Gerak Malaysia Aplikasi Permohonan Permit Rentas Negeri. Permohonan dan semakan status pergerakan rentas negeri melalui aplikasi telefon mudah alih.

Aplikasi Gerak Malaysia Cara Mohon Permit Rentas Negeri Online

Permohonan Gerak Malaysia. Berita baik buat orang ramai yang terkandas di kampung halaman iaitu sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP – Movement Control Order MCO) diumumkan pada 18 Mac 2020 (Dilanjutkan ke 28 April 2020 dan 12 Mei). Mereka yang ingin pulang ke kediaman sendiri atau tempat bekerja atau mempunyai urusan penting adalah disarankan untuk memuat turun aplikasi mudah alih ‘Gerak Malaysia’ dalam telefon bimbit mereka. Permohonan untuk tujuan berkenaan boleh dibuat bermula 25 April hari Ahad, 26 April sehingga 29 April 2020. Bagi mereka yang tiada kemudahan telefon pintar, permohonan boleh dibuat di balai polis berhampiran (nearest police station) namun perlu membuat temu janji terlebih dahulu bagi mengelakkan kesesakan di balai polis.

Aplikasi ini dibangunkan bagi tujuan memudahkan urusan permohonan untuk mendapatkan permit pergerakan rentas negeri yang dibuat secara dalam talian/ online. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, aplikasi ini dapat mengelakkan orang ramai daripada terpaksa keluar rumah untuk membuat permohonan di balai polis (police stations), sekaligus mengurangkan risiko jangkitan dan penularan wabak COVID-19.

Aplikasi-Gerak-Malaysia

Permohonan Gerak Malaysia & Semakan Permit Pergerakan Rentas Negeri Online (Tarikh Penting)

Berikut adalah tarikh penting buat rujukan pemohon :-

26 APRIL4 – 5 MEI
Permohonan DibukaKemaskini maklumat destinasi perjalanan
6 MEI7 – 10 MEI
Analisa Maklumat PerjalananPergerakan/ Perjalanan
TERKINI : 31 Julai 2020
Aplikasi Ferak Malaysia telah ditamatkan perkhidmatan. Pengguna dinasihatkan untuk memadam aplikasi tersebut di dalam telefon bimbit masing-masing kerana tiada lagi fungsi aktif selepas 31 Julai 2020.
6 MEI 2020
Perjalanan rentas negeri bermula 7 – 10 Mei kini memerlukan bukti kod QR. Polis akan menyemak kebenaran perjalanan rentas negeri menggunakan kod QR yang dimuat turun dari aplikasi Gerak Malaysia, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed

Untuk makluman, sebelum ini orang ramai tidak perlu menunggu kelulusan selagi perjalanan mereka dikemas kini melalui aplikasi berkenaan

3 MEI 2020
Pemohon perlu mengemaskini aplikasi Gerak Malaysia ke versi terkini untuk mengemaskini maklumat destinasi bermula 4 – 5 Mei 2020. Proses analisis maklumat pergerakan adalah pada 6 Mei 2020. Bagi pemohon aplikasi Gerak Malaysia yang membawa sesebuah keluarga, disarankan ahli keluarga yang lain (berumur 16 tahun ke atas) turut memohon aplikasi sama

Orang ramai yang membuat permohonan tidak akan mendapat notifikasi mengenai kelulusan permohonan dibuat mereka dan tiada kod QR dikeluarkan berhubung kelulusan permohonan

Permohonan melalui aplikasi hanya tertakluk kepada orang ramai yang berada di semenanjung, sebaliknya bagi yang berada di Sabah dan Sarawak tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) negeri terbabit

Mereka yang tiada kemudahan aplikasi, orang ramai boleh memuat turun borang kebenaran rentas negeri menerusi Facebook dan Twitter rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula 3 Mei 2020. Borang perlu dicetak dan diserahkan kepada balai berhampiran untuk mendapatkan kelulusan. Bagaimanapun, orang ramai diingatkan supaya membuat temu janji terlebih dahulu bagi mengelak kesesakan. Kelulusan akan diberi pada hari sama borang itu diserahkan

Jadual perjalanan seperti dimaklumkan di Sidang Media Pengarah JSJ Bersama Pengerusi SKMM :-

  1. Khamis : 07 Mei 2020 – Merangkumi pergerakan pulang dari Kuala Lumpur
  2. Jumaat : 08 Mei 2020 – Pergerakan pulang dari Perak, Johor & Kelantan
  3. Sabtu : 09 Mei 2020 – Pergerakan pulang dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka & Pahang
  4. Ahad : 10 Mei 2020 – Pergerakan pulang dari Selangor, Negeri Sembilan & Terengganu

Maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim (FAQ) di Soalan Lazim Pergerakan Rentas dalam PDF 

Muat Turun Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bagi Yang Tidak Mempunyai Telefon Pintar

  1. Memuat turun borang “Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)” di Media Sosial Rasmi PDRM
  2. Mengisi borang tersebut dengan lengkap dalam dua (2) salinan
  3. Menghubungi balai polis berhampiran bagi tujuan temu janji untuk penyerahan borang, dan
  4. Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.

