Bendera Malaysia Jalur Gemilang : Maksud & Lambang. 14 jalur merah dan putih (melintang) melambangkan keberanian rakyat Malaysia.

Bendera Malaysia Jalur Gemilang : Maksud Tersirat Warna & Lambang

bendera malaysia jalur gemilang

Kelaziman pada bulan Ogos setiap tahun, kita akan melihat kempen mengibarkan Jalur Gemilang di setiap peringkat bersempena hari kemerdekaan negara. Malaysia menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun dan kibaran bendera Malaysia yang dikenali sebagai Jalur Gemilang sering kali menghiasi bangunan-bangunan awam dan swasta serta premis perniagaan sebagai tanda patriotisme. Di bawah dikongsikan fakta mengenai Jalur Gemilang meliputi maksud tersirat Warna & Lambang untuk rujukan semua.

Sebelum mengecapi kemerdekaan, Majlis Raja-Raja telah menubuhkan jawatankuasa khusus untuk mereka bentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu. Hasilnya, pada 29 November 1949 rekaan seorang arkitek kerajaan dari Johor, Mohamed bin Hamzah telah dipilih.Nama Jalur Gemilang pula lahir pada kemerdekaan negara yang ke 40 dimana seorang pegawai Jabatan Muzium Negara dan Ankuiti mengusulkan nama tersebut sebagai nama rasmi bendera negara.

Bendera Malaysia Jalur Gemilang : Kebangaan Rakyat Malaysia

Bendera adalah lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat, kekuasaan dan kedaulatan bagi sesebuah negara. Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri untuk mewujudkan perasaan bangga terhadap tanah
air.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bendera didefinisikan sebagai sepotong kain (lazimnya segi empat bujur) yang ada reka bentuk tertentu, digunakan sebagai lambang sesebuah negeri atau sebagai isyarat mahupun panji-panji.

Sejarah Bendera Persekutuan Tanah Melayu

Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada tahun 1948. Satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan telah diadakan dan dikelolakan oleh satu Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan pada bulan Mei 1948. Jawatankuasa ini telah menerima sebanyak 373 corak reka bentuk bendera dan telah dikemukakan kepada Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 November 1949 untuk dibuat pertimbangan dan pemilihan. Dari jumlah tersebut, hanya tiga pilihan reka bentuk yang berjaya dipilih ke peringkat akhir dan rekaan oleh Mohamed bin Hamzah, arkitek dari Jabatan Kerja Raya Johor telah mendapat pilihan majoriti.

Pihak Majlis Perundangan Persekutuan telah meminta untuk pindaan dibuat terhadap bintang pecah lima kepada bintang pecah 11 bagi menunjukkan perpaduan 11 negeri sebelum dibawa ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Pemilihan bendera ini telah mendapat perkenan daripada Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950 setelah dibuat beberapa pindaan antaranya pada warna bulan sabit dan bintang dari warna putih ke warna kuning bagi melambangkan warna diraja .

Akhirnya pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu, seperti yang diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Melayu.

Pada 19 Mei 1950, reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George IV. Bendera ini telah dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor di Kuala Lumpur pada 26 Mei 1950.

Apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, upacara rasmi menaikkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ini diadakan di Padang Kelab Selangor. Bendera ini telah dinaikkan dengan diiringi lagu kebangsaan ‘Negaraku’ yang buat pertama kali diperdengarkan kepada umum.

Maksud Warna Jalur Gemilang

Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan Bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang untuk makluman umum. Selain itu, anda juga boleh merujuk lirik lagu Jalur Gemilang yang seringkali disiarkan sebagai lagu patriotik ketika bulan kemerdekaan.

Berikut adalah perincian warna yang digunakan pada bendera kebangaan rakyat Malaysia :-

1) Biru

  • Lambang perpaduan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain

2) Merah

  • Menunjukkan keberanian dan kesediaan dalam mengharungi segala jenis cabaran demi negara yang tercinta

3) Putih

  • Menjadi lambang kesucian serta keluhuran hati masyarakat

4) Kuning

  • Warna Di Raja yang khusus melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu yang Berperlembagaan

Maksud Lambang Pada Jalur Gemilang

Di bawah adalah maksud kepada lambang-lambang yang digunakan pada reka bentuk Bendera:

1) Bulan Dan Bintang

  • Menunjukkan Agama Islam sebagai agama persekutuan negara

2) Bintang Pecah 14

  • Menggambarkan perpaduan 13 buah negeri dan 1 wilayah persekutuan

3) 14 Jalur

  • 14 Jalur menunjukkan 13 buah negeri dan satu wilayah persekutuan sebagai anggota di bawah kerajaan Persekutuan Malaysia

Maksud Nama Jalur Gemilang

Setelah megamati maksud pada lambang dan warna bendera, berikut pula maksud kepada nama Jalur Gemilang:

