Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024 Dan Pantun Raya. Koleksi pantun whatsapp sms Selamat menyambut hari raya minal aidin wal faizin.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024 Dan Pantun Raya

Umat Islam di Malaysia akan menyambut 1 Syawal 1445H tahun 2024M pada hari Rabu, 10 April. Bersempena dengan ketibaan hari Raya Puasa, ucapan atau pantun SMS/ Whatsapp Selamat Hari Raya paling banyak dicari oleh orang ramai untuk dihantar ke rakan taulan atau saudara mara sebagai pengganti kad raya tanda ingatan tak luput di hati.

Sesuai dengan perkembangan teknologi, penghantaran ucapan raya secara digital kini (pantun raya aidilfitri) menjadi pilihan ramai tidak kira tua ataupun muda.

ucapan selamat hari raya aidilfitri

Koleksi Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024

Berikut dikongsikan koleksi ucapan sms dan pantun selamat Hari Raya Aidilfitri tahun 2024 ataupun ucapan Aidilfitri / pantun Hari Raya Aidilfitri untuk umat Islam yang bakal menyambut hari raya tahun ini.

Ucapan Hari Raya Umum

Taqabbalallahu minna wa minkum. Salam Eid Mubarak. Maaf zahir dan batin. ……..& keluarga
Semoga Allah menerima amal kami dan anda semua. Semoga sepanjang tahun tahun kalian dalam kebaikan.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan batin

SALAM AIDILFITRI 1445H

،تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
،صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ
َكُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ
مِنَ العَائِدَيْنِ وَالفَائِزِيْنَ

Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.

Saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf seandainya ada tersilap kata, terkasar bahasa, tersalah laku yang tidak disengajakan.

Salam Aidilfitri 2024/ 1445H. Maaf zahir batin

Ucapan Dan Pantun Selamat Menyambut Hari Raya Puasa

1

Andai langkah membekas lara,
Ada kata menusuk sukma,
Ada tingkah menoreh luka,
Maka maafkanlah kesilapan saya..

Akhir kata saya ingin mengucapakan selamat hari raya 2024/ 1445H
#Hari kemenangan umat islam..

2

Daun dianyam makin tersimpul,
Gulai di dapur terlebih santan,
Sanak saudara riuh berkumpul,
Sambut lebaran penuh kesyukuran.

#selamathariraya
#kosongkosong

3

Bila baring terus terlelap,
jangan sampai tidak bangun pagi,
jika ada salah dan silap
jangan simpan di dalam hati

4

Dalam kerendahan hati,
ada ketinggian budi,
dalam kemiskinan harta,
ada kekayaan jiwa,dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata,
dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa,
mohon ampun dan maaf atas segalanya,
selamat hari raya maaf zahir dan batin, terima kasih

5

Bermain mercun sambil menari,
Di dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan

6

Sungguh cantik si rama-rama,
Hinggap seekor di depan mata,
Kini syawal telah menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf kupinta

7

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon Maaf Zahir & Batin

8

Gema Takbir Memuji Ilahi,
Petanda Bermula Aidilfitri,
SMS Dikirim Pengganti Diri,
Bukan Nak Lupa Adat & Tradisi,
Tapi Ikut Perkembangan Teknologi Jari,
Mohon Ampun Dan Maaf,
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

9

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin

10

Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin

11

Rumah Dihias Bagai Istana
Buat Persiapan Di Hari Raya
Jari Ku Susun Maaf Di Pinta
SMS Ku Hantar Pengganti Kad Raya
Selamat Hari Lebaran Maaf Zahir & Batin

12

Indahnya Langit Kerana Awan,
Indahnya Laut Kerana Kebiruan,
Indahnya Ramadhan kerana Keinsafan,
Indahnya Syawal kerana Kemaafan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

13

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri,
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin

14

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Maaf zahir dan batin

15

Jambangan Indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di Aidilfitri,
SMS dikirim penganti diri,
Tanda ingatan tak layu dihati.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

16

Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah AIDIL Fitri,
NAk antar KAD RAYA Posmen dah cuti,
WHATSAPP aje penggganti diri.
Maaf Zahir dan Batin

17

1 Syawal Menjelang Tiba,
Takbir bergema menggegar Jiwa,
Sekiranya ada Salah & Dosa,
Ampun Maaf Dipinta Di Hari Mulia,
Selamat Hari Raya Aidil FitRi..
Maaf Zahir & Batin

18

Lisan kadang-kadang tak terjaga.
Janji kadang-kadang terabaikan.
Hati kadangkala berprasangka.
Sikap kadangkala menyakitkan.
Harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf diantara kita.
Syawal akan menjelang.
Mohon Maaf zahir dan Batin

19

Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
SMS dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR BATIN

20

Cincin disarung hati berdebar,
Jari nan lembut wajah terhias,
Ramadan disambut penuh sabar,
Aidilfitri disambut dengan meriah…
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

21

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin

22

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa.
MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Moga silaturahim diberkati Allah

23

Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
WHATSAPP dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin

24

Kata Al-Ghazali :
yang jauh itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang mudah itu BERBUAT DOSA,
yang panjang itu AMAL,SOLEH
yang indah itu SALING MEMAAFKAN
Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”

25

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwe.
Selamat Hari Raya

26

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah dan silap sudilah maafkan

27

Aidilfitri berbahang gembira,
Disambut dengan rasa suka.
*Selamat Hari Raya Aidilfitri*
*Maaf Zahir dan Batin*

28

Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari

29

secebis kasih membuatkan kita sayang
seucap janji membuatkan kita percaya
sedikit luka membuatkan kita kecewa
tapi sebuah persahabatan selamanya bermakna
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

30

Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan.
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Daripada (nama penghantar dan family)

31

“Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Dari (nama penghantar dan family)

32

Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam.
Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin daripada (nama penghantar dan family)

33

Salam dihulur tanda ingatan,
Moga ukhwah sentiasa berkekalan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri kami titipkan,
Buat keluarga dan juga kenalan.
SALAM AIDILFITRI

34

Ramadhan barokah pasti dirindui,
Moga amalan diterima Ilahi,
Syawal menjelma sama dirai,
Dengan ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri.”

35

Takbir sudah bergema,
Syawal sudah tiba,
Selamat Hari Raya,
Ampun maaf dipinta.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

36

Raya pertama cantik berseri,
Berbaju kurung bagai puteri,
Duit Raya jangan lupa diberi,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

37

Adik tersayang segak bergaya
Untuk mengorat anak Cik Nyonya
Suasana riang di hari raya
Bermaaf-maafan gembira semuanya

38

Buah pauh ditengah bendang
Jadi dagangan ditengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

39

bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…

40

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

41

Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Berbunyi mercun berdentum dentam,
Riang gembira dihari raya.

42

Buah pauh ditengah bendang,
Jadi dagangan ditengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita

43

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak ada,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tiada yang mengguris jiwa.

44

Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung daik bercabang tiga
Makan sudah bersalam pun sudah
Duit raya jangan dilupa

45

Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara,

46

Gulai tempoyak ikan mayong,
Durian busuk ditebuk tupai,
Pandu hemat ingat kampung,
Asal teman selamat sampai.

47

Katak kenyang laku tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh

48

Disisir diandam dengan cekap,
Dipotong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Marilah kita menyambut hari raya

49

Di muara banyak buaya,
Buaya timbul setiap hari,
Covid-19 sungguh berbahaya,
Semua diharap tidak lupa jaga diri,
Selamat Hari Raya Aidilfitri

50

Kita sentiasa punya kelemahan diri,
Tegurlah andai terlupa diri,
Sama-sama kita insafi,
Maaf dipinta dengan rendah hati,
Selamat hari raya Aidilfitri

ucapan hari raya aidilfitri 1 ucapan hari raya aidilfitri 2 ucapan raya aidilfitri 5 ucapan raya aidilfitri 4 ucapan hari raya aidilfitri bahasa nogori 3

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua. Semoga anda berbahagia dan bergembira dengan keluarga tersayang pada Hari Raya Puasa kali ini.

Related : raya untuk, silap dan salah, untuk menyampaikan, koleksi ucapan dan pantun, zahir ucapan selamat hari raya, kuala lumpur,