KT Online: Cara Daftar & Semakan Dividen Koperasi Tentera. Cara pendaftaran akaun dan check atas talian melalui aplikasi & laman web.

KT Online: Cara Daftar & Semakan Dividen Koperasi Tentera

KT Online cara daftar semak dividen koperasi tentera

Panduan kepada semua anggota yang berdaftar dengan Koperasi Tentera untuk membuat semakan dividen pada bulan Julai setiap tahun. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan KT Online iaitu Cara Daftar & Semakan Dividen Koperasi Tentera. Semakan secara online boleh dibuat selain mendapatkan khidmat bantuan kebajikan, insurans, skim pembiayaan dan pakej gadaian untuk semua anggota berdaftar.

Koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia ini merangkumi anggota daripada Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menubuhkan Koperasi Tentera pad atahun 1960 dengan tujuan untuk menjaga kebajikan anggota ATM dan menaikkan taraf sosio ekonomi anggota.

Cara Pendaftaran Koperasi Angkatan Tentera Malaysia & Semakan Dividen Atas Talian Melalui KT Online (https://www.ktonline.com.my/)

Berikut dikongsikan informasi berkaitan KT Online: Cara Daftar & Semakan Dividen Koperasi Tentera untuk rujukan semua. Sebagai panduan, turut disertakan adalah informasi tentang perkhidmatan atau produk kewangan lain yang ditawarkan.

Apa itu KT Online?

Ianya adalah satu sistem atas talian yang dibangunkan oleh Koperasi Tentera untuk memberi kemudahan kepada semua ahli membuat transaksi kewangan. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah membuat semakan baki akaun, melakukan transaksi pindahan wang dan pembayaran atas talian untuk akaun pembiayaan serta takaful.

Ahli boleh mengakses sistem ini melalui laman web atau muat turun aplikasi atau kini dikenali sebagai MyWira di telefon pintar masing-masing pada pautan di bawah:

Senarai Produk Yang Ditawarkan

Terdapat pelbagai produk kewangan yang ditawarkan oleh Koperasi Tentera untuk membantu semua ahli berdaftar. Produk tersebut dibahagikan kepada empat jenis seperti berikut:

1) Pembiayaan

  • Pesara-I
  • Ezycash-I
  • Pembiayaan Peribadi Berpenjamin
  • Pembiayaan Peribadi Tanpa Penjamin
  • Pembiayaan Ekspres
  • Pembiayaan Ekspres 2
  • Pembiayaan Ekspres 3
  • Pembiayaan Yuran Koperasi Tentera
  • Pembiayaan Takaful dan Cukai Jalan

2) Insurans

  • Skim Takaful Berkelompok ATM
  • Skim Medic KT
  • Takaful Kenderaan
  • Takaful Am

3) Ar Rahnu

  • Ar Rahnu Prihatin : menawarkan pembiayaan tunai segera sehingga RM5,000 dengan kadar keuntungan serendah RM0.55
  • Ar Rahnu Prima : menawarkan pembiayaan tunai segera dengan had maksimum terkumpul sehingga RM300,000

4) SME 

  • SME KT : pembiayaan untuk perniagaan

Maklumat lanjut berkaitan setiap produk boleh diakses di laman web rasmi.

Cara Daftar KT Online

Kaedah untuk mendaftar dan menggunakan bagi pengguna kali pertama adalah seperti berikut:

  • 1. Layari Laman Web Rasmi (https://www.ktonline.com.my/ktib/app/?lang=ms#!/login) ktonline
  • 2. Pilih jenis pengenalan samada Tentera ID/ No. Kad Pengenalan/ No Passport ktonline
  • 3. Terma dan syarat akan dipaparkan dan klik setuju
  • 4. Klik hantar OTP dan OTP akan dihantar melalui SMS
  • 5. Selepas memasukkan no. OTP, masukkan ID Pengguna
  • 6. Cipta dan tetapkan kata laluan anda
  • 7. Pilih imej dan frasa keselamatan yang unik dan mudah diingati
  • 8. Jawab soalan-soalan keselamatan
  • 9. Pendaftaran selesai

Cara Semak Dividen KT

Untuk membuat semakan dividen Koperasi Tentera sama ada sudah dimasukkan ke dalam akaun atau tidak boleh dilakukan seperti di bawah:

  • 1. Layari Laman Web Rasmi
  • 2. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan yang sah
  • 3. Satu paparan utama akan menunjukkan akaun koperasi anda dan klik pada menu nombor akaun tersebut
  • 4. Paparan transaksi akan keluar beserta baki terkini akaun anda
  • 5. Lihat pada bahagian transaksi samada dividen telah disalurkan atau belum
  • 6. Semakan juga boleh dilakukan melalu perkhidmatan SMS seperti berikut: semak dividen koperasi tentera sms

Maklumat lanjut

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan, sila rujuk atau hubungi:

1. Soalan Lazim

Diantara FAQ yang popular adalah seperti berikut :-

i) Berapa lama masa yang diambil untuk meluluskan permohonan pembiayaan saya (tidak termasuk Pinjaman Ekspres)?

Ia akan mengambil masa lima hari bekerja jika permohonan itu dikemukakan di ibu pejabat KT dan tambahan dua hari bekerja untuk permohonan yang dikemukakan di cawangan.

ii) Bagaimana saya boleh menyemak status permohonan pembiayaan yang dibuat, di cawangan atau melalui pos?

Anda boleh menyemak status permohonan anda dengan menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan KT di 03-2303 0000.

iii) Mengapa tiada maklum balas bagi semakan baki akaun melalui SMS?

Terdapat pelbagai kemungkinan:

a. Kesalahan taipan arahan permintaan;
b. Maklum balas lambat operator telekomunikasi mudah alih; atau
c. Baki kredit tidak mencukupi

iv) Bagaimana anggota boleh mendaftar no telefon bimbit bagi kemudahan semakan baki simpanan dan pinjaman melalui sms?

Bagi pendaftaran no telefon bimbit anggota hendaklah isi Borang Kemaskini Maklumat / menghubungi customer care KT untuk kemaskini no telefon bimbit.

v) Pertanyaan mengenai proses pemberhentian/penamatan keanggotaan Anggota hendaklah menyerahkan maklumat-maklumat berikut kepada Unit Keanggotaan:-

– Surat permohonan berhenti
– Salinan Kad Pengenalan
– No Akaun Bank
– Pengesahan Akaun Bank

Permohonan tersebut akan dibawa ke Mesyuarat Pengurusan/ALK untuk kelulusan berhenti. Bayaran akan dilakukan selepas 6 bulan dari tempoh diberhentikan kecuali ada permohonan bayaran awal.

vi) Bagaimana anggota boleh menyemak jumlah potongan bulanan pembiayaan?

Jumlah potongan bulanan boleh disemak dengan menghubungi:

i. Pusat Perkhidmatan Pelanggan KT 03-2303 0000
ii. Cawangan (permohonan dihantar) / Bahagian Pembiayaan
iii. Hadir ke kaunter/cawangan Koperasi Tentera yang terdekat
iv. Melalui KT Online

2. Nombor Telefon & emel

  • Telefon Hotline : 03-2303 0000

3. Portal Rasmi

Related : ahli koperasi tentera online, anggota angkatan tentera,