YPU Pinjaman Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu. Panduan Cara mohon skim pembiayaan beserta pautan borang.

YPU Borang Pinjaman Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu

pinjaman yayasan pembangunan usahawan terengganu ypu

Berita baik kepada usahawan-usahawan di negeri Terengganu. Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu menyediakan pelbagai skim pinjaman atau pembiayaan sebagai usaha membantu meningkatkan keupayaan dan daya saing usahawan tempatan. Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan pembiayaan atau pinjaman YPU yang ditawarkan untuk panduan semua.

Yayasan ini merupakan cetusan idea Menteri Besar Terengganu ke 10 (Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad) yang mahu menggerakkan pertumbuhan ekonomi usahawan tempatan dan bukan sahaja bergantung kepada sumber petroleum yang dimiliki oleh negeri Terengganu. Badan yang ditubuhkan pada tahun 1994 ini mempunyai objektif untuk menjadi ‘One Stop Agency’ bagi usahawan di negeri Terengganu khususnya dan menjana pembangunan yang lebih baik.

Yayasan Pembangunan Usahawan YPU (Terengganu Entrepreneur Development Foundation)

Berikut dikongsikan informasi berkaitan skim pembiayaan usahawan Terengganu sebagai rujukan untuk semua yang berminat.

Jenis-Jenis Skim Pembiayaan Yang Ditawarkan

Bagi membantu usahawan-usahawan di negeri Terengganu, yayasan telah memperkenalkan beberapa skim pembiayaan atau pinjaman kewangan mengikut kumpulan sasar.

Berikut adalah jenis-jenis pembiayaan atau pinjaman yang ditawarkan:

  1. Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan Terengganu (SP3T) dan Tabung Siti Khadijah
  2. Skim Pembiayaan Atas Talian Terengganu (SPINT)
  3. Skim Pembiayaan ‘Mobile Truck” (SPMT)
  4. Skim Dana Usahawan Asas Tani (DUNIA)
  5. Dana Usahawan & Industri Mikro Terengganu (DUIT)
  6. Dana Prihatin Terengganu – OKU (D-HATI)

Muat Turun Borang Pinjaman

Untuk memuat turun borang permohonan pinjaman atau pembiayaan yang ditawarkan, sila buka pautan di bawah

Selain daripada borang permohonan, anda juga boleh mendapatkan brosur dan senarai semak untuk membuat permohonan.

Pastikan segala maklumat yang diberikan adalah betul dan lengkap agar permohonan diterima dan diluluskan.

Soalan-Soalan Lazim (FAQ)

1) Entiti perniagaan bagaimana yang layak untuk memohon Skim Pembiayaan?

  • Pemohon atau entiti perniagaan yang dimiliki oleh Bumiputera Negeri Terengganu dan didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
  • Jika syarikat itu didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965, individu Bumiputera mesti menjadi rakan kongsi yang aktif dan memiliki sekurang-kurangnya 51% pegangan saham dalam syarikat itu.
  • Selain itu, syarikat itu mesti berada dalam perniagaan selama sekurang-kurangnya 1 tahun di mana produk dan / atau perkhidmatan sudah pun berada di pasaran.

2) Apakah jenis perniagaan yang layak untuk memohon pembiayaan

  • SP3T
    • Kedai Tetap – Restoran, kedai runcit, pakaian, perkakas dapur, kraftangan, perhiasan, produk kesihatan dan lain-lain yang berkaitan.
    • Perniagaan Perkhidmatan – Jahitan, studio gambar, kerja kimpalan, bengkel motor, membaiki alat-alat elektrik dan lain-lain yang berkaitan.
    • Pembuatan – Industri kecil seperti memproses makanan, perkilangan dan lain-lain yang berkaitan.
  • SPINT
    • Semua jenis perniagaan IKS atas talian
  • SPMT
    • Semua perniagaan IKS untuk tujuan perniagaan secara Mobile Truck
  • DUIT
    • Peniaga Tepi Jalan (Berlesen)
    • Usahawan Industri Mikro
    • Berdaftar dengan Persatuan Peniaga dan Penjaja
  • DUNIA
    • Sektor pertanian
    • Sektor penternakan
    • Sektor akuakultur
  • OKU (D-HATI)
    • Semua sektor perniagaan yang tidak bercanggah dengan undang-undang di Malaysia

3) Berapakah tempoh untuk meluluskan permohonan pembiayaan dan mengeluarkan pembiayaan?

  • Yayasan akan mengambil masa sselama 2 bulan untuk meluluskan permohonan pembiayaan dan mengeluarkan pembiayaan yang layak

4) Apakah jumlah maksimum pembiayaan yang ditawarkan?

  • Skim Pinjaman Peningkatan Perniagaan Terengganu (SP3T) (Maksimun pinjaman RM20,000.00)
  • Skim Pinjmanan Bisnes OnLine (SPBOL) (Maksimun pinjaman RM10,000.00)
  • Skim Pinjaman CaknaNita (Maksimun pinjaman RM15,000.00)
  • Skim Pinjaman Usahawan Terengganu (SPUT) (Kerjasama dengan Bank Islam Malaysia Berhad ditawarkan pinjaman sehingga RM2 juta. Tertakluk kepada syarat-syarat yang digunapakai oleh BIMB).

5) Adakah terdapat pembayaran untuk permohonan atau kos pentadbiran apabila memohon atau selepas menerima pembiayaan?

  • Yayasan tidak akan mengenakan yuran pemprosesan atau kos pentadbiran kecuali insuran takaful berkelompok

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai masalah atau pertanyaan lanjut, sila rujuk pautan di bawah:

  • Laman Web Rasmi
  • Telefon: +609 624 2424
  • Alamat pejabat: Pusat Dagangan Terengganu, Padang Hiliran, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.

Related : perdana menteri mohd nurkhuzaini tan sri muhyiddin yassin industri mikro dan hal ehwal penjaja perintah kawalan pergerakan berkuat kuasa untuk mendapatkan rahman berkata pengerusi jawatankuasa keusahawanan, terengganu yayasan pembangunan usahawan