Cara Daftar Dan Tebus eTunai Belia Rahmah melalui eTunai. Kerajaan Malaysia telah mengumumkan di dalam Belanjawan 2023 dengan peruntukkan RM400 juta untuk memberikan wang berjumlah RM200 secara terus ke e-tunai (kredit ewallet) bagi semua belia di Malaysia yang berkelayakan. Selain itu, Kementerian Kewangan turut membuat pemberian dana dalam bentuk e-tunai berjumlah RM100 kepada golongan M40 yang berkelayakan. Maklumat pemberian walaubagaimanapun akan dikemaskini jika ianya diteruskan oleh pihak kerajaan.
E-Tunai Rakyat diperkenalkan bertujuan untuk menggalakkan penggunaan e-dompet iaitu pembayaran secara digital di kalangan pengguna dan juga peniaga terutama sekali perusahaan kecil dan perniagaan runcit. Mengikut pengumuman terdahulu, tiga pengendali perkhidmatan e-dompet telah dipilih bagi program ini iaitu Boost, Grabpay and Touch ‘n Go e-wallet
Isi Kandungan
- TERKINI : eTunai Belia Rahmah
- Makluman : eStart (Skim Transaksi Tanpa Tunai) RM150
- Program eBelia 2021
- Program ePenjana
- Cara Daftar eTunai Rakyat Dan Tebus Dana Tambahan eTunai BSH 2020
- Syarat Kelayakan Penerima Program e-Tunai Rakyat
- Senarai Pengendali e-dompet : Pilih Salah Satu
- i) Boost
- ii) Grabpay / Grab
- iii) Touch ‘n Go eWallet
- Kegunaan e-Tunai Rakyat
TERKINI : eTunai Belia Rahmah
Menteri kewangan melalui pembentangan Bajet 2023 mengumumkan pemberian kredit RM200 untuk belia. Syarat kelayakan adalah seperti berikut :
- eTunai Belia : Diperluas kepada semua mahasiswa dan tidak terhad kepada mereka berumur 18 hingga 20 tahun.
- Pemberian akan bermula Jun 2023
Maklumat lanjut berkenaan cara penebusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Makluman : eStart (Skim Transaksi Tanpa Tunai) RM150
Berita baik kepada golongan belia, Menteri Kewangan pada pembentangan Bajet 2022 mengumumkan pemberian kredit RM150 (One-off) melalui e-wallet akan diberikan kepada mereka yang layak seperti syarat berikut:
- Berumur 18 hingga 20 tahun
- Pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
Dengan mensasarkan serama 2 juta belia yang akan mendapat manfaat daripada usaha ini, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM300 juta di bawah Bajet 2022. Informasi lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Program eBelia 2021
Di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi (PEMERKASA), kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM300 juta bagi memberikan bantuan berbentuk e-tunai kepada belia yang berkelayakan. Inisiatif yang dikenali sebagai eBelia akan memanfaatkan sekitar dua juta belia warganegara Malaysia yang memenuhi kriteria seperti berikut:
- Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021 (lahir pada tahun 2001 hingga 2003) atau
- Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar
Kerajaan akan menyemak data daripada IPT berdaftar dan pangkalan data kerajaan yang berkenaan untuk melihat kelayakan penerima. eBelia ini akan dikreditkan bermula 1 Jun hingga 22 Julai 2021 dan sah digunakan sehingga 31 Julai 2021. Penerima hanya boleh menuntut RM150 sekali sahaja melalui empat penyedia perkhidmatan etunai iaitu BigPay, Boost, ShopeePay atau Touch ‘n Go eWallet.
Maklumat berkaitan cara tebus eBelia akan dikemaskini sebaik sahaja dilancarkan. Ikuti perkongsian ePenjana di bawah sebagai panduan dalam menebus kredit etunai menggunakan aplikasi-aplikasi tertentu.
Cara menebus eBelia boleh dirujuk di salah satu aplikasi berikut:
1. T n’ G eWallet
- Android : Google Play Store
- iOS : Apple App Store
- Maklumat Lanjut :https://www.tngdigital.com.my/ebelia
2. Shopee
- Android : Google Play Store
- iOS : Apple App Store
- Maklumat Lanjut : https://shopee.com.my/m/ebelia-claim
3. Boost
- Android : Google Play Store
- iOS : Apple App Store
- Maklumat penuh : https://www.myboost.com.my/promotion/ebelia/
4. BigPay
- Android : Google Play Store
- iOS : Apple App Store
- Maklumat Lanjut : https://www.bigpayme.com/ebelia
Program ePenjana
Berikut adalah ucapan Perdana Menteri pada perutusan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), 5 Jun 2020 yang menyentuh berkaitan e-wallet:-
Dalam menjalani kehidupan norma baharu, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan pembayaran tanpa sentuh atau contactless payment.
Untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan ini, melalui Program e-Penjana yang bernilai RM750 juta, Kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna. Ini akan dipadankan dengan tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 daripada syarikat khidmat e-dompet. Inisiatif ini yang akan bermula pada bulan Julai 2020 akan memanfaatkan 15 juta rakyat Malaysia.
Pengumuman
- 30 Julai 2020: Kementerian Kewangan menyatakan RM50 akan dikreditkan bermula 31 Julai 2020. Pemohon hendaklah memuat turun dan menggunakan aplikasi MySejahtera serta pengkreditan akan dimasukkan melalui tiga aplikasi perkhidmatan e-dompet iaitu Boost, GrabPay atau TouchNGo eWallet. Permohonan adalah dari 31 Julai hingga 24 September 2020 dan tarikh akhir penggunaan kredit tersebut adalah pada 30 September 2020.
- 16 Julai 2020: Menteri Kewangan telah menyatakan RM50 akan dimasukkan ke dalam akaun e-dompet pengguna pada hujung bulan Julai. Kaedah pelaksanaan akan diumumkan dari semasa ke semasa
- 8 Jun 2020 : Kerajaan Akan Kreditkan RM50 Dalam Akaun e-Dompet Selepas Pengguna Muat Turun Aplikasi MySejahtera.
Cara Daftar eTunai Rakyat Dan Tebus Dana Tambahan eTunai BSH 2020
Sebagai makluman, pada awalnya e-Tunai Rakyat telah diberikan kepada hampir 15 juta rakyat Malaysia yang berkelayakan. Mereka boleh mula menebus kredit e-wallet berjumlah RM30 mulai 15 Januari 2020 sehingga 14 Mac 2020 (March 2020).
Penerima yang layak perlu mendaftar sebelum dapat menebus duit e-tunai berkenaan. Berikut dikongsikan cara untuk mendaftar e-dompet dan menebus eTunai Rakyat 2020 serta maklumat lain yang berkaitan
Syarat Kelayakan Penerima Program e-Tunai Rakyat
Seperti sebelum ini, untuk program e-Tunai Rakyat RM30, penerima yang layak mestilah memenuhi kriteria seperti berikut:
- Berkewarganegaraan Malaysia dengan Kad Pengenalan yang sah
- Berumur 18 tahun dan ke atas (sehingga 31 Disember 2020)
- Memiliki pendapatan tidak lebih RM100,000 setahun (untuk tahun 2018)
Untuk dana tambahan RM50 BSH menerusi e-Tunai, syarat kelayakan adalah berdasarkan syarat kelayakan penerima Bantuan Sara Hidup iaitu:
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
- Isi rumah – lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
- Individu Bujang – lelaki atau perempuan berumur 40 tahun hingga 59 tahun dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM2,000 dan ke bawah
Pastikan anda sudah memiliki akaun eTunai dari pengendali edompet bagi membolehkan dana tambahan BSH disalurkan. Maklumat lanjut akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas diumumkan oleh kerajaan.
Senarai Pengendali e-dompet : Pilih Salah Satu
Berikut adalah langkah untuk mendaftar dan menebus e-Tunai Rakyat mengikut tiga pengendali e-dompet yang terpilih iaitu Boost, Grabpay, dan Touch ‘n Go eWallet seperti yang dimaklumkan dahulu.
Penerima yang layak dibenarkan memilih salah satu sahaja daripada aplikasi berikut.
i) Boost
Anda boleh memuat turun aplikasi di
Google Play | App Store |
Android | Apple iOS |
Cara daftar dan tebus e-tunai Boost adalah seperti berikut:
- Setelah memuat turun aplikasi, daftar akaun dengan isikan butiran dengan lengkap dan ikuti arahan selanjutnya (perlu mengambil gambar swafoto beserta kad pengenalan)
- Upgrade kepada Boost Premium
- Sahkan atau verify akaun Boost
- Dapatkan RM5 cashback jika anda berbelanja RM10 yang pertama
- Klik get ready to claim e tunai dan ikut arahan yang diberikan
- Tekan dan tebus RM30 bermula 15 Januari 2020
![]() |
Cara Tuntut eTunai Boost |
ii) Grabpay / Grab
Anda boleh memuat turun aplikasi di
Google Play | App Store |
Android | Apple iOS |
Cara daftar dan tebus e-tunai Grabpay adalah seperti berikut:
- Setelah memuat turun aplikasi, daftar akaun dengan isikan butiran dengan lengkap
- Selepas berjaya mendaftar, klik pada butang e-Tunai Rakyat
- Isikan maklumat yang diperlukan (perlu mengambil gambar swafoto beserta kad pengenalan)
- Hantarkan permohonan untuk pengesahan (akan mengambil masa beberapa hari)
![]() |
Cara Tuntut eTunai GrabPay Malaysia |
iii) Touch ‘n Go eWallet
Anda boleh memuat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet di
Google Play | App Store |
Android | Apple iOS |
Cara daftar dan tebus e-tunai Touch ‘n Go eWallet adalah seperti berikut:
- Setelah memuat turun aplikasi, daftar akaun dengan isikan butiran dengan lengkap
- Selepas berjaya mendaftar, klik pada butang e-Tunai Rakyat
- Isikan maklumat yang diperlukan (perlu mengambil gambar swafoto dan gambar kad pengenalan)
- Hantarkan permohonan untuk pengesahan dan selesai
![]() |
Kegunaan e-Tunai Rakyat
Setelah mendapat kredit wang e-Tunai ke dalam akaun e-dompet masing-masing, penerima boleh membelanjakan wang tersebut untuk sebarang perkhidmatan atau barangan di Malaysia yang boleh menggunakan aplikasi e-dompet tersebut. Antaranya adalah:
- Bayar bil atau beli topup telefon
- Beli barang di kedai vendor aplikasi
- Bayar tol atau tambang kereta e-hailing
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja diumumkan oleh kerajaan. Untuk sebarang pertanyaan dan mendapatkan maklumat terkini, sila rujuk kepada laman web rasmi berikut :-
CARA HUBUNGI | ||
1 | Boost | |
2 | Grabpay | |
3 | Touch ‘n Go eWallet |
Related : aplikasi e wallet, untuk menebus, akaun ewallet, telefon pintar, kad kredit, bernilai rm50, aplikasi boost, rm50 kredit epenjana, eligible malaysians mendaftar akaun top up, january 2020, masukkan nombor telefon, log masuk