1) Jalur

  • Maksud kepada 14 jalur yang berwarna merah putih
  • Lambang jalur menunjukkan satu haluan yang lurus , dimana hala tuju yang sama menjadi anutan seluruh rakyat negara dari Perlis sehingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara

2) Gemilang

  • Bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang
  • Lambang kecemerlangan negara serta rakyat Malaysia dalam mendepani setiap cabaran yang datang
  • Ia turut menunjukkan kesungguhan dan kegigihan rakyat untuk menaikkan imej negara

Infografik Bendera Malaysia

fakta jalur gemilang

Perincian Lain

  1. Sekiranya Jalur Gemilang mahu dipasang pada tiang besar seperti pada bangunan pejabat atau sekolah, ia mestilah dinaikkan menggunakan tali pada waktu pagi dan diturunkan pada petang hari yang sama. Kebiasaanya di Malaysia, bendera dinaikkan pada jam 7 pagi dan diturunkan sebelum jam 7 malam
  2. Bendera tidak boleh dibiarkan meleret ke tanah semasa dinaik dan diturunkan. Ia hendaklah ditatang atau diselimpangkan di bahu
  3. Individu yang ditugaskan untuk menaik dan menurunkan bendera mestilah berpakaian kemas.
  4. Jika berlaku kematian pembesar, bendera hendaklah dikibarkan separuh tiang, maka ia perlulah dinaikkan sehingga ke puncak dahulu, kemudian diturunkan perlahan-lahan ke separuh tiang sebagai tanda berkabung
  5. Bendera boleh dibuat baju dengan syarat memotong kain lain yang mempunyai warna bendera. Memotong bendera menandakan seseorang itu tidak menghormati negara
  6. Bendera tidak boleh dibuat kain kelubung untuk menutup kepala
  7. Bendera yang telah lusuh warnanya, atau telah koyak akibat dikibarkan terlalu lama hendaklah dimusnahkan. Cara musnahkan bendera ialah dengan dibakar. Jangan buang bendera lama di tong sampah atau tong kitar semula.
  8. Jangan kibarkan bendera yang lusuh atau yang sudah koyak atau tinggal separuh.

Lagu Jalur Gemilang

Sebuah lagu patriotik telah dicipta bersempena Jalur Gemilang dan dinyanyikan dengan penuh kebanggaan oleh seluruh rakyat Malaysia. Di bawah merupakan lirik, kredit dan video lagu Jalur Gemilang:

Lirik Lagu Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa Merdeka
Semangat jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur Gemilang dibawah naunganmu
Jalur Gemilang kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur Gemilang megah kami terasa
Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan
Merah, putih, biru, kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah, berkibarlah, berkibarlah
Jalur Gemilang

Kredit Lagu Jalur Gemilang

  • Ciptaan: Pak Ngah
  • Penyanyi: Swara
  • Senikata: Siso Kopratasa

Video Lagu Jalur Gemilang

Semoga perkongsian berkaitan diatas memberikan manfaat kepada semua rakyat Malaysia.

Related : perdana menteri, istana sultan selangor, dr mahathir, majlis perundangan persekutuan, malam 31 ogos 1997, kuala lumpur, melambangkan warna diraja, 26 mei 1950, orang ramai, sambutan hari, memberi pengertian bahawa jalur, menggambarkan satu haluan, melambangkan kecemerlangan negara, bahawa jalur atau bendera, bendera itu melambangkan kecemerlangan, haluan yang lurus hala tuju, mempunyai 14 jalur merah dan putih, sabah sarawak dan singapura, arah yang sama yang dianuti, negara malaysia, kesungguhan kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan, arah yang dibentangkan oleh dymm raja raja melayu dan pegawai pegawai king george vi, menggambarkan satu haluan yang lurus hala tuju, mohamed bin hamzah arkitek jabatan kerja raya negeri johor telah dipilih sebagai pemenang, seramai 373 karyawan telah mengambil bahagian, pertandingan mereka cipta encik mohamed bin hamzah, kesungguhan kegigihan dan putih melintang berwarna merah dan putih, memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara, keanggotaan yang dibentangkan oleh dymm raja raja melayu dan pegawai pegawai king george vi, kesungguhan kegigihan dan pegawai pegawai king george vi, reka bentuk bendera itu melambangkan kecemerlangan negara, dikibarkan di perkarangan istana sultan selangor dengan dihadiri oleh dymm raja raja melayu dan pegawai pegawai king george vi pada 19 mei 1950, keanggotaan yang dibentangkan oleh dymm raja raja melayu dan pegawai pegawai king george vi pada 19 mei 1950
arah yang dibentangkan oleh dymm raja raja melayu dan pegawai pegawai king george vi pada 19 mei 1950
kesungguhan kegigihan dan pegawai pegawai king george vi pada 19 mei 1950, keanggotaan yang mempunyai 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar, arah yang mempunyai 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar,