Amanah Saham Berhad (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) merupakan dua platform pelaburan yang dikelola oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Setiap tahun, pengumuman kadar dividen dan pembayaran Bonus akan dinanti-nantikan para pelabur. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan kadar dividen ASB 2021 & ASN dan pembayaran bonus beserta cara pengiraan untuk rujukan semua.
ASB telah dilancarkan bagi membantu bumiputera dalam menyediakan simpanan alternatif. Kaedah ini juga mampu menjana pulangan atau keuntungan yang baik untuk jangka masa panjang dan secara konsisten. Oleh itu, bagi mereka yang berminat dan berkemampuan, laburlah demi kemudahan kewangan pada masa hadapan yang lebih terjamin.
Isi Kandungan
Jumlah Pembayaran Dividen Dan Bonus ASB ASN 2021
Di bawah dikongsikan maklumat terkini berkaitan untuk makluman semua bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2021.
Turut disertakan kadar agihan tahun sebelumnya bermula daripada tahun 1999 sehingga 2020, soalan-soalan lazim dan info lanjut sebagai panduan untuk pelabur.
Kadar Dividen ASB & ASN 2021 (Pembayaran Pada Tahun 2022)
Berikut dikongsikan jumlah pembayaran bagi tahun 2021 yang diumumkan oleh ASNB.
i) Amanah Saham Bumiputera (ASB) 2021
- Pengagihan pendapatan (Dividen): 4.25 sen seunit
- Bonus: 0.75 sen seunit
- Pulangan Efektif: 5.00 sen seunit
ii) Amanah Saham Nasional (ASN) 2021
- Jumlah pembayaran: 2.74 sen seunit
Berikut dikongsikan jumlah pembayaran bagi tahun 2020 yang diumumkan oleh ASNB:
i) Amanah Saham Bumiputera (ASB) 2020
- Pengagihan pendapatan (Dividen): 3.50 sen seunit
- Ehsan: 0.75+0.75 sen seunit (Untuk 30,000 unit pertama)
- Pulangan Efektif: 4.25 sen seunit
ii) Amanah Saham Nasional (ASN) 2020
- Jumlah pembayaran: 2.02 sen seunit
Cara Pengiraan Dividen & Bonus ASB
Berdasarkan pengagihan pendapatan dan Bonus ASB pada tahun 2021, pengiraannya adalah berdasarkan purata baki minimum sepanjang tahun 2021 dengan formula berikut:
Pengiraan Pengagihan Pendapatan ASB:
- Jumlah baki minimum bulanan selama 12 bulan/ 12 bulan X kadar pengagihan
Pengiraan Bonus ASB:
- Jumlah baki minimum bulanan selama 12 bulan/ 12 bulan X kadar bonus
Contoh Pengiraan
Jika pelabur mempunyai pelaburan sebanyak RM100,000 dari awal tahun Januari 2021, maka pengiraan mengikut formula adalah seperti berikut:
- Dividen: RM100,000 x 4.25% x 12/ 12 bulan = RM4,250
- Bonus: RM100.000 x 0.75% x 12/12 bulan = RM750
Sejarah Pulangan ASB Tahun 1999 – 2020
Tahun | Kadar Dividen (Sen/Unit) | Kadar Bonus (Sen/Unit) | Pulangan Efektif (Sen/Unit) |
2020 | 3.50 | 0.75+0.75 (Ehsan, 30,000 unit pertama) | 4.25 |
2019 | 5.00 | 0.50 | 5.50 |
2018 | 6.50 | 0.50 | 7.00 |
2017 | 7.00 | 0.25+1.00 (Bonus Ulang Tahun) | 7.25 |
2016 | 6.75 | 0.50 | 7.25 |
2015 | 7.25 | 0.50 | 7.75 |
2014 | 7.50 | 1.00 | 8.50 |
2013 | 7.70 | 1.00 | 8.70 |
2012 | 7.75 | 1.15 | 8.90 |
2011 | 7.65 | 1.15 | 8.80 |
2010 | 7.50 | 1.25 | 8.75 |
2009 | 7.30 | 1.25 | 8.55 |
2008 | 7.00. | 1.75 | 8.75 |
2007 | 8.00 | 1.00 | 9.00 |
2006 | 7.30 | 1.25 | 8.55 |
2005 | 7.25 | 1.75 | 9.00 |
2004 | 7.25 | 2.00 | 9.25 |
2003 | 7.25 | 2.00 | 9.25 |
2002 | 7.00 | 2.00. | 9.00 |
2001 | 7.00 | 3.00 | 10.00 |
2000 | 9.75 | 2.00 | 11.75 |
1999 | 8.50 | 1.50 + 2.00 (Special Bonus) | 12.00 |
Soalan Lazim (FAQ)
1) Bagaimana pengagihan pendapatan dan Bonus ini dibayar?
- Pembayaran Bonus ini akan dilaburkan semula ke dalam akaun pemegang unit sebagai unit tambahan dan akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit secara automatik pada 1 Januari setiap tahun
2) Bilakah pengagihan pendapatan ASB dan Bonus ini boleh disemak?
- Para pelabur boleh menyemak pengagihan pendapatan dan Bonus mulai 2 Januari setiap tahun di Cawangan ASNB dan Ejen di seluruh negara, melalui Portal/Applikasi mudah alih myASNB dan melalui penyata pengagihan pendapatan yang akan dihantar bersama dengan laporan pengurus kelak.
3) Adakah pengagihan pendapatan dan Bonus patuh shariah?
- Menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang diadakan pada 1-3 Februari 2008, bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.
Info Lanjut
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Nasional, sila rujuk:
- Laman Web (www.asnb.com.my)
- Facebook Rasmi
- Pusat panggilan: 03 7730 8899
- Emel: asnbcare@pnb.com.my
Related : memberi pulangan pandemik covid-19 unit amanah pnb akan terus presiden dan ketua sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit zeti akhtar aziz pnb tan sri dr zeti aziz pelaburan asb agihan pendapatan, ekonomi semasa pengurus dana, untuk tahun skim amanah saham bumiputera, amanah saham nasional berhad, tahun kewangan berakhir 31 disember, pengumuman dividen saham nasional berhad asnb, pnb mengumumkan agihan pendapatan urus niaga asb 30 tahun terendah sejak asb diperkenalkan pada 1990 asb terus permodalan nasional bhd pnb aset di bawah pengurusan, ditangguhkan buat sementara waktu asb, bagi tahun kewangan, unit pada 1 januari pemegang unit pada 1 amanah saham nasional berhad asnb 1 januari 2021 ulang tahun ke-30 asb, bulan disember, agihan dividen, portal myasnb, dividen asb 2020, 3 januari 2021,