Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Romantik -Happy Anniversary. Koleksi Pantun & Ucapan Selamat Ulang Tahun Perkahwinan untuk tersayang

Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Buat Suami Isteri (Happy Anniversary)

ucapan ulang tahun perkahwinan

Panduan buat semua pasangan suami isteri yang telah berumah tangga. Adakah anda ingat tarikh ulang tahun perkahwinan anda bersama pasangan? Golongan suami selalunya sukar untuk memperingati tarikh-tarikh penting ini tetapi dengan kemudahan teknologi pada hari ini, kita pasti dapat menetapkan notifikasi di telefon bimbit sebagai peringatan. Bagi menambah kemanisan dalam meraikan ulang tahun tersebut, berikut dikongsikan senarai Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan yang romantik serta paling sweet buat Suami Isteri sebagai rujukan untuk semua.

Ucapan happy anniversary bukan sahaja boleh diucapkan antara suami dan isteri, ahli keluarga dan rakan-rakan juga boleh menyampaikan ucapan dan mendoakan yang terbaik kepada pasangan suami isteri yang kita kenali. Meraikan ulang tahun perkahwinan bersama-sama di samping menerima ucapan sebagai penghargaan dapat menambah nilai kasih dan sayang antara satu sama lain dan menjadikan kita lebih bahagia dan dihargai.

Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Yang Romantik & Paling Sweet

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu mengeratkan lagi hubungan suami dan isteri serta melahirkan institusi kekeluargaan yang harmoni dan sejahtera.

Ucapan Buat Isteri

Berikut adalah ucapan yang boleh diberikan oleh para suami kepadda isteri pada hari ulang tahun perkahwinan anda:

Selamat hari ulang tahun perkahwinan kita yang ke sepuluh wahai isteriku! Semoga perkahwinan kita kekal abadi sehingga ke akhir hayat. Terima kasih kerana sudi menerima kekuranganku dan melayan segala kerenahku!

Terima kasih untuk segala pengorbananmu melahirkan zuriatku. Satu pintaku, setialah bersamaku hingga ke akhir hayatku. Genggam tanganku tatkala jatuh bangunku. Akan ku pimpin tanganmu hingga ke pintu syurga bersamaku. Selamat hari ulang tahun cinta halalku!

Wahai bidadariku, kamu adalah amanahku hingga ke akhir hayatku. Aku mencintaimu sepenuh hatiku. Aku menerimamu untuk melengkapi segala kekuranganku.

Terima kasih isteriku! kerana sudi menjadi pendamping kepada diriku . Senyum dan tawamu membangkitkan semangatku. Dakapanmu mencekalkan hatiku untuk lalui hari-hariku. Kaulah kekuatan diriku. Sambutlah kasih dan sayangku di hari ulang tahun kita ini!

Terima kasih sayangku untuk bertahun-tahun segala rasa cinta, sayang dan rindu. Kau melengkapi kekuranganku dan mengimbangi kelebihanku”. Selamat hari ulang tahun sayang!

Wahai isteriku, apabila aku dalam kemarahan, kau bantu untuk menyejukkan. Apabila aku dalam kebuntuan, kau bantu untuk tunjuk jalan. Apabila aku lupa dan lalai, kau tegur dengan penuh berhemah. Apabila aku dalam kesakitan, kau hadir mengubat duka laraku. Aku bersyukur pada Tuhan kerana Dia menganugerahkan padaku isteri yang solehah, penyejuk mata dan ibu mithali buat anak-anakku. Terima kasih isteriku!

Sayang, bersempena hari ulang tahun perkahwinan kita ini, diriku mendoakan semoga kasih sayang kita sentiasa bertambah dan tidak berkurang, tiada rasa benci antara kita, malah setiap hari, setiap masa, setiap detik dan setiap saat kita harungi segala pancaroba bersama-sama.

Dirimu seumpama bidadari syurga, sungguh sentosa bersamamu, ibarat denai yang tenang. Selamat ulangtahun sayang!

Setiap hari ku lalui bersama isteri ibarat sebuah anugerah terbaik dalam hidupku. Tetapi, ada satu hari yang lebih indah dan bermakna buat saya iaitu hari pernikahan kita! Selamat ulang tahun perkahwinan isteriku!

Happy anniversary my dear wife! Aku bersyukur pada Tuhan kerana telah mengirimkanku jodoh sebaik dirimu. Semoga kebahagiaan dan keberkatan selalu menyertaimu. Aminn!

Mungkin hanya ucapan Selamat Ulang Tahun Perkahwinin yang bisa saya berikan untuk awak, tapi percayalah sayang doa-doa saya akan selalu mengalir deras untuk awak, anak-anak dan keluarga kita.

Jika diberikan emas dan permata, akan aku tetap memilihmu. Engkaulah teman hidup, kekasih dan sahabat setiaku di dunia dan akhirat. Terima kasih isteriku, dan selamat hari ulang tahun perkahwinan buat kita. Dari kekasih yang selalu ada di sampingmu.

Sekiranya bukan keranamu, mungkin rumah ini tidak menjadi syurga yang indah untuk didiami. Dan mungkin anak-anak kita tidak akan menjadi hebat seperti saat ini jika bukan kerana didikanmu. Sama seperti diriku, yang tidak mungkin akan berjaya tanpa dirimu. Happy Anniversary wahai dindaku!