Bagi mana-mana individu yang langsung tidak mempunyai kemudahan telefon pintar atau rangkaian internet pula, mereka dikehendaki untuk menelefon mana-mana Balai Polis terdekat untuk membuat temu janji bagi mengisi borang “Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)” yang telah disediakan.

2 Mei 2020 – Menteri kanan untuk kluster keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa warganegara Malaysia yang merancang untuk pulang dari kampung halaman mereka setelah pelonggaran perintah kawalan pergerakan dijangka akan dapat memulakan perjalanan mereka di antara 7 Mei hingga 10 Mei.

Pihak Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) akan mengeluarkan Jadual Perjalanan terkini serta membuat kenyataan media untuk penjelasan.

26 April 2020. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa orang ramai tidak dibenarkan membuat perjalanan rentas negeri pada 1 hingga 3 Mei ini.

Tarikh baharu dan prosedur operasi standard (SOP) akan dinyatakan kemudian selepas dibincangkan bersama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan PDRM.

Sebelum ini pihak PDRM telah menetapkan jadual perjalanan seperti berikut :-

  • 1 Mei 2020 – Perak, Johor, Kelantan
  • 2 Mei 2020 – Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang
  • 3 Mei 2020 – Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu

Perjalanan perlu dilakukan pada hari ditetapkan mengikut permit pergerakan yang diluluskan.

Para pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS Highway) diingatkan :-

  1. Tiada sebarang kemudahan makanan disediakan di kawasan rehat dan rawat (R&R)
  2. Surau ditutup
  3. Tidak dibenarkan melakukan aktiviti solat berjemaah di kawasan R&R, kawasan lapang, dalam bangunan, parkir/ tempat-tempat lain
  4. Hanya fasiliti tandas awam sahaja dibenarkan beroperasi
  5. Pengguna tidak dibenarkan keluar dari kenderaan kecuali dengan penggunaan tandas awam
  6. Stesen minyak juga akan beroperasi antara jam 6 pagi hingga 12 tengah malam di sepanjang lebuhraya berkenaan.
  7. Dilarang melakukan aktivit secara berkumpulan sepanjang tempoh kebenaran perjalanan

Muat Turun Aplikasi Gerak Malaysia

Aplikasi mudah alih boleh dimuat turun melalui ‘application store’ seperti :-

  1. ‘Google Play Store’
  2. ‘Apple App Store’
  3. ‘Huawei App Galery’

Cara Mendaftar Permohonan Rentas Negeri Online

Semasa pendaftaran kali pertama selepas memuat turun aplikasi GerakMalaysia, pengguna perlu memasukkan butiran peribadi seperti berikut :-

  1. Nama penuh
  2. Nombor kad pengenalan
  3. Alamat
  4. Nombor telefon peranti yang digunakan
  5. Alamat emel
  • 1. NOTA : Bagi yang kurang faham berkaitan dengan Residential Address. Anda perlu meletakkan alamat tempat tinggal terkandas bukan tempat dituju. Kemaskini pada 29 April nanti sistem akan meminta anda memasukkan alamat tempat yang anda ingin tuju.
  • 2. Pengguna juga perlu memberi kebenaran kepada aplikasi ini untuk mengakses lokasi GPS, bagi mengesahkan lokasi semasa pemohon seterusnya meluluskan permit pergerakan.

 

Permohonan rentas negeri melalui aplikasi Gerak Malaysia juga dapat membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengenalpasti jumlah mereka yang bakal terbabit dan menyediakan jadual perjalanan bagi memastikan kelancaran operasi.

Mereka yang sudah memohon hendaklah mengemaskini permohonan pada tarikh dibenarkan berlepas supaya kod QR (QR Code) dapat dijana secara automatik.

“Melalui aplikasi ini, kod QR unik yang dijana akan diimbas dan diperiksa oleh anggota bertugas di mana-mana sekatan jalan raya (SJR), sekaligus memudahkan pergerakan pemohon.

Soalan Berkaitan Rentas Negeri (GerakMalaysia)

Dikongsikan dari Soalan Lazim (FAQ), berikut adalah sebahagian daripada soalan yang kerap ditanya oleh pemohon beserta jawapan :-

i) Siapa Yang Perlu Membuat Permohonan?

