Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga : Maksud, Tema, Nilai, Pengajaran. Nota merangkumi gaya bahasa, bentuk, persoalan.

Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga : Maksud, Tema, Nilai, Pengajaran

Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga Maksud Tema Nilai Pengajaran

Sebelum menduduki pentaksiran atau peperiksaaan, pelajar digalakkan untuk mengulang kaji dan menulis nota-nota ringkas sebagai teknik untuk memahami dan mengingati isi-isi penting mata pelajaran tersebut. Oleh itu, perhatian kepada pelajar Tingkatan 4 yang ingin mengulangkaji mata pelajaran Bahasa Melayu. Di bawah dikongsikan nota berkaitan komponen sastera (KOMSAS) Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga : Maksud, Tema, Nilai, Persoalan, Gaya Bahasa, Bantuk dan Pengajaran untuk rujukan semua.

Gurindam ini merupakan karya penulisan Raja Haji Ali, seorang pendidik yang berpengetahuan luas. Beliau yang juga merupakan seorang ulama dan ahli sejarah sangat berpengaruh pada tahun 1840an sehingga 1870an. Selain gurindam, beliau juga menghasilkan karya penting Masyarakat Melayu Nusantara seperti Salasilah Melayu dan Bugis serta Tuhfat al Nafis. Maka, penting untuk pelajar mengkaji karya sastera yang telah lama dihasilkan dan mengambil pengajaran yang masih relevan sehingga ke hari ini.

Nota Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga : Maksud, Tema, Persoalan, Nilai, Bentuk, Gaya Bahasa & Pengajaran

Ikuti perkongsian nota-nota Gurindam merangkumi Maksud, Tema, Nilai, Persoalan, Bentuk, Gaya Bahasa dan Pengajaran seperti berikut. Turut disertakan beberapa soalan latihan beserta jawapan yang berkaitan dengan gurindam.

Maksud Gurindam

Rangkap 1

Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.

  • Pengarang menasihatkan bahawa jika penglihatan kita dijaga maka keinginan terhadap perkara yang berlebihan atau negatif akan berkurangan

Rangkap 2

Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.

  • Jika pendengaran pula dijaga maka terhindarlah daripada berita yang tidak baik atau bagus untuk diri kita

Rangkap 3

Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.

  • Sekiranya seseorang itu menjaga tutur kata pula, banyak manfaat yang akan diperoleh

Rangkap 4

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan

  • Kita juga perlu memelihara tangan kita daripada mengambil sesuatu yang bukan hak kita

Rangkap 5

Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil tidak senonoh.

  • Nafsu seharusnya dijaga supaya tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang

Rangkap 6

Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

  • Kesihatan hati, dalaman diri seseorang juga perlu sentiasa dijaga kerana ramai yang hilang pedoman atau semangat untuk meneruskan kehidupan

Rangkap 7

Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.

  • Kaki juga perlu dijaga supaya tidak melangkah ke tempat-tempat maksiat

Tema

Gurindam ini bertemakan nasihat untuk memelihara anggota badan dan diri sendiri dalam menghadapi kehidupan.

Persoalan

1) Setiap anggota badan perlu dipelihara daripada melakukan kemudaratan

  • Pengarang menasihati supaya menjaga anggota badan satu persatu agar tidak terlibat dalam perkara yang tidak diinginkan

2) Budi dan pekerti penting dalam kehidupan

  • Berbudi pekerti terhadap orang sekeliling akan membantu kita memudahkan urusan harian

3) Bertutur kata dengan baik akan memberikan banyak faedah

  • Mereka yang menjaga tutur kata akan mendapat manfaat yang banyak

4) Kehidupan yang dijalani memerlukan semangat daripada diri sendiri

  • Kehidupan perlulah dilalui dengan semangat yang waja

Bentuk Gurindam

  • Gurindam ini mempunyai tujuh rangkap
  • Setiap rangkap terdiri daripada 2 baris
  • Setiap baris pula mempunyai jumlah perkataan antara dua hingga enam perkataan
    • Sedikitlah cita-cita (2 perkataan)
    • Di situlah banyak orang yang hilang semangat (6 perkataan)
  • Manakala suku kata pula antara 8 hingga 15 suku kata
    • Sedikitlah cita-cita (8 suku kata)
    • Di situlah banyak orang yang hilang semangat (15 suku kata)
  • Rima akhir setiap baris : aa
    • Apabila terpelihara kuping,
      Khabar yang jahat tiadalah damping.

Gaya Bahasa

  • Asonansi : Apabila terpelihara mata
  • Aliterasi : Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan
  • Bahasa Kiasan : Apabila perut terlalu penuh, keluarlah fiil yang tiada senonoh
  • Bahasa Arab : fiil
  • Kata Ganda : cita-cita
  • Inversi : Nescaya dapat daripadanya faedah

Nilai

  • Merendah diri : Dalam apa juga keadaan kita perlu sentiasa memelihara diri daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya
  • Muhasabah diri : Sentiasa bermuhasabah diri supaya tidak melakukan kesilapan yang sama
  • Bijaksana : Setiap individu perlu bijaksana dalam menghadapi kehidupan
  • Berbudi bahasa : Pejagaan tutur kata akan memberikan banyak manfaat

Pengajaran

  1. Kita digalakkan untuk memelihara anggota badan kita daripada melakukan perkara yang memudaratkan
  2. Kita sebaliknya harus bijak dalam memanfaatkan segala anggota badan kita untuk mendapatkan kebaikan kepada diri dan orang sekeliling
  3. Kita perlu menjaga diri daripada menurut kehendak nafsu-nafasu yang akan mendorong kepada perkara yang tidak baik
  4. Kita mesti menjaga hati untuk kekal bersemangat meneruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran

Soalan Latihan

1) Kemukakan maksud rangkap ketiga gurindam ini.

  • Maksud rangkap ketiga Gurindam ini adalah seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat manfaat yang banyak

2) Berdasarkan Gurindam ini, mengapakah kita perlu memelihara anggota diri?

  • Berdasarkan Gurindam ini, kita perlu memelihara anggota diri supaya menghindari daripada keinginan yang tidak baik. Selain itu, kita dapat menghindari diri daripada pergi ke tempat yang bahaya, mendengar berita yang tidak baik dan tidak berperangai tidak senonoh.

3) Peribahasa terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa menuntut kita agar menjaga tutur kata. Pada pendapat anda, apakah kesan buruk yang akan dihadapi sekiranya seseorang itu gemar menuturkan kata-kata negatif?

  • Pada pendapat saya, kesan buruk yang akan dihadapi sekiranya seseorang gemar menuturkan kata-kata negatif adalah tidak akan disukai malah dihormati oleh orang sekelilingnya. Selain itu, individu tersebut akan kehilangan rakan dan tidak akan dipercayai.

4) Apakah kesan negatif kepada orang yang suka makan secara berlebihan?

  • Pada pendapat saya, orang yang suka makan berlebihan akan meningkatkan berat badan dan berisiko untuk menghidapi pelbagai penyakit. Selain itu, mereka juga akan menjadi malas untuk melakukan pekerjaan atau senaman kerana kekenyangan daripada makan berlebihan.

5) Nyatakan maksud keluarlah fiil yang tiada senonoh?

  • Maksud rangkai kata keluarlah fiil yang tiada senonoh adalah muncul kelakuan yang tidak sopan

6) Huraikan tema Gurindam ini?

  • Tema Gurindam ini adalah nasihat memelihara anggota badan dan diri seseorang. Anggota badan seperti mata, telinga, lidah, tangan dan kaki perlu dijaga daripada melakukan perkara yang ditegah oleh agama dan kehidupan perlulah dijalani dengan penuh semangat.

Semoga perkongsian nota ringkas berkaitan Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga : Maksud, Tema, Nilai, Pengajaran membantu semua.

Related : persoalan kebaikan memelihara tutur kata, kebijaksanaan dalam menuturkan kata kata, bersungguh sungguh engkau memelihara tangan rangkap 4 baris 1,