Ucapan Buat Suami

Bagi para isteri pula, di bawah adalah ucapan yang boleh diberikan kepada suami masing-masing:

Selamat hari ulang tahun perkahwinan suamiku! Terima kasih untuk setiap detik pengorbananmu, penat lelahmu dalam mencari rezeki yang halal dan setiap pertolonganmu dalam membantu isteri dan keluargamu ini!

Semoga keikhlasan hati abang, Allah titipkan rahmat dan kasih sayangNya, memperluaskan rezekimu selalu. Kau suami terbaik, imam dan bapa mithali kepada zuriatku.

Terima kasih kerana menjadi pasangan yang terbaik buat diriku dan sentiasa ada semasa diriku susah dan senang! Moga Allah merahmati perkahwinan kita hingga ke Jannah

Wahai suamiku, walaupun coklat itu manis, tapi tak semanis muka abang! Walaupun ais itu cair, tapi cair lagi cinta saya pada awak! Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan kita sayang!

Dua tiga harimau berlari, mana nak sama si harimau belang. Dua tiga boleh ku cari, mana nak sama si abang seorang! Selamat ulang tahun perkahwinan sayang!

Wahai kekasih halalku, bertahun-tahun kita lalui hidup suka dan duka bersama-sama. Hadirmu dalam hidupku ibarat lampu yang menyinari kegelapan. Tanpamu, aku kesepian seperti pungguk rindukan bulan.

Terima kasih kerana sentiasa buat aku tersenyum gembira di setiap hari-hari ku dan menghapuskan segala duka laraku. Aku sayang kamu setulus ikhlas hatiku!

Setelah hidup bersama, kita telah melalui segala rintangan. Baik kebahagiaan dan kesedihan kita tetap hadapi bersama. Terima kasih suamiku kerana selalu setia menemaniku!

Wahai suamiku, pada hari yang istimewa ini saya bersyukur dan berbahagia kerana telah mengikat tali perkasihan antara kita. Teruslah menjadi tauladan terbaik dan hiasi diriku ini dengan akhlak mulia serta keikhlasan cinta darimu!

Tidak terasa, usia perkahwinan kita beranjak semakin dewasa. Selamat ulang tahun kesayanganku. Semoga Allah menjadikanmu sebagai imam terbaik untuk keluarga kita di dunia ini dan di akhirat kelak.

Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Daripada Rakan Atau Ahli Keluarga

Manakala bagi ahli keluarga atau rakan-rakan yang ingin menyampaikan ucapan, boleh rujuk kepada contoh berikut:

“Barakallahu lakuma wa baraka ‘alaikuma wa ja ma’a bayna kuma fi al-khayr” – Semoga Allah memberkati kalian berdua dan menyatukan kalian dalam segala kebaikan.

Pasangan serasi adalah yang sering mendoakan, setia harungi suka duka bersama dan tidak pernah berubah hati. Selamat hari ulang tahun sahabatku! Semoga perkahwinan anda berdua bahagia di bawah lindungan rahmat Tuhan.

Selamat hari ulang tahun! Moga setiap ujian hidup yang dilalui, akan lebih menguatkan cinta kamu berdua.
Selamat menempuh asam garam rumah tangga dengan menerima kekurangan masing-masing sebaiknya. Moga syurga milik anda berdua selamanya!

Manisnya cinta bagai coklat dan gula-gula, selamat ulangtahun buat anda berdua. Semoga bahagia dan kekal sampai hari tua!

Seorang pemuda membawa panah, pergi ke hutan untuk memburu. Selamat menjadi keluarga sakinah, dalam menjalani hidup yang berliku-liku!

Ikatan teguh tali perkahwinan,
Itulah idaman semua pasangan,
Jika yang keruh kita buangkan,
Hidup bahagia kita impikan.

Keluarga bahagia idaman semua,
Hidup harmoni seisi keluarga,
Susah dan senang hidup bersama,
Semoga bahagia hingga ke syurga.

Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Buat Ibu Dan Bapa

Sebagai anak-anak, kita seharusnya turut mengucapkan ulang tahun perkahwinan kepada ibu dan bapa kita seperti:

Kepada ibu dan ayah, Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 20 tahun! Semoga diberi kesihatan, dilimpahkan rezeki dan kebahagaian di bawah lindungan-Nya

Barakallahulakuma Ibu dan Ayah! Terima kasih kerana menjadi contoh pasangan terbaik dalam membesarkan kami adik-beradik. Semoga syurga buat ibu dan ayah!

Happy Anniversary kepada ibu dan ayah! Teruskanlah berbahagia bersama sehingga ke syurga! Semoga diberkati dan dirahmati Tuhan atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang telah dicurahkan antara satu sama lain.

Puluhan tahun kalian lalui waktu susah senang bersama. Membesarkan anak-anakmu yang penuh ragam. Semoga segala keringat yang dikerah dianugerahkan Tuhan keberkatan, rahmat dan lindungan-Nya. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Ibu dan Ayah!

Dari melihat kasih dan sayang antara ibu dan ayah, aku belajar untuk mencintai dan menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang sekelilingku. Happy Anniversary wahai ibu dan ayah!

Related : selamat hari ulang tahun pernikahan sayang, untuk menjaga, semoga hubungan, memberi ucapan ulang tahun, anniversary my, happy anniversary sayang, usia perkahwinanmu, bahagia di dunia, kata kata, ucapan selamat,