Saya ingin mengambil keluarga saya yang kini berada di kampung. Perlukah semua ahli keluarga membuat permohonan di dalam aplikasi mudah alih Gerak Malaysia?

  1. Semua ahli keluarga yang berusia 16 tahun ke atas dan mempunyai telefon pintar mestilah mendaftar dalam aplikasi mudah alih Gerak Malaysia. Ini termasuk pasangan suami isteri dan anak-anak yang ingin membuat perjalanan pulang ke kediaman masing-masing. Kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah tidak perlu didaftarkan dan boleh di bawa bersama semasa perjalanan

ii) Senario yang dibenarkan untuk memohon perjalanan dalam aplikasi mudah alih Gerak Malaysia?

  1. Ahli keluarga (Ibu, bapa dan saudara-mara) yang terperangkap di rumah saya yang ingin pulang ke kampung.
  2. Saya ingin menghantar ahli keluarga (Ibu, bapa dan saudara-mara) yang terperangkap ketika berlangsungnya Perintah Kawalan perjalanan (PKP).
  3. Saya ingin mengambil isteri dan anak yang terperangkap di Gerik. Saya akan membuat perjalanan dua hala ke Gerik dan pulang ke Petaling Jaya.
  4. Saya merupakan penduduk asal Batu Pahat, Johor yang kini bekerja sambilan di Putrajaya sambil menunggu keputusan SPM 2019. Saya berhasrat untuk pulang ke rumah keluarga dan untuk makluman, ayah saya akan mengambil saya di Putrajaya dan membawa saya pulang ke Batu Pahat.
  5. Anak-anak saya pergi bercuti di rumah atoknya di Senai sebelum PKP dan saya ingin mengambil mereka pulang ke Klang.
  6. Saya terperangkap di rumah mertua dan ingin membuat perjalanan pulang ke kediaman sendiri.
  7. Muatan kenderaan adalah 1 pemandu dan 3 penumpang. Maksima sebanyak 4 orang dalam kenderaan

iii) Senario yang tidak dibenarkan untuk memohon perjalanan dalam aplikasi mudah alih Gerak Malaysia?

Perjalanan dengan aplikasi mudah alih Gerak Malaysia hanya diguna pakai bagi senario terperangkap sahaja dan senario berikut adalah contoh-contoh perjalanan yang tidak dibenarkan:

  1. Pensyarah atau tenaga pengajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang ingin pulang ke kampung.
  2. Menggunakan tempoh perjalanan ini untuk bercuti atau balik kampung.
  3. Pulang ke kampung untuk mengambil peralatan yang diperlukan untuk tujuan kerja.
  4. Keluarga yang menetap di sebuah negeri ingin pergi ke negeri lain untuk bersama ahli keluarga yang berkerja di negeri tersebut.
  5. Apa-apa tujuan merentas sempadan atas urusan peribadi dan tidak melibatkan senario terperangkap.

iv) Senario yang belum mendapat kelulusan bagi memohon perjalanan dalam aplikasi mudah alih Gerak Malaysia?

  1. Perjalanan di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak.
  2. Perkhidmatan bas ekspres dan keretapi dalam waktu perjalanan dengan aplikasi mudah alih Gerak Malaysia

v) Tiada Rangkaian Perkhidmatan Telefon

Sekiranya saya tidak memiliki telefon pintar atau berada di lokasi yang tiada rangkaian perkhidmatan, bagaimanakah saya perlu memohon untuk perjalanan pulang ke rumah saya?

  1. Jika tidak memiliki telefon pintar atau berada di lokasi tiada rangkaian sila membuat permohonan di balai polis berdekatan secara manual.

vi) Saya memiliki telefon pintar, tetapi saya tidak mahir menggunakan aplikasi digital?

  1. Bagi individu yang menghadapi masalah untuk mengguna aplikasi dalam telefon pintar, dinasihatkan agar mendapat bantuan dari saudara mara, jiran atau rakan berdekatan untuk membuat permohonan.

vii) Apakah jenis kenderaan yang dibenarkan dalam tempoh perjalanan

  1. Hanya kenderaan persendirian dan kenderaan e-hailing/teksi dibenarkan untuk perjalanan, namun kenderaan persendirian tidak termasuk semua jenis motosikal.

Cara Hubungi

Untuk maklumat lanjut seperti masalah teknikal, sila hubungi aplikasi GerakMalaysia di :

• info@gerakmalaysia.gov.my
• feedback@gerakmalaysia.gov.my
• maklumbalas@gerakmalaysia.gov.my
• aduan@gerakmalaysia.gov.my
• complaint@gerakmalaysia.gov.my

Related : malaysian communications and multimedia commission government of malaysia contact tracing relevant authorities latest information