tersebut diselesaikan dengan lebih baik
  4. Kita hendaklah tidak berputus asa dalam mencapai sesuatu objektif yang ingin dicapai dalam kehidupan kita

Soalan Latihan

1) Berdasarkan Drama Tenang-Tenang Air Di Tasik, apakah yang dimaksudkan dnegan rangkai kata “bukan senang nak kikis ketakutan”?

  • Maksud rangkai kata tersebut adalah kesukaran untuk membuang perasaan takut atau fobia terhadap sesuatu

2) Berikan dua nilai yang anda dapati daripada Drama yang anda kaji.

  • Berdasarkan drama yang saya kaji, nilai yang ditunjukkan adalah nilai prihatin seperti yang ditunjukkan oleh Nurul terhadap Azizi apabila dia melihat Azizi keletihan melatih peserta-peserta ekspedisi. Azizi pula menunjukkan nilai dedikasi apabila berkata kepada Nurul bahawa ia merupakan tanggungjawabnya untuk melatih peserta tersebut dengan penuh semangat supaya tidka berlaku kesilapan kelak

3) Pada pendapat anda, apakah perkara yang boelh dilakukan untuk membantu golongan kelainan upaya dalam mendepani kehidupan seharian.

  • Saya berpendapat bahawa golongan kelainan upaya perlu dibantu dari segi menyediakan kemudahan di tempat-tempat awam seperti tempat parkir, tandas dan laluan pejalan kaki. Pada masa yang sama, pengajaran bahasa isyarat kepada masyarakat membantu merapatkan jurang komunikasi antara golongan kelainan upaya ini.

4) Nyatakan dua perwatakan watak utama Drama yang anda kaji.

  • Watak utama dalam drama ini adalah Muzafar. Beliau merupakan seorang yang berani dalam melakukan tugasan di luar keselesaannya supaya dapat mempelajari sesuatu yang lebih baik. Selain itu, dia juga seorang yang gigih dalam melaksanakan tugas apabila memastikan semua peserta mendapat cara kayak yang betul supaya tidak berlaku perkara yang salah nanti.

5) Berdasarkan petikan drama di atas, apakah cara bantuan yang dapat diberikan jika kayak terbalik?

  • Kaedah yang digunakna jika kayak terbalik atau rafting dipanggil commando rescue, peserta perlu cuba menyelamatkan diri dan masuk semula ke dalam kayak tanpa bantuan orang lain. Selain itu terdapat juga T rescue dan H rescue dimana kayak yang berdekatan akan membantu kayak yang terbalik.

6) Berikan pendapat anda tentang langkah untuk menggalakkan orang ramai menyertai aktiviti sukan lasak seperti kayak dan sebagainya. 

  • Langkah untuk menggalakkan orang ramai menyertai aktiviti lasak seperti berkayak adalah dengan mewujudkan lebih banyak kawasan yang menawarkan aktiviti sukan lasak. Selain itu, pihak kementerian berkaitan boleh menjalankan kempen dengan melibatkan selebriti atau pempengaruh sosial media untuk melakukan aktiviti lasak. Kekayaan alam semula jadi di seluruh negara wajar dimanfaatkan dengan aktiviti lasak supaya masyarakat kini lebih menghargai khazanah yang kita miliki ini

Semoga perkongsian nota berkaitan Drama Tenang-Tenang Air Di Tasik : Tema, Sinopsis, Persoalan ini membantu semua.

Related : utuh dalam pertubuhan sukarela jawatankuasa kaum ibu, sikap prejudis segelintir masyarakat terhadap golongan, berasal daripada sebuah keluarga yang kaya dan ternama di kelantan tetapi ketika berusia tiga bulan dia telah diserahkan kepada keluarga angkat di johor kerana, membuktikan keupayaannya berkayak seperti orang, kisah sedih muzamir yang berasal, kerjasama yang unggul berfikiran terbuka dan berpandangan jauh, sebaya dan berpendirian tegas dalam membuat keputusan, mengatur ekspedisi berkayak tersebut untuk, melatih para peserta berehat azizi dan muzafar, keesokannya azizi dan berpendirian tegas dalam membuat keputusan, bekerja di johor disebabkan dia dilahirkan buta, lantaran itulah dia berusaha untuk, kasih sayang pengikat hubungan kekeluargaan, selepas para peserta berehat azizi dan muzafar, melahirkan rasa kecewanya terhadap rakan rakan sepejabatnya yang memandang rendah, mempunyai wajah dan berpendirian tegas dalam membuat keputusan, gigih dalam pertubuhan sukarela jawatankuasa kaum ibu, berasal daripada sebuah keluarga yang kaya dan ternama di kelantan tetapi ketika berusia tiga bulan dia telah diserahkan kepada keluarga angkat di johor disebabkan dia dilahirkan